Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

Tamatlah riwayat Karlos



Salam karlos,

Sejak lebih daripada 13 minggu yang lalu, Pida setia menonton cerita bersiri Karlos yang disiarkan di TV3. Semasa promonya ligat dimainkan di tv, Pida dah tak sabar nak tengok cerita ni. Pida rasa cerita ni best giler. Lebih-lebih lagi yang pegang watak Karlos tu Johan As'aari yang memang bagus lakonannya.




Dan memang betul pun. Cerita ni memang best giler sejak episod pertama lagi. Sejak episod pertama tersebut, Pida dah start susun jadual; hari Isnin pukul 9 malam Pida kena conquer televisyen. Sebab kalau tak conquer, putih mata la Pida nak tengok tv. Laki layan Masterchef, anak-anak layan Oggy and the Cockroaches.

Dah la aku ni jarang tengok tv, seminggu sekali nak tengok pun kena cop dulu. Siapa nak tengok Masterchef sila layan di bilik tido. TV ada 2 kan? Tak payah nak berebut-rebut. Itupun ada 2-3 minggu Karlos tidak disiarkan kerana memberi laluan kepada rancangan khas sempena PRU13 hari tu. Apa daa...

Berbalik pada Karlos. Pada Pida, cerita ini memaparkan realiti kehidupan yang dialami oleh sebilangan keluarga dalam masyarakat kita. Tiada paparan kosmetik di sini, yang ditonjolkan hanyalah kebenaran yang berlaku di depan mata tentang apa yang terjadi dalam institusi kekeluargaan.

Segala-galanya berpunca daripada latar budaya keluarga yang berhadapan dengan masalah sosial dan ekonomi. Bapa Karlos (lakonan Namron) merupakan seorang tahi judi. Dia digambarkan tidak mempunyai pekerjaan dan masanya banyak dihabiskan dengan berjudi.

Dia jarang mempedulikan keluarganya; isteri dan 4 orang anaknya termasuk Karlos (nama sebenar Irwan). Dia menyara keluarga dengan hasil haram kemenangannya di meja judi. Wang itulah yang digunakan untuk membeli keperluan rumahtangga termasuk makanan.

Nasib Karlos malang kerana sedari kecil dia tidak disayangi oleh bapanya itu. Dia selalu dipukul dan dimarahi hanya kerana sebab yang kecil. Hanya emaknya (lakonan Sherrie Merlis) yang memberikannya kasih sayang dan sering membela dia daripada bapanya yang bengis.


Karlos tidak pernah mendapat kasih sayang ayahnya sejak kecil lagi.

Plot cerita ini mudah. Penonton ditunjukkan dengan akibat daripada kelonggaran fungsi ibu bapa (dalam cerita ini bapa) yang bermula dari rumah. Akibat tiada perhatian dan sebagai balasan kerana menyuapkan makanan dari sumber yang haram kepada keluarganya, Karlos akhirnya terjerumus ke kancah salah laku.

Bermula dengan perbuatan mencuri motor sejak umurnya masih di sekolah rendah sehingga meningkat remaja, lama-lama Karlos sudah terbiasa melakukan kegiatan tersebut. Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Karlos kantoi dan dia dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak.

Kehidupan di pusat pemulihan akhlak sangat perit bagi Karlos. Di situ dia mengenali musuh dan kawan. Dan di sini jugalah dia mengubah namanya daripada Irwan kepada Karlos. Namun nasibnya beruntung apabila dibebaskan awal kerana berkelakuan baik. Sebelum itu, rakan baiknya di pusat pemulihan tersebut, Kenji telah terlebih dahulu dibebaskan.

Seperti diduga, bapa Karlos tidak menerima kepulangannya malah dia tidak lagi dianggap anak oleh bapanya. Emaknya yang lemah itu pun tidak dapat berbuat apa-apa kerana suaminya itu sangat bengis dan tidak membenarkan Karlos balik ke rumah.


Air muka cemerlang lakonan Sherrie Merlis sebagai ibu yang tersepit antara ketaatan terhadap suami dan kasih sayang  terhadap anak-anak. Azhar Sulaiman sebagai polis juga membawakan watak dengan berkesan. Oh, dia masih hensem!


