Wednesday, December 12, 2012

Ada apa pada Samsung Galaxy Note 2

Salam Note 2,

(Ini adalah entry membakor.)

Pada kali ini Pida ingin membuat sedikit review tentang peranti yang sedang hot dan meletop iaitu Samsung Galaxy Note II.







Ada apa dalam kotak ini - telefon, alat pengecas dwi fungsi (USB dan plug 3 pin), manual pengguna, earphone dan kad waranti

Bateri yang bersaiz gaban.
Nipis - 9.4 mm. Berat - 183 gram.
Untuk konfigurasi permulaan, kena masukkan akaun Gmail dulu sebab sistem operasi yang digunakan iaitu Android (version 4.1.1 [Jellybean] untuk Galaxy Note II) adalah sistem operasi open-source yang dibangunkan oleh Google. Sebab tu kalau nak buat apa-apa dengan Android ni kena sign in dengan Gmail dulu. Sebab ia adalah Google punyerr!

Gandingan Galaxy Note II dengan Galaxy S3.

Namun kali ini Pida lebih ingin berkongsi mengenai hasil gambar yang dirakam dengan menggunakan Galaxy Note II ini. Pada Pida, selain sentuhan S-Pen Note II yang sangat jitu dan lebih selesa daripada S-Pen generasi terdahulu iaitu Galaxy Note, bintang utama bagi peranti terbaru keluaran Samsung ini ialah KAMERA.

Pida pernah puji melambung fungsi kamera digital yang terdapat pada Samsung Galaxy Note dulu. Pida kata gambar-gambarnya sangat cantik dan sharp. Tapi kamera Samsung Galaxy Note II lebih gerek, lebih berkuasa,  lebih best!

Shorcut Camera sebagai GUI Note II.


Mari kita perhatikan ciri yang ditawarkan dalam kamera digital merangkap telefon dan tablet ini :












Dengan 8 megapiksel, kamera Galaxy Note II ini berupaya menghasilkan gambar yang super-fine. Ada satu ciri terbaru yang Pida perasan telah ditambah dalam kamera Galaxy Note II iaitu fungsi makro atau jarak dekat.

Pida dah uji fungsi ni. Ia boleh merakam gambar sedekat 7cm dari lens kamera. Ia berfungsi seperti kamera DSLR, kotak fokus tu ejas-ejas (adjust) sendiri sampai dia fokus sharp kat subjek sebelum kita tangkap gambar tu. Hasilnya, kau boleh nampak perincian objek tersebut; bahan buatan dan tekstur permukaan. Dan boleh juga menghasilkan bokeh yang cantik!

Cakap berdegang-degung tak guna. Jom tengok hasil tangkapan Pida!

Penafian : Pida bukan jurugambar pro, jadi gambar-gambar ni memang la tak nampak pro. Cuma nak tunjukkan apa yang boleh dilakukan oleh kamera Galaxy Note II sahaja.





Perhatikan bunga di belakang itu sudah menjadi bokeh.










Bokeh depan dan belakang.



Bokeh pada bahagian kiri gambar.






Bokeh pada biji tasbih yang paling dekat dengan lens kerana memberi fokus pada kalimah Laailaha Illallah.


Syiling 5 sen ini diambil dalam jarak 4.5 cm dari lens.

Gambar-gambar jarak dekat di atas tidak dicrop langsung, hanya di-resize untuk mengecilkan saiz pixel.

Gambar-gambar lain yang diambil:










Gambar dalam gelap yang menggunakan cahaya dari sekeliling.


Secara ringkasnya, Samsung Galaxy Note II sama hebat; malah lebih hebat sedikit daripada Galaxy Note. Tips and tricks bagi kedua-duanya adalah sama.

Saiz skrin Samsung Galaxy Note II adalah 0.2 inci lebih besar daripada abangnya. Dengan skrin sebesar 5.5", ini bermakna ruang menonton lebih luas dan puas mata memandang.

Paparan skrin sangat jelas dan cantik. Kalau tengok video tu memang best la. Gambar pun sharp. Skrin Super AMOLED tu tak payah tampal dengan protector pun takpe, tapi pandai-pandailah jaga supaya tak calar.


...sila jenguk Samsung di sini. Ditulis di atas platform S-Note.


Apa lagi yang boleh Pida katakan tentang Samsung Galaxy Note II ini selain HEBAT!


Ditulis di atas platform S-Note.

Monday, December 10, 2012

Kupilih hanya yang asli

Salam asli,

Hari ini Pida berada di daerah kelahiran Pida kerana menghadiri mesyuarat yang kebetulan diadakan di sini. Kebetulan juga Pida memang balik kampung minggu ni. Jadi kiranya sambil menyelam minum air la.

Sambil-sambil balik kampung jenguk mak dan ab, sambil-sambil bertugas. Budak-budak Pida tinggalkan di rumah mak di bawah jagaan adik Pida.

