Sunday, September 30, 2012

Sufi tidak bergantung pada mak lagi

Salam Sufi,

Semalam Pida telah berjaya memberhentikan Sufi daripada menyusu badan. Orang jawa kata sapeh daripada ngempeng.

Bagaimana Pida boleh menyapehkan Sufi secara tiba-tiba sahaja? Entahlah, Pida pun tak tau macam mana Pida boleh nak berhentikan dia menyusu tiba-tiba. Semuanya berlaku secara natural dan tidak sengaja.

Semalam waktu tengah hari Sufi menyusu. Biasalah dia kalau hari cuti memang tak pandang botol la dia. Botol asli ni jugak yang dia mintak sepanjang hari sampai naik letih Pida dibuatnya. Bukannya letih apa, kalau dia menyusu sekejap takpe jugak, ini asyik bergantung sepanjang masa. Mana tak letih. Nak buat kerja lain pun tak boleh.


Mak nak buat kerja apa?


Selepas habis Sufi menyusu semalam, dia nak lagi. Masa ni Pida dah terfikir, "Tak larat derr... letih dan lapar aku dibuatnya budak ni. Nak try sapehkan la."

Jadi Pida pun pergi ke dapur. Pida ambik asam jawa segera dan sapukan di tempat yang berkenaan (heheh). Pida keluar semula dan Pida suakan pada Sufi yang memang menunggu dari tadi.

Sebaik sahaja dia hisap, dia terus macam "Eeuuwww...!!! What the fart is this?"

Bila Pida tengok dia terkulat-kulat macam tu, Pida terus ketawakan dia. Pida tanya, "Wuzzup?"

Sufi jawab, "Our... (sour)" dan terus terkenyit-kenyit mata dia.

Pida pun suakan sekali lagi. Dan dia terus tak nak! Pida try lagi dan lagi, memang sahih dia tak nak!

Wow! Hanya sekejap itu kaedah sapeh ini menjadi. Tak payah susah-susah letak benda-benda pahit. Pida pun tak sampai hati nak bagi Sufi rasa benda pahit. Paracetamol perisa oren tu pun dia tak suka, inikan pula benda pahit yang lain.

Jadi nak dipendekkan cerita, semalam merupakan hari terakhir Sufi menyusu dan mengempeng. Alhamdulillah percubaan spontan dan tidak dirancang membuahkan hasil yang sekejap. Dan Pida amat bersyukur kerana Sufi tak meminta-minta, merayu-rayu atau mengamuk-ngamuk terutama pada waktu malam.

Tapi memang selepas berhenti menyusu badan ni dia agak kekok dengan rutin sebelumnya. Maklumlah, selama ini kalau dia nak tidur, dia akan ngempeng.

Tapi sejak dia sapeh ni, dia tak boleh tidur siang sebab dia tak ngempeng (ngempeng membuatkan baby leka dan terus tertidur). Susu dah berbotol-botol dihabiskan tetapi masih tak boleh tidur siang. Kesian jugak tengok Sufi tak boleh tidur siang.

Yang paling Pida kesian, Sufi tak merengek langsung. Pida tau dia macam resah, macam ada sesuatu yang dia tak lakukan seperti lazimnya. Dia tak minta ngempeng langsung! Kesian pulak!

Tak apalah Sufi.... Sufi pun dah besar, dah 2 tahun 3 bulan... cukuplah ye nak, cukuplah setakat ini.

Mak berasa amat bersyukur kerana berjaya menyusukan Sufi selama 2 tahun 3 bulan. Memang sejak mengandungkan Sufi, mak berdoa supaya mak dapat menyusukan Sufi sampai umur Sufi 2 tahun. 3 bulan tu bonus untuk Sufi.

Semoga Sufi mendapat manfaat dan hikmah daripada susu mak ni. Mak halalkan susu mak ni dunia akhirat, nak. Semoga Sufi jadi anak yang soleh, cemerlang dan bertaqwa. Dan semoga Sufi sentiasa mengingati mak walau di mana sahaja Sufi berada; ketika susah dan senang.

And as for me, of course I feel 'something not me'. Terus-terang Pida mengaku Pida rasa sedih dengan 'perpisahan' ini kerana ia mengubah rutin selama 2 tahun 3 bulan kebelakangan ini. Rasa melankolik bila melihat dia menyusu botol terutama pada waktu malam.

