Monday, March 27, 2017

Cus Cus Cus Keretapi Si Lipan

Salam cus cus cus,

Ini cerita akhir tahun lepas ketika cuti sekolah. Pida ni bukanlah orang berada sangat, so nak bawak anak-anak melancong ke luar negara seperti Korea Utara tu memang tak mampulah.

Jadi untuk tidak kelihatan terlalu kejam terhadap anak-anak yang sentiasa dahagakan percutian atau aktiviti cuti sekolah; sedangkan Pida sibuk membanting tulang empat kerat demi sesuap nasi, maka Pida carik satu kegiatan yang boleh mengisi masa cuti sekolah mereka.

Nak tahu ke mana Pida bawak anak-anak, mari saksikan.

Kami pergi menyaksikan persembahan teater kanak-kanak yang berjudul Cus, Cus, Cus Keretapi Si Lipan di Aswara. Pida dapat tahu tentang teater ini melalui laman facebook Fakulti Teater Aswara.

Teater ini merupakan projek markah pelajar-pelajar Diploma Fakulti Teater. Team teater ini ada juga membuat promosi di stesen keretapi.

Harga tiket ialah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Teater ini berlangsung di Panggung Eksperimen Aswara.

Tapi maaflah ye, Pida tak masukkan gambar-gambar persembahan sebab ada pelakon pompuan dia yang agak seksi. Lawo memang lawo, tapi cute sangat, tak sampai hati nak bagi kau tengok hahaha.

Persembahan teater ini secara keseluruhannya sedang-sedang sahaja. Best jugak la sebenarnya. Untuk budak-budak memang diorang seronok.. untuk orang tua memang biasa-biasa aje.

Tapi memang la teater ni dikhaskan untuk budak-budak. Dah kenapa aku yang sentap lebih-lebih.

Cuma rasanya, teater Sofea Dan Kacang Ajaib dulu lebih best.

Lagi satu, budak-budak ni memang pandai berlakon wa cakap lu. Kalau setakat Fattah Amin tu, sekali hembus je budak-budak Aswara ni boleh celeng, eh celeng pulak,... celen!

Anak-anak Pida pun tak bosan sepanjang menonton teater ini. Pida boleh nampak diorang terhibur dan ketawa bila ada adegan yang kelakar.

Selesai persembahan, kami mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan rindu-rinduan dengan para pelakon.

Pida puji budak-budak ni, diorang ni hormat sangat kat penonton. Yang perempuan tu salam siap cium tangan lagi. Sopannya lahai... suka sangat.

Senyuman diorang tak lekang dari bibir, ucapan terima kasih tak putus. Betapa diorang amat menghargai sokongan ibu bapa yang datang menonton bersama anak-anak.

Kipidap guys, bila dah popular nanti, teruskan sifat resmi padi tu ye. Jangan mendongak, apatah lagi membongak!

Ok mari layan gambar kamiorang.

Ini watak antagonis Singa Vellu, pemandu keretapi Si Lipan yang tidak sukakan kanak-kanak. Tapi akhirnya dia berubah menjadi baik (gila kau kalau ending dia tak happy).


My favourite character. Pak Kancil si protagonis dalam naskhah ini. Wataknya sangat lincah, tegas dan baik. Tetapi bila ditegur, sangat pemalu dan sopan santun budaknya. Ok, Kak Pida peminat awak tau!


Si mentadak mentaduk yang kelakar. 


Booth gambar yang disediakan. 

Pida bagi 4 Ha untuk produksi teater ini. Tahniah! Boleh buat yang lebih baik lain kali.


Sunday, March 26, 2017

PIIACUF Putrajaya

Salam Piiacuf,

Bapak lama Pida tak bukak blog sendiri. Rasa macam dah bertahun-tahun tak kemas kini blog dan letak cerita baharu.

Walaupun kau tak hingin pun nak ambik tau kan kenapa Pida dah lama tak menulis, tapi Pida nak bagitau jugak la supaya takde yang ingat Pida dah meninggal.

Sebenarnya Pida sibuk gila dengan kehidupan. Tak taulah apa yang sibuk sangat, tapi memang sibuk la. Kau kalau anak dah empat, pastu life kau start pukul 5.30 pagi setiap hari sampai balik dari ofis pukul 6 petang, pastu malam dah penat sangat, terus masuk tido. Celah mananya aku nak bukak blog.