Seperti dijangka, bila dah berada di sesuatu tempat tu, pastilah tetamu dijamu dengan hidangan tradisi sesuatu daerah tu. Tak ketinggalan Pida dan rakan-rakan mesyuarat yang dihidangkan dengan signature dish di sini.

Nak tau apa hidangan istimewa dan menjadi identiti daerah ini?



Dari jauh dah nampak set mangkuk hidang. Ini kalau tak mee racun, sudah tentulah....

....Nasi beriani gam! Inilah makanan yang menjadi kebanggaan masyarakat di negeri Johor. Yang di atas ni nasi beriani ayam. Kalau nak power lagi, kena try nasi beriani kambing. Perghhh... serius meleleh.

Nasi beriani yang kami nikmati adalah yang asli. Apa maksud asli? Maknanya ia betul-betul made in Batu Pahat. Bukan nasi beriani gam Batu Pahat yang dimasak di KL atau tempat-tempat lain. Serius itu tak asli. Propa je tu.

Lauk default bagi nasi beriani gam ialah ayam/kambing/lembu masak beriani, kuah dalca dan juga pencok (acar timun), iaitu sayuran segar yang diadun sempurna daripada timun, nenas, lada dan bawang yang dicampur dengan sedikti cuka. Kadang-kadang dilawankan dengan acar nanas. Pastu kena pulak dengan sirap bandung soda. Perghhhh!!! (cis, meleleh siot air liur Pida semasa menulis ini). Ngeces aku.

Selain masak beriani, ayam/kambing/lembu itu biasa juga dimasak merah atau kormak. Tapi jarang-jarang orang masak kicap. Tak kena kot. Lepas tu ada juga aksesori kepada lauk-lauk default ini iaitu acar buah dan papadom.

Acar buah yang fuhhh kecurnya! Pida ni hantu asam, kalau setakat acar buah macam ni aku ratah je.

Oh ye, kalau kau rasa nak makan nasi beriani, Pida hasut agar kaupergi ajelah ke Batu Pahat. Serius cakap bro... keaslian rasa nasi beriani Batu Pahat tidak sama dengan nasi beriani yang dimasak di luar daerah Batu Pahat. Percayalah... percayalah...

Kat KL ni dah berlambak-lambak restoran nasi beriani gam. Semua dakwa resepi asli Batu Pahat. Tak kisah la tu. Mungkin memang betul pemilik atau tukang masaknya dari Batu Pahat.

Pida pernah cuba makan nasi beriani di restoran-restoran tersebut. Tapi serius cakap bro, tekak orang Batu Pahat asli memang tak boleh tipu la. Bak kata orang, lari alignment la. Hanya jauhari mengenal manikam. Dahlah harga kat KL ni mahal nak mampus.

Oklah, cakap banyak tak guna. Kalau kau singgah ke Batu Pahat, jangan keluar darinya tanpa menikmati nasi beriani gam terlebih dahulu. Tak sah kunjungan kau ke sini tanpa makan nasi beriani. Bila kau dah pekena nasi beriani gam asli dari sini, Pida gerenti kau akan penasaran terhadapnya.


Pida mintak kawan Pida ambik gambar Pida kekenyangan tapi oleh kerana dia pun kekenyangan jugak, maka gambar pun jadi kabur. Boleh gitu? Perut kenyang, gambar kabur.

Takpe, Pida bagi dia peluang perbaiki mutu tangkapan. Eh, kabur jugak. Kamera aku ni memang jenis shaking agaknya. Mesti kau kata Pida tetap nampak chomel kan? Memang pun.




Wednesday, December 5, 2012

Anniversary yang berseri-seri

Salam anniversary,

Semalam 4 Disember 2012 adalah hari ulangtahun perkahwinan Pida yang ke-8. Alhamdulillah, dah 8 tahun kami hidup bahagia bersama dengan anak-anak yang keletahnya masya Allah...

Menyorot peristiwa indah 8 tahun lepas, Pida sah menjadi isteri  pada tarikh tersebut. Hik hik. Berdebar-debar menunggu saat disatukan oleh Tok Qadhi. Hik Hik. Bila dah sah tu, saksi dah angguk angguk geleng geleng, rasa macam Yahoo! Hik hik. Sorrylah asyik tersedu je.


Satu saat sebelum menjadi isteri. Perasaan? Rilek je... macam takde pape berlaku (dag dig dug)

Ketika mencium tangan suami selepas selamat diijabqabulkan. Hik hik. Hiccup lagi. Ab sebagai wali hanya memerhatikan sambil berkata di dalam hati, "Kau jangan pikir nak tido je. Rewang basuh periuk belanga kat belakang tu dulu."

Persandingan malam berinai di atas pelamin.

Kini selepas lapan tahun mengharungi kehidupan bersama sebagai suami isteri...

Nah, hamek kau! 3 anak.

Jadi, sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-8 semalam, kami telah mengadakan sedikit majlis makan-makan waktu malam dengan menjemput adik-beradik je. Masakan istimewa adalah hasil tangan suami Pida yang memang suka memasak iaitu mee bandung muor original.


