Saturday, June 1, 2013

Menjejak helang di Eagle Ranch Resort

Salam helang,

Sebelum ke Terengganu baru-baru ini, Pida telah terlebih dahulu bercuti bersama seluruh ahli keluarga di sebuah resort yang popular di Port Dickson, Eagle Ranch. Sebenarnya tak semua pun, abang sulung Pida tak dapat join sebab dia kena kerja overtime. Sedey...

Percutian ini telah lama dirancang sejak 3 bulan yang lalu, tetapi disebabkan resort sentiasa penuh, maka akhirnya kami dapat tarikh bulan Mei. Tak kisah, yang penting, rencana percutian ini menjadi kenyataan dan kitorang sekeluarga memang sangat gembira dapat menghabiskan hujung minggu di sini.

Oh ye, cerita kali ini berbeza sikit. Disebabkan gambar-gambar yang dirakam melebihi 1000 keping, maka terpaksalah Pida susun dalam bentuk kolaj. Kalau nak paparkan satu satu alamat sengallah jari telunjuk kau asyik nak scroll ke bawah aje.

Itupun banyak gambar yang kena discard semasa Pida mengisih. Ambik gambor-gambor yang cun aje. Gambor tengah sangap, tengah bersin, tengah mabuk, tengah berak semua dah kena discard. Tunjukkan yang cantik-cantik aje.

Ok, jom ikut Pida bercuti di Eagle Ranch Resort!


Eagle Ranch Resort terletak di Pasir Panjang, Port Dickson. Kalau dari KL, mengambil masa sejam setengah lebih kurang gitu la. Ia agak jauh sikit macam dah nak sampai Melaka gitu.


Suasana sekitar resort. Cantik, unik dan tenang.


Ada sebuah bangsal kuda di sini.

Kitorang sampai awal. Pukul 2 petang dah terpacak kat kaunter. Check in pukul 3 petang. Lepas tu Pida buat muka sedih kat kakak kaunter mintak masuk awal sebab "bapak saya nak berehat. Kesian dia..." Kakak kaunter yang baik hati itupun berbesar hati mengizinkan kami check in awal. Tapi gambar di atas bukan kakak, itu abang.


Kitorang ambik 4 bilik dari jenis Kampung House. Satu malam RM240. Kitorang ambik 4 bilik sebab kitorang ramai. Dua keluarga, dan 2 pasangan bujang (ab pun termasuk golongan bujang sekarang). So kira satu unit penuh tu dikuasai oleh kami.

Kitorang pilih Kampung House sebab tengok kat laman web dia kata rumah tu dikelilingi kolam. Sekali masa tu kolam tu kering-kontang. Diorang tengah buat projek pengubahsuaian. Nak bina tempat bela penguin agaknya.


Macam nilah rupa dalam bilik Kampung House. Luas jugak. Dan selesa.


Selain Kampung House, jenis-jenis penginapan lain yang terdapat di Eagle Ranch Resort ini ialah bandwagon, log cabin, asrama dan chalet. Ada satu jenis lagi iaitu teepee yang menyerupai khemah puak Red Indian.

Petang tu kitorang dah rancang nak terus buat aktiviti. So kitorang pergi beli tiket dulu di kedai cetak yang terdapat di sini. Tiket-tiket aktiviti dijual secara pakej. Macam contoh di atas tu, aktiviti memanah dan menembak dikira pada harga RM20 untuk seorang. Kitorang berenam, jadi RM120 untuk aktiviti tersebut.

Gambar di atas juga menunjukkan kekecohan yang berlaku di kedai ini. Sorang nak main tu, sorang nak main ni. Sorang tak nak main tu, sorang tak nak main ni. Lama jugak kitorang berbincang. Pening kepala kakak tu. Kitorang memang macam ni, nampak je kecoh, tapi kitorang muhibbah. Keputusannnya, kitorang memilih aktiviti memanah, menembak, go kart dan naik kuda.



Aktiviti pertama yang kitorang lakukan pada petang itu ialah memandu kereta go kart. Excited giler nak bawak go kart sebab masing-masing tak pernah naik go kart.


Sebelum masuk trek, kitorang kena pakai helmet dulu. Untuk keselamatan. Hapak giler bau helmet tu. Entah peluh sapa-sapa yang aku sarung tu.  Paling kiut gwiyomi ialah kereta go kart yang dipandu oleh abah Rania tu. Dah macam motor barang je aku tengok. Kelakor pulak rasanya. 




Saksikanlah aksi-aksi profesional kitorang ni. Drift sana, corner baring sini. Cecah lutut wa cakap lu! Tapi oleh kerana Pida tidak pernah bawak sebelum ini, jadi Pida rasa kekok sikit. Bawak pun slow aje dalam 40km/j aje. Selamba badak je budak penjaga tu potong Pida. Setiap orang diberi 5 lap. Juaranya ialah Aqil yang tak naik go kart.


Selepas berlumba sesama sendiri di litar go kart, kitorang meneruskan aktiviti memanah pulak. Sebelum itu, kakitangan resort bertindak sebagai jurulatih menunjukkan cara-cara memegang busur dan mengendalikan anak panah yang betul. Lepas tu kitorang pun suka suki memanah. Ke bulan, ke bintang , ke laut, semua arah anak panah tuju.


Ab memang terrer memanah. Ab score paling tinggi iaitu 82 (terrer la tu berbanding kitorang). Kalau nak tau, ab pun terrer giler main dart. Dulu kat rumah kitorang ada dart kat belakang pintu masuk. Lepas balik surau, tak bukak songkok bagai, terus main dart. Hebat tak bapak aku?


