Sunday, December 16, 2012

Maharaja Lawak Mega minggu ke-5 : Jambu terbaik!

Salam maharaja,

Setiap minggu Pida tak ketinggalan menonton siaran langsung Maharaja Lawak Mega 2012 yang ditayangkan melalui Astro Warna pada setiap hari Jumaat jam 10 malam.


Kredit : ads2.era.fm

Sebelum ni Pida tak pernah mengikuti dengan setia mana-mana siri tv realiti. Kalau dulu orang kemaruk dengan AF, Pida tak pernah tengok AF. Betul, Pida rasa tak pernah la tonton satu episod AF dari mula sampai akhir.

Padahal masa tengah fenomena hangat AF1 dulu, buat kat dewan UPM je... Hari-hari lalu situ masa pergi kuliah, tapi Pida tak terasa sikit pun nak ikuti rancangan tu.

Tapi Raja Lawak ni lain sikit. Pida mula mengikuti Raja Lawak sejak musim ke-3 sampailah sekarang dah masuk Maharaja Lawak Mega pulak. Pida suka tengok rancangan ni sebab Pida suka tengok lawak. Yang lawak tu memang lawak giler la macam Sepah, Jozan, R2, dan Selak.

Yang tak lawak pun ada jugak, kesian tengok diorang berusaha bermati-matian nak bagi orang gelak. Tapi orang tak ketawa pun. Sebab tak kelakar. Contohnya yang terbaru ni macam Pi Mai dan Da Di Du.

Pada Pida, lawak dan persembahan kumpulan Pi Mai yang dianggotai oleh Imuda dan Sulaiman Yassin tu dah ketinggalan zaman. Ini bukan zaman 90-an lagi, buat lawak terpekik-pekik. Lagi satu, zaman mereka dah berakhir sebenarnya. Penonton sekarang mahukan lawak yang segar, baru dan bertenaga seperti yang ditampilkan oleh kumpulan Shiro dan Jozan.

Bercakap mengenai Da Di Du pula, sebenarnya AR Badul tu kelakar. Pida minat lawak dia. Tapi mungkin sebab dia salah pilih partner kot... keserasian atau chemistry tu tak ada. Sebab tu impaknya tak ada. Sedangkan semasa dia jadi pelawak undangan dengan Sepah dulu memang kelakar habis.

Baiklah, Pida ni sebenarnya  nak cerita pasal Maharaja Lawak Mega minggu ke-5. Tema minggu ini ialah muzikal. Tema muzikal paling Pida tunggu dalam setiap musim RL / ML / MLM sebab Pida suka dengan band yang mengiringi persembahan peserta iaitu Shah Slam. Diorang main muzik memang sedap sangat.

Pada Pida, persembahan terbaik pada minggu ke-5 dalam MLM ini ialah kumpulan Jambu.

Kredit : www.astrogempak.com.my


Lawak muzikal yang dipersembahkan oleh kumpulan Jambu pada malam itu adalah sebenar-benar persembahan muzikal. Maksudnya dari mula hingga akhir, dialog Tauke dan Yus yang mengisi penceritaan disampaikan menerusi lagu-lagu yang kena dan tidak lari dari senikata asal.

Lagi satu persembahan Jambu pada minggu muzikal ini sangat bijak dan cantik. Yus memulakan persembahan dengan dialog yang dilantunkan menerusi lagu Teman Pengganti, dan pada akhirnya Tauke pun menyanyikan lagu yang sama untuk menutup cerita mereka. Nampak sempurna. Dan nampak brilliant. Ditambah pula dengan penampilan AC yang menyambung nyanyian, memang gempak!

Cuma agak sayang sekali sebab persembahan sebaik Jambu tidak diulas oleh juri yang lebih berwibawa. Pida lebih suka kalau Najip Ali yang mengkritik atau mengulas kerana Najip Ali memang diketahui mempunyai kredibiliti tersendiri dan setiap ulasannya adalah tepat dan bernas. Masa dia jadi pengacara Asia Bagus pada awal tahun 90-an dulu pun dah nampak karisma dia.

Kalau kau nak tengok persembahan Jambu yang Pida maksudkan ini, carilah di Youtube. Pida sengaja tak tempek kat sini sebab Pida tak nak bagi kredit pada sesiapa hahaha.

Tapi walau macam mana pun, Pida harap sangat kumpulan Shiro yang menang kali ini. Biarlah ada pembaharuan sikit, ye tak?







5 comments:

  1. saya rasa jozan kurang menyengat...sygnyee.sy ske jozann..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Zuraidah, Jozan dah terlalu popular. Kita yang tengok terlalu mengharapkan magik daripada diorang. Sebab tu bila persembahan Jozan tak menepati jangkaan, kita rasa kecewa. hehe.

      TQ;)

      Delete
  2. Assalaulaikum.....
    Saya belum ambik ASTRO, melayan internet pun tak cukup masa huhuhu
    Jurujual ASTRO banyak kali memerangkap saya
    Namun saya masih buat tak tau saja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke cikgu tak ada astro? Saya salute cikgu!

      Delete
  3. Maaf
    Assalamualaikum....salah taip

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!