Muhammad Yusuf Sufi, mak amat menyayangimu sepenuh kalbu! (Menangis sambil menaip)


Macam nilah reaksi Sufi sebaik sahaja terasa benda aneh yang masam ketika menyusu.

Sufi rasa tak selesa dan dia asyik menjelir-jelir lidah sebab rasa masam.

Oleh kerana dah tak menyusu lagi, Sufi menghabiskan berbotol-botol susu tetapi satu je dia tak boleh buat - tidur. Sebab rutin tidur dia dah berakhir.

Tetapi akhirnya Sufi tertidur juga di atas riba Pida - at the very time I write this entry. :'(

Friday, September 28, 2012

Nota dedikasi untuk Fadilah

Salam dedikasi,

Nota ini khas buat sahabat setiaku Fadilah.

Ila, kau telah mula menjadi sahabatku sejak kita mula mengenali alam persekolahan. Sejak kita mula memakai uniform biru dan rambut kita sama bertocang dua.

Kita menjadi akrab selepas kita ditempatkan di kelas yang sama - 1 Melati. Dan kita menjadi lebih rapat selepas kau mempelawaku naik kereta ibumu apabila pulang dari sekolah kerana kita tinggal berjiran.

Ila, begitu pantas masa berlalu. Sepantas itu jugalah ruang waktu bagaikan terbatas untuk kita meneruskan keakraban kita. Lebih-lebih lagi setelah aku berpindah ke daerah lain. Sejak itu hubungan kita bagaikan tidak pernah termaktub sebelum ini. Kau dengan jalan hidupmu, aku dengan liku hidupku.

27 tahun telah kita tinggalkan tanpa kita sedari. Kau yang pertama menyapaku di Facebook. Aku teruja melihat dirimu di alam maya. Sejak itu kita kembali mengikat semula tali persahabatan yang pernah putus.

Ila, rupanya kau bukan lagi seperti dulu. Dulu kau seorang yang sangat ceria dan sangat manja. Dulu kau kuat. Kau hanya tahu nak menang dalam apa sahaja yang kaulakukan. Kau kental.

Ila, maafkan aku kerana aku baru mengetahui khabar terbaru tentang dirimu. Tetapi sebelum itu aku ingin mengutuskan tahniahku padamu kerana kau telah menemui cinta sejatimu bagi merawat kelukaan lalu. Semoga hidupmu akan terus bersinar dan bahagia ke akhirnya bersama si belahan jiwa.

Ila, aku tersentak saat kau memaklumkan padaku tentang kesihatanmu. Aku tau kau kecewa, aku tau kau berduka. Namun jangan kau sangka kedukaan itu milikmu seorang sahaja.

Aku amat memahami keperitanmu, sahabatku. Saat pertama aku mengetahui ibuku menghidap kanser payudara 12 tahun dulu, hidupku jadi tak tentu arah. Aku buntu, aku takut dan aku berada dalam dunia emosiku sendiri selama beberapa bulan. Itu kerana aku tidak bersedia dan tidak menerima hakikat tentang penyakit ibuku. Dan aku sendiri kurang ilmu.

Ila, aku bukan sahaja simpati, malah aku empati atas keadaan dirimu yang kini berada di tahap 3 kanser payudara. Bersabarlah sayang, ini semua dugaan daripada Yang Maha Kuasa. 

Untuk pengetahuanmu Ila, aku menangis ketika kau memberitahuku tentang penyakitmu waktu itu. Sama seperti yang aku rasakan 12 tahun lepas. Keperitan itu bagai merobek kembali hatiku ini. Sahabat baikku sedang berjuang melawan kanser payudara, sama seperti ibuku.

Wahai sahabatku Ila, aku mohon agar kau terus tabah. Jangan terlalu bersedih atas keadaan dirimu. Kau perlu terus ceria dan kau perlu sembuh! Kau perlu terus hidup demi suami dan ibumu yang terlalu banyak berkorban untukmu.

Ila, jangan sesekali kau bersangka buruk terhadap dirimu sendiri. Terimalah takdir ini sebagai ujian terindah daripada Dia untuk mengangkat lagi darjatmu sebagai hamba-Nya. Kau tidak boleh kalah sebelum kau berjuang sehingga ke akhirnya.