Ini gaya-gaya kecewa sebab telah dikalahkan dengan mudahnya oleh seorang warga emas berusia 70 tahun. Mana tak kalahnya, orang suruh panah bulatan kuning, ko meriahkan ruang putih.


Selepas penat menaiki go kart, kitorang bawak budak-budak pergi mandi kolam renang. Tak abis-abis asyik nyanyi lagu "Sampaikanlah salam... cintaku pada kolam. Emak mandi kolam, tak pakai seluar dalam." Ikut rentak lagu Sampaikan Salam Alleycat. Ada ke budak-budak ni kata aku mandi kolam tak pakai seluar dalam? Mana diorang tau?

Habislah aktivti untuk hari pertama kami. Malam itu kami tidur dengan nyenyak sekali selepas menikmati makan malam seafood di bandar PD.


Esoknya, pagi-pagi lagi kami dah bangun. Sebab ada 2 lagi aktiviti yang perlu dimainkan. Lepas semua dan siap-siap mandi dan pakai deodoran, kitorang pun pergi sarapan dulu.


Kitorang bersarapan di restoran di resort ini. Makanan dia biasa-biasa aje rasanya. Dekorasi dalamannya unik. Ada kepala rusa. Kepala beruk tak jumpa.


Aktiviti pertama pada pagi hari kedua ialah menembak. Bertempat di kawasan permainan paintball, kitorang telah ditunjuk ajar tentang cara-cara pengendalian senapang dengan betul dan selamat. Pida pun dah bajet nak jadi Charlies Angel. Pida bersungguh-sungguh nak jatuhkan tin-tin di depan tu, tapi satu pun tak jatuh. Buat habis peluru aje. Cit!


Selepas menghabiskan peluru sorang 20 biji pallet, kitorang pun bergerak ke tempat menunggang tenuk. Eh tenuk pulak... kuda. Ingatkan naik kuda laju dia berlari, rupanya penjaga tu cuma bawak 2 round aje. Ingat naik kuda liar, macam lembu rodeo tu.

Semua pemilik muka di atas sedang tersipu-sipu tanda setuju untuk diperkudakan.

Eh, tak puas lagi diperkudakan sehingga kita pulak memperkudakan ia?

Oleh kerana masih ada banyak lagi masa sebelum check out, kitorang pun beli tiket untuk pergi memanah lagi! Seronok giler memanah ni. Nak balas dendam yang semalam punya. Tapi, macam semalam juga, semua anak panah ke laut.


Selesailah sudah aktiviti-aktiviti yang dilakukan di resort ini. Memang puas dan seronok habis kat sini. Kau tengoklah sendiri gambor-gambor kenangan yang Pida rakam ini ye. Tengok la best tak best kitorang kat sini.


Muka-muka riang budak-budak yang seronok sakan ikut mak bapak masing-masing.

Rania, Sufi dan Aqil beraksi di kedai cetak tempat beli tiket. Busur yang dipegang tu adalah aksesori yang digunakan ketika mengambil gambar di studio mini bertemakan koboi ini.









Peristiwa main layang-layang ini berlaku ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah dari Eagle Ranch Resort. Kami singgah di Masjid ATM untuk bersolat. Lepas solat, ab mengeluarkan layang-layang yang dibuatnya sendiri. Kebetulan angin tengah kuat, jadi berjayalah layang-layang itu diterbangkan.

Saat sedih tiba ketika kami berpisah haluan. Kami ke KL sementara ab ke Johor. Pida kalau setiap kali ab (dan mak) nak balik mesti Pida nangis. Setiap kali. Memang gembeng anak jawa sorang ni.


Alhamdulillah, hajat untuk menghiburkan ab bersama-sama keluarga akhirnya dapat terlaksana. Kesian melihat ab yang masih kesedihan. Bukan ab sahaja, malah kami semua terutama si gembeng yang bernama Pida ini. Mudah-mudahan ada lagi kesempatan untuk menggembirakan ab dengan bercuti ke tempat-tempat menarik.

Percutian di Eagle Ranch Resort boleh dikira happening jugak. Kalau kau jenis yang minat dengan aktiviti outdoor yang mencabar dan mengeluarkan peluh ketiak, di sinilah tempatnya. Walaupun nampak agak mahal, tapi Pida rasa puas hati sebab dapat melakukan aktiviti yang tidak pernah dilakukan selama ini seperti go kart dan memanah. Pengalaman baru tu.

Tapi ada sesuatu yang musykil di sini. Kitorang sewa 4 bilik Kampung House kan? Peliknya, bilik Pida tak ada arah kiblat. So masuk bilik ab di sebelah (attached room). Esoknya Pida naik atas ke bilik adik Pida, eh? Kok arah kiblatnya lain? Muskil... muskil...

Masa tu dah nak balik, jadi tak adalah semak dengan android apps ke... atau tengok arah matahari terbenam ke... tapi semasa check out tu, Pida bagitau pada staf kaunter supaya menyemak dan memastikan semula arah kiblat yang tepat.

Selain itu, Pida juga ada isi borang maklum balas tetamu dengan menyatakan perkara yang sama. Pida harap pihak pengurusan Eagle Ranch Resort telah mengambil tindakan atas komen yang diberikan.

Apapun, Eagle Ranch Resort memang best. Kalau nak rasa cabaran yang manja-manja, datanglah ke sini!

6 comments:

  1. Terima Kasih.. Info yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali ;)

      Delete
    2. Terima kasih kembali ;)

      Delete
  2. seronok la baca review sis..boleh bt rujukan nt. terima kasih ya info yg bagus. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... Selamat bercuti ;)

      Delete
    2. Hihihi... Selamat bercuti ;)

      Delete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...