Tuesday, May 28, 2013

Darmawisata - Indahnya masjid, cantiknya pantai di Terengganu

Salam Terengganu,

Salah satu keunikan yang terdapat di negeri Terengganu ialah masjid-masjidnya yang sangat cantik. Sepanjang berada di sana, Pida dapat menyaksikan beberapa buah masjid yang pada Pida benar-benar cantik dan indah binaannya.

Sebagai seorang perempuan di bawah lindungan Kaabah, Pida berasa sejuk dan teruja setiap kali melihat masjid. Dah tak ingat dah perkara-perkara lagha dan duniawi ni. Ingat nak sembahyang aje. Rasa nak pakai purdah je lepas tu. Nak tinggalkan suar-suar jin yang Pida pakai ni. Nak campak ke laut segala gajet yang selama ini melalaikan Pida. Nak tutup akaun whassup dan gmail. Ini semua dunia!

Kau percaya ke?


Ini ialah masjid pertama yang Pida singgah dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. Pida tak perasan apa nama masjid ini tetapi ia terletak di Kuala Kemaman. Kalau tak silap Pida, nama masjid ini ialah Masjid Asy-Syakirin.



Masjid Tengku Tengah Zaharah a.k.a Masjid Terapung






Masjid Sultan Ismail












Sebenarnya ada banyak lagi masjid yang indah di sekitar Kuala Terengganu ini. Yang Pida rakam ni cuma sebahagian kecil daripada masjid-masjid yang boleh didapati begitu banyak di sini. 

Selain masjid, Terengganu juga amat terkenal dengan pantai-pantainya yang sungguh indah. Malahan pantai adalah salah satu tarikan utama pelancong ke negeri ini selain keropok lekor, batik dan songket.

Pida sempat singgah di sebuah pantai yang begitu cantik dan tenang iaitu Pantai Kemasik yang terletak di Kemaman.


Sebaik tiba di pantai ini, hati terus berbunga-bunga. Cantiknya pantai! I like pantai!

Pida sampai di sini dalam perjalanan pulang ke KL. Masa ni pukul 2.30 petang. Sedang panas terik. Memang confirm sunburn. Tapi Pida tak kisah.









Pantai Kemasik ni memang best sebab ada banyak kulit siput dan coral. Pida dah jadi menggagau-gagau dah sebab teruja sangat. I love corals you know. Nampak tak begitu banyak kulit siput. Itu dalam air tu tau. Giler jernih air dia.

Kekanda nak turun ke laut. Hati-hati kekanda. Nanti dinda gorengkan ayam ye.

Dinda nak kutip coral dulu. Boleh buat ulam ni. Siap la aku sunburn jap lagi. Takpelah... memang dah hitam dah pun. Fair N Lovely kan ada.

U see? Kan I dah bilang kat sini banyak kulit siput. Cantik-cantik tau. Boleh buat anting-anting.



U see? Kan I dah bilang nanti sunburn! Dah tak cantik tau!


2 comments:

  1. Wah,bercuti ke sana ya.
    Alhamdulillah ada niat nak brhijrah ke arah yg lebih baik
    Jadi insan yg lebih kamil
    Jadi isteri yg lebih solehah
    ......
    Cantik2 kulit siput tu mcm baru digilap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawatan kerja yang lebih kepada makan angin hehehe.

      Delete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...