Monday, September 3, 2012

Raya Pida - Bukan raya biasa

Salam raya,

Sebelum  tibanya hari raya baru-baru ni, Pida telah membuat album cd kompilasi cetak rompak 50 buah lagu raya evergreen. Lagu-lagu yang Pida compile dari internet tu merupakan lagu-lagu klasik dan lagu nostalgia seperti lagu raya nyanyian Fazidah Joned, Sanisah Huri, Rafeah Buang, Noorkumalasari, Junaidah M Amin, Ahmad Jais, S Jibeng, Sudirman, M. Nasir, Dayangku Intan dan banyak lagi.

Pida layan lagu raya lama-lama je. Lagu baru buat torek telinga je. Pada Pida, lagu raya generasi baru yang sedap cuma lagu nyanyian Siti Nurhaliza je seperti Nazam Lebaran, Anugerah Aidilfitri, Sesuci Lebaran dan Mekar Hari Raya. Tapi ada satu lagu gen-Y yang sedap jugak iaitu lagu nyanyian Hujan bersama Raihan.

Pida dah pasang hajat nak dengar kompilasi 50 mp3 raya yang Pida bakar dalam cd tu masa dalam kereta nanti. Barulah meriah perjalanan. Rasa menggamit-gamit gitu.

Namun kita merancang, Allah jua yang menentukan. Ini kerana sebaik sahaja Sufi dengar lagu Balik Kampung nyanyian Sudirman, dia terus terasuk dan terlekat dengan lagu tu. Lepas lagu tu, lagu tu balik. Dia sendiri yang request, "Nak agi alik apong" dalam pelat-pelatnya tu. Kalau tak diturutkan maunya melalak. Nasib baik guna cd, kalau guna kaset maunya ambik masa nak rewind semula.

Natijahnya, sepanjang perjalanan kami selama 3 jam itu, kami hanya mendengar lagu Balik Kampung SAHAJA. Lagi 49 lagu tu Pida nyanyi sendiri dalam hati. Kalau aku tau, aku burn 50-50 lagu tu semua lagu Balik Kampung.

Oklah, kita tinggalkan cerita mp3 raya yang sampai sekarang tak dapat nak dengar habis. Pida ni dengar lagu cuma dalam kereta je. Masa dalam kereta pun dengan Sufi jugak; hantar dan ambik dari taska. Dah tentulah sepanjang perjalanan tu asyik lagu Balik Kampung tu jugak balik-balik dimainnya.

Dalam entry kali ini, Pida nak berkongsi kisah raya Pida dan keluarga Pida dengan kau. Macam biasalah, entry Pida mesti penuh dengan gambar-gambaran je. Tapi gambar yang Pida taruk kat entry ni bukan semuanya gambar yang perfect tau. Ada gambar yang reject. Sebelum Pida delete permanently gambar-gambar reject ni, baik Pida abadikan dalam blog goblog ni.



Pagi hari raya dimulakan dengan sesi salam-salam dan maaf-maafan. Kaumaafkan aku, aku maafkan akan dikau gitu. Rania sedang bersalam dengan atuk. Rania apasal kau ketawa tu? Kau mintak maaf ke kau bagi cerita lawak kat atuk?


Budak-budak ni memang paling geli bila nak kena cium dengan atuknya, tokyi (ab) waima abah diorang sendiri. Geli dengan janggut katanya. Tengok la tu sampai terpejam-pejam mata sebab geli kena cium atuk.


Tengok Rania begitu zuhud bersalam dengan neneknya. Baju polka dot dot yang Nia pakai tu dijahit sendiri oleh neneknya. "Terima kasih nek, tahun depan buatkan kebaya ye."


Wah wah Aqil, muncung kau tu boleh sangkut hanger tau tak. Duit punya pasal, Aqil sudi dan rela mencium atuknya. Itupun lepas kena paksa dan pujuk rayu.


Pecel lele punya budak. Lepas kau kissing atuk kau, kau kesat depan-depan atuk ye? Duit raya ambik ye?


Yang ni pehal pulak sampai melalak-lalak mintak ampun di pagi raya ni... Banyak sangat ke dosanya ni... "Huaaaa!!! Ampun nek, tak buat lagi!!!" "Dah, dah, nenek maafkan." "Dah, dah, atuk pun dah lupakan."


Ok, sekarang masa untuk bergambar keluarga. Ready, set, go! Oh, Sufi tak bersedia lagi. Dia menangis. Takpe ye anak-anak, kita tangkap gambar satu lagi.


Ok, kita bergambar sekali lagi. Senyum, senyum.... Oh Sufi masih menangis, dan mulut mak pun macam nak mencarut je tu, takpe ye anak-anak, kita tangkap gambar satu lagi.


