Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Thursday, April 11, 2013

Parodi status Facebook menjelang PRU13

Salam parodi,

Sejak Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13 pada 3 April lalu, rakyat Malaysia bagaikan sudah tidak sabar untuk mengundi bagi memilih kerajaan baharu.

Setiap hari di mana-mana sahaja; di kopitiam, di bengkel kereta, di klinik pakar kulit, di kilang butang, di tandas awam, di lorong pejalan kaki waima di kedai pengurup wang pun, orang ramai sedang sibuk memperkatakan tentang pilihanraya. Namun yang lebih dibualkan sekarang ialah mengenai parti-parti politik  yang bertanding.

Sebagai penganalisis politik yang sengal, Pida melihat senario ini sebagai biasa. Haha... memang sengal analisis aku ni. Trend dan gaya cakap-cakap politik dan kempen sudah jauh berbeza daripada apa yang berlaku pada tahun 2008 dahulu semasa PRU12.

Zaman sekarang, parti-parti politik menggunakan medium sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, blog dan laman web untuk mendekatkan pengundi dengan parti masing-masing. Bukan itu sahaja, malah pengikut parti-parti ini telah lebih maju lagi dengan mewujudkan kumpulan jaringan mereka sendiri sama ada untuk menyatakan sokongan terhadap sesuatu parti atau menyatakan kebencian terhadap parti.

Media konvensional seperti tv dan akhbar semakin mendapat saingan sengit daripada sumber media baru tetapi dilihat masih relevan.  Begitu pun, telah ramai yang mula meninggalkan tv dan akhbar arus perdana kerana tidak percaya dengan liputan yang diberikan yang dilihat terlalu berat sebelah dan lebih menjurus ke arah sesuatu parti sahaja.

Kumpulan di jaringan sosial internet terbahagi kepada dua; menyokong kerajaan sedia ada dan menyokong kerajaan bayangan. Kedua-duanya saling 'berperang' antara satu sama lain. Namun masing-masing lebih kepada melondehkan keburukan dan kegagalan pihak lawan sehingga sanggup memfitnah dan mengadu domba.

Apa yang Pida perhatikan terutamanya di Facebook, kebanyakan mereka yang komen lebih cenderung untuk menyatakan sokongan kepada pihak bukan pemerintah. Adakah ini trend anak-anak muda Malaysia masa kini?

Iaitu memilih parti pembangkang walaupun media arus perdana telah cuba sedaya upaya meyakinkan rakyat dan pengundi bahawa parti bukan pemerintah itu tidak berwibawa langsung; dengan pendedahan korupsi dan salah laku pemimpin.

Di pihak parti yang satu lagi pula, mereka juga sedaya-upaya menumbangkan pihak lawan dengan isu yang sama juga; korupsi, diskriminasi, isu keselamatan, isu harga barang dan macam-macam lagi. Serangan peribadi juga dilakukan secara bertubi-tubi.

Seperti yang Pida katakan tadi, sokongan lebih cenderung ke arah parti bukan pemerintah yang diluahkan melalui Facebook. Lebih ramai yang menyokong PR berbanding BN. Ini adalah apa yang Pida perhatikan di Facebook.

Pada Pida, situasi ini adalah bahaya bagi kerajaan sekarang (sebelum pembubaran parlimen) jika ia ingin terus menjadi dominan. Dan bagi PR pula, keadaan ini belum tentu selamat dan menjanjikan peluang yang cerah kerana BN pasti telah merangka strategi untuk terus mempertahankan kemenangan dan merampas kembali negeri-negeri yang terlepas ke tangan PR.

Bagaimana untuk Pida gambarkan situasi ini, mari kita lihat!


