Salam PD,
Baru-baru ini Pida telah menghadiri satu tugasan luar di sebuah resort yang terletak di Port Dickson. Resort yang Pida duduki selama 3 hari 2 malam ini dinamakan Casa Rachado Beach Resort.
Resort ini terletak di Batu 10, Sirusa. Kalau dari KL ikut lebuhraya Plus, kau keluar kat Seremban Port Dickson. Ofkos la kan, takkan kau nak pergi PD kau exit Yong Peng pulak. Jauh pulak perjalanan kau nanti.
Resort ini berilhamkan seni bina Portugis. Konsep bilik dan perabotnya sangat unik dan berbeza dengan hotel / resort yang lain.
Wokeh, tak nak cakap banyak, nanti asyik merapik meraban je. Jadi mari kita berjalan-jalan melawat Casa Rachado Beach Resort! Yuk!
|
Ini adalah pintu masuk utama resort ini bagi pengujung yang ingin mendaftar masuk di kaunter. |
|
Itu yang jauh di sinun tu adalah kaunter. Gambar ni Pida ambik dari kafe masa minum kopi O manis sorang-sorang. |
Suasana di lobi.
|
Kau nampak tak gambar Ali Rustam tu? Eh, macam sedara mak bapak aku je panggil dia Ali Rustam. Datuk Wira Ali Rustam. Pida pelik tak pelik sangat la tapi kenapa gambar dia 'ek? Bukan PD patutnya Mohamad Hassan ke? Eh, Datuk Seri Mohamad Hassan. Ke sebab lokasinya dah termasuk Melaka? Lupa pulak nak tanya akak cleaner tu. Mmm... wut ever. |
Apartment
|
Inilah pintu masuk rumah apartment di sini. Padanan warna kuning dan hijau. |
|
Inilah rupa di dalam apartment Casa Rachado. Basically ada dua reaksi yang biasa diluahkan oleh tetamu iaitu sama ada "Wow! Uniknya! I loike!" atau "Haa??? Macam rumah hantu jerrr?" |
|
Apartment dia memang unik; lain daripada yang lain. Lantai dia tak pakai karpet, tapi tiles yang kesat macam yang kat dalam gambar ni. Tapi bersih. Tapi mungkin ada yang tak selesa sebab geli kot. Ah, mengadalah kau yang geli tu. Macam rumah kau bersih sangat. |
|
Ini adalah meja makan berkonsepkan gaya Portugis. Nampak buruk? Cuba kauubah sikit persepsi kau tu. Jadikan positif. Meja makan ini unik. ~ Kan? |
|
Ini pula adalah gerobok atau almari yang disediakan di apartment ini. Nampak angker? Haha. Cuba kauubah sikit persepsi kau tu. Jadikan positif. Gerobok ini unik. ~ Kan? (Untuk pengetahuan kau, Pida pun tak berani nak bukak sebab takut keluar kepala hantu. Ah, terlalu banyak membaca Mastika inilah jadinya.) |
|
Set kerusi kayu di depan peti televisyen. Siap ada telefon lagi untuk calling-calling. |
|
Dapur kalau kau rajin nak masak. Ada jugak disediakan cerek dan fridge. |
|
Bilik tidur kedua. Bilik tidur utama tak dapat nak ambik gambar sebab member Pida dah masuk situ. Ingat nak jugak ambik gambar tapi bila tengok banyak sangat kelawar bergantung, terus tak jadi. Kelawar colorful pulak tu. |
|
Gerobok di dalam bilik tidur. Yang ni Pida terpaksa bukak sebab nak gantung seluar jin. |
|
Tuala mandi. Digunakan untuk mengelap badan selepas mandi. Kalau tak nak lap pun takpe, badan kau bukan badan aku. |
|
The jambanz. Kebersihannya tidak tip top di samping keadaan paip shower yang sudah rosak. Air bukan keluar dari lubang-lubang kecik tu, tapi keluar dari celah-celah dia. Kaubayangkanlah betapa derasnya air yang jatuh membasahi tubuhku. Tapi tidak kupanggil juruteknik kerana Pida suka air macam tu hehe. |
Pemandangan waktu pagi dari apartment Pida adalah heaven!
|
Alangkah indahnya panorama ini. Menyaksikan matahari terbit di ufuk timur sambil menjamu mata melihat air pasang. |
|
Cuaca agak mendung tetapi sang suria tetap mahu menampakkan dirinya. |
Suasana senjanya juga amat memukau!