Ok, senyum semua... Oh nampaknya Sufi memang tak akan berhenti menangis. Aqil pun dah naik rimas, Nia pun dah naik panas, bapak kau maintain, mak pun macam dah senget-senget je badan tu tanda give up. Dah! INILAH GAMBAR RAYA KITA TAHUN NI OK!!!


Alaaaa!!!

Aiseyman!!!

Adoyai!!!


Selepas panas bergambar-gambaran, Pida pun bergerak menuju ke rumah nenek suami yang kami panggil nya'ee di sebelah laut (bukan rumahnya di dalam laut, tapi orang kampung sebut darat dan laut untuk menunjukkan arah).


Inilah rumah nya'ee. Bila raya je memang meriah dengan sedara-mara yang berkumpul setahun sekali.



Bahagian belakang rumah nya'ee. Nak kata buruk tak buruk, tapi sangat tradisional. Pada Pida rumah kampung macam ni cantik. Kelilingnya adalah pokok-pokok, belakang ada kebun sawit, rumput menghijau. Damai gitu.


Tengok tu ayam nya'ee. Ayam jaguh tu. Besar giler saiz dia kau! Maskulin habis wa cakap lu. Aku yang bukan ayam ni pun terpikat. Eh, selera songsangkan aku ini? Ayam jantan tu tengah nak ngurat ayam betina tu. Dari tadi dia asyik kejar je ayam betina tu. Nak projek lettewww!!!


Ini gambar Rania dan sepupunya semasa raya ke-4. Pida nak tunjukkan kau pemandangan sekitar rumah nya'ee. Damai kan? Belakang tu ke dalam lagi tu.



Selepas zuhur, kami pun bertolak ke rumah nenek Pida pulak di daerah sebelah. Jumpa mak dan Ab kat rumah nenek sebab pagi raya tu Pida kat rumah mak mentua kan? Jadi belah petangnya laki Pida beraya kat rumah belah mak mentua dia pulak la. 

Kitorang sebelah kampung. Pandai tak Pida carik laki? Dulu kat universiti Pida memang carik jantan sekampung, senang nak balik raya. So Pida pun masuklah persatuan Anak Johor. Haa pandai tak Pida punya kepala otak? (Masuk universiti bukan belajar sangat pun, motip carik jodoh) Beruntunglah laki Pida tu sebab jumpa Pida sebab dialah orang yang Pida cari!



Inilah rumah nenek Pida (mak kepada mak Pida). Rumah nenek ni kalau raya memang happening giler la sebab anak nenek ada 16 orang. 16x2 = 32 anak menantu. Habis masing-masing dah beranak-pinak, ada yang dah bercucu pun macam mak dan ab tu, kaubayangkanlah sekuat mana kren yang menahan rumah nenek ni daripada runtuh dek gamatnya kami. Pada masa inilah kocek budak-budak tu penuh dengan duit raya. Adalah dapat seguni.


Gambar raya pagi tadi tak jadi kan? So Pida ambik gambar semula. Ini pun 5-6 kali jugak ambik gambar tapi takdir Allah menentukan memang tak dapat nak ambik yang betul-betul sempurna. Ada je pe'elnya. Kau tengok la tu, dengan si Aqilnya tengah meratah ayam, dengan Nianya terlepek baring macam tu, dengan Sufinya tengok lain, dengan Pidanya terteleng. Ya Allah... sabor ajelah!


Mesti kau perasan, "Eh, pagi tadi Pida pakai baju merah, ini kok pakai baju hijau oren?" Haaa itulah yang dinamakan magik raya.

Sebenarnya ceritanya cenggini. Pada awal puasa hari tu, mak mentua Pida maklumkan pada Pida bahawa dia akan menjahitkan baju Rania, Aqil dan Sufi dan sepupu-sepupu diorang tu warna merah. Pida ni tak paham kiasan, ingatkan budak-budak je baju merah.

So Pida dan laki selamba je beli baju kaler hijau tu sebab dah berkenan yang itu. Lagipun Pida ni jenis tak commit sangat dengan warna-warna sedondon ni. Pida tak kisah pun kalau tak sedondon anak-beranak.

Pagi raya tu, bila semua orang pakai baju merah termasuk ipar duai dan mak bapak mentua sekali baju merah, Pida pun dipandang slack je.

"Kenapa ko laki bini warna hijau?"

"Err... err... tahun ni sedondon merah semua ke? Tak tau pun heheheheeeeeeee."

"Nah, pakai baju mak ni! Nah ambik baju abah ni!"

Haa macam tu lah ceritanya!



Selepas beberapa ketika di rumah nenek, Pida sekeluarga bersama mak, Ab dan adik-beradik kami semua beraya ke rumah abang dan kakak-kakak Ab yang terletak tidak jauh dari rumah nenek. Kampung sebelah je.