Hidup Karlos menjadi semakin terumbang-ambing. Di sini telah timbul konflik yang semakin mencengkam kehidupannya. Penonton dapat merasakan keinginannya yang membara untuk kembali ke pangkal jalan tetapi lorong gelap sentiasa menantinya di depan.

Penonton juga dengan jelas dapat merasai tekanan perasaan yang dialami oleh Karlos. Dari konflik ini bermulalah episod Karlos yang lebih hitam setelah dia berjumpa semula dengan Kenji.

Sebagai seorang yang tiada pedoman, Karlos dengan mudahnya telah terpengaruh dengan Kenji yang merupakan seorang penjenayah. Akhirnya bersama-sama Kenji, Karlos telah menjadi perompak dan pembunuh. Lalu jadilah mereka orang yang paling dikehendaki polis. Dan hiduplah mereka sebagai pelarian untuk mengelakkan diri daripada dicekup polis.

Walaupun Karlos telah menjadi penjenayah berbahaya, namun dia masih sayangkan keluarganya terutama emaknya yang tidak pernah membuang dia dan sentiasa mendoakan keselamatannya. Watak emak yang digalas ini sangat berkesan. Tanpa solekan yang artificial, setiap raut wajah yang ditunjukkan si emak ini sungguh menyentuh perasaan Pida sebagai penonton.

Namun akhirnya Karlos berjaya diberkas dan dijatuhkan hukuman mati. Dalam episod terakhir malam tadi, Karlos telah menjalani hukuman gantung sampai mati dan babak yang menyedihkan ialah apabila ibunya yang setia itu menyiram air mawar di pusaranya.

Sesuatu yang tidak klise dalam drama ini ialah bagaimana bapanya itu langsung tidak menyesal atau rasa bersalah terhadap Karlos walaupun dia sudah mati. Ketika semua penonton mengharapkan si bapa akan berubah, ternyata pengarah sangat bijak mempermainkan harapan penonton dengan mengekalkan kedegilan si bapa. Dia memang sangat membenci Karlos sehinggakan surat terakhir untuknya selepas dia mati pun dibuang begitu sahaja.

Pengakhiran drama ini juga tidak cliche seperti kebanyakan drama Melayu yang lain. Pida 'berdoa' agar Kenji berjaya ditangkap dan dihukum seperti mana Karlos, sebaliknya Kenji masih lepas bebas tanpa dapat dikesan pihak polis lebih-lebih lagi selepas dia menukar imejnya. Dalam cerita ini, Kenji lebih licik daripada polis.


Watak Kenji dibawakan dengan cemerlang oleh Syazwan Zulkifli. Penerbit tolongah ambil dia berlakon lagi kerana dia sungguh henseeeeemmm!


Keseluruhannya, cerita Karlos ni memang sangat best. Cerita ini jujur, tidak hipokrit dalam menyatakan sebab dan akibat mengapa berlakunya kebejatan moral yang menjadi penyakit masyarakat terutama di kalangan remaja.

Naskhah ini juga tidak berselindung dalam memperlihatkan kepada penonton bahawa apa yang terjadi kepada Karlos itu sebenarnya merupakan manifestasi daripada kegagalan institusi rumah tangga.

Karlos sarat dengan pengajaran dan nilai. Dalam kejahatan, masih ada kebaikan. Dalam ketakutan, masih terselit keberanian. Dalam kesesatan, masih terhasrat mencari jalan pulang. Kemuliaan seorang ibu, kesetiaan seorang kakak, kekangan kewangan, kedangkalan ilmu, semuanya diadun sebati dalam Karlos.

Dan pada Pida juga, cerita Karlos adalah satu kisah sedih dan bukan semata-mata aksi jahat. Sedih melihat Karlos yang 'rosak' gara-gara kelalaian ibu bapanya ketika usianya masih rebung.

Melihat watak Karlos, Pida dapat merasakan konflik yang membunuh jati dirinya. Dalam surat terakhirnya selepas kematiannya, dia memberitahu kepada ibu bapanya bahawa dia sebenarnya ingin menjadi polis atau askar. Babak ini cukup menyentuh hati Pida. Bahawa sebenarnya setiap kanak-kanak itu tidak pernah ingin menjadi jahat. Tetapi ibu bapa yang membentuk anak-anak itu berkesudahan menjadi jahat atau sebaliknya.

