Sunday, September 30, 2012

Sufi tidak bergantung pada mak lagi

Salam Sufi,

Semalam Pida telah berjaya memberhentikan Sufi daripada menyusu badan. Orang jawa kata sapeh daripada ngempeng.

Bagaimana Pida boleh menyapehkan Sufi secara tiba-tiba sahaja? Entahlah, Pida pun tak tau macam mana Pida boleh nak berhentikan dia menyusu tiba-tiba. Semuanya berlaku secara natural dan tidak sengaja.

Semalam waktu tengah hari Sufi menyusu. Biasalah dia kalau hari cuti memang tak pandang botol la dia. Botol asli ni jugak yang dia mintak sepanjang hari sampai naik letih Pida dibuatnya. Bukannya letih apa, kalau dia menyusu sekejap takpe jugak, ini asyik bergantung sepanjang masa. Mana tak letih. Nak buat kerja lain pun tak boleh.


Mak nak buat kerja apa?


Selepas habis Sufi menyusu semalam, dia nak lagi. Masa ni Pida dah terfikir, "Tak larat derr... letih dan lapar aku dibuatnya budak ni. Nak try sapehkan la."

Jadi Pida pun pergi ke dapur. Pida ambik asam jawa segera dan sapukan di tempat yang berkenaan (heheh). Pida keluar semula dan Pida suakan pada Sufi yang memang menunggu dari tadi.

Sebaik sahaja dia hisap, dia terus macam "Eeuuwww...!!! What the fart is this?"

Bila Pida tengok dia terkulat-kulat macam tu, Pida terus ketawakan dia. Pida tanya, "Wuzzup?"

Sufi jawab, "Our... (sour)" dan terus terkenyit-kenyit mata dia.

Pida pun suakan sekali lagi. Dan dia terus tak nak! Pida try lagi dan lagi, memang sahih dia tak nak!

Wow! Hanya sekejap itu kaedah sapeh ini menjadi. Tak payah susah-susah letak benda-benda pahit. Pida pun tak sampai hati nak bagi Sufi rasa benda pahit. Paracetamol perisa oren tu pun dia tak suka, inikan pula benda pahit yang lain.

Jadi nak dipendekkan cerita, semalam merupakan hari terakhir Sufi menyusu dan mengempeng. Alhamdulillah percubaan spontan dan tidak dirancang membuahkan hasil yang sekejap. Dan Pida amat bersyukur kerana Sufi tak meminta-minta, merayu-rayu atau mengamuk-ngamuk terutama pada waktu malam.

Tapi memang selepas berhenti menyusu badan ni dia agak kekok dengan rutin sebelumnya. Maklumlah, selama ini kalau dia nak tidur, dia akan ngempeng.

Tapi sejak dia sapeh ni, dia tak boleh tidur siang sebab dia tak ngempeng (ngempeng membuatkan baby leka dan terus tertidur). Susu dah berbotol-botol dihabiskan tetapi masih tak boleh tidur siang. Kesian jugak tengok Sufi tak boleh tidur siang.

Yang paling Pida kesian, Sufi tak merengek langsung. Pida tau dia macam resah, macam ada sesuatu yang dia tak lakukan seperti lazimnya. Dia tak minta ngempeng langsung! Kesian pulak!

Tak apalah Sufi.... Sufi pun dah besar, dah 2 tahun 3 bulan... cukuplah ye nak, cukuplah setakat ini.

Mak berasa amat bersyukur kerana berjaya menyusukan Sufi selama 2 tahun 3 bulan. Memang sejak mengandungkan Sufi, mak berdoa supaya mak dapat menyusukan Sufi sampai umur Sufi 2 tahun. 3 bulan tu bonus untuk Sufi.

Semoga Sufi mendapat manfaat dan hikmah daripada susu mak ni. Mak halalkan susu mak ni dunia akhirat, nak. Semoga Sufi jadi anak yang soleh, cemerlang dan bertaqwa. Dan semoga Sufi sentiasa mengingati mak walau di mana sahaja Sufi berada; ketika susah dan senang.

And as for me, of course I feel 'something not me'. Terus-terang Pida mengaku Pida rasa sedih dengan 'perpisahan' ini kerana ia mengubah rutin selama 2 tahun 3 bulan kebelakangan ini. Rasa melankolik bila melihat dia menyusu botol terutama pada waktu malam.

Muhammad Yusuf Sufi, mak amat menyayangimu sepenuh kalbu! (Menangis sambil menaip)


Macam nilah reaksi Sufi sebaik sahaja terasa benda aneh yang masam ketika menyusu.

Sufi rasa tak selesa dan dia asyik menjelir-jelir lidah sebab rasa masam.

Oleh kerana dah tak menyusu lagi, Sufi menghabiskan berbotol-botol susu tetapi satu je dia tak boleh buat - tidur. Sebab rutin tidur dia dah berakhir.

Tetapi akhirnya Sufi tertidur juga di atas riba Pida - at the very time I write this entry. :'(

2 comments:

  1. Ya...memang le kesian waktu menyapeh anak ni.

    Eh, Sufi dah mintak adik ke belum?

    Maafle Pn Pida, bergurau pagi2 buta begini...

    ReplyDelete
  2. Cikgu, tak payah tunggu Sufi mintak, mak dia akan bagi! Hahaha.

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...