Rutin raya Pida sama je setiap tahun. Pagi raya kat rumah mentua, tengah hari jumpa mak dan Ab di rumah nenek Pida, petangnya beraya ke rumah makcik dan pakcik sebelah Ab sampailah lewat petang. Rumahnya pun dekat-dekat je. Kampung la katakan...

Kira adil la giliran raya bagi Pida dan suami. Raya pertama kat rumah Pida, raya kedua kat rumah Pida lagi, raya ketiga pun kat rumah Pida, raya keempat sampai raya ketujuh pun kat rumah Pida. Pandai kan Pida susun jadual?


Destinasi pertama biasanya adalah rumah ini. Ini adalah rumah kelahiran Ab. Di sinilah Ab dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan yang sangat susah pada zaman Jepun dan komunis dulu. Ab dah jadi anak yatim ketika umur dia baru 3 tahun. Sedih kan? Dahlah susah, anak yatim pulak tu. Yang bahagian konkrit tu baru dibuat. Yang asal adalah yang warna hijau tu.


Inilah ruang asal rumah ini. Gambar kecik sebab tak besar.


Ini rumah bukan sebarang rumah. Ia rumah mengandungi kesan sejarah. Ab sedang menunjukkan kesan terbakar yang dilakukan oleh askar komunis dulu. Kat bahagian luar ada kesan tembakan komunis, masih berlubang sampai sekarang. Waktu tu semua orang hidup dalam ketakutan. Lepas Jepun, komunis pulak mengganas. Arwah abang sulung Ab pernah ditangkap askar Jepun tetapi dapat meloloskan diri. Pernah dengar nama Penghulu Salleh? Beliau antara tokoh yang mempunyai kaitan dengan peristiwa serangan di kampung Ab ni.


Gambar di atas adalah gambar awek terkini. Eh silap info. Gambar di atas adalah lukisan rumah asal yang telah dilukis oleh Ab. (Sila tengok gambar bukan tengok yang pegang gambar. Namanya ialah ehem ehem)


Kami bergambar beramai-ramai di ruang asal rumah Ab ini dalam keadaan kucar-kacir.


Sebelum beraya ke rumah seterusnya, kami bergambar dengan sepupu Pida yang istimewa tu. Kiut kan? Dia tinggal di rumah ini bersama ibu, adik, abang dan kakaknya. Arwah bapa dia adalah adik bongsu Ab.


Kemudian kami bergerak menuju ke rumah arwah pakcik iaitu abang sulung Ab yang pernah ditangkap tentera Jepun dulu. Rumah dia jalan kaki je dari rumah nenek Pida tadi (arwah mak Ab). Yang depan sekali tu adalah abang Pida yang Pida cerita ulat buku tu.

Selepas itu kami beraya di rumah-rumah lain iaitu rumah abang dan kakak Ab; semuanya terletak berdekatan.


Ab bersama satu-satunya abang yang masih tinggal iaitu Wak Mat. Arwah Wak Buang, arwah Wak Kamsan, arwah Cik Mansor semuanya dah lama meninggal dunia. Cikgu Mat Som kalau lalu depan Warung Cikgu Samad tu jangan lupa mampir ngeteh yo! Pekena sup tulang gearbox.


Sampai rumah arwah Wak Can (Kamsan), Aqil sibuk nak main buai kat depan rumah bawah pokok tu.

Kitorang beraya ke rumah-rumah wak-wak tu (rumah yang wajib dikunjungi) sampailah petang dah nak maghrib. Biasanya memang beginilah masanya.


Sampai rumah mak di bandar dah maghrib. Malam ni tidur awal sebab esok rumah terbuka mak dan ab untuk keluarga belah mak dan ab.


Gambar kenangan bersama mak dan ab pada hari raya kedua. Sudah menjadi tradisi, hari raya kedua adalah hari terbuka mak dan ab. Semua sedara-mara belah mak dan ab akan datang ke rumah mak. Mak jamu diorang semua dengan nasi beriyani gam kambing yang mak dah tempah awal-awal. Pada masa inilah Pida berjumpa dengan rakan-rakan Facebook Pida! Sampai ke malam masih ada tetamu lagi. Penat memang penat tapi seronok.


Begitulah serba-sedikit coretan raya Pida. Raya pada tahun ini sangat best. Lagipun Alhamdulillah mak sihat, dan mak masak macam biasa. Juadah wajib yang mak sediakan ialah ketupat, rendang, ayam masak kicap dan masakan paling istimewa mak iaitu sayur lodeh hai mak lodeh. Syukur sangat sebab mak dan ab sihat walafiat.


"Mak, Sufi hanya tertunduk malu..."

No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...