Status Facebook Pro-PR:

Lapar... (4 juta Like)

56,736 comments
Load previous comments
  • Ala... ciannya, meh makan. (768 Like)
  • Lapar? Kita pun lapar :) (541 Like)
  • Nak makan apa? Meh gua belanja. (900 Like)
  • Comelnyerr dia lapar... (1,200 Like)
  • Pegi la makan kalau lapar... nanti sakit peyut, sapa susah? (431 Like)
  • I loike! (37,550 Like)

Status Facebook Pro-BN:

Lapar... (526 Like)

4,675 comments
Load previous comments
  • Jadah lapar pun nak tulis kat wall (56,000 Like)
  • Bongok punya admin! (7,756 Like)
  • Nak makan terajang? (14,519 Like)
  • Ada aku kesah? (8,169 Like)
  • Sedey... (4,892 Like)
  • Camgampang (27,034 Like) 

Sebagai pengundi, buatlah pilihan yang tepat kerana pilihan itu amat penting untuk menjamin kemakmuran dan kestabilan darjah celcius negara Malaysia yang tercinta ini. Tak kiralah parti mana yang menang sekalipun, asalkan Malaysia kekal aman, makmur, stabil dan selamat untuk kita dan anak-anak kita terus bernafas di bumi bertuah ini.

Tarikh pilihanraya umum ke-13 telah pun diumumkan iaitu pada 5 Mei 2013 (Ahad). Tunaikan hak kita sebagai pengundi.

Selamat mengundi!


Penafian : Pida menulis dengan rasa bebas; tanpa belenggu, tanpa asakan, tanpa takut dan tanpa mewakili mana-mana parti. Tulisan ini semata-mata berasaskan tinjauan dan pemerhatian Pida terhadap trend anak-anak muda masa kini dalam menyatakan perasaan mereka terhadap parti-parti yang bertanding. Peace!

Tuesday, June 12, 2012

Kenapa kau kena unfriend?

Salam unfriend,

Kau pernah kena unfriend dari Pesbook tak? Pida pernah juga kena unfriend. Giler sadis bila kena unfriend. Rasa macam diri dah tak berguna lagi je.




Agak-agak kau la, apa sebab friend kau tu tiba-tiba unfriend kau? Mesti ada sebab kan? Takkan suka-suka paleotak dia nak memutuskan hubungan silaturrahmi yang dah terjalin selama ini, kan?

Jadi, Pida buat kajian sendiri. Bukan syok sendiri tapi syok sorang-sorang. Ah, sama je kejinya.

Hasil daripada keinsafan dan sesi muhasabah diri lepas kena unfriend beberapa kali, Pida dapat rumuskan punca-punca seseorang itu meng'unfriend' kau. Padan muka!


1)  Kau tak komen kat wall dia dengan kata-kata manis "Hai! Makin kiut nampak!"

2)  Kau tak 'like' status dia padahal dia update status seminit 10 status.



3)  Dah la kau tak 'like' status dia, kau komen macam nak carik pasal pulak seperti "Woi, perut lapar pun nak bagitau ke?" atau "Bodohnya status awak." Sentap mak noksss!!

4)  Dia invite kau macam-macam apps, haram kau tak respon. Kau bagi dia amaran lagi ada... kau kata kat dia "Jangan la asyik hantar apps aje... bosan la wei!"

5)  Bila dia tag gambar dia tengah posing cantik, atau dia tag gambar produk bisnes dia, kau remove. Pastu kau tulis kat wall dia dengan berkata, "Eeee semak la! Jangan tag lagi hokeh! Kang aku unfriend kau." Last-last kau yang kena unfriend hahaha.


Tak payah nak sentap-sentap. Hidup mesti diteruskan walaupun dah kena unfriend.


6)  Kau adalah friend yang tak serupa friend. Ada macam takde. Lagi baik kau berambus dari friend list dia, itu kata dia la.

7)  Kau kemaruk tag gambar kat dia. Hey! Dia tak sukalah!

8)  Dia bergaduh dengan friend kau yang lain, pastu dengan kau-kau sekali terima bala.

9)  Dia dah tak suka kau.

10)  Dia nak kutuk kau dalam status-status dia. Kang kalau kalau baca, kantoi la.


Sebenarnya, Pida pun tak sedar dan tak tahu siapa yang unfriend Pida. Walaupun friend Pida tak ramai, tapi Pida tak boleh ingat semua. Tapi Pida tau Pida kena unfriend sebab bilangan friend berkurangan daripada semalam.

Tapi ada jugak orang yang dah unfriend, tiba-tiba nak befriend balik! Entah bila masa dia unfriend aku pun aku tak tau! Heeeeee tak malu.


Err... Nak kawan balik boleh tak? Heeee....


Tak nak kawan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...