Tuesday, October 30, 2012

Konvokesyen UPM ke-36

Salam konvokesyen,

Baru-baru ini suami Pida telah menerima ijazah Master dalam majlis konvokesyen UPM kali ke-36. Pada hari yang bersejarah ini, berdirinya suami Pida di atas pentas Dewan Besar yang gah itu bersaksikan isterinya ini iaitu tak lain tak bukan akulah siapa lagi, dan juga kedua-dua ibu bapa termasuklah mak dan ab sekali.



Suami Pida dapat sesi terakhir, jadi yang menyampaikannya ialah Pro Canselor. Masa Pida dulu sesi pertama sidang pertama, jadi dapatlah Pida menerima ijazah daripada Tuanku Cancelor (DYMM Sultan Selangor). Ada gambarnya terpampang di rumah.

Tetapi sebelum masuk ke Dewan Besar, kami singgah makan dulu di....




Restoran L'apprenti ini terletak di dalam UPM. Restoran ini diusahakan oleh pelajar-pelajar Fakulti Teknologi Makanan. Hiasan dan suasana di dalam L'apprenti sangatlah kondusif, moden, mewah, cantik dan kemas.

Itu adalah pintu masuk utama ke Restoran ini.

Dari ruang tamu ni, nampak ruang dalam restoran.









Mak dan Ab yang mengenakan hijau sedondon. Terima kasih Mak kerana sudi hadir ke majlis konvo menantumu walaupun mak tak berapa sihat pada masa tu.

Mak dan abah memakai merah sedondon. Terima kasih mak dan abah kerana membesarkan suami Pida sehingga berjaya menjadi suami Pida.

Maaakkkk! Kenapa gambar Pida gelap?

Graduan yang diraikan.

Kami makan bersepuluh. Ahli-ahli makan terdiri daripada Pida, suami, mak, ab, mak, abah, 3 orang adik dan Along. Kira family luncheon la ni nak meraikan suami Pida.

Menu untuk appetizer ialah Minestrone Soup yang dicicah bersama roti bawang putih. Sangat sedap! Makan ni pun dah kenyang.

Untuk main course, kami dihidangkan dengan Roasted Chicken Roulade With Butters Green Pea and Mushroom Ragout seves with Chasseur Sauce. Memang agak tergeliat lidah dibuatnya tetapi harus control macho. Sebut saja ayam dengan sos cendawan. Habis cerita.

Aksi pasangan suami isteri yang jarang-jarang dapat makan di restoran mahal.

Ini adalah hidangan pencuci mulut kami atau orang putih panggil dessert. Ia dinamakan Devil Food Cake with Toffee Reduction. Dengar nama pun dah tau antagonis. Belum rasa lagi. Tapi kek ni sedap. Lagi-lagi ada strawberry yang dibelah seksi tu.

Dan yang terakhir ialah air kopi panas. Fuh... sangat sedap dan kenyang. Burp! Alhamdulillah.

Selepas makan, kami bergambar lagi. Tak sudah-sudah sampailah ab kata "Sudah!"


Asyik citer pasal makan je... mana cerita konvonya?

Nak citerlah ni!



Selepas menikmati makan tengah hari dan solat zuhur, kami bergegas menuju ke Dewan Besar tempat upacara pengurniaan ijazah dijalankan. Suami Pida bersiap-siap di kereta. Samalah Pida dulu pun bersiap-siap di kereta juga. Orang lain pun macam tu jugak Pida tengok.


Haaa ni masa Pida konvo 7 tahun lepas. Masa tu Rania 7 bulan dalam perut Pida. Wow! Eksklusif ni kau dapat tengok gambar Pida mengandung! HAHAHA. Zaman tu masih pakai tudung bawal lagi. Ponjot pin atas kepala. Oh ye, kau jangan cuba nak membezakan saiz laki aku dulu dan sekarang. Kau atau laki kau pun sama jugak kan?