Ila, yang pasti, kau tidak keseorangan. Aku dan kawan-kawan sekelas darjah 1 kita yang lain akan tetap berada di sisimu walau kita tidak bersua secara nyata. 

Aku tidak mahu lagi membaca status kekecewaanmu. Aku mahu kau meletakkan status gembira agar kami boleh turut sama gembira. Ila, kita akan gembira bersama, ye?

Sahabatku Ila, aku sentiasa berdoa agar kau akan segera sembuh. Tetapi sabarlah sahabatku, bersabarlah atas ujian ini. Kekuatanmu adalah penawar sebenar bagi melawan penyakit ini, percayalah.

Semoga Allah sentiasa melindungimu dan menyembuhkanmu, sahabatku...


Sahabatmu,

Pida

Tuesday, September 25, 2012

Kek untuk semua

Salam kek,

Sepanjang minggu lepas, mak dan ab berada di rumah Pida dan adik di Putrajaya. Mak dan ab saja jalan-jalan menghabiskan hari raya yang berbaki dengan beraya di rumah sedara mara di sekitar KL.

Selepas seminggu, mak terpaksa balik ke rumahnya sebab mak perlu menjalani rawatan susulan di hospital.

Walaupun sedih mak dan ab nak balik, namun diorang kena balik jugak. Tapi sebelum balik, Pida dan suami menganjurkan parti liar untuk kami semua.

Parti liar? Acah je... Giler kau buat parti liar kat rumah ada orang tua.

Sebenarnya Pida buat majlis belated birthday Rania dan Aqil. Dah alang-alang kongsi kek tu, tulis sekali nama Sufi. Barulah adil.


Kek Strawberry Marshmallow Cheese. Tersembur-sembur air liur nak menyebutnya.


The belated-birthday kids. Rania bulan 9, Aqil bulan 8, Sufi bulan 6. Sufi jadi cenggitu sebab dia berlagak sikit hari tu Pida dah buatkan majlis khas untuk dia sorang.


Sebelum majlis potong kek bermula, Ab membacakan doa lulus periksa. Kau tengoklah Pida tu, time orang baca doa dia lari. Panas le tu.


Mula-mula Rania potong kek...


Lepas Rania, Aqil pulak potong kek...



Kemudian barulah tiba giliran Sufi Arumugam potong kek... Bersimpang-siur kek tu jadinya. Tak senonoh betul rupanya aku tengok.









Adik Pida, adik Pida dan adik Pida.


Ececeh... konfem masuk syurga lepas ni.


Aqil ni anak manja abah. Sufi Arumugam anak manja mak. Rania anak manja mak dan abah. Mak manja dengan abah.


Sufi Arumugam ni tak sporting la. Orang nak pinjam patung baby tu sekejap nak ambik gambar pun dia tak kasi. Dah nampak macam tangan gergasi.


Family first!



Last but not least, Happy Birthday to my offspring! 
So proud to be your mum! 
And I love you all so deeply from within!
posted from Bloggeroid

Friday, September 21, 2012

Kisah KFC yang baik hati

Salam kfc,

Ingat tak kisah taik telinga yang Pida ceritakan hari tu? Lepas Aqil selesai menjalani servis telinga oleh doktor pakar ENT, Pida pun pergi ke restoran KFC yang berdekatan dengan rumah anda untuk menikmati ayam kentaki yang telah lama diidamkan.

Lalu suami Pida yang gagah perkasa itu pun menuju ke Kentaki. Waktu pada masa itu ialah pukul 9 lebih (malam) iaitu dekat-dekat kentaki dah nak tutup kedai la. Lalu dengan senang hati beliau telah membeli 4 set ayam kentaki dan air milo taknak ais.

Sesampainya di rumah, Pida pun terus menolak pintu kerana tak sabar sangat nak makan ayam kentaki yang diidam-idamkan ini. (Kau jangan salah sangka, Pida bukan mengidam sebab mengandung, tetapi perut jadi lapar selepas melihat taik telinga Aqil sebelum itu).

Tanpa membasuh tangan, Pida pun terus mengambil peha ayam kentaki dan terus ngap. Anak-anak Pida dan suami Pida hanya menggeleng-geleng kepala melihat kerakusan Pida melahap ayam kentaki tersebut.

