Wednesday, October 26, 2016

Muhaimin is a boy, hokay!

Salam boy,

Dah kenapa tiba-tiba tajuk entry hari ni dalam bahasa english pulak.

Sebenarnya Pida nak cerita pasal Muhaimin. Ko kenal Muhaimin kan, anak aku yang bongsu tu. Nama sendu dia Mumu. Lekat nama Mumu sampai teacher taska dia pun panggil mumu.

Rupa-rupanya mumu tu sejenis makanan tradisional orang Papua New Guinea. Dia macam ikan pais gitu. Ikan pais tu ialah ikan bakar yang dibalut dengan daun apa ntah.

Kalau kita, ikan pais tu dilulur dengan lada, tapi masyarakat PNG lumur dengan rempah mereka sendiri.

Eh, ini nak cerita pasal Mumu Pida ke mumu Papua New Guinea?

Sebelum ni kau tau la kan, anak aku si Mumu tu rambutnya panjang. Dulu dah pernah potong sekali. Lepas tu panjang balik.

Kali kedua panjang tu Pida perati makin lama makin kerinting kat hujung dia. Tu yang Pida tak potong-potong sebab nampak kiut pulak macam aku kecik-kecik dulu.

Disebabkan dah terlalu panjang, maka wajah Mumu tu pun dah macam budak perempuan.


Ramai jugak orang yang selalu tanya Pida, budak ni lelaki ke pempuan? Kaurasa?

Ni masa rambut depan Mumu betul-betul panjang sampai dah hampir menutup mata dia. Sampai kadang-kadang dia menguis-nguis rambut tu sebab tak selesa.

Ini selepas Pida kerat sikit rambut depan Mumu. Dah rupa anak Penan kan? I loike!

Dah disarungkan baju Melayu pun masih ada yang tanya ni lelaki ke pempuan? Dah kenapa??!!


Ada satu hari tu kan, Pida bawak Mumu pergi ke kedai. Kat kaunter bayaran tu ada jajan Kinder Joy tu. Mumu memang dah beberapa kali beli jajan ni kerana ia merupakan jajan kegemarannya.


Jajan coklat ni ada dua jenis. Yang biru tu untuk boy sementara yang pink tu untuk girl. Perbezaan antara kedua-duanya hanyalah mainan. Coklat dia sama je.

Oleh kerana Mumu dah biasa beli coklat ini, maka dengan spontan dia capai yang biru. Sepantas kilat jugak kakak kaunter tu suakan coklat pink kepada Mumu. 

"Ini yang pink, dik," katanya dengan konfiden. 

Mumu buat dekkk aje bila kakak tu hulurkan coklat pink kat dia. Dia tetap pegang yang biru jugak. Pida pulak macam tergamam, tercengang je.

Kakak tu tak putus asa. Dia tetap menghulurkan coklat pink kepada Mumu sebab dia mati-mati ingat Mumu ni girl. Dia takut Mumu tersalah ambik coklat.

Melihat kesungguhan dan kejujuran kakak kaunter tu, Pida pun berkata, "Dia ni jantan...". Selamba katak je aku cakap macam tu.

Tanjat kakak tu. Dia kata hah, ingatkan pempuan... Sebijik macam pempuan... Hihihi.....

Sejak peristiwa itu, Pida mengambil keputusan untuk memotong rambut Mumu. So Pida bawak dia ke sebuah salon hipster yang menjadi tumpuan anak-anak muda dan yang tak berapa muda.

Tak sangka pulak si Mumu ni takut. Sepanjang gunting rambut tu, dia melalak-lalak sebab takut rambutnya digunting. 

Terpaksalah bertabah budak tukang gunting tu melayan kerenah Mumu yang tak sporting.

Gunting rambut macam kena gunting bibird. Tak cukup abah dia pegang, Pida pulak mendukung dia. 

Saat-saat terakhir sebelum gunting rambut.

Ketika menggunting. Sepanjang menggunting tu dia melalak.

Selepas gunting. Sampai sembab muka akibat terlalu lama menangis. Dalam 20 minit jugak la. Tabik spring kat brader yang gunting tu kerana cukup sabar dan profesional menangani ragam budak.


Sekarang Mumu dah berambut pendek. Tiada lagi kecelaruan identiti. Nampak lebih ganteng dan lebih macho gitteeww.

Rupa sekarang. Dah sebijik rupa Aqil.

Tiga jejantans in my heart.







Saturday, October 22, 2016

Pizza Pida

Salam pizza,

Seumur hidup, Pida tak pernah buat pizza sendiri. Makan pizza memang selalu. Biasanya kalau rasa nak makan pizza, angkat telepon, call aje. Dalam setengah jam, budak pizza tekan loceng tanda dah sampai.

Tapi ada satu hari tu, Pida buang tebiat agaknya. Tiba-tiba terpikir nak buat pizza sendiri. Sebenarnya nak menunjuk kat engkau yang Pida dah beli oven baharu. Tapi tak payahlah tunjuk gambo. Kang kau kata aku menunjuk.