Berbalik pada cerita zaman sekarang. Pida tolong pakaikan hood pada suami Pida. Begitu tekun dan penuh kasih sayang aku membuatnya (sebab mak mentua peratikan). Hood dia kaler oren-oren gitu. Hood Pida dulu kaler kelabu metalik. Ikut fakulti la. Pida dulu FSKTM. Perhatikan kat lengan jubah suami Pida tu ada 2 line. Itu untuk graduan master. Kalau bachelor macam Pida kat atas tu satu line je. Kalau PhD ada tiga line bertekat emas. Kalau diploma takde line.

Di dalam dewan, kami duduk di bahagian atas yang dikhaskan untuk VIP. Jangan main-main, Pida ni VIP tau. Very irritating perempuan.

Oleh kerana lama sangat nak tunggu menantu naik pentas, mak dan ab telah tertidur sebentar. Krohhh krohhh.

Akhirnya suami Pida punya giliran pun tiba. Yeay! Laki aku dapat sijil!

Laki Pida kembali ke tempat duduknya. Tuu! Yang tu haa... tak nampak ke? Pida pun tak nampak.

Selepas 3 jam, majlis konvokesyen pun berakhir dengan Pro Cansellor keluar dewan diiringi oleh Naib Cansellor, dekan-dekan fakulti dan pegawai-pegawai.

Cokmar sebagai lambang istiadat dibawa keluar dari dewan.

Di luar dewan, kami pun bergambar-gambaran. Semua graduan bergambar dengan keluarga masing-masing. Suasana agak sibuk pada ketika ini. Maklumlah, sedang meraikan hari bersejarah, mestilah masing-masing nak merakam kenangan manis.

Kanda, terimalah munga ini lambang kasih sayang adinda. Jambangan bunga di UPM ni murah sangat. Yang macam Pida beli tu, harganya cuma RM30. Kalau kat UiTM Shah Alam dah mencecah RM70 tu.

Kanda mawak munga ni sorang-sorang ye... adinda nak mawak henbeg adinda je. "Kenapa adinda sengau?"

Tahniah kanda. Cayunk kanda ketat-ketat! Alhamdulillah, setelah dua tahun bertungkus-lumus, akhirnya suami Pida berjaya menggenggam ijazah Master idamannya. Ingat lagi masa dia mula-mula masuk kelas Master dulu, masa tu Pida baru seminggu lahirkan Sufi. Masa tu suami bagitau, nanti abang konvo masa Sufi umur 2 tahun. Masa tu serius tak dapat bayangkan macam mana muka Sufi 2 tahun. Yelah, masih usia seminggu kan? Pejam celik pejam celik dah dua tahun! How time flies!

Yang didambakan sudah di dakapan.


Ini gambar kenangan semasa Pida berkonvo dahulu.

Pada kesempatan ini, Pida nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pegawai-pegawai yang bertugas di dewan besar terutama kepada Encik yang Pida tak tahu namanya kerana telah membenarkan mak Pida melalui jalan pintas untuk menuju ke ruang VIP selepas beliau melihat mak Pida agak susah berjalan. Sekalung penghargaan atas keprihatinan yang dipamerkan.

Terima kasih kepada mak, abah dan adik yang telah mendoakan kejayaan suami Pida. Sokongan kalian adalah tulang belakang pencapaian ini. Sayang mak, sayang abah, sayang adik!

Kepada adik-beradik Pida yang turut menyokong perjuangan suami Pida, terima kasih banyak-banyak. Let's share it together! ps: Kiah, duit RM30 yang ko belikan bunga tu kira halal la eh! Alaa RM30 je pun, bukan boleh bawak mati pun. ♥Sayang Kiah. Buwekkk!♥

My special thanks to mak dan ab yang telah sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan Pida. Terima kasih kerana sudi berkongsi kejayaan dalam majlis konvokesyen ini. Mak, terima kasih kerana sanggup meluangkan masa walaupun masa tu mak tak boleh berjalan sangat, mak terpaksa gunakan tongkat. Dengan penuh susah-payah mak naik tangga dewan dan turun tangga. Walaupun kita orang terakhir yang keluar dari dewan, namun Pida bangga kerana dapat berkongsi kejayaan ini bersama. I love you mak! I love you ab! : '(


And last but not least, to our wonderful children from heaven.