Pida sangat percaya bahawa ibu bapa adalah tonggak utama kemenjadian anak-anak. Betul acuan mak bapak, betullah jadinya anak itu. Kalau salah caranya, salahlah jadinya. Dan amat penting bagi mak bapak memberi rezeki yang halal kepada anak-anak supaya berkat.

Buat team cerita Karlos, terima kasih dan syabas kerana menghidangkan sebuah karya yang bermutu buat santapan mata Pida. Susah nak carik cerita yang membina sekarang ni. Balik-balik cerita hantu, balik-balik cerita mat rempit.

Cerita ini menjadi pengajaran buat Pida agar sentiasa mengawal dan memberi perhatian serta kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak Pida. Mereka masih terlalu kecil untuk menghirup udara di dunia luar sana yang penuh pancaroba. Pada masa inilah Pida berusaha untuk membentuk mereka agar menjadi insan yang baik dan mendatangkan kebaikan.

Akhir sekali, Pida berharap akan ada lagi cerita sehebat Karlos.





Saturday, June 1, 2013

Menjejak helang di Eagle Ranch Resort

Salam helang,

Sebelum ke Terengganu baru-baru ini, Pida telah terlebih dahulu bercuti bersama seluruh ahli keluarga di sebuah resort yang popular di Port Dickson, Eagle Ranch. Sebenarnya tak semua pun, abang sulung Pida tak dapat join sebab dia kena kerja overtime. Sedey...

Percutian ini telah lama dirancang sejak 3 bulan yang lalu, tetapi disebabkan resort sentiasa penuh, maka akhirnya kami dapat tarikh bulan Mei. Tak kisah, yang penting, rencana percutian ini menjadi kenyataan dan kitorang sekeluarga memang sangat gembira dapat menghabiskan hujung minggu di sini.

Oh ye, cerita kali ini berbeza sikit. Disebabkan gambar-gambar yang dirakam melebihi 1000 keping, maka terpaksalah Pida susun dalam bentuk kolaj. Kalau nak paparkan satu satu alamat sengallah jari telunjuk kau asyik nak scroll ke bawah aje.

Itupun banyak gambar yang kena discard semasa Pida mengisih. Ambik gambor-gambor yang cun aje. Gambor tengah sangap, tengah bersin, tengah mabuk, tengah berak semua dah kena discard. Tunjukkan yang cantik-cantik aje.

Ok, jom ikut Pida bercuti di Eagle Ranch Resort!


Eagle Ranch Resort terletak di Pasir Panjang, Port Dickson. Kalau dari KL, mengambil masa sejam setengah lebih kurang gitu la. Ia agak jauh sikit macam dah nak sampai Melaka gitu.


Suasana sekitar resort. Cantik, unik dan tenang.


Ada sebuah bangsal kuda di sini.

Kitorang sampai awal. Pukul 2 petang dah terpacak kat kaunter. Check in pukul 3 petang. Lepas tu Pida buat muka sedih kat kakak kaunter mintak masuk awal sebab "bapak saya nak berehat. Kesian dia..." Kakak kaunter yang baik hati itupun berbesar hati mengizinkan kami check in awal. Tapi gambar di atas bukan kakak, itu abang.


Kitorang ambik 4 bilik dari jenis Kampung House. Satu malam RM240. Kitorang ambik 4 bilik sebab kitorang ramai. Dua keluarga, dan 2 pasangan bujang (ab pun termasuk golongan bujang sekarang). So kira satu unit penuh tu dikuasai oleh kami.

Kitorang pilih Kampung House sebab tengok kat laman web dia kata rumah tu dikelilingi kolam. Sekali masa tu kolam tu kering-kontang. Diorang tengah buat projek pengubahsuaian. Nak bina tempat bela penguin agaknya.


Macam nilah rupa dalam bilik Kampung House. Luas jugak. Dan selesa.


Selain Kampung House, jenis-jenis penginapan lain yang terdapat di Eagle Ranch Resort ini ialah bandwagon, log cabin, asrama dan chalet. Ada satu jenis lagi iaitu teepee yang menyerupai khemah puak Red Indian.

