Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

Sufi asma, jersi JDT dan hadiah hari ibu

Salam sufi,

Selepas mengetahui keadaan asma Sufi yang sebenarnya teruk itu, Pida bergegas pulang ke rumah malam itu juga. Pida bagitau urusetia Pida tak dapat nak teruskan kursus sebab anak Pida semput. Pida tumpang sorang member yang kebetulan nak balik rumah jugak.

Memang Pida kempunan nak merasa naik banana boat, tapi apakan daya, Sufi lebih penting pada masa itu. Tapi takpe jugak, sebab hari sebelumnya Pida dah naik poparazzi yang lebih thrill dan lebih jeritan.

Sesampai di rumah kira-kira pukul 12 tengah malam, Pida terus mendapatkan Sufi. Dia agak terkejut apabila tiba-tiba terlihatkan mak dia pulang dan terus memeluknya. Sufi tak lepas pelukan dari Pida. Nampak sangat dia gembira sebab mak dia dah balik.

Tahulah Pida bahawa Sufi sebenarnya amat merindui dan memerlukan Pida berada di sampingnya ketika dia tidak sihat tetapi dia tak tahu cara meluahkan dan meminta agar maknya segera pulang. Terharu juga perasaan masa itu.

Hari itu sahaja, Sufi kena ambik gas 4 kali. Dah macam tong NGV pulak anak aku sorang ni. Pida kalau setakat dia kena gastrik atau pedih ulu hati, mungkin Pida tak balik tinggalkan kursus. Tapi disebabkan anak Pida diserang asma, itu memang kes kecemasan.

Alhamdulillah, Sufi semakin baik selepas ambik gas esoknya untuk kali ke-5. Mungkin juga dia rasa sihat sebab dengan adanya mak dia di sisi.

Untuk anak-anak, Pida tak lupa dengan janji untuk menghadiahkan mereka jersi JDT sorang selai. Saiz L untuk Rania, M untuk Aqil manakala S untuk Sufi.

Harga sehelai jersi JDT junior ialah RM55. Kalau dewasa, harga sehelai mencecah RM85. Kalau nak cetak nama kat belakang jersi, kena cas lagi RM15. Pida order yang pink belum sampai lagi sebab jersi JDT ni terlalu laris macam goreng pisang panas.






Bangganya dapat menyarungkan jersi negeri Johor Darul Takzim. Sekarang ni baru Pida rasakan kenapa orang-orang Kelantan sangat berbangga dan ada yang fanatik dengan negeri mereka. Rupa-rupanya memang ada suatu perasaan lain meresapi jiwa anak bangsa yang duduk di perantauan. Ceh poyo.

Pada hari itu juga dengan tidak disangka-sangka, Pida telah menerima hadiah yang sungguh istimewa daripada anak-anak Pida sempena hari ibu.

Rania telah membelanjakan wang sakunya untuk membeli sejambak bunga buat Pida. Dia membelinya di kedai koperasi sekolah.



Sebenarnya Pida telah terleka untuk menyambut hari ibu setelah ketiadaan mak. Pida rasa tak perlu untuk menyambut hari ibu.

Namun Pida terlupa bahawa Pida juga seorang ibu, dan anak-anak Pida telah menyambutnya bersama Pida. Anak-anak Pida telah menyedarkan Pida dari lena. Terima kasih anak-anakku... mak sayang kamu selalu.

Tuesday, May 14, 2013

Sufi jangan buat mak serba-salah untuk berjimba!

Salam berjimba,

Minggu ini Pida tidak berada di rumah kerana pergi berkursus di PD. Sebelum meninggalkan rumah, suami dan anak-anak tercinta untuk seminggu ini, Pida dah siap-siap gosok baju suami dan uniform sekolah Rania sampai cukup stok untuk seminggu.

Pida dah susun elok-elok baju-baju Aqil dan Sufi untuk keperluan seminggu di tadika. Semuanya Pida lakukan untuk menyenangkan kerja suami Pida.

Bukan sebab suami Pida tak reti uruskan kain baju anak-anak, tapi Pida kesian, yelah nak tinggalkan rumah seminggu, kenalah jek tinggi-tinggi sikit, ye tak?