♥Rania♥
♥Aqil♥
♥Sufi♥

 

Terima kasih anakku kerana memahami perjuangan abahmu. Semoga kejayaan ini menjadi azimat buat kalian menjadi insan yang berilmu, berbakti dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Roses for all!


Sunday, October 28, 2012

Qurban

Salam qurban,

Raya haji tahun ni Pida tak balik kampung. Beraya di rumah sendiri aje sebab ada rewang majlis qurban di taman perumahan Pida ni.

Pida tak rewang pun... Suami je yang rewang. Lagipun mak Pida ada satu bahagian qurban di taman Pida ni. Jadi itu adalah alasan kukuh tak balik kampung.

Petang-petang raya pergi kedai, Pida jadi pelik sebab banyak sangat kedai tutup. Mula-mula tu musykil jugak, area Pida ni dilanggar garuda ke apa semua kedai tutup, kereta boleh dikira dengan jari... Tapi bila ingat-ingat semula oh rupanya aku sorang je yang tak balik raya.

Baiklah, mari kita saksikan kemeriahan sambutan hari raya qurban di tempat Pida.... Yang jauh dari desa!

Selamat hari raya aidiladha daripada Pida untuk kau, kau dan kau di sana. Sayang kau!


Dua daripada 7 ekor lembu yang bakal disembelih.

Mungkin tidak segebu lembu fidlot, tapi bersyukurlah... lembu kat Sudan lagi kurus agaknya.





Sembeley sudey!

 Next!

Friday, October 26, 2012

Dialog yang tidak patut dibualkan dengan bakal mertua

Salam mertua,

Musim cuti sekolah bakal tiba. Cuti sekolah di Malaysia sinonim dengan musim kerja kahwin atau walimatul urus. Tapi sekarang ni orang kahwin sepanjang tahun. Setiap minggu ada saja jemputan kahwin. Dah tak kira waktu cuti sekolah lagi dah.

Namun, sebelum sesebuah pasangan itu berkahwin, diorang mestilah bermula dengan bibit-bibit percintaan kan? Masa tulah nak jumpa bakal mak mentua dan bapak mentua.

Bagi yang perempuan, pengalaman pertama berjumpa bakal mertua adalah suatu detik yang sangat mendebarkan. Bermacam-macam andaian yang berlegar-legar di fikiran. Aku diterimakah? Aku menerimakah? Segalanya suspen gitu.

Bagi yang jejaka pulak, pengalaman pertama berjumpa orang tua awek mereka adalah satu peluang keemasan untuk membuktikan kejantanan mereka. Masa inilah si teruna ni kena jadi orang yang berkeyakinan untuk mendapat merit daripada bakal mertua. Masa ni boleh la lagi control macho atau berlakon, tapi awas, kau nak berlakon sampai bila?

Baiklah, dalam entry ini Pida akan memberi serba sedikit panduan bagi para cowoks dan ceweks ketika menghadap bakal mertua terutama pada kali pertama. Ingat, first impression itu adalah penting!

Ada beberapa adab ketika berhadapan dengan keluarga pakwe/makwe. Antaranya ialah adab ketika berbual. Namun ada beberapa dialog yang tidak patut kaututurkan di hadapan bakal mertua. Kalau kau gatal jugak mulut berbual pasal perkara-perkara ini nanti, nahaslah kau. Kempunan la kau nak kahwin dengan anak diorang!

Contoh dialog yang 'jangan' ialah:

1)   Eh, Milah kata dia anak yatim piatu. Pakcik dan makcik ni siapa pulak? Takkan hantu kot? Hahahaha. "Pang!"

2)   Rumah ni dah habis bayar ke belum?

3)   Apesal kuih apam ni rasa macam basi je... makcik bagi saya makanan basi ke?

4)   Idham tu nakal la makcik. Entah-entah ikut perangai pakcik kot...?

5)   Betul ke dulu pakcik dan makcik kahwin kena tangkap basah?

6)   Lepas kitorang kahwin nanti, kitorang duduk kat rumah ni jelah ye. Jimat duit sewa dan api air kan pakcik?

