Terujanya nak menulis entry tentang kampung halaman sendiri. Batu Pahat nama diberi, itulah kampung halaman Pida!
Selama bertahun-tahun kawasan parlimen Batu Pahat dinaungi oleh parti Barisan Nasional (BN). Tup tup dalam pilihanraya ke-13 yang baru aje berlangsung pada 5 Mei yang lalu, parlimen Batu Pahat sudah beralih tangan kepada parti PKR dalam pertandingan satu lawan satu.
Wah! Peralihan tampuk kuasa di peringkat parlimen Batu Pahat ini amat memeranjatkan semua orang Batu Pahat. Tetapi seperti yang diduga, ramai pula yang meraikannya dengan kegembiraan. Signifikan apakah ini?
Sumber : www.spr.gov.my |
Dan kemenangan kerusi DAP bagi kerusi Dun Penggaram (Dun Pida) ke atas BN tidak kurang juga membuat sesetengah orang Batu Pahat melatah Opocot!
Sumber : www.spr.gov.my |
Pada Pida, tak kiralah siapa yang menang, asalkan Batu Pahat terus merasai nikmat kemajuan dan keamanan untuk Pida, keluarga Pida, sedara-mara Pida dan ab. Yang penting, Batu Pahat terus aman tenteram dan Pida mahu terus hidup rukun damai dengan jiran-jiran sekeliling.
Suka ataupun tidak, inilah takdir Allah ke atas parlimen Batu Pahat dan Dun Penggaram.
Ok YB, selamat bertugas!
saya x gaduh x merajuk cuma sedih je...huhuhuhu...
ReplyDeleteAloloooo jangan la sedih ayu...
DeleteOpah I orang lama Batu Pahat sedih dan sebak mengenangkan perjuang mereka dahulu
ReplyDeleteSaya percaya bila awak cakap macam tu. Orang-orang yang sezaman dengan Dato Onn atau paling tidak pun Chua Soi Lek mesti terasa dengan kekalahan BN.
DeleteSaya harap sangat wakil rakyat baru ni lebih baik atau sekurang-kurangnya sama baik.
Menang kalah adat pilihan raya
ReplyDeleteKena terima hakikatlah mereka itu
Apabila kalah usah salahkan sesiapa
Muhasabah diri apa yg telah diperbuat selama ini
Kita cuma harap Batu Pahat selamat sejahtera, itu sahaja ek.
Delete