|
Pantai pada waktu senja. Nampak air dah surut. |
Kemudahan tersedia
|
Kolam renang! Sangat sesuai untuk para duyung dan dugong sekalian. |
|
Yang paling dalam 1.5 meter. Ah, rendah je tu.... Pida lagi tinggi, 1.62 meter hehe. Kedalaman untuk kanak-kanak ialah 30 sentimeter. 30 cm? Huk allaa... rendahnya, paras lubang pusat Sufi je. |
|
Kemudahan lain ialah ruang makan yang luas dan selesa. |
|
Makanan kat sini memang marvellous! Walaupun lauk tak banyak (maklumlah pakej), tapi kelazatannya sehingga menjilat jari kawan gitu. Sedap sangat. Pada kebanyakan masa, Pida adalah orang terawal menyenduk nasi dan orang terakhir meninggalkan tempat makan ni. Cayalah Pida. |
|
Ini dia punya bar. Kat sinilah kalau kau rasa nak ngeteh, kau boleh order teh tarik buih ke, milo ais limau ke, nescafe ais panas ke. Sebenarnya ada awek yang jaga kat situ tapi time Pida ambik gambar dia lari pulak. Malu le tu. |
|
Kemudahan lain yang terdapat di sini ialah kedai keperluan asas seperti rokok (keperluan asaskah?). |
Apa lagi yang menariknya dengan Casa Rachado Beach Resort ini? Pida suka lanskapnya dan suasana persekitarannya!
|
Laluan menuju ke apartment. Kiri kanan adalah lanskap yang cantik dan sentiasa dijaga rapi. |
|
Tempat riadah di tepi pantai. |
Apa lagi yang best kat sini 'ek?
|
Ada hotspot. |
|
Ada kerusi yang unik. Kau ingat kerusi ni plastik ke? Silap bai... ini besi ampuh ni. Pida cuba angkat, mak aiii tak terangkat! Berat giler kerusi ni. |
|
Ini pattern kerusi yang lain pulak. Pun berat nak mampus. Tapi kalau suruh Hulk Hogan satu jari je dia boleh angkat. |
|
Pida ni buat abang malu la... Jangan la puji-puji sangat abang kuat la, perkasa la gagah la... mana ada abang boleh angkat satu jari. Korek hidung pakai satu jari boleh la. Sayang Pida ---> Yang ni aku tambah sendiri. |
|
Klasik dan unik. Yeah! That's the word! |
Pantai
Nama pun Beach Resort kan? Tipulah kalau takde pantai. Tapi sedey kerana pantai di resort ini tidak begitu indah dan pasirnya bukan dari jenis pasir yang putih halus macam Pantai Batu Burok. Nak mandi pun macam tak sesuai je. Jalan-jalan aje la pakai kasut. Kalau kaki ayam nanti terpijak debris yang berserakan di situ. Kang luka pulak tumit kaki kau yang dah memang kasar tu.
|
Inilah pantai di Casa Rachado Beach Resort. Waktu pagi air pasang dalam, waktu petang air surut. Surut pukul 5 nyonya bangun pagi siram pokok bunga. |
|
Bila air surut, pesisiran pantai ditinggalkan dengan debris yang hitam dan kotor. |
|
Dari kejauhan nampaklah bangunan apartment tempat penginapan Pida. Waktu ni dah dekat-dekat senja. Cepat-cepat Pida balik takut hantu air colek Pida nanti kena sumpah jadi dewi laut. |
|
Beting pasir. |
|
Ini adalah corak kejadian alam yang sangat memukau kerana keunikan dan kecantikannya. |
|
Ia mencorakkan hampir keseluruhan pantai! |
|
Sangat cantik kan? Tapi makhluk Tuhan yang mana yang membuatnya? |
|
Oh, rupanya ia adalah hasil kerja si kecik ini bersama kawan-kawannya! Ketam spesis apa ni agaknya 'ek? Boleh kaugooglekan untuk Pida? |
|
|
********************************
Cantik kan suasana dan pemandangan di Casa Rachado Beach Resort ini? Pida buat entry tentang resort ini kerana ia sungguh unik dan mempunyai lanskap yang sangat cantik. Itu yang membuat Pida tertarik. Lagipun Pida memang sangat menyukai pantai kerana pantai itu lambang pembebasan otak yang berserabut.
Pida sukakan tempat ini. Mungkin Pida akan datang lagi ke sini; kali ini bersama family. Nantilah, pada suatu hari nanti.
*Semua gambar dirakam dengan menggunakan
Samsung Galaxy Note.
dulu sy PLKN kat rachado bay tau kak pida.
ReplyDeletemmg sgt cantik kwsn tu sbb dia tak crowded dgn manusia.
view dia pun nice gila.
sampai dulu2 masa berkawad bagai kan berangan nak honeymoon kat situ
hihi.gataiii kan
tp kem tu dah tutup skrg.pesal ntah :(
Cantik dan eksklusif sungguh Rachado
ReplyDeletePD ni dipenuhi dgn penginapan yg hebat
-Entri yg sungguh lengkap dan berimformasi
-Pasti menggamit sesiapa yg melihat pic-pic di sini
cikCT, memang cantik. Masa Kak Pida pegi tu pun tak ada orang lain. So rasa eksklusif la sikit hehe.
ReplyDeleteCikgu Mat Som, pergilah bawa keluarga ke situ.
Salam Pida, Casa Rachado ni masuk ikut kem tentera tu ke..tq.
ReplyDeleteMakusu.. ye betul. Jalan masuk kem tentera tu. :)
Delete