7)   Tema rumah makcik ni macam tak berapa sesuai la. Patutnya warna sofa ni kena matching dengan kaler langsir. Meja konsol ni elok letak kat sudut sana tu. (sambil menukar kedudukan perabot).

8)   Rumah ni memang banyak lalat ke? Geli la dowh...

9)   Duit pencen pakcik banyak lagi?

10) Bakal tunang saya tu anak kandung ke anak angkat?

Haaa... itulah antara dialog yang tidak boleh sama sekali diucapkan dalam pertemuan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Kalau kau tak nak merasa kena reject mentah-mentah la...

Ingat, jaga mulut dan jaga perut! Selamat pengantin baru!

Wednesday, October 24, 2012

Suatu pemergian yang mengesankan

Salam pemergian,

Semalam pada kira-kira pukul 10 pagi, Pida buka Facebook di handphone sambil-sambil minum kopi depan pc. Pida terbaca status sepupu Pida yang mengatakan abang iparnya (suami kepada kakak sepupu Pida itu) yang mengkhabarkan Abang Din (panggilan untuk abang iparnya) sedang tenat di wad ICU Hospital Serdang.

Status dia pukul 8.30 malam tadinya. Pukul 10 pagi itu Pida balas status dia bertanyakan perkembangan terkini Abang Din dan dia terus membalas 'kembali tenat.'

Pida pun terus telefon mak dan ab yang memang berada di rumah Pida sejak 2 minggu lepas memberitahu khabar tersebut. Mak bagitau Pida waktu rehat pukul 1 nanti kita pergi melawat Abang Din di hospital.

Selepas itu Pida offline semula untuk meneruskan kerja pejabat.

Pukul 1.30 petang, Pida bersama suami, mak serta ab sampai di Hospital Serdang. Pida terus menuju ke kaunter pertanyaan untuk bertanyakan di manakah wad ICU.

Sebaik Pida menyebut nama Abang Din, jururawat di situ memberitahu bahawa orang yang Pida cari itu ada di forensik.

Forensik. Lemah lutut Pida sebaik mendengarnya. Apakah....?

Pida tak puas hati. Pida bertanya pula nama waris Abang Din yang didaftarkan. Jururawat itu memberitahu. Sah. Ya Allah, Abang Din dah pergi...

Pida terus online FB semula. Di hadapan kauter itu. Rupa-rupanya berita kematian Abang Din telah diwar-warkan sejak '3 hours ago'. Pida tak dapat breaking news itu sebab Pida offline sejak pukul 10 pagi tadi.

Selepas itu barulah saudara-mara menelefon mak dan ab memberitahu perkara tersebut.

Kami kemudian bergegas ke Masjid UKM kerana jenazah akan diuruskan dan disembahyangkan di situ. Sampai sahaja di masjid UKM, keranda yang membawa jenazah baru sahaja diangkat untuk dimasukkan ke dalam van jenazah untuk dibawa ke tanah perkuburan.

Segalanya pantas. Semasa di dalam kereta, mak telefon sepupu Pida yang lain bertanyakan tentang urusan jenazah. Dia kata pada masa tu jenazah baru nak dimandikan. Tetapi sebaik sampai, jenazah sudah siap disembahyangkan.

Apa yang mengharukan, pelajar-pelajar fakulti arwah Abang Din yang menerima ijazah dalam Majlis Konvokesyen UKM semalam telah melewatkan sesi penganugerahan ijazah mereka selama sejam semata-mata untuk memberi penghormatan terakhir kepada pensyarah mereka itu dengan turut sama solat jenazah bersama ibu bapa mereka.

Selepas itu, kami pun bertolak ke kawasan perkuburan. Itulah kali pertama dalam hidup Pida menyaksikan upacara pengkebumian. Cuaca redup, sesekali awan menutup matahari dan kelihatan agak mendung.

Kerja-kerja pengkebumian juga dilakukan dengan lancar, cepat, teratur dan sempurna. Sebaik sahaja siap, hujan terus turun dengan lebatnya. Langit seolah-olah turut menangisi pemergian Abang Din.



