Showing posts with label marah. Show all posts
Showing posts with label marah. Show all posts

Monday, December 31, 2012

Caj tersembunyi Celcom - 'Salah' Pengguna

Salam caj,

Pida adalah pengguna talian pasca-bayar Celcom 019 melalui pelan pakej Exec 50 dan pelan data mBasic 38.

Pida menerima bil bulanan melalui emel. Kalau nak tengok secara terperinci, Pida akan log in ke Celcom Online Customer Service dan di situ Pida dapat tengok butir-butir panggilan/sms/mms.



Baru minggu lepas aku bayar RM100 lebih, hari ni tengok-tengok ada tunggakan RM166.70. What da shell?







Ada satu yang Pida pelik dengan bil telefon Celcom Pida ni. Pida rasa setiap bulan Pida bayar penuh, tapi lepas beberapa hari mesti dapat mesej daripada Celcom kata Pida ada tunggakan. Seolah-olahnya macam apa yang Pida bayar tu tak menyusutkan langsung jumlah bil telefon Pida. Macam tak bayor je kekdahnya.

Jadi Pida pun semaklah bil telefon terperinci Pida. Memang dah lama tak semak pun. Kali terakhir semak 3 bulan lepas kot.


Pida mulakan dengan bil bulan Oktober 2012. Bila Pida perati satu satu, Pida tengok ada bahagian 'SMS Content Services - Received' jumlahnya RM36.00. Ok, this is fishy.


Pida tengok pulak bil bulan November 2012. Pun ada jugak benda alah 'SMS Content Services - Received' tu. Kali ini jumlahnya RM64.00. Oh wadehel.


Ini pulak bil bagi bulan Disember setakat hari ini. Pun dah dicaj RM16.oo untuk 'SMS Content Services - Received' tu.


Pida yakin Pida dah kena main dengan entiti yang tak pasal-pasal ada tu. Jadi Pida pun google SMS Content Services - Received. Nah, amek kau, rupanya ramai lagi pelanggan Celcom yang mengalami caj melambung macam Pida ni. 

Rata-rata aduan dan komen ialah mereka dah menghubungi pihak Celcom berkenaan perkara ini. Dan rata-rata juga memberi maklum balas yang sama - pihak Celcom kata ia adalah perkhidmatan daripada 'pihak ketiga'. Dan kononnya kita sebagai pengguna ni telah membalas mesej 'Yes' kepada pihak ketiga tersebut. Tapi apa yang Pida baca, semua menafikan mereka pernah melanggan apa-apa daripada mana-mana 'pihak ketiga' yang dimaksudkan.

Jadi Pida pun cubalah hubungi talian khidmat pelanggan Celcom di nombor 1111. Pida bercakap dengan seorang staf wanita. Pida tanyakan padanya, apa itu SMS Content Services - Received', dan jawapan daripada dia telah diduga lebih awal.

Seperti yang Pida baca di forum online, jawapan Celcom pada Pida ialah 'ia adalah perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga.' Pida tanya lagi, habis tu kenapa dia caj saya sampai berpuluh-puluh ringgit ni?

Jawapan dia seperti diduga. Dia kata Pida pernah hantar mesej 'Yes' iaitu Pida bersetuju untuk melanggan perkhidmatan daripada pihak ketiga tersebut.

Pida berani kerat kuku laa... Pida ni bukan budak-budak bawah 18 tahun yang perlukan kebenaran ibu bapa atau penjaga nak langgan itu ini. Pida tak pernah, diulangi - tak pernah respon pada mana-mana sms iklan atau promosi apatah lagi yang ajak kita melanggan kandungan sms diorang sebab Pida tau itu semua berbayar. Dan Pida tak perlukan semua itu for the whole world!

Tapi bila dia kata Pida pernah menghantar sms balas 'Yes' ke satu nombor, dan Pida dah baca mengenai jawapan seperti ini banyak kali di forum online, Pida rasa Celcom pun ada main peranan ni.

Pui Celcom, kami bukan budak kecik nak langgan game sms ke, ringtone ke, horoskop cinta ke... no, no, no!