"Adakah ini contoh yang baik, mak?" tanya Aqil dengan mata penuh pengharapan.

"Hehehe... ko nak ke?" lantas Pida menghulurkan ayam kentaki bahagian daging yang tidak Pida gemari kepada Aqil.

"Mak, bukankah ayam peha itu mak ambil dari kotak Chicky Meal Aqil?" soal Aqil lagi.

"Err... ye ke... err... nah!"

Lalu Pida mengambil pula ayam spicy yang pedas. Namun tatkala memegang seketul ayam pedas tersebut, Pida dah rasa macam lain macam. Pida tengok ayam tu tak macam selalu; selalunya ayam kentaki nampak gebu, warna golden, garing dan yang paling penting, sedap.

Tapi ayam yang Pida pegang tu tak macam selalu; ia nampak tak segar, berminyak, tak golden dan yang paling Pida sentap, tak sedap! Pida pun merajuk lantas terus meletakkan ayam tersebut di dalam kotaknya semula.


Ayam goreng yang Pida makan tu nampak macam tak segar dan terlalu berminyak dan tak sedap.

"Abang rasa ayam tu sedap ke?" Pida bertanya suami Pida yang sedang makan.

"Tak sedap macam selalu la," suami membalas.

"'Ek? Macam ayam semalam yang digoreng semula je kan?" Pida berkata lagi. Pida hanya minum milo ais dan coleslaw yang memang Pida gemari.

"Takpelah, esok komplen kat KFC la. Nak pulang balik ni pun dah malam sangat," Pida menambah.

"Mak ni asyik komplen je... Nia malulah mak komplen-komplen ni," tiba-tiba Nia merungut.

"Eh budak ni. Syarikat multi-world macam KFC tu lagi suka kalau pelanggan macam kita ni bagi maklum balas, tau?" Pida menjawab keraguan Nia. Boleh dia kata aku asyik komplen. Ntah bila masa aku komplen-komplen ni. Kalau komplen ngomel-ngomel marahkan Astro tu biasa la... asyik tak dapat siaran je bila hujan.

Keesokan harinya, Pida pun membuka laman web KFC. Pida pun mengadu la perihal kualiti ayam goreng yang tidak memuaskan dan tak sedap tu. Pida isikan butir-butir yang lengkap dan betul dalam komplen Pida tu.

Oleh kerana memang niat hati tu tulus ikhlas, Pida isi nama, alamat dan nombor telefon Pida. Tak main la baling batu sembunyi tangan. Wa bukan itu keyboard warrior maa...

Keesokan harinya, Pida mendapat panggilan daripada nombor yang tidak Pida kenali. Pida pun menjawab panggilan tersebut. Rupa-rupanya panggilan itu dari KFC yang Pida pergi malam tu. Yang call Pida tu ialah pengurus cawangan tersebut.

Pertama sekali beliau meminta maaf bagi pihak KFC atas kesulitan yang Pida hadapi. Kemudian beliau meminta Pida menceritakan apa sebenarnya yang terjadi. Pida pun bagitau la kat dia, ayam goreng yang Pida beli malam tadi tak macam selalu. Rasanya tak sedap dan seolah-olah ayam tersebut telah digoreng semula macam segelintir peniaga pasar malam selalu buat.

Pengurus itu menerangkan KFC tidak pernah menggoreng semula ayamnya kerana mereka amat patuh akan polisi dan prosedur kualiti. Mungkin ayam yang Pida dapat tu tak segar dan tak sedap kerana ia baru keluar dari freezer dan terus digoreng. Tak sempat nyah beku (thaw). Demikianlah penjelasan dia yang Pida ringkaskan.

Namun ia tidak berakhir di situ saja ye tuan/puan sekalian. Pengurus itu menawarkan untuk menggantikan semula ayam pedas yang Pida komplen tak sedap tu dengan yang baru. Di samping memberi jaminan bahawa perkara tersebut tidak akan berulang lagi. Kali ini Pida macam... "YES!"

Jadi, esoknya Pida pun pergi semula ke KFC dan berjumpa dengan pengurus tersebut. Seperti yang dijanjikan, Pida mendapat ganti 9 ketul ayam kentaki hot and spicy. Sebenarnya yang Pida beli malam tu cuma 8 ketul, jadi untung seketul la gitu.

