Showing posts with label pru13. Show all posts
Showing posts with label pru13. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

Wajah baharu Batu Pahatku

Salam Batu Pahat,

Terujanya nak menulis entry tentang kampung halaman sendiri. Batu Pahat nama diberi, itulah kampung halaman Pida!

Selama bertahun-tahun kawasan parlimen Batu Pahat dinaungi oleh parti Barisan Nasional (BN). Tup tup dalam pilihanraya ke-13 yang baru aje berlangsung pada 5 Mei yang lalu, parlimen Batu Pahat sudah beralih tangan kepada parti PKR dalam pertandingan satu lawan satu.

Wah! Peralihan tampuk kuasa di peringkat parlimen Batu Pahat ini amat memeranjatkan semua orang Batu Pahat. Tetapi seperti yang diduga, ramai pula yang meraikannya dengan kegembiraan. Signifikan apakah ini?


Sumber : www.spr.gov.my


Dan kemenangan kerusi DAP bagi kerusi Dun Penggaram (Dun Pida) ke atas BN tidak kurang juga membuat sesetengah orang Batu Pahat melatah Opocot!


Sumber : www.spr.gov.my



Namun itulah keputusannya. Kita yang memilih, kita terimalah. Jangan pertikai, jangan gaduh, jangan merajuk.

Pada Pida, tak kiralah siapa yang menang, asalkan Batu Pahat terus merasai nikmat kemajuan dan keamanan untuk Pida, keluarga Pida, sedara-mara Pida dan ab. Yang penting, Batu Pahat terus aman tenteram dan Pida mahu terus hidup rukun damai dengan jiran-jiran sekeliling.

Suka ataupun tidak, inilah takdir Allah ke atas parlimen Batu Pahat dan Dun Penggaram.

Ok YB, selamat bertugas!

Sunday, May 5, 2013

Pida sudah mengundi yeay!

Salam mengundi,

Alhamdulillah Pida dapat membuang undi hari ini. Pida sengaja tak pergi awal pagi sebab lebih baik aku tido. Eh, bukan... Pida tak pergi pagi-pagi sebab Pida tak nak beratur panjang dan bersesak-sesak. Tak rela mak nokkss!

Jadi Pida dan adik Pida pergi ke pusat mengundi pada jam 2.30 petang. Sampai di pusat mengundi tu iaitu sebuah tadika, Pida tengok macam tak ada orang je.

Ada la tak sampai 5 orang pengundi pada waktu itu. 3 saluran dibuka. So, memang sangat lengang. Tanpa perlu beratur, kami terus menuju ke kaunter semakan daftar pengundi sebelum dihalakan ke saluran yang ditetapkan.

Proses mengundi yang dijalankan sangat mudah dan teratur. Petugas-petugas SPR rata-ratanya budak-budak muda aje. Mereka membantu pengundi menguruskan pendaftaran dan membawa pengundi ke saluran masing-masing.

Semasa di bilik mengundi tu pun cuma Pida sorang je pada waktu itu. Selepas menunjukkan kad pengenalan kepada pegawai terbabit, Pida tunjukkan pula jari-jariku yang gemok-gemok ini tiada kesan dakwat. Ini sebagai bukti bahawa Pida belum lagi mengundi.

Selepas itu Pida bergerak ke pegawai yang seorang lagi untuk mencalit jari telunjuk kiri dengan dakwat kekal. Kemudian, Pida dapat dua helai kertas undi; satu untuk Parlimen, satu untuk Negeri.

Lepas tu dengan berlagaknya Pida pun tunaikanlah tanggungjawab Pida. Dengan rakus Pida memangkah calon yang Pida rasa layak menjadi wakil rakyat di kawasan Pida.

Apa? Kau nak tau Pida undi parti apa? Entahlah, Pida pun dah lupa Pida undi siapa.

Dalam masa 5 minit sahaja, Pida dah selesai mengundi. Terima kasih kepada petugas yang telah memayungkan Pida sampai ke kereta. Hujan derr... bukan saja-saja aku nak membiang minta dipayung.

Kesian pada orang yang terpaksa beratur panjang berejam-rejam. Lain kali datang lepas zuhur ye.



Pusat mengundi yang sangat lengang

Dakwat yang macam ubat beguk, kata adik Pida.


Selepas dibasuh tanpa menyental. Kalau sental kuat-kuat bagai nak rak akan hilang jugak kaler dia.


Kau dah gi ngundi?

Mana satu?



BN, PR, BN, PR, BN, PR, ...

Selamat mengundi!

Thursday, April 25, 2013

Undilah Perdana Menteri!

Salam undi,

Jalan-jalan raya di Malaysia sekarang ni tengah sibuk dan berselirat dengan poster kempen pilihanraya. Bendera parti-parti yang bertanding seperti BN, Pas, DAP, PKR dan macam-macam lagi dah meriah bergantung-gantungan.

Gigih betul budak-budak yang menggantung poster dan bendera ni. Gantung poster takpe, jangan kau pegi gantung iklan-iklan pinjaman wang berlesen hapa semua tu, buat menyemak je. Kesian abang majlis kena buat kerja lebih nak kopek semua benda tu tau.


Ini baru satu kawasan. Tapi dah nampak meriah gitu.


Tapi dalam banyak-banyak poster kempen kat tempat Pida ni, ada satu yang paling mencuit hati. Bukan apa, rasa macam tak kena pulak. Tapi dia sebenarnya gunakan kaedah 'psychological inertia'. Pida paham mesej dia. Kalau kau tak paham tak apalah.


Undilah Perdana Menteri!  Instead of  "Undilah Najib!" Mesejnya jelas - kekalkan beliau sebagai Perdana Menteri.