Anak-anak bila Pida cakap nak buat pizza sendiri, diorang memang teruja. Dah tak reti-reti nak menyabo. Asik tanya bila pizza nak siap, bila boleh makan pizza. Dah kenapa? Bahan pun tak ada!


Bahan-bahan pizza pida :

Sengaja Pida longgokkan kat atas meja supaya kau boleh nampak meja makan Pida dah burok.

Cendawan butang banyak-banyak.

Cendawan shitake banyak-banyak.

Potongan nenas kiub banyak-banyak.

Tomato ceri potong dua banyak-banyak.

Sosej hiris banyak-banyak. 

Stik ketam hiris banyak-banyak.

Baik, demikianlah bahan-bahannya. Itu untuk topping. Untuk doh, cuma perlukan tepung gandum aje. Buat macam doh roti canai je bai.


Pida buat 3 doh. Sebab nak bagi Rania, Aqil dan Sufi customize pizza masing-masing ikut sukati kepala hotak diorang. Malas nak dengar diorang gaduh-gaduh, rebut-rebut. Nah, amik ko sorang satu doh.

Doh yang sebijik tadi kita regangkan dalam loyang oven ye kawan-kawan.

Seterusnya sapukan sos pizza bolognese rata-rata di atas doh tadi.

Tengok Aqil dan Sufi bersemangat nak buat pizza. Oh ye, nampak tak ada keju mozarella tu. Haa tu pun bahan jugak tu. Lupa nak bagitau tadi. 

Ini Pida hijack doh Sufi. Pida perdayakan dia, Pida kata kalau dia nak muka dia macam Fattah Amin bila dah besar nanti, baik bagi mak buat. Dia terus bagi sebab dia yakin dah besar nanti muka dia macam Fattah Amin.

Pida kalau pizza, tak berapa suka daging atau ayam banyak-banyak. Pida suka sayur-sayur, paling Pida suka nenas dan cendawan. Sebab tu kau nampak pizza Pida tu penuh dengan nenas, bawang dan cendawan semua.

Dah tu Pida tuang lagi mozarella banyak-banyak. Topping ni dinamakan topping orang tamak selalu rugi bagai anjing dengan bayang-bayang.

Lepas tu bakar di dalam oven dengan suhu 220 darjah celcius selama 25-30 minit.

Tadaaa!!! Inilah hasil pizza tamak Pida yang telah siap dibakar. Nampak tragis.

Muak pulak aku tengok pizza ciptaan aku ni. -_-

Selepas siap pizza Pida, Rania dan dan Aqil pulak meneruskan pizza masing-masing. Topping kitorang tak sama. Ada yang tak taruk cendawan, ada yang tak letak nenas, sukatilah nak taruk apa pun kan...

Sebelum..

...Selepas

Bebola daging bakso gentel sendiri. Besar-besar bola golf baq hang.

Yang ini pizza versi ketiga pulak. Lebih banyak sosej di atasnya.

Pizza ni ada recik-recik daun apa ek.. Lupa pulak. Yang selalu tabur atas pizza tu la. Malas la aku nak bertanya orang atau google. Aku nak cepat ni.


Mengapakah riak wajahmu semacam tidak gembira ketika menikmati pizza mak kau sendiri.


Baik, begitulah berakhirnya aktiviti membuat pizza sendiri. Berlambak-lambak pizza hari tu. Sekarang bila Pida ajak buat pizza lagi, diorang kata baik mak tepon Dominos aje.

T_T



Friday, October 14, 2016

Gara-gara Tidak Memiliki HP

Salam gara-gara,

Macam bangang pulak ucapan salam Pida kali ini. Cariklah yang sopan sikit, macam Salam 1Malaysia ke, salam sehati sejiwa ke, salam untuk kekasih ke...

Kali ini Pida nak cerita tentang Rania. Semalam dia mengadu kat Pida dengan muka seposen dia tu.

Dia kata, "Mak, kat sekolah ada kawan ejek Nia..."

Pida yang pada ketika itu sedang mencubit Muhaimin terus terkesima. Cepat-cepat Mumu lari melepaskan diri.

"Dah kenapa ko kene ejek?" tanya Pida dengan penuh perasaan.

"Sebab Nia takde henfon," jawabnya dengan muka lima sen.

"Laa, sebab tu je ke yang kawan ko ejek tu?" Pida menyoalnya kembali sambil membaling remote tv ke arah kucing.

"Dia ejek apa?" Pida kembali menyoal.

"Dia cakap Nia orang miskin."

Kah kah kah.

Haiiii lah budak-budak sekarang. Dah pandai menilai tahap kekayaan orang lain melalui henfon.

Ye, memang Pida tak membelikan atau memberi henfon kepada anak-anak Pida kerana pada Pida, belum tiba masanya diorang memegang henfon sendiri. Lagipun, setakat ini tiada keperluan.