Lepas tu Pida tanya macam mana nak hentikan caj melampau termasuk 'Push Message' yang selalu Pida terima melalui sms, staf Celcom itu meminta Pida hantar 'stop all' ke 37744. Dakwanya, semua caj tersembunyi  tersebut akan dihentikan mulai hari kita hantar sms tu.


Dua kali Pida hantar 'Stop All' ke nombor 37744 tu. Tapi tak dapat apa-apa sms maklum balas pun. Entah ye entah tidak. Takpe, aku tengok bil bulan depan. Kalau masih ada lagi caj tersembunyi tu, aku cubit-cubit ko Celcom!
 

Sekarang ni Pida rasa rugi giler kat Celcom ni. Ntah berapa banyak duit caj tersembunyi yang Pida dah bayar kat Celcom tak pasal-pasal. Dahlah sekarang ni asyik dropped call aje, sampai naik malu aku dengan orang yang menelefon tu asyik kena call Pida dua tiga kali.

Dahlah, Pida nak ke dapur minum air oren.


Pui.

Thursday, May 10, 2012

Perempuan itu membuatkan Pida emo sepagian

Salam emo,

Semalam heboh mengenai video seorang manusia yang tidak layak dipanggil manusia mendera bayinya tanpa belas kasihan.

Pida tak nak tonton video tu walaupun disuruh oleh sang suami. Pida memang tak boleh tengok apa-apa mengenai penderitaan bayi dan kanak-kanak; sama ada sakit atau miskin, apatah lagi didera.

Sekali malam tadi Pida terpandang beberapa saat video tu kat Berita TV9. Serta-merta jadi emo satu badan. Pida nangis on the spot.

Pida tak boleh tulis panjang-panjang sebab masih rasa amat simpati pada bayi malang tersebut. Kesian dia, kesian sangat.

Kepada perempuan tu, Pida tak doakan kau mati cepat sebab kematian kau tak bermakna apa-apa pada orang lain. Tapi Pida doakan agar kau sentiasa merasai kesakitan contraction nak beranak. Bukan contraction peringkat awal ye, tapi contraction peringkat akhir tanpa epidural atau etonox. Amik kau.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kau, perempuan jahat.

Friday, March 16, 2012

Hotel Allson Putra Nilai - Seekor kerbau membawa lumpur, habis terpalit semuanya

Salam nilai,

Pertama sekali, Pida takkan tulis begini :

"Hai pembaca semua! Maaflah, dah lama sangat saya tak update blog. Dah bersawang blog ni kan? Mesti u all tertunggu-tunggu cerita terbaru saya kan? Rindu la tu! Mesti ada yang tekan F5 berkali-kali, mengharapkan entry baru kan kan kan? Sorrylah, saya sibuk dengan kerja kat ofis..."

Pida rasa blogger yang layak tulis cenggitu cuma Che Det je.

Sepanjang minggu ini adalah kesibukan bagi Pida. Empat hari kena hadiri mesyuarat. Tambah lagi sekarang ni Pida dan kawan-kawan Pida tengah menguruskan satu projek super besar bagi agensi kami.

Rezeki tahun 2012 ni banyak, jadi lepas habis projek ni, akan menyusul projek yang lain pulak. Jadi tahun ni memang Pida kena bersedia dengan fasa pelaksanaan projek RMK-10. Tahun ni juga Pida banyak out-station. Bermula bulan lepas lagi Pida dah kena out-station. Minggu depan insya Allah ke Langkawi pulak.

Selepas habis bermesyuarat di Nilai hari tu, Pida singgah di Nilai Square. Hajat di hati nak beli la sikit-sikit apa yang patut buat ole-ole untuk budak-budak kat rumah tu. Bukan jauh sangat pun dari rumah, 30 minit dah sampai, itu bawak 90km/j, kalau Pida bawak 190km/j, mesti 3 minit je sampai... pastu malamnya orang kenyang makan kenduri arwah aku.