Makan adik-beradik aje. Untuk kita aje...

Adik-beradik aje...

Kek ini hadiah daripada Razin dan Sofia iaitu anak-anak sedara Pida. Razin bukan setakat anak sedara, dia anak susuan Pida juga. Terima kasih atas kek yang istimewa ini.

Kek memang menjadi buruan budak-budak ni. Pantang nampak kek, tangan tu gatal je nak menokel. Sila tengok Sufi Arumugam itu. Sambil mengatup bibir kerana geramkan kek, sambil tangannya bersedia menoreh-noreh kek ikut suka hati dia. Razin pun sama.

Rania meniup api lilin halimunan. Beria-ia mintak Pida nyalakan api, takdenya Pida nak bagi. Rumah aku bukan ada mancis pun.

Last-last kami potong kek tersebut bersama-sama.





Harapan Pida agar perkahwinan ini akan terus berkekalan di bawah lindungan-Nya dan dengan restu ibu bapa yang berterusan. Semoga kami berupaya mendidik anak-anak anugerah Allah ini ke jalan kebaikan dan dapat memberi kasih sayang dan perhatian kepada mereka.


Happy Anniversary Pida!

Tuesday, December 4, 2012

Senggugut yang oh sakitnya!

Salam senggugut,

Ini cerita orang perempuan. Orang lelaki boleh baca tapi tak boleh merasa. Sebab apa? Sebab senggugut ini hanya dirasai oleh kaum wanita sahaja. Kalau ada orang lelaki yang mendakwa dia pernah kena senggugut, maknanya dia tipulah tu.

Masa zaman Pida anak dara dulu, Pida pasti merasai senggugut setiap bulan. Orang lelaki yang tak tau tu, senggugut dialami oleh orang perempuan yang sedang uzur. Senggugut berlaku akibat pengecutan otot rahim ketika haid.

Masa kena senggugut tu, Tuhan je yang tau sakitnya. Seharian tu tak boleh bangun. Sakit sangat. Macam ditarik-tarik ginjal ni. Macam disimpul-simpul pankreas ni. Sampai berguling-guling. Nak makan tak selera, nak berdiri apatah lagi. Rasa nak terajang orang adalah.

Pehh.. memang terbaik sakit dia. Kalau nak redakan sakit senggugut tu, Pida biasanya telan aspirin. Lepas tu kurang sikit.

Pernah Pida kena senggugut kat sekolah, terpaksa berehat kat bilik rawatan. Masa tengah guling-guling tu, tiba-tiba masuk pulak abang form six boifren Pida dulu. Dia terkejut tengok Pida guling-guling macam tenggiling.

"Kenapa sayang?" Hehehe... dia tak tanya macam tu. Dia tanya, "Heh, nape ni? Ponteng kelas eh?"

Ponteng kelas wak lu... orang tengah sakit nak beranak ni, kau boleh tuduh aku ponteng kelas pulak.

"Takdelah bang, Pida tengah sakit perut ni," Ceh, dah berabang bagai pulak aku ni. Dahi berkerut-kerut menahan sakit.

"Dah makan ubat?" abang form six mula menunjukkan concern.

"Dah... tapi masih sakit ni. Takpelah, abang pergi la masuk kelas dulu. Nanti kena tangkap khalwat pulak. Pida taknak kahwin cepat," Pida memberi alasan. Pergilah wahai kekasih, pergilah jangan tengok aku sakit. Aku nak berguling-guling lagi ni...

"Pida rehat eh... abang nak masuk bilik guru," abang form six akhirnya keluar dan meninggalkan Pida. Yes, masa untuk berguling-guling!


*************


"Doktor, saya tak tahan la setiap bulan asyik kena senggugut je. Letih ooo..." luah Pida pada suatu hari ketika berjumpa doktor.

"Senggugut tu biasa la... normal tu. Nanti bila dah beranak, senggugut tu akan baik sendiri sebab dah ada jalan," demikian penerangan doktor tadi.

"Hah, lepas beranak? Bila masa tu..." getus Pida dalam hati. Kot tak beranak-beranak? Ish... jahatnya mulut.


*************


Memang betul. Selepas Pida melahirkan anak pertama hasil bunting pelamin tu (hihihi), senggugut Pida terus hilang. Alhamdulillah, dah tak kena senggugut lagi. Dah tak berguling-guling lagi. Dah tak jadi tenggiling lagi. 

Jadi, kepada anak-anak dara di luar sana yang mengalami senggugut setiap bulan, jangan gusar. Pergi kahwin cepat-cepat, pastu beranak cepat-cepat. Insya Allah senggugut tu akan hilang. Kalau dah beranak pun masih senggugut, pergi jumpa doktor cepat-cepat. 

Papepun, senggugut tu cuma 1/10 daripada sakit kontraksyen nak beranak. Hahaha, ada yang lagi sakit rupanya!


Jangan risau sekiranya mengalami senggugut kerana ia adalah penyakit 1Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...