*****************

Arwah Abang Din adalah seorang pensyarah di UKM. Arwah merupakan insan warak yang sangat dihormati kerana kemuliaan peribadi yang dimiliki.

Arwah Abang Din berkahwin dengan sepupu Pida sejak lebih 10 tahun lalu namun tiada rezeki dikurniakan anak sendiri. Bagaimanapun sekembalinya dari London setelah menghabiskan pengajian di peringkat PhD pada tahun lepas, arwah telah mengambil seorang anak angkat lelaki.

Namun rencana Allah mengatasi segala-galanya. Baru sahaja menikmati kebahagiaan memiliki cahaya mata, Abang Din telah pergi menyahut panggilan Ilahi dalam usia 44 tahun akibat jangkitan kuman pada organ dalaman. Anak tersebut baru berusia 8 bulan sekarang.

Pemergian Abang Din telah meninggalkan kesan yang bukan sedikit kepada Pida secara peribadi. Pida melihat betapa mudah dan lancarnya sepanjang proses menguruskan jenazah sehingga dikebumikan. 

Pida telah menyaksikan sendiri betapa singkatnya masa yang diambil untuk menguruskan jenazah iaitu lebih kurang 5 jam sahaja. Pida yakin Allah melancarkan segala-galanya sebagai kebaikan yang diberi di dunia ini lagi kerana arwah memang seorang yang warak.

Semoga Abang Din ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dan semoga keluarganya bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah.

Friday, October 19, 2012

Mesej PM mentel daripada budak mentel

Salam mentel,

Beberapa hari yang lalu Pida dapat PM (private message) di Facebook Pida. Bukan orang lain pun yang kasi mesej tu, suku sakat Pida jugak. Kira bau-bau stokin la Pida dengan dia.

Dia tulis mesej tu macam ni :

"Salam Kak Pida. Apew kbr? Nk tny, bf kiter mcm tk chayunk kt kiter ag arr... Nk wt camner hek? Mmuahh.. chayunk kak pida ktart-ktart!"

Yang pertamanya Kak Pida nak ucapkan terima kasih la kepada engkau sebab sudi bagi aku mesej macam tu. Macam jahanam aku membacanya. Terketar-ketar tau tak? Roshak bahasheww chelakew.

Yang keduanya, Kak Pida nak bagitau satu perkara kat engkau. "Lau ko tls camniey ag kt aq, aq bakor uma kau."

Yang ketiga, Kak Pida nak tanya, apahal dengan boifren ko tu? Dia tu bodoh ke macam mana? Eeii... Kak Pida tak paham la citer ko ni. Tetiba kau bagi Kak Pida pernyataan masalah. Mana abstrak ko? Kak Pida nak dalam dwibahasa, boley?

Oklah, memandangkan ko ni remaja bawah umur kan, lesen motor pun tak layak lagi mohon kan... apa kata ko dengar nasihat Kak Pida. Kak Pida ni dah makan garam terlebih dulu daripada ko. Garam bukit tau, bukan garam laut.

Pasal boifren ko tu kan, agak-agak kenapa 'ek dia tak sayangkan ko lagi? Eh, Kak Pida lupa la nak tanya umur boifren ko tu berapa? Kalau sebaya, ahhh biasalah mesti la dia dah jumpa cikaro yang lebih gempak daripada engkau. Engkau tu apa ada, dahlah pendek, takde lesung pipit pulak tu.

Kalau boifren ko tu umur 20 tahun ke atas atau dah kerja, ahhh biasalah mesti la dia dah jumpa cikaro yang lebih gempak daripada engkau. Engkau tu apa ada, dahlah pendek, takde lesung pipit pulak tu.

Kalau boifren ko tu umur 30 tahun  ke atas atau dah jadi laki orang, ahhh biasalah mesti la dia dah jumpa cikaro yang lebih gempak daripada engkau. Engkau tu apa ada, dahlah pendek, takde lesung pipit pulak tu.

Ha... puas hati dengan jawapan Kak Pida? Ke ko nak unfriend aku lepas ni? Cayunk ko ktart-ktart! HAHAHAHA.