Oh, tapi sebelum tu Pida nak ceritakan tentang kebangangan petugas Hotel Allson Putra Nilai. Pida ni walaupun tak tidur hotel (sebab balik rumah), Pida tetap check-in sebab Pida nak berehat dalam bilik semasa sesi rehat. Room mate Pida tidur situ.

Biasanya Pida akan check-out pada waktu pagi hari terakhir mesyuarat sebab Pida memang tak masuk bilik lagi bila hari terakhir tu. Tapi Pida seorang je yang check out, room mate Pida belum lagi.

Apabila tiba waktu tengah hari, member-member yang tido hotel pun bersiap-siap nak berkemas dan check-out. Tetiba room mate Pida datang kat Pida dengan muka masam.

"Pida, ko dah check-out ke?" dia bertanya. Muka dia nampak tengah bengang je.

"Haah, aku dah check-out pagi tadi," Pida membalas. Hairan Pida tengok muka dia macam marah je. Takkan dia marahkan Pida sebab check-out tak saing dia? Selama ni Pida check-out pagi takde masalah pun.

"Ko tau tak, aku masuk bilik nak kemas barang aku, aku tengok ada orang lelaki tengah tido!" member Pida bercerita.

"Hah?! Biar betul ko! Apa kes?" Pida pun terperanjat dengar cerita dia tu.

"Mana aku tau, aku tanya hotel dia kata bilik dah check-out," dia terus membebel-bebel.

Memang sah-sah ini kesilapan petugas hotel Allson Putra Nilai tu. Hujah Pida :

1)   Masa Pida check-out, perempuan tu tak pandang pun muka Pida dan dia tak cakap apa-apa pun bila Pida serahkan kad. Muka memang langsung tak senyum (masa check-in pun masam je muka).

Tapi ada aku kisah? Setakat rambut blonde tu takkan mampu memutuskan urat senyum kau. Lagi-lagi kau tu front desk officer. Kau adalah duta dan first impression bagi hotel yang bayar gaji kau tu.

2)   Salah petugas tu sebab tak periksa berapa keping kad yang Pida pulangkan semasa check-out. Yelah, dah dia tak pandang muka kita, kau ingat dia nak cek kad ke? Jadi dia buat tanggapan kedua-dua kad dah dipulangkan.

Dalam hal ini memang salah staf tu. Dia tak boleh anggap kalau seorang tetamu dah check-out, maka tetamu yang sorang lagi pun check-out sama. Maknanya dia buat kerja tak ikhlas. Yelah.. dah muka masam, kau nak harap ikhlas macam mana?

Selama Pida duduk hotel, selama itulah Pida check-out berasingan daripada room mate, tapi tak pernah berlaku masalah ni sebab staf kaunter akan pastikan kedua-dua kad dah dipulangkan, barulah bilik dikira kosong. Hotel Allson Putra Nilai takde nilai ketelitian rupanya.

3)   Apa hal hotel bagi orang lain masuk bilik tanpa kemas bilik tersebut terlebih dahulu? Dalam kes Pida ni, takkanlah hotel tak pastikan bilik yang nak dibagi pada orang lain tu dah berkemas?

Jelas masih ada barang (baju, beg dll) dalam bilik tu. Takkan tetamu masuk dalam keadaan bilik tak berkemas? Mana nilai kekemasan hotel ni?

4)   Bagi orang lain masuk bilik yang masih ada penghuni satu hal, bagi masuk sebelum waktu check-in satu hal.

Dalam kes Pida ni, orang lelaki yang masuk bilik kami tu dah check-in seawal pukul 12 tengah hari sedangkan itu adalah waktu check-out.

Oklah, kalau kau kata waktu check-in terpulang atas budi bicara pihak hotel, Pida boleh terima, tapi kaubaca balik point aku nombor 3 kat atas tu.


5)  Masa kawan Pida ni kalut-kalut nak masuk bilik tu untuk kemas barang, tiada staf hotel yang temankan dia. Mulanya ada sorang temankan, tapi orang tu pulak passkan pada orang lain dan orang lain tu blah gitu je. Ini memang durjana. Last-last urusetia yang temankan dia. Orang lelaki tu pun satu, tak nak bagi laluan. Heii... tak pahamlah aku perangai manusia ni.