Jadi pada masa terluang ni, Pida akan cuba tulis verita baharu yang sebenarnya dah lama berlaku. Iaitulah kisah Pida pergi ke pameran Piiacuf 2016 haaa tengok, cerita 2016 aku pegi buat pada tahun 2017... di PICC Putrajaya.

Tapi Pida nak mintak maaf awal-awal tau. Ni Pida curik masa je ni. Mana yang sempat je aku taruk ye. Kalau budak-budak dah balik, maka apa yang ada jelah ye...

Pida malas nak save draft, nanti entah bilanya nak sambung.


Pameran ini menghimpunkan peserta dari pelbagai negara di seluruh dunia. Macam-macam pameran kesenian dan budaya islamik boleh dilihat.

Antara tarikan utama ialah replika jubah Nabi Adam a.s dan demonstrasi menekat benang emas dalam pembuatan kain kiswah.










Terpegun Pida tatkala melihat jubah replika ini. Besar wei. Gigih aku bayangkan saiz Nabi Adam. Tengok la tu betapa jauh perbezaan antara saiz Nabi Adam dengan saiz kita yang kemetot ni.

Ok, itu di dalam dewan pameran. Di luar dewan, pengunjung boleh menyaksikan berbagai-bagai booth pameran dari pelbagai negara yang macam Pida cakap tadi.








Dalam banyak-banyak booth, yang paling menarik perhatian tentulah demonstrasi menghasilkan kain kiswah. 

Demonstrasi kain kiswah ini dipersembahkan oleh delegasi dari negara Arab Saudi. Ingat Arab Saudi, ingat Raja Salman. Haw haw haw.

AlSheikh ini sedang tekun melakukam kerjanya. Tidak dipedulikan pengunjung yang terjongol-jongol kepala melihat kemahiran tangannya.

Pida sempat bertanya, berapa bijik ferrarikah yang dia miliki... eh taklah. Takkanlah aku ni kepochi sangat kan.. Pida cuma tanya, satu papan ni berapa lama nak siap. Dia jawab, satu bulan la kaka!

Pida tanya lagi, ini benang emas betul ke... dia jawab iye la kaka! Haaa jangan main-main kau. Emas betul hokay!

Dan inilah antara hasil sulaman benang emas yang akhirnya menghasilkan kiswah. Sungguh cantik, sangat teliti pembuatannya dan sememangnya satu manisfestasi pengagungan daripada hamba kepada Pencipta.

Selain itu, ada satu lagi tarikan pengunjung di Piiacuf ini. Iaitu demonstrasi penulisan khat oleh seorang imam dari wilayah di negara China.


Imam Yahya memiliki kemahiran menulis kaligrafi khat yang sangat halus seninya. Pengunjung boleh request untuk mengukir nama sendiri dalam bentuk khat.

Anak-anak Pida yang 4 orang tu sibuk nak buat sorang satu. Satu khat berharga RM15. Pantas dan jitu hasilnya. Memang cantik.

Tu 4 kepala jejantans di hatiku. Sibuk kerumun imam.


Piiacuf juga menghimpunkan pameran busana dan fesyen. 










Ada satu sudut pameran yang menarik. Ia berkenaan pameran tengkolok Kesultanan Perak.



















Dan... tarikan utama di Piiacuf ini, yang diuar-uarkan dalam rangka promosinya ialah....



Comel kan? Ini pemandangan yurta dari hadapan. 

Ini pula pemandangan yurta dari belakang.

Ruang dalam agak luas. Boleh sumbat 100 orang kalau mau. Tanpa perabot, ia hanya dihampar permaidani. Cute, dan selesa.

Ini bahagian atas siling. Ada gantung-gantung gitu. 

Selama dua jam berada di Piiacuf, Pida merasakan ia satu majlis pameran yang penuh dengan ilmiah. Kita boleu belajar budaya sesuatu masyarakat dalam sesebuah negara.

Booth pameran negeri Johor pun ada.

Khat kalimah Allah hasil tangan daripada bangsa Johor.

Ni tak taulah kenapa si Muhaimin ni merajuk. Merajuk kat booth Kelantan pulak tu.

And last but not least, kami menikmati hidangan lazat di Cafe@PICC bersama-sama. 

^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...