Kira settle kes la lepas tu. Takde la nak sentap-sentap makan dalam dengan KFC. Akan terus kukunjungimu KFC.

Sebenarnya Pida nak bagitau betapa Pida berbesar hati kerana diperlakukan sedemikian rupa. Eh, macam tak kena je ayat Pida ni. Macam KFC belasah aku je bunyinya.

Sebenarnya sebagai pelanggan, Pida amat menghargai tindakan pantas pihak KFC ke atas maklum balas yang dikemukakan. Dan pengurus yang menghubungi Pida itu adalah seorang yang sangat profesional, lemah lembut dan berbudi bahasa. Perkataan 'maaf' itu sangat berharga bagi Pida. Rasa malu pun ada bila KFC mintak maaf kat kita.

Rupa-rupanya itulah rahsia syarikat rangkaian seluruh dunia ini mampu bertahan lama. Mereka sangat menjaga rapport dengan pelanggan dan sentiasa menjaga kualiti produk. Bagi mereka, kepercayaan pelanggan seperti Pida adalah tulang belakang jatuh bangunnya mereka. Jika pelanggan lari, maka rugilah mereka.

Itu kisah syarikat bertaraf antarabangsa. Bagaimana dengan syarikat atau kedai bertaraf enterprise atau sendirian berhad?

Dulu Pida pernah membeli kek di kedai kek Melayu. Pernah masuk surat khabar lagi. Pida beli di kedai itu kerana ia adalah kedai kek orang Melayu Islam. Jadi kira konfiden la kan?

Namun malang sekali apabila kualitinya tak memuaskan. Artis-artis cakap nan ado! Kek yang Pida beli tu pada luarannya nampak cantik dan menyelerakan, namun sebenarnya rasanya dah tengik. Macam kek dah berkulat rasanya. Nak makan pun memang tak sampai hati. Pida tak pulangkan sebab rasa macam menyampah pulak nak ke sana lagi. So rugi macam tu jelah.

Beberapa hari selepas itu, Pida sengaja masuk semula ke kedai kek tersebut dan berjumpa dengan taukenya seorang wanita pertengahan umur.

Pida pun cakaplah hari tu Pida beli kek dari kedai dia tapi rasanya tak sedap bla bla bla... Pida cakap baik-baik je, wa bukan itu gangster maa...

Nak tau apa dia jawab. Dengan sombongnya dia mendakwa kek kedai dia tak pernah ada masalah. Bahan-bahan semuanya segar, ada prosedur kerja, bla bla bla... Ciss... tak nak mengaku tu. Mintak maaf jauh sekali. Sebelum hati menjadi lebih sakit, Pida terus je blah.

Siot kan? Gigi kau berlubang ke kalau mintak maaf? Apendiks kau pecah ke kalau mengiakan aduan pelanggan macam aku ni? Kedai kau bankrap ke kalau ganti kek lain? Siak betul. Sejak hari tu, jangankan pergi lagi, pandang pun Pida tak hingin lagi kedai kek Melayu Islam bodoh sombong tu. Itu baru kedai kecik bro.

Serius kau, sekarang ni kalau nak beli kek, Pida beli kat Secret Recipe je. Dah tentu memang sedap giler kek dia. Setakat ni kek SR memang takde masalah, kualiti memang taraf MS ISO punya.

Oh ye, mesti kau nak tau kan, ayam kentaki yang Pida kata tak sedap tu Pida buat apa? Buang ke? Isy... tak la... Pida makan jugak. KFC kau! Membazir je kalau buang!






Wednesday, September 19, 2012

Drive sendiri menuju destinasi

Salam destinasi,

Semalam Pida bertolak ke Port Dickson untuk menghadiri mesyuarat di sebuah resort di sana. Pida bawak kereta sendiri dari KL.

Pida tak pergi sorang-sorang, Pida pergi dengan member comolot (kawan baik) yang Pida jemput di stesen komuter.

Pida nak ceritakan pada kau bahawa ini bukanlah kali pertama Pida memandu sendiri ke tempat yang jauh dari rumah.

Bukannya apa, ada member yang cakap Pida ni berani drive sorang-sorang ke tempat yang tak biasa.

Pida sebenarnya bukan berani sangat pun...dan bukannya Pida tau jalan sangat pun... Pida gamble je.

