Salam kampung,
Hohohoi! Malam ini, insya Allah Pida anak-beranak akan balik ke kampung halaman di selatan tanah air.
Malam ni akan terus menuju ke rumah mak mentua. Semua orang dah berkumpul di sana. Ipar-duai, biras, anak-anak sedara semua dah ada. Malam esok abang ipar nak buat kenduri aqiqah untuk baby perempuan dia yang baru lahir. Oh kambing! I lap you!
Itu kegembiraan pertama. Kegembiraan kedua ialah esok juga, insya Allah mak, ab dan semua yang mengikuti rombongan umrah akan sampai ke rumah. Hohohoi lagi! Seronoknya nak sambut kepulangan mak dan ab. Dah rindu sangat kat diorang.
Pida cuti lama sikit minggu depan. Saja nak lepak lama-lama kat kampung. Cuti sekolah pun panjang. Boleh bawak budak-budak jalan-jalan, pegi rumah sedara-mara, sepupu-sepapat, jumpa moyang-moyang diorang semua, jumpa atok-atok sedara, nenek-nenek sedara, ....
Budak-budak ni kalau tak kita yang bawakkan, mananya diorang nak kenal sedara.
Jumpa time raya je. Itupun dah tak kenal. Tahun lepas muka licin, tahun ni dah ada jerawat. Tahun lepas tak pakai tudung, tahun ni dah pakai tudung. Tahun lepas pakai songkok hitam, tahun ni pakai songkok haji. Semua perubahan tu berlaku dalam tempoh setahun. Mana nak kenal sangat.
Sebenarnya bukan susah sangat nak mengisi masa cuti budak-budak ni. Bawak balik kampung sudey! Jumpa atok dan nenek. Bergaul dengan sedara-mara. Cukup.
Ok, cukup.
Dah, cukup!
Pida menulis dengan rasa bebas; tanpa belenggu, tanpa asakan, tanpa takut, tanpa mewakili apa-apa dan siapa-siapa. Apa yang Pida tulis dan luahkan tidak semestinya melambangkan keperibadian Pida. Blog ini juga sebagai memori terhadap perjuangan allahyarham bonda tercinta yang begitu tabah menghadapi kanser sehingga ke akhir hayatnya. Tidak sesaat Pida tidak merinduinya.
Showing posts with label aqiqah. Show all posts
Showing posts with label aqiqah. Show all posts
Friday, June 1, 2012
Thursday, May 3, 2012
Majlis Aqiqah Aida Sofia
Salam aqiqah,
Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis aqiqah Aida Sofia yang berumur 3 bulan. Kalau kau nak tau, Aida Sofia ialah anak sedara Pida iaitu adik Razin.
Majlis telah selamat diimplementasikan di rumah mak Pida. Hahaha mesti kau tersenget-senget mulut mencebik bila Pida tulis cemtu kan? Sebenarnya Pida pun meluat jugak kat diri sendiri sebab tulis bahasa bombastik walhal langsung tak masuk konteks ayat.
Oklah, Pida tulis balik. Majlis telah selamat diresepsikan di rumah mak Pida. Hahaha kena lagi!
PIDAAAAA!!!!! DUSH DUSH DUSH
Adoi. Sakit la bodo.

***Pagi sebelum majlis***
![]() |
| Kanak-kanak yang memegang Mykid bernama Razin ini kelihatan lesu sekali setelah lebih banyak mengular daripada buat keje. |
![]() |
| Akhirnya siap. Sedia untuk diminum. Bukan. Sedap dimakan begitu saja. Bukan juga. Ah, mana-manalah. |
***Majlis Makan Tengah Hari***
![]() |
| Antara lauk yang dihidangkan. Labu dan kacang panjang masak lemak. |
![]() |
| Hidangan signature orang jawa - pecel lele. |
![]() |
| Iwak goreng a.k.a fried fish |
Sebenarnya banyak lagi lauk yang dihidangkan untuk dinikmati tetamu seperti ulam kacang botor dan sambal belacan, ayam goreng bersos, kuih sampai 10 jenis sampai boleh buat gerai, bubur kacang, bubur pulut hitam dan eh macam-macam ada! Tapi ada satu jenis kuih yang Pida rasa mesti kau tak kenal iaitu....
![]() |
| Keadaan terkawal semasa makan tengah hari. Suasananya jauh lebih bersih dan tenang daripada keadaan di Dataran Merdeka. |
![]() |
| Co-host majlis iatu nenek. Inilah nenek yang Pida ceritakan dulu tu. Di sebelah nenek adalah jejaka iras-iras rakyat Bangladesh iaitu adik bongsu Pida. Yang kecik kat belakang tengah korek telinga pastu cium tu ialah Sufi. Eh, mana buruh kanak-kanak yang dorang tu?! |
***Majlis malam - kenduri tahlil dan selawat***
![]() |
| Tetamu majlis tidak kira kecil-besar tua-muda kerajaan-swasta merdeka-hamba mengaminkan bacaan doa oleh Tok Kadi eh silap, Tok Imam. |
| Jemaah berdiri membaca selawat dan marhaban. |
***Pasca majlis***
| Apa kau ingat lepas habis majlis je kau boleh tido peluk bolster dan mula mimpi basah? Yang pergi biarlah pergi, yang tinggal ni kenalah kemas dulu derr... |
| Budak bertuah. Bapak kau penat bukan sebab mengangkat sofa tu, tapi sebab mengangkut kau berdua. |
| Bravo! Siap suda! Bole tido juga! |
***Corat-coret majlis (The interlud)***
![]() |
| Cita-cita saya nak jadi penari latar, tapi mak saya mati-mati suruh jadi bomba. Saya tak suka main air, saya suka menari. Apa pendapat encik? |
![]() |
| Di bawah lindungan Kaabah. |
![]() |
| Mak, Aqil buntu nak main yang mana satu. Nak gitar ke, nak gambus arab ke, nak sitar kulit ular ke atau nak ukelele. |
![]() |
| Mak, Sufi main lagu Selamat Hari Raya. Hari Raya bila mak? |
| Aku dah kata jangan main jalar-jalar, kan dah jatuh. Ha main lagi main lagi. |
Monday, April 30, 2012
Penghargaan kerana memeriahkan majlis aqiqah Sofia
Salam penghargaan,
Baca tajuk je pun dah cukup. Takyah baca yang lain-lain. Tapi kau kena baca jugak sebab penat aku nulis kau tak baca.
Pida sekeluarga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang telah menyerikan majlis aqiqah anak sedara Pida iaitu Sofia.
Secara khususnya, terima kasih kepada :
1) Mak dan Ab
2) Mak dan abah
2) Saudara-mara yang sangat baik hati tolong rewang, masak, set up, munjung, basuh pinggan, etc etc
3) Jiran-jiran yang sudi datang
4) Keluarga Pida sendiri yang tak menang tangan demi memastikan perjalanan majlis berjalan lancar termasuk anak-anak Pida.
Gambor takde. Entry aqiqah on the way.
Tata.

Subscribe to:
Posts (Atom)