6)   Kes memang selesai tapi BUKAN atas kebijaksanaan hotel sebaliknya atas inisiatif urusetia mesyuarat kami. Hotel katanya tak tau nak buat macam mana. Apa la susah sangat, kau suruh je la lelaki tu keluar sekejap untuk bagi laluan kawan Pida ni kemas barang-barang dia. Keputusan semudah ini pun tak boleh fikir ke? Kacang je tu.


7)   Akhirnya staf yang masam muka tu kena sound baeekk punya dengan kawan Pida yang sorang lagi. "Dik, kalau senyum sikit kan lagi cantik..." Bengkek dia.

Itulah pengalaman di Hotel Allson Putra Nilai. Pengalaman yang tak seronok. Apa kau ingat kerajaan bayar murah ke harga pakej hotel kau tu? Tapi Pida puji makanan dia. Sedap. Harap tu je la...


Ok, habis cerita pasal hotel. Kesian hotel tu ada staf sombong, cuai dan menyusahkan tetamu macam perempuan tu. Jadi liabiliti je.

Eh, tadi nak citer pasal apa ek? Oh, pasal Nilai Square.

Pida berkenan dengan beg sekolah angry bird. Ingat nak beli untuk Aqil. Jadi Pida pun pilihlah warna hitam. Masa nak bayar kat kaunter tu, Pida terpandang tulisan pada beg tu dan Pida terus "Astaghfirullahal'azhim...."

Kau tau apa dia tulis? Nasib baik mata aku terperasan. Kalau tak, memanjang la Aqil bawak kitab Iqra' dia dalam beg yang bertulis MOTHERFUCKER.


ps: Kalau tulis mother nature ke, mother board ke, insya Allah Pida beli beg tu. Ni tulis motherfucker, aduiiii...

Friday, February 17, 2012

Melihat makcik melenting

Salam melenting,

Hari ni hari Jumaat. Bagi kakitangan kerajaan, waktu masuk bekerja sebelah petang ialah pada jam 2.45 ptg.

Tadi Pida duduk di kerusi Pida tepat-tepat jam 2.45. Kira on-time la. Tengah hari tadi Pida keluar pukul 12.15, balik rumah jap uruskan nia nak gi sekolah petang.

Pida nak cerita pasal perangai manusia ni. Tadi masa Pida sampai ofis kira-kira pukul 2.40, Pida dapati ada kereta lain masuk parking Pida. Pida rasa itu orang luar, sebab Pida tak pernah nampak kereta tu. Mungkin orang tu adalah jemaah solat Jumaat di masjid tempat Pida ni. Mungkin tadi dia nampak kosong, jadi dia letak kereta dia kat situ. Pida cakap dalam hati, takpelah, kau tengah i'tiqaf agaknya. So Pida park kereta Pida kat tempat terbuka (tak berbumbung).

Masa berjalan menuju ke jabatan Pida, Pida ternampak seorang ofismate Pida tengah mundar-mandir sambil cekak pinggang. Dia membebel sorang-sorang.

Pida senyum, Pida tau kenapa. Tanpa ditanya Pida terus cakap kat dia, "Parking saya pun ada orang ambik tapi saya park tempat lain ajelah."

Dia terus mengomel, "Akak ni selalu sakit hati. Ada je orang yang masuk parking akak ni. Bla bla bla..."

Pida nampak ada sebiji motor masuk parking dia tu. Pida yakin itu bukan motor orang dalam, tapi orang luar yang solat Jumaat di masjid, sama macam pemilik kereta yang masuk parking Pida tu.

Lepas tu makcik ni makin hangin bila Pida tak layan dia. Pida dengar dia cakap kat seorang student yang tengah duduk di bawah pokok dekat-dekat parking dia tu, "Boleh tak awak tolong alihkan motor ni? Campak la ke longkang ke..."

Amboi makcik, marahnya sampai nak humban motor orang ke longkang. Geram pulak Pida dengan perangai tak semenggah dia tu.