Thursday, October 18, 2012

Majulah Sukan Untuk Negara : Sukaneka Tadika

Salam sukan,

Hujung minggu yang lalu, Pida menemani Aqil menjayakan hari sukaneka anjuran tadikanya. Sejak seminggu sebelumnya Aqil dah bersemangat menjalani latihan intensif bagi acara-acara penting yang belum dipertandingkan di peringkat olimpik iaitu lari membawa bola di ketiak, menarik bola dengan gelung dan mencari gula-gula di dalam tepung.


Acara dimulakan dengan perbarisan budak-budak tadika. Aqil mewakili pasukan kuning atau nama saintifiknya 'Matahari'.

Acara diteruskan dengan aktiviti senaman ringan untuk memanaskan badan. Yang ini adalah latihan untuk bergambar depan kamera (camwhore) untuk dijadikan profil Facebook. 


Ini latihan untuk menguatkan bahagian pinggul supaya dapat bertahan lama ketika goyang gerudi bila dah besar nanti. (Dari kecik dah dilatih goyang gerudi).



Ini pula adalah senaman untuk menghilangkan lenguh-lenguh bahu dan menguatkan otot agar menjadi pejal dan sasa seperti Malek Noor.


Yang ini pula adalah senaman errkk... asal ko terkinja-kinja begitu Aqil?


Acara pertama ialah membawa bola di ketiak dan memberikan bola itu ke ketiak kawan. Namanya ialah bola ketiak kata Aqil. Keputusan : Pasukan Aqil nombor corot.


Acara kedua ialah mem-pass-pass belon berisi air kepada kawan. Kawan yang last kena bawak belon tu ke dalam besen. Siapa belon paling banyak dia menang. Belon pecah akibat kena rumput tak kira. Tak boleh ngelat. Keputusan : Pasukan Aqil nombor corot.


Peserta berehat sebentar untuk memberi laluan kepada acara yang lain pula.



Acara untuk abah-abah. Iaitu tiup belon 3 kali dan pecahkan setiap satu. Abah Aqil tak ketinggalan menyertai acara ini bagi membuktikan kejantanannya. Yeah! Hidup abah! Jerit Aqil di dalam hati.


Abah Aqil meniup dengan bersungguh-sungguh dah penuh penghayatan. Kelihatan isteri dan anak kecil memberi sokongan padu tanpa kompromi kepada suami / abahnya.


Berkat didikan ibu dan bapa sedari kecil tentang cara-cara meniup dan meletupkan belon yang betul, akhirnya abah Aqil berjaya menjadi johan bagi acara tiup belon tersebut. Syabas abang! Abang telah membuktikan kejantanan abang! Pida menjerit penuh keharuan.


Kini tibalah acara yang sama untuk mak-mak pulak. Eh, macam kenal je sorang mak tu!


Sebaik wisel dibunyikan, semangat Usain Bolt terus meresap ke dalam diri Pida. Dengan pantasnya Pida berlari mendapatkan belon comel berwarna pink dengan harapan nak menang!


Dengan penuh iltizam, Pida pun mula meniup belon. Tapi, tiup-tiup tak kembang, tiup-tiup tak kembang. Pipi aku yang kembung dan lenguh. Hamjad punya belon.


Masa orang dah ke depan, masa tulah belon Pida baru nak kembang. Dah terlambat daa... orang lain dah menang dulu daa...


Masa ni Pida memang dah corot dah. Tapi demi semangat kesukanan, Pida teruskan juga. Laki Pida dah terbahak-bahak ketawa kat tepi. Yelah... awak terrer, kiter mana terrer buat kerja tiup ni.... Buekkkk!!! Namun Rania tetap setia memberi sokongan kepada emaknya. Terima kasih anakku. Akan kutebus kekalahanku, azam Pida di dalam hati.


Acara kanak-kanak diteruskan dengan pertandingan meniup belon berpasukan. Kena tiup belon sampai pecah. Masa belon tu pecah, Pida dengar Aqil melatah terperanjat, "O'mak!"


Lepas belon pecah, Aqil pun berlari seperti Watson Nyambek dan berjaya sampai dahulu ke garisan penamat.