Tapi sedihnya, baru masuk hari kedua kursus, Pida dah dapat panggilan daripada teacher Sufi di tadika memberitahu Sufi muntah-muntah dan batuk teruk.

Aiseyman... nak balik macam mana, Pida tengah berkursus ni, nak rush pun tak boleh sebab Pida nompang kereta member. Tapi oleh kerana keadaan Sufi tak berapa teruk, maka Pida rasa dia akan ok dan Pida pun boleh teruskan berkursus.

Pida call suami Pida minta dia bawak Sufi ke klinik. Di klinik, Sufi kena masuk gas sebab dia semput. Kesian giler tengok gambar-gambar yang suami Pida whassapkan.

Sedih tengok siap berair mata si Sufi sedut gas. Biasanya dia tak nangis sebab dah selalu sangat sedut gas tu, tapi Pida rasa dia menangis sebab rindukan mak dia yang tiada di sisi...

Takpelah sayang... mak doakan Sufi cepat sembuh ye nak... makan ubat, jangan minum ais ye. Nanti mak balik mak bawakkan jersi JDT Kappa ori yang mak pesan kat member mak ye.

Sorang selai mak belikan. Bolehlah buat baju raya nanti. Pakai sedondon 5 beranak. Mesti vasss.

Ok sayang, mak dah nak siap-siap main banana boat ni. Malam ni nak makan seafood dengan member-member comolot mak.

Babai!




Tuesday, December 4, 2012

Senggugut yang oh sakitnya!

Salam senggugut,

Ini cerita orang perempuan. Orang lelaki boleh baca tapi tak boleh merasa. Sebab apa? Sebab senggugut ini hanya dirasai oleh kaum wanita sahaja. Kalau ada orang lelaki yang mendakwa dia pernah kena senggugut, maknanya dia tipulah tu.

Masa zaman Pida anak dara dulu, Pida pasti merasai senggugut setiap bulan. Orang lelaki yang tak tau tu, senggugut dialami oleh orang perempuan yang sedang uzur. Senggugut berlaku akibat pengecutan otot rahim ketika haid.

Masa kena senggugut tu, Tuhan je yang tau sakitnya. Seharian tu tak boleh bangun. Sakit sangat. Macam ditarik-tarik ginjal ni. Macam disimpul-simpul pankreas ni. Sampai berguling-guling. Nak makan tak selera, nak berdiri apatah lagi. Rasa nak terajang orang adalah.

Pehh.. memang terbaik sakit dia. Kalau nak redakan sakit senggugut tu, Pida biasanya telan aspirin. Lepas tu kurang sikit.

Pernah Pida kena senggugut kat sekolah, terpaksa berehat kat bilik rawatan. Masa tengah guling-guling tu, tiba-tiba masuk pulak abang form six boifren Pida dulu. Dia terkejut tengok Pida guling-guling macam tenggiling.

"Kenapa sayang?" Hehehe... dia tak tanya macam tu. Dia tanya, "Heh, nape ni? Ponteng kelas eh?"

Ponteng kelas wak lu... orang tengah sakit nak beranak ni, kau boleh tuduh aku ponteng kelas pulak.

"Takdelah bang, Pida tengah sakit perut ni," Ceh, dah berabang bagai pulak aku ni. Dahi berkerut-kerut menahan sakit.

"Dah makan ubat?" abang form six mula menunjukkan concern.

"Dah... tapi masih sakit ni. Takpelah, abang pergi la masuk kelas dulu. Nanti kena tangkap khalwat pulak. Pida taknak kahwin cepat," Pida memberi alasan. Pergilah wahai kekasih, pergilah jangan tengok aku sakit. Aku nak berguling-guling lagi ni...

"Pida rehat eh... abang nak masuk bilik guru," abang form six akhirnya keluar dan meninggalkan Pida. Yes, masa untuk berguling-guling!


*************


"Doktor, saya tak tahan la setiap bulan asyik kena senggugut je. Letih ooo..." luah Pida pada suatu hari ketika berjumpa doktor.

"Senggugut tu biasa la... normal tu. Nanti bila dah beranak, senggugut tu akan baik sendiri sebab dah ada jalan," demikian penerangan doktor tadi.