Petang tu kitorang dah rancang nak terus buat aktiviti. So kitorang pergi beli tiket dulu di kedai cetak yang terdapat di sini. Tiket-tiket aktiviti dijual secara pakej. Macam contoh di atas tu, aktiviti memanah dan menembak dikira pada harga RM20 untuk seorang. Kitorang berenam, jadi RM120 untuk aktiviti tersebut.

Gambar di atas juga menunjukkan kekecohan yang berlaku di kedai ini. Sorang nak main tu, sorang nak main ni. Sorang tak nak main tu, sorang tak nak main ni. Lama jugak kitorang berbincang. Pening kepala kakak tu. Kitorang memang macam ni, nampak je kecoh, tapi kitorang muhibbah. Keputusannnya, kitorang memilih aktiviti memanah, menembak, go kart dan naik kuda.



Aktiviti pertama yang kitorang lakukan pada petang itu ialah memandu kereta go kart. Excited giler nak bawak go kart sebab masing-masing tak pernah naik go kart.


Sebelum masuk trek, kitorang kena pakai helmet dulu. Untuk keselamatan. Hapak giler bau helmet tu. Entah peluh sapa-sapa yang aku sarung tu.  Paling kiut gwiyomi ialah kereta go kart yang dipandu oleh abah Rania tu. Dah macam motor barang je aku tengok. Kelakor pulak rasanya. 




Saksikanlah aksi-aksi profesional kitorang ni. Drift sana, corner baring sini. Cecah lutut wa cakap lu! Tapi oleh kerana Pida tidak pernah bawak sebelum ini, jadi Pida rasa kekok sikit. Bawak pun slow aje dalam 40km/j aje. Selamba badak je budak penjaga tu potong Pida. Setiap orang diberi 5 lap. Juaranya ialah Aqil yang tak naik go kart.


Selepas berlumba sesama sendiri di litar go kart, kitorang meneruskan aktiviti memanah pulak. Sebelum itu, kakitangan resort bertindak sebagai jurulatih menunjukkan cara-cara memegang busur dan mengendalikan anak panah yang betul. Lepas tu kitorang pun suka suki memanah. Ke bulan, ke bintang , ke laut, semua arah anak panah tuju.


Ab memang terrer memanah. Ab score paling tinggi iaitu 82 (terrer la tu berbanding kitorang). Kalau nak tau, ab pun terrer giler main dart. Dulu kat rumah kitorang ada dart kat belakang pintu masuk. Lepas balik surau, tak bukak songkok bagai, terus main dart. Hebat tak bapak aku?


Ini gaya-gaya kecewa sebab telah dikalahkan dengan mudahnya oleh seorang warga emas berusia 70 tahun. Mana tak kalahnya, orang suruh panah bulatan kuning, ko meriahkan ruang putih.


Selepas penat menaiki go kart, kitorang bawak budak-budak pergi mandi kolam renang. Tak abis-abis asyik nyanyi lagu "Sampaikanlah salam... cintaku pada kolam. Emak mandi kolam, tak pakai seluar dalam." Ikut rentak lagu Sampaikan Salam Alleycat. Ada ke budak-budak ni kata aku mandi kolam tak pakai seluar dalam? Mana diorang tau?

Habislah aktivti untuk hari pertama kami. Malam itu kami tidur dengan nyenyak sekali selepas menikmati makan malam seafood di bandar PD.


Esoknya, pagi-pagi lagi kami dah bangun. Sebab ada 2 lagi aktiviti yang perlu dimainkan. Lepas semua dan siap-siap mandi dan pakai deodoran, kitorang pun pergi sarapan dulu.


Kitorang bersarapan di restoran di resort ini. Makanan dia biasa-biasa aje rasanya. Dekorasi dalamannya unik. Ada kepala rusa. Kepala beruk tak jumpa.


Aktiviti pertama pada pagi hari kedua ialah menembak. Bertempat di kawasan permainan paintball, kitorang telah ditunjuk ajar tentang cara-cara pengendalian senapang dengan betul dan selamat. Pida pun dah bajet nak jadi Charlies Angel. Pida bersungguh-sungguh nak jatuhkan tin-tin di depan tu, tapi satu pun tak jatuh. Buat habis peluru aje. Cit!