Aqil sungguh gembira memenangi acara ini. Really rejoiced over it.


Selepas acara tiup belon, Aqil masuk pulak acara spongebob iaitu isi air ke dalam botol. Tengok tu dia bawak span berisi air.



Aqil memerah span dengan berhati-hati. Tu yang menitis tu ko ngeces* ke apa tu Qil? *ngeces - istilah bahasa jawa yang bermaksud air liur meleleh.


Dah tu Aqil berlari sekuat hati seperti dikejar anjing kembali ke kumpulannya.


Selepas itu Aqil tetiba kembali semula untuk mengisi air tetapi distopkan oleh Teacher sambil menyanyi  ♫♪Sudah cukup cukup sudah... cukup sampai di sini saja...♫♪


Seterusnya Aqil masuk acara membawa bola dalam gelung. Err... bawak bola? Ko bawak bola ke bawak angin tu Qil? Mana bola kau?


Laa.. bola dia tertinggal tadi rupanya. Laju sangat lari sampai bola terlepas.


Acara terakhir ialah mengutip gula-gula dalam tepung. Ya Allah anak aku. Rakus!


Cantik anak mak. Macam tepung gomak. Dah, gi basuh muka tu. Macam lotong.


Seterusnya ialah acara kedua untuk bapak-bapak mithali iaitu kerusi muzik. Pida panggil kerusi beracun, rupanya namanya ialah musical chair. Adakah abah berjaya mempertahankan kejuaraannya pada kali ini?


Oh, sayang sekali kerana nampaknya abah gagal memenangi acara ini sekaligus melenyapkan impian untuk merangkul anugerah Bapa Olahragawan. Abah tersingkir dalam pusingan top 4 (nombor 4 ler tu). Isk, isk, isk... Kelihatan juga si isteri yang terkangkang sambil ketawa kerana terlalu geli hati melihat kekalahan suaminya yang gagah itu.


Kali ini acara kerusi muzik untuk para ibu pula. Sebagai seorang yang kaki bangku, hanya acara inilah yang selayaknya Pida sertai. Inilah peluangku untuk menebus kekalahan lalu, bisik Pida penuh semangat. Tidak ketinggalan ialah Rania sebagai alumni menyertai acara ini.


Oh, sayang seribu kali sayang kerana Rania sudah tersingkir awal-awal lagi akibat gagal merebut kerusi panas. Abah dia jerit dari tepi, "Bagilah kat anak tu... mengalah la..." Eh, eh, mana boleh bagi kerusi kat Nia. Dalam pertandingan kena ada sifat kiasu, baru boleh menang! Dan Pida memang kiasu pun hua hua hua.


Nampaknya Pida bermain dengan baik sekali setakat ini. Habis bontot orang aku senggol tak kasi duduk kat kerusi tu.


Top 3!


Eh cewah... macam berzapin pulak gayanya. Siap senget-senget badan tu yang tak tahan tu. Macam orang berpencak pun ada jugak. Yang penting Pida masih kekal hua hua hua.


Pusingan penentuan yang mendebarkan. Antara aku dan dia, siapa juara?


HAH! SIAPA JUARA?






DAN JUARANYA IALAH......

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
PIDAAAAAAAAA!!!!!


Yeaaa!!!





Muka puas.

Yes, Alhamdulillah akhirnya Pida menang jugak satu acara. Tak la Rania dan Aqil malu mak dia kalah masa acara tiup belon mula-mula tadi. Haha, bukan nak menang sangat pun, nak tengok budak-budak happy je. Kemain melompat bila mak dan abah dia menang.


Yea yea dapat hadiah.

Kira-kira pukul 11 pagi,  kembalilah kami ke rumah selepas membawa pulang banyak hadiah termasuklah hadiah cabutan bertuah iaitu taperware. Puas la makan hadiah balik tu. Memang seronok sangat dapat mengambil bahagian dalam sukaneka tadika Aqil. Inilah masa kualiti yang ada untuk meluangkan lebih masa bersama anak-anak.

Yang penting, kami gembira. Walaupun penat.


Belanja aiskrim yogurt.


Sufi berlatih untuk tahun depan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...