Thursday, September 6, 2012

Salah bantal ke salah Pida?

Salam bantal,

Dah dekat dua minggu Pida mengalami sakit belakang akibat tersalah bantal. Azab jugak sakit terkehel ni; nak toleh kanan tak boleh, nak toleh kiri pun tak boleh. Toleh belakang apatah lagi. Last-last toleh depan je.

Masa bagi salam pada akhir solat lagi la... nak toleh kiri kanan tak boleh kan? Jadi Pida main jeling- jeling je. Ececeh... main-main mata pulak dalam solat.

Untuk mengurangkan sakit tengkuk dan tulang belikat terkehel ni, Pida cuma makan Panadol dan tampal koyok je. Rasalah lega sikit walaupun tak sembuh sepenuhnya.

Ada jugak Pida buat petua orang tua-tua, iaitu jemur bantal yang dibuat tidur tu dan kemudian tepuk badan kita yang sakit tu dengan bantal tadi. Tapi Pida rasa lepas kena tepuk dengan bantal tu bukannya makin baik, malah makin sakit sebab suami Pida tepuk macam belasah orang pulak.

Pida rasa faktor sakit tengkuk dan belakang ni ialah sebab Pida ngempengkan Sufi masa tidur. Masa tulah jadi tersalah urat lalu menyebabkan rasa sakit sangat ni. Nak kata Pida asyik buat tarian Gangnam Style, tak jugak. Lebih baik Pida menari kuda kepang. Lebih kurang je stepnya.

Natijahnya, untuk 2 minggu ni, Pida dah jadi macam robot Transformer. Kalau nak pandang kanan kiri kena pusingkan badan sekali. Time bawak kereta pun masalah jugak. Main jeling-jeling aje side mirror tu. Perghhh sakit betul bila terkehel ni.

Semalam adalah paling sakit. Bangun-bangun tidur tak boleh gerakkan badan langsung. Gerak sikit aje akan terasa sakit yang amat sampai menjerit manja Pida dibuatnya.

Pida dah mula cuak. Dah lumpuhkah aku? Oh tidak... aku tak nak lumpuh! Pida terus cuti tak datang keje.

Pagi tu suami bawa jumpa bomoh. Eh bomoh pulak. Apa barang sakit jumpa bomoh. Jumpa doktor la. Doktor cakap ini masalah saraf ni. Nama penyakit Pida ni ialah Musculoskeletal Pain. Wah bukan main sedap nama diberi.

Doktor perempuan yang cantik tu bagi Pida satu das injektion penahan sakit kat montot. Aduii... sakit rupanya kena enjek kat bontot ni ek?

Dalam 10 minit gitu, rasa sakit yang amat sakit tadi dah beransur kurang. Boleh la toleh kanan toleh kiri tapi masih rasa sakit.

Doktor bagi medical chit 2 hari. Melepas Pida nak join jamuan merdeka raya kat ofis. Takpe yang penting aku boleh sambung tido.

Bila sakit terkehel ni, Pida jenuh mencari jawapan; salah bantal ke salah sarung bantal?



posted from Bloggeroid

7 comments:

  1. Sakit yg paling sakit ialah sakit leher
    Apabila berPALING tentu sakit

    Tetapi sakit Pn Pida kita ni pelik sikit
    Kenapa lama sangat
    Biasa tiga hari dah baik


    Mungkin banyak sgt makan biskut raya

    ReplyDelete
  2. Entahlah cikgu... rasanya sebab tidur tak betul bila ngempengkan Sufi. Time to sapeh!

    ReplyDelete
  3. salam kak, sy pun kena lebih kurang mcm ni.. berapa lama ye biasanya sembuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nj.hafez, masa saya kena ni, dalam 5-6 hari juga sebelum hilang sakit sepenuhnya. Memang tak selesa sangat. Gi jumpa doktor ye!

      Delete
    2. salam kak. tengs :) . doktor bg ubat apa ea? adda apa2 x nasihatnya

      Delete
  4. nj.hafez, masa tu doktor bagi saya suntikan tahan sakit. Lepas 5 minit terus tak sakit. Bayangkan la power tak powernya steroid dia tu.

    Doktor bagi jugak pil tahan sakit, vitamin saraf dan ubat krim sapu. Tapi kalau nak sedap, pakai koyok Panaflex. Lembut je beranginnya. Kalau Salonpas tu macam menggigit sikit.

    Alaa syiannya dia... semoga cepat sembuh!

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...