Selepas menghabiskan peluru sorang 20 biji pallet, kitorang pun bergerak ke tempat menunggang tenuk. Eh tenuk pulak... kuda. Ingatkan naik kuda laju dia berlari, rupanya penjaga tu cuma bawak 2 round aje. Ingat naik kuda liar, macam lembu rodeo tu.

Semua pemilik muka di atas sedang tersipu-sipu tanda setuju untuk diperkudakan.

Eh, tak puas lagi diperkudakan sehingga kita pulak memperkudakan ia?

Oleh kerana masih ada banyak lagi masa sebelum check out, kitorang pun beli tiket untuk pergi memanah lagi! Seronok giler memanah ni. Nak balas dendam yang semalam punya. Tapi, macam semalam juga, semua anak panah ke laut.


Selesailah sudah aktiviti-aktiviti yang dilakukan di resort ini. Memang puas dan seronok habis kat sini. Kau tengoklah sendiri gambor-gambor kenangan yang Pida rakam ini ye. Tengok la best tak best kitorang kat sini.


Muka-muka riang budak-budak yang seronok sakan ikut mak bapak masing-masing.

Rania, Sufi dan Aqil beraksi di kedai cetak tempat beli tiket. Busur yang dipegang tu adalah aksesori yang digunakan ketika mengambil gambar di studio mini bertemakan koboi ini.









Peristiwa main layang-layang ini berlaku ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah dari Eagle Ranch Resort. Kami singgah di Masjid ATM untuk bersolat. Lepas solat, ab mengeluarkan layang-layang yang dibuatnya sendiri. Kebetulan angin tengah kuat, jadi berjayalah layang-layang itu diterbangkan.

Saat sedih tiba ketika kami berpisah haluan. Kami ke KL sementara ab ke Johor. Pida kalau setiap kali ab (dan mak) nak balik mesti Pida nangis. Setiap kali. Memang gembeng anak jawa sorang ni.


Alhamdulillah, hajat untuk menghiburkan ab bersama-sama keluarga akhirnya dapat terlaksana. Kesian melihat ab yang masih kesedihan. Bukan ab sahaja, malah kami semua terutama si gembeng yang bernama Pida ini. Mudah-mudahan ada lagi kesempatan untuk menggembirakan ab dengan bercuti ke tempat-tempat menarik.

Percutian di Eagle Ranch Resort boleh dikira happening jugak. Kalau kau jenis yang minat dengan aktiviti outdoor yang mencabar dan mengeluarkan peluh ketiak, di sinilah tempatnya. Walaupun nampak agak mahal, tapi Pida rasa puas hati sebab dapat melakukan aktiviti yang tidak pernah dilakukan selama ini seperti go kart dan memanah. Pengalaman baru tu.

Tapi ada sesuatu yang musykil di sini. Kitorang sewa 4 bilik Kampung House kan? Peliknya, bilik Pida tak ada arah kiblat. So masuk bilik ab di sebelah (attached room). Esoknya Pida naik atas ke bilik adik Pida, eh? Kok arah kiblatnya lain? Muskil... muskil...

Masa tu dah nak balik, jadi tak adalah semak dengan android apps ke... atau tengok arah matahari terbenam ke... tapi semasa check out tu, Pida bagitau pada staf kaunter supaya menyemak dan memastikan semula arah kiblat yang tepat.

Selain itu, Pida juga ada isi borang maklum balas tetamu dengan menyatakan perkara yang sama. Pida harap pihak pengurusan Eagle Ranch Resort telah mengambil tindakan atas komen yang diberikan.

Apapun, Eagle Ranch Resort memang best. Kalau nak rasa cabaran yang manja-manja, datanglah ke sini!

Thursday, April 4, 2013

Rumah Makan Sunda Cibiuk babak kedua

Salam cibiuk,

Hai kawan-kawan! Bertemu lagi kita dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Jantan episod Cibiuk musim ke-2.

Hari tu Pida dah cerita tentang restoran Rumah Makan Sunda Cibiuk ni. Kali ni pun nak cerita benda yang sama juga. Tapi ini kali menu yang berbeza daripada hari tu. Ofkos la berbeza, kalau makan benda yang sama takyahlah aku sibuk-sibuk nak buat entry ni.