"Hah, lepas beranak? Bila masa tu..." getus Pida dalam hati. Kot tak beranak-beranak? Ish... jahatnya mulut.


*************


Memang betul. Selepas Pida melahirkan anak pertama hasil bunting pelamin tu (hihihi), senggugut Pida terus hilang. Alhamdulillah, dah tak kena senggugut lagi. Dah tak berguling-guling lagi. Dah tak jadi tenggiling lagi. 

Jadi, kepada anak-anak dara di luar sana yang mengalami senggugut setiap bulan, jangan gusar. Pergi kahwin cepat-cepat, pastu beranak cepat-cepat. Insya Allah senggugut tu akan hilang. Kalau dah beranak pun masih senggugut, pergi jumpa doktor cepat-cepat. 

Papepun, senggugut tu cuma 1/10 daripada sakit kontraksyen nak beranak. Hahaha, ada yang lagi sakit rupanya!


Jangan risau sekiranya mengalami senggugut kerana ia adalah penyakit 1Malaysia.

Thursday, September 6, 2012

Salah bantal ke salah Pida?

Salam bantal,

Dah dekat dua minggu Pida mengalami sakit belakang akibat tersalah bantal. Azab jugak sakit terkehel ni; nak toleh kanan tak boleh, nak toleh kiri pun tak boleh. Toleh belakang apatah lagi. Last-last toleh depan je.

Masa bagi salam pada akhir solat lagi la... nak toleh kiri kanan tak boleh kan? Jadi Pida main jeling- jeling je. Ececeh... main-main mata pulak dalam solat.

Untuk mengurangkan sakit tengkuk dan tulang belikat terkehel ni, Pida cuma makan Panadol dan tampal koyok je. Rasalah lega sikit walaupun tak sembuh sepenuhnya.

Ada jugak Pida buat petua orang tua-tua, iaitu jemur bantal yang dibuat tidur tu dan kemudian tepuk badan kita yang sakit tu dengan bantal tadi. Tapi Pida rasa lepas kena tepuk dengan bantal tu bukannya makin baik, malah makin sakit sebab suami Pida tepuk macam belasah orang pulak.

Pida rasa faktor sakit tengkuk dan belakang ni ialah sebab Pida ngempengkan Sufi masa tidur. Masa tulah jadi tersalah urat lalu menyebabkan rasa sakit sangat ni. Nak kata Pida asyik buat tarian Gangnam Style, tak jugak. Lebih baik Pida menari kuda kepang. Lebih kurang je stepnya.

Natijahnya, untuk 2 minggu ni, Pida dah jadi macam robot Transformer. Kalau nak pandang kanan kiri kena pusingkan badan sekali. Time bawak kereta pun masalah jugak. Main jeling-jeling aje side mirror tu. Perghhh sakit betul bila terkehel ni.

Semalam adalah paling sakit. Bangun-bangun tidur tak boleh gerakkan badan langsung. Gerak sikit aje akan terasa sakit yang amat sampai menjerit manja Pida dibuatnya.

Pida dah mula cuak. Dah lumpuhkah aku? Oh tidak... aku tak nak lumpuh! Pida terus cuti tak datang keje.

Pagi tu suami bawa jumpa bomoh. Eh bomoh pulak. Apa barang sakit jumpa bomoh. Jumpa doktor la. Doktor cakap ini masalah saraf ni. Nama penyakit Pida ni ialah Musculoskeletal Pain. Wah bukan main sedap nama diberi.

Doktor perempuan yang cantik tu bagi Pida satu das injektion penahan sakit kat montot. Aduii... sakit rupanya kena enjek kat bontot ni ek?

Dalam 10 minit gitu, rasa sakit yang amat sakit tadi dah beransur kurang. Boleh la toleh kanan toleh kiri tapi masih rasa sakit.

Doktor bagi medical chit 2 hari. Melepas Pida nak join jamuan merdeka raya kat ofis. Takpe yang penting aku boleh sambung tido.

Bila sakit terkehel ni, Pida jenuh mencari jawapan; salah bantal ke salah sarung bantal?



posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...