Sebelum menuju ke satu-satu destinasi, Pida akan buat kajian kat Google map dulu. Lepas tu gamble je la.

Yang penting minyak penuh, Touch N Go lumayan dan peranti Smart Tag berfungsi. Jangan lupa bawak jajan sikit kot-kot lapar kat dalam kereta.

Terpenting sebenarnya ialah kebenaran daripada suami. Dapat redha dia. Pida pun tak nak menyusahkan suami kena hantar jauh-jauh.

Ok, tu je nak citer. Babai!


Pemandangan pantai waktu pagi.

posted from Bloggeroid

Monday, September 17, 2012

Camouflage

Salam camouflage,

Semalam Pida menghadiri majlis rumah terbuka dan beraya di rumah saudara.

Tiba-tiba langsir dan permaidani rumah yang Pida kunjungi tu sesuai pulak dijadikan tempat penyamaran.










Dah macam sumpah-sumpah gitu!
posted from Bloggeroid

Friday, September 14, 2012

Entry kasihan - Sufi asma

Salam kasihan,

Petang semalam, Sufi diserang asma. Walaupun tidak begitu teruk, namun ia tetap membimbangkan Pida. Maklumlah, Sufi tu budak kecik, umur dia baru 27 bulan. Ini bukan kali pertama Sufi diserang lelah. Allergen yang dikenal pasti ialah aiskrim. Dia memang kalah dengan makanan sejuk.

Sufi mula mendapat asma selepas dia sembuh dari penyakit ekzemanya. Memang orang kata asma dan ekzema adalah dua penyakit yang mesti berkait. Kalau ada asma, mesti dia ada ekzema. Kalau dia ada ekzema, mesti dia akan kena asma.

Terfikir jugak di kepala hotak Pida yang kadang-kadang mereng ni, kenapa ada kaitan antara dua penyakit ni? Kan satu penyakit kulit, satu lagi penyakit pernafasan. Kok di mana kaitannya?

Pida pun mencari jawapan di sebalik persoalan kaitan tersebut. Tidaklah sampai Pida pergi bertapa di Gunung Jerai, tidak juga mencari ilham sehingga ke Gua Kelam. Google sudey!

Pida dah jumpa jawapan tapi Pida malas la nak explain kat engkau (sebab Pida tak paham bahasa inggeris). Kaubaca sendiri pastu kau tengok kamus sendiri la eh?

Recent developments made by scientists who are studying the link between asthma and eczema have found some interesting evidence. Researchers at Dundee University in Scotland, UK for example discovered in 2006 that people with asthma and/or eczema are actually carrying a mutated gene. This individual gene is the one which codes for protecting the skin with a protein called filaggrin. As a result this lack of filaggrin allows allergens to pass through the skin and cause an allergic reaction, where they otherwise would be blocked, either on the surface of the skin (eczema) or within the lungs and air passage (asthma). Sumber : http://www.healthguidance.org/entry/10208/1/The-Link-Between-Asthma-and-Eczema.html


Baik, berbalik kepada cerita semalam. Pida membawa Sufi ke klinik yang berdekatan dengan rumah anda. Di situ, doktor lelaki yang tampan bergaya itu telah memberikan Sufi bantuan gas untuk melegakan pernafasan dia.


Apabila diserang asma, nafas Sufi akan menjadi pendek. Dan juga berbunyi seperti kambing. Kalau dia ketawa lagi la kesian, macam kambing semput je bunyinya.


Biasanya kalau nak dipakaikan topeng gas tu, Sufi akan menangis. Tapi semalam, dia rilek je. Dia macam redha. Mungkin dia dah biasa dengan benda alah ni. Kita yang tengok pulak jadi kesian bila tengok dia redha je macam tu. Tengok tu, Aqil juga menunjukkan riak muka kasihan terhadap adiknya. Selepas itu dia berkata, "Abah, Aqil nak cuba pulak."


Semakin disedut semakin mamai dibuatnya. Sufi hampir tertidur selepas lebih 10 minit menyedut gas.


Siap la ko Qil... nanti aku dah baik, aku belasah kau! Tak mungkin itu yang berada di fikirannya.


