Hari ini 21 Februari 2012, adalah hari ulang tahun pertama Ahmad Razin.
Siapa Ahmad Razin?
Haa... kalau kau nak tau, Razin adalah buah hati Pida selain Rania, Aqil dan Sufi. Razin telah menjadi sebahagian daripada hidup Pida sekeluarga sejak detik pertama kelahirannya.
Razin ketika baru dilahirkan tahun lepas. |
Razin ketika majlis berendoi. Buat di rumah Opahnya. |
Rumah Tokyi dan Mamaneh buat majlis aqiqah dan cukur jambul. |
Razin adalah anak saudara Pida iaitu anak kepada adik lelaki Pida. Tetapi mengapa Razin sungguh istimewa pada Pida? Sebab dia adalah anak susuan Pida.
Pida mula menyusukan Razin ketika mamanya bekerja on-call. Oleh kerana kekangan waktu dan Razin pada masa itu masih menyusu, dan kebetulan pula Pida sedang menyusukan Sufi, maka dengan izin suami, Pida pun menyusukan Razin.
Setelah cukup syarat iaitu lima kali kenyang, maka jadilah Razin anak susuan Pida. Berkongsilah dia dengan Sufi dan abah Sufi sekali. Gedik la kau.
Kini Razin dah tak menyusu badan lagi. Dia baru je dapat adik perempuan 17 Februari lepas. Best la, umur baru setahun dah jadi abang.
Buat Razin, kasih sayang mak tak ada bezanya dengan Kak Nia, Abang Aqil dan Sufi. Mak sayang semua anak-anak mak.
Happy birthday my little Razin. Always be good, mummy love you sayang!
eh sama lar arini pn besday anak buah kesygan saya =) Hepi besday Razin...
ReplyDeletehappy birthday razin... (tak tau plak cite anak susuan nie.. )
ReplyDeletebesok hari kematian sudirman plak...
deela, meh la berkongsi kegembiraan hehe ;)
ReplyDeleteFello, yang kau tetiba cerita pasal hari kematian ni pehal? hahhaha lawak la fello.
anyway tq ;)))
we all love Razin! =)
ReplyDelete