Rupa-rupanya, hampir semua kawan-kawan sekelas diorang memiliki henfon sendiri. Smartfon ok, bukan henfon nokia butterfly dan henfon bodo-bodo tu.

Mak bapak masing-masing yang belikan atas keperluan masing-masing yang pelbagai.

Disebabkan Nia takde henfon sendiri, maka Pida terpaksalah join group whatssup kelas dia. Maka tak pasal-pasal la tertengok gaya chat budak-budak mentah ni. Tapi Pida ambik maklumat je la, untuk disampaikan kepada Nia.

Yang baiknya si Nia ni, dia pun tak pernah hingin nak ada henfon sendiri. Nasib baik dia tak terpengaruh dengan kawan-kawan dia.

Mungkin sebab Pida tak berapa strict kalau dia nak pinjam henfon untuk baca atau balas wasap; atau kadang-kadang dia nak tengok facebook dia.

Takdelah Pida langsung sekat dia daripada menggunakan henfon dan menikmati teknologi komunikasi dan ict. Anak PTM kot... Hahaha.

Takpelah Nia, biarlah kawan ko nak ejek ko orang miskin ke apa, tak luak pun. Dia tak tau ke ko setiap hari bawak duit belanja RM6 pegi sekolah.

Ciau.




Tuesday, September 6, 2016

Sedapnya Hei Sushi!

Salam sushi,

Selepas penat melarikan diri dari cengkaman dinosaur, dan untuk mengembalikan adrenalin pulih semula ke tahap normal, Pida membawa budak-budak ini menikmati hidangan yang istimewa di sebuah restoran yang istimewa.


Hei Sushi - Restoran sushi dan makanan Jepun autentik yang telah mendapat pengiktirafan halal oleh Jakim. I loikeeeee!

Restoran ini terletak di aras PL Alamanda. Memang dah lama Pida berangan nak bawak anak-anak makan di sini. 

Sebaik sahaja melangkah masuk, Pida rasa teruja sekali. Selain disambut dengan ramah mesra oleh staf-staf yang manis-manis belaka, Pida tertarik dengan hiasan dalaman restoran ini yang sangat wow!

Nampak tak betapa menawan dan modennya konsep hiasan restoran ini. Ada suatu perkara yang unik dengan dekorasinya. Cuba kauperhatikan gantungan corak batik tu. Unik kan? Gabungan budaya makanan Jepun dengan konsep tradisional Melayu. Bijak... Bijak...


Cantik kan? 








Motif batik yang menghiasi papan-papan pintu.

 Dah puas menatap keseluruhan ruang restoran, baru teringat yang Pida belum order makanan lagi. Menu apa yang ada ek?


Tiba-tiba rasa berdebor nak bukak buku menu. Bukak pun pelan-pelan aje.


Sufi ni takde carik lain, dia carik sushi telur ikan yang halus-halus warna oren tu je. Tu memang faveret tekak dia.


Korang ni menghapal ke apa? Sebijik-sebijik ditenungnya menu tu. Rambang mata letteww.





Dalam 10 minit jugak la kitorang buat perbincangan sulit nak pilih menu apa. Semua nampak sedap. Rasa nak order semua. Ini semua napsu.


Sushi yang dipesan sampai dalam sekejap. Waaahhh, memang nampak menyelerakan. Tak sabar nak ngap!


Dari kiri : Soft shell ebi maki (RM12.99), spider maki (RM16.99), kaisen maki (RM16.99). 

Aku rasa tak sampai hati nak sebut perkataan maki tu kat waiter yang budiman tu. Tapi nak buat macam mana, dah memang nama menu tu maki. Bukan Pida nak maki dia pun..


Maki yang sedap. Memang tak kena maki la.


Shake potato and salmon (RM35.99). Boleh tahan sedap, tapi tak dapat lawan kelazatan salmon mint sauce kat Padi House.


Ini ialah wasabi. Memang idok lerrr aku merasanya. Dekat dengan hidung pun dah rasa macam nak putus napas je. 


Mumu cukup suka sup ni. Lupa la nama dia. Yang ada shitake dengan telur dan tauhu yang hancur tu. Sedap memang sedap.


Setelah beberapa ketika menikmati makanan yang lazat dengan tenang, budak-budak ni dipaksa bergambar di sudut restoran. 


Pida rasa puas hati kerana berpeluang membawa keluarga ke sini, tempat yang dah lama diidamkan. 

Rasa makanan di sini memang sangat sedap, serius. Servis pun terbaik, tak perlu tunggu lama untuk menanti hidangan sampai. 

Harga... Hmm... Pada Pida bolehlah, bolehlah kalau nak makan sekeluarga ramai-ramai. Pida hari tu tak sampai RM150.00.

Lagi satu, memang Pida cukup yakin dengan kebersihan dan kehalalan makanan-makanan di sini. Di samping staf-stafnya semua menutup aurat, so double yakin. 


Insya Allah kalau diberikan rezeki lagi, Pida akan ke sini semula. Tak sabar nak rasa menu lain yang lebih mahal. Hal hal hal (ketawa).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...