Saya berasa seperti berada di kawasan parlimen Pekan pula.

Jom kita mengundi!

Thursday, April 11, 2013

Parodi status Facebook menjelang PRU13

Salam parodi,

Sejak Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13 pada 3 April lalu, rakyat Malaysia bagaikan sudah tidak sabar untuk mengundi bagi memilih kerajaan baharu.

Setiap hari di mana-mana sahaja; di kopitiam, di bengkel kereta, di klinik pakar kulit, di kilang butang, di tandas awam, di lorong pejalan kaki waima di kedai pengurup wang pun, orang ramai sedang sibuk memperkatakan tentang pilihanraya. Namun yang lebih dibualkan sekarang ialah mengenai parti-parti politik  yang bertanding.

Sebagai penganalisis politik yang sengal, Pida melihat senario ini sebagai biasa. Haha... memang sengal analisis aku ni. Trend dan gaya cakap-cakap politik dan kempen sudah jauh berbeza daripada apa yang berlaku pada tahun 2008 dahulu semasa PRU12.

Zaman sekarang, parti-parti politik menggunakan medium sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, blog dan laman web untuk mendekatkan pengundi dengan parti masing-masing. Bukan itu sahaja, malah pengikut parti-parti ini telah lebih maju lagi dengan mewujudkan kumpulan jaringan mereka sendiri sama ada untuk menyatakan sokongan terhadap sesuatu parti atau menyatakan kebencian terhadap parti.

Media konvensional seperti tv dan akhbar semakin mendapat saingan sengit daripada sumber media baru tetapi dilihat masih relevan.  Begitu pun, telah ramai yang mula meninggalkan tv dan akhbar arus perdana kerana tidak percaya dengan liputan yang diberikan yang dilihat terlalu berat sebelah dan lebih menjurus ke arah sesuatu parti sahaja.

Kumpulan di jaringan sosial internet terbahagi kepada dua; menyokong kerajaan sedia ada dan menyokong kerajaan bayangan. Kedua-duanya saling 'berperang' antara satu sama lain. Namun masing-masing lebih kepada melondehkan keburukan dan kegagalan pihak lawan sehingga sanggup memfitnah dan mengadu domba.

Apa yang Pida perhatikan terutamanya di Facebook, kebanyakan mereka yang komen lebih cenderung untuk menyatakan sokongan kepada pihak bukan pemerintah. Adakah ini trend anak-anak muda Malaysia masa kini?

Iaitu memilih parti pembangkang walaupun media arus perdana telah cuba sedaya upaya meyakinkan rakyat dan pengundi bahawa parti bukan pemerintah itu tidak berwibawa langsung; dengan pendedahan korupsi dan salah laku pemimpin.

Di pihak parti yang satu lagi pula, mereka juga sedaya-upaya menumbangkan pihak lawan dengan isu yang sama juga; korupsi, diskriminasi, isu keselamatan, isu harga barang dan macam-macam lagi. Serangan peribadi juga dilakukan secara bertubi-tubi.

Seperti yang Pida katakan tadi, sokongan lebih cenderung ke arah parti bukan pemerintah yang diluahkan melalui Facebook. Lebih ramai yang menyokong PR berbanding BN. Ini adalah apa yang Pida perhatikan di Facebook.

Pada Pida, situasi ini adalah bahaya bagi kerajaan sekarang (sebelum pembubaran parlimen) jika ia ingin terus menjadi dominan. Dan bagi PR pula, keadaan ini belum tentu selamat dan menjanjikan peluang yang cerah kerana BN pasti telah merangka strategi untuk terus mempertahankan kemenangan dan merampas kembali negeri-negeri yang terlepas ke tangan PR.

Bagaimana untuk Pida gambarkan situasi ini, mari kita lihat!


Status Facebook Pro-PR:

Lapar... (4 juta Like)

56,736 comments
Load previous comments
  • Ala... ciannya, meh makan. (768 Like)
  • Lapar? Kita pun lapar :) (541 Like)
  • Nak makan apa? Meh gua belanja. (900 Like)
  • Comelnyerr dia lapar... (1,200 Like)
  • Pegi la makan kalau lapar... nanti sakit peyut, sapa susah? (431 Like)
  • I loike! (37,550 Like)

Status Facebook Pro-BN:

Lapar... (526 Like)

4,675 comments
Load previous comments
  • Jadah lapar pun nak tulis kat wall (56,000 Like)
  • Bongok punya admin! (7,756 Like)
  • Nak makan terajang? (14,519 Like)
  • Ada aku kesah? (8,169 Like)
  • Sedey... (4,892 Like)
  • Camgampang (27,034 Like) 

Sebagai pengundi, buatlah pilihan yang tepat kerana pilihan itu amat penting untuk menjamin kemakmuran dan kestabilan darjah celcius negara Malaysia yang tercinta ini. Tak kiralah parti mana yang menang sekalipun, asalkan Malaysia kekal aman, makmur, stabil dan selamat untuk kita dan anak-anak kita terus bernafas di bumi bertuah ini.

Tarikh pilihanraya umum ke-13 telah pun diumumkan iaitu pada 5 Mei 2013 (Ahad). Tunaikan hak kita sebagai pengundi.

Selamat mengundi!


Penafian : Pida menulis dengan rasa bebas; tanpa belenggu, tanpa asakan, tanpa takut dan tanpa mewakili mana-mana parti. Tulisan ini semata-mata berasaskan tinjauan dan pemerhatian Pida terhadap trend anak-anak muda masa kini dalam menyatakan perasaan mereka terhadap parti-parti yang bertanding. Peace!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...