Pida ke sini lagi atas pelawaan seorang pria ganteng yang bersungguh-sungguh nak belanja Pida makan di Cibiuk ni. Dah tau aku tak makan pedas, time tu la sibuk nak ajak. Dah tau aku suka Kentaki, tak nak pulak pelawa aku. Takpe, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Jadi tunggu apa lagi. Yuk mangan!




Dalam entry terdahulu Pida tak tunjukkan suasana di dalam restoran ini kan? Jadi di sini Pida paparkan untuk tatapan kau ye.


Pida memilih untuk makan di ruang bersila ini. Ada 3 meja di ruangan ini. Ada kusyen untuk alas montot Pida, eh montot kau.



Seperti biasa, sebelum mengorder makanan, Pida tengok dulu menu. Emm... apa nak makan kali ni 'ek?





Hasil musyawarah dan perbincangan dari hati ke hati, akhirnya kami sepakat untuk memilih Set Jakarta. Seperti menu dalam gambar di atas, harga set ini ialah RM119.00. Set ini sesuai untuk 5-6 orang manusia kebulur macam kami. (Siapa kami? Tunggu....!)

Oh ya, apakah yang terkandung dalam menu Set Jakarta ini? Let's checkitout!


Nasi liwet nama diberi. Walaupun namanya nak dekat-dekat dengan perkataan liwat, namun ia tiada kena-mengena langsung dengan perbuatan tersebut.

Ada ayam bakar. Ketot-ketot ayamnya, macam saiz ayam serama je.

Ikan talapia masak kicap. Dua ekor dia bagi.

Udang masak cili pedas. Pida tak makan waima sekor pun sebab tak tahan pedas.

Ini bukan jemput-jemput, tetapi ia adalah tempe yang disalut tepung.

Ini sup ekor. Tidaklah pulak Pida bertanya ekor apa, mungkin ekor harimau atau kuda belang.

Sebenarnya ada satu lagi menu iaitu udang goreng tepung. Pida lupa nak ambik gambar sebab masa dia sampai tu Pida tengah kopek kulit udang untuk si pria ganteng tu.


Tak sah kalau makan tak ada pencuci mulut. Oleh itu, pada hari itu, kami order ... :-


Banana cheese. Rasa dia.. perghh... sangat sedap!

Ais durian lagi kali ini. Sedap dan segerr bugerr.

Oh ye, sebenarnya dalam entry Rumah Makan Sunda kali ini Pida nak ceritakan tentang sambal-sambalnya yang beraneka jenis itu.


Pelbagai jenis sambal yang pedas diletakkan di sini. Sambal-sambal ni diberikan percuma kepada pengunjung.

Sambal diletakkan di dalam batu lesung untuk mewujudkan rasa dan suasana autentik. Bagi penggemar sambal dan masakan pedas, ini adalah heaven! Boleh makan banyak mana pun sampai meleleh air hidung.

Euwww... pedas!

Yang ni pun pedas. Betul kau, tak tipu... percayalah cakap Kak Ton!




Kecur air liur tengok sambal-sambal ni. Makan dengan ubi rebus ni perghh... mak mentua lalu pun buat dekkk je.

Ulam-ulam segar juga disediakan buat cicah sambal.

Oh ye, lupa nak bagitau. Set Jakarta ni termasuk jugak satu jag air jus limau kasturi. Boleh minum berempat atau berlima. Bersepuluh pun boleh tapi dapat sorang seteguk la. Selain itu macam selalu, air teh o panas tanpa gula diberikan percuma.

Kami makan dengan bergaya sekali. Tangan kanan pegang nasik, tangan kiri pegang tisu. Sekali suap, sekali kesat. Perghh... sabor je la pedas dia. Dah la Pida ni tak makan pedas. Menangis-nangis aku nak abiskan nasik tu.

Haaa inilah kami! Kami makan adik-beradik je. Yang sorang tu kawan kami. Maklumlah orang dah takde mak, takde sapa-sapa nak masakkan untuk kami. Huhuuuu.... windu masakan mak :`(

Dan inilah pria ganteng itu! Duduk camtu macam patung Buddha. Haha.

Selain itu juga, eh, takde apa-apa lagi nak cerita. Babai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...