Salam kek,
Sepanjang minggu lepas, mak dan ab berada di rumah Pida dan adik di Putrajaya. Mak dan ab saja jalan-jalan menghabiskan hari raya yang berbaki dengan beraya di rumah sedara mara di sekitar KL.
Selepas seminggu, mak terpaksa balik ke rumahnya sebab mak perlu menjalani rawatan susulan di hospital.
Walaupun sedih mak dan ab nak balik, namun diorang kena balik jugak. Tapi sebelum balik, Pida dan suami menganjurkan parti liar untuk kami semua.
Parti liar? Acah je... Giler kau buat parti liar kat rumah ada orang tua.
Sebenarnya Pida buat majlis belated birthday Rania dan Aqil. Dah alang-alang kongsi kek tu, tulis sekali nama Sufi. Barulah adil.
|
Kek Strawberry Marshmallow Cheese. Tersembur-sembur air liur nak menyebutnya. |
|
The belated-birthday kids. Rania bulan 9, Aqil bulan 8, Sufi bulan 6. Sufi jadi cenggitu sebab dia berlagak sikit hari tu Pida dah buatkan majlis khas untuk dia sorang. |
|
Sebelum majlis potong kek bermula, Ab membacakan doa
lulus periksa. Kau tengoklah Pida tu, time orang baca doa dia lari.
Panas le tu. |
|
Mula-mula Rania potong kek... |
|
Lepas Rania, Aqil pulak potong kek... |
|
Kemudian barulah tiba giliran Sufi Arumugam potong kek... Bersimpang-siur kek tu jadinya. Tak senonoh betul rupanya aku tengok. |
|
Adik Pida, adik Pida dan adik Pida. |
|
Ececeh... konfem masuk syurga lepas ni. |
|
Aqil ni anak manja abah. Sufi Arumugam anak manja mak. Rania anak manja mak dan abah. Mak manja dengan abah. |
|
Sufi Arumugam ni tak sporting la. Orang nak pinjam patung baby tu sekejap nak ambik gambar pun dia tak kasi. Dah nampak macam tangan gergasi. |
|
Family first! |
Last but not least, Happy Birthday to my offspring!
So proud to be your mum!
And I love you all so deeply from within!
No comments:
Post a Comment
Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!