Taulah kita geram bila parking kita ada orang masuk. Tapi takkanlah sampai nak buang ke longkang. Pida pun selalu jugak orang masuk parking, marah memang marah sebab dah sah-sah ada nama Pida kat parking tu, tapi cari je la tempat lain. Yang kau pergi menyeksa diri marah sorang-sorang tu apehal? Buat menambah kedut je. Entah-entah orang yang kau marah tu tak tau pun kau marah kat dia. Lagi la sia-sia.

Tak boleh ke sabar sikit, bertolak ansur dan reda. Makcik tu bukan calang-calang orang, dah gred 52 dah. Dah otai. Boleh sampai jusa. Tapi perangai macam orang tak matang. Membebel sorang-sorang kat motor, dah macam orang tak terurus je.

Alah makcik, tak salah pun parking SUV makcik tu kat tengah panas. Waja saya ok je. Ular menyusur akar takkan hilang bisanya makcik...

Tak best la kalau ada orang kiasu macam makcik ni. Tak boleh jadi contoh teladan. Kesian kat orang macam ni. Pada Pida,  makcik ni sebenarnya... PATHETIC!


ps: Tulis entry ni 10 minit. Arghh.. tak pasal-pasal aku kena balik lewat 10 minit petang ni.

Friday, December 23, 2011

Sesungguhnya marah itu memang tidak 'cool'

Salam amarah,

Ada yang tengah marah ke? Wuzzup babe... c'mon let's chill out!

Manusia marah kerana beberapa sebab. Selain sebab marahkan pemimpin korup yang menjunjung kapitalisme, manusia juga marah kerana sebab-sebab yang kecil. Contohnya :

  • Kita marah sebab tak dapat masuk jamban dari tadi sedangkan kunyit kita ni sikit lagi nak terkeluar. Entah apalah orang kat dalam tu buat. Menguli jemput-jemput agaknya.
  • Kita marah sebab tak dapat carik kunci kereta. Tadi aku sure sangat aku letak kat sebelah pasu ni, tapi sekarang mana pulak? Isk... Rupanya anak terambil kunci tu buat main cucuk-cucuk sofa.
  • Kita marah sebab kucing orang sebelah masuk ke laman rumah kita dan berak. Adus.... ini yang paling Pida marah. Boleh sebu perut dibuatnya.
  • Kita juga rasa marah bila makanan / minuman yang kita order sejak 3 jam tadi masih tak sampai-sampai. Bila tanya balik kat budak tu, dia jawab "Bang, ais tak sampai lagi. Tunggu lori ais sampai dulu ye! Terima kasih kerana sabar. Sila datang lagi."  

Manusia marah kerana tidak dapat membendung rasa tension. Jenis tak sabar letteww... banyak setan dalam diri tu haha!

Bagaimanakah agaknya rupa kita ketika tension atau marah?

Cute?
Comel?
Ayu?
Ke buruk?


Kecik-kecik sudah pandai marah. Anak siapa nih? Eh baju sama la! Anak siapa nih?





Golongan wanita sering kali dikaitkan dengan perasaan tension dan marah. Kenapa ye? PMS mungkin?





Mungkin tidak tahan dengan majikan diktator yang asyik memberi arahan tanpa memikirkan perasaan pekerja bawahan.






Keinginan yang terlalu tinggi untuk menjadi seperti orang lain juga boleh menyebabkan kita tension dan marah jika hajat tidak kesampaian.






... yang akhirnya boleh menyebabkan kita menjadi OTC - otak tak centre (istilah yang lebih mulia sedikit daripada g.i.l.a)








Berhati-hatilah ketika marah! Aura amarah yang dijamakkan juga bisa menumbangkan seekor lembu fidlot di Gemas. Eh, apa Pida mengarut nih!








Tetapi bagaimana pula dengan perasaan tension, sedih, menderita, rindu-rinduan jadi kenangan, mahligaimu dari air mataku, tinggal sayang tinggallah intan akibat putus cinta di tengah jalan? Mana mungkin penawarnya?















♥♥  Janganlah sedih-sedih sayang....! ♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...