Ko boleh tak jangan buat muka camtu kat mak, Aqil? Mak tau kau nak bodek mak, siap mendada tunjuk I love Mom sebab ko nak rasa sedut gas tu kan? Hahaha. Rania, nak kencing masuk jamban.


Selepas lebih 10 minit menyedut gas, Sufi pun menjadi semakin pulih dan kurang sikit lelahnya. Tapi untuk masa tu je la. Kalau kena kat rumah Pida memang dah standby ventolin dengan corong dia tu.

Doktor periksa Sufi lagi, doktor kata dia demam dan tonsilnya membengkak. Alahai kesiannya baby sorang ni. Doktor bagi ubat antibiotik (sebab dia demam plus tonsil), ubat batuk, ubat selsema dan ubat cair kahak. Takpelah sayang... oleh kerana Sufi kurang sihat kan, jadi malam ni mak belanja susu panas ye nak... Kita ngempeng!


Inilah Sufi kegemaranku!

Monday, September 10, 2012

Kisah taik telinga

Salam taik,

Pada suatu malam dalam minggu lepas, iaitu malam Jumaat kliwon, Pida membawa Aqil ke klinik ENT yang berdekatan dengan rumah anda. Tujuan Pida membawa Aqil berjumpa dengan pakar ENT tersebut adalah untuk merawat dan membaik pulih telinga Aqil yang asyik sakit aje kerjanya.

Sakit telinga dia datang tak kira masa. Dia nak sakit dia sakit. Kadang-kadang masa tengah ketawa tengok Senario tetiba boleh menangis kesakitan sambil menekup telinga dua-dua belah. Mula-mula rasa pelik jugak, budak ni takkan tengok Lan Pet Pet buat lawak sengal yang menjerit-jerit tu pun dah terharu sampai menangis.

Bila tanya dia kenapa dia menangis, dia bagitau telinga dia sakit sangat. Tu yang Pida bawak pegi jumpa pakar ENT tu. Takkan nak bawak dia pergi jumpa pakar sakit puan pulak. Aqil bukannya ada tiub fallopio pun.

Doktor kata ini telinga tauke lombong ni. Bukan lombong emas mahupun intan berlian, tetapi lombong taik telinga. Taik telinga bukan yang macam kau punya tu, ni jenis yang likat dah jadi batu. Hitam gitu. Pahit. Eh, kau tengah makan kuih tat nanas eh?


Kuih tat nanas yang manis di atas kalkulator. Memang tiada kena-mengena dengan kisah taik telinga yang sedang diceritakan.


Jadi tanpa membuang masa, doktor itu pun memulakan operasi melombong. Doktor ambil alat vakum dan menyedut taik telinga Aqil. Macam sedut sup gear bok gitu. Showww je Aqil kena servis telinga. Stim oooo.

Hasil perlombongan boleh dikatakan lumayan. Orang putih bilang lucrative. Boleh buat batu cincin wa bilang lu! Boleh kalau kau nak Pida tempek gambor tapi Pida takut kau tak datang baca blog Pida lagi.


Assalamualaikum kepada pembaca blog mak saya yang dihormati. Dulu memang saya ada masalah telinga sikit. Selalu misunderstanding. Mak saya suruh syampu kepala saya pergi petik kelapa.


Kalau saya main kerusi beracun mesti sayalah orang yang pertama tersingkir sebab tak dengar lagu diputarkan. Tau-tau orang dah berebut-rebut kerusi. Saya yang tak tau apa-apa terus ditertawakan sebelum disingkirkan. Sentap ok!


Tetapi selepas mak saya ketemukan saya dengan doktor ENT tu, saya dah ok. Tengok, ini tujuh kan? Takde kena-mengena kan? Saya tau... saya suka buat lawak.


Saya dah ok! Percayalah! "Hmmm... ye la..."

Selepas doktor mengumpil taik telinga yang dah keras tu (dapat 3 ketul), kira selesai la masalah telinga Aqil tu. Patut la selama ni dia macam pekak sikit. Rupanya ada batu cincin tersumbat dalam telinga. Sekarang ni cakap bisik-bisik pun dia dah dengar. Contohnya Pida bisik kat dia, "Yusuf Taiyoob." Dia akan jawab, "Safiyya." Dah tak payah nak jerit lagi kalau nak bercakap dengan dia.

Sekian laporan perubatan anak saya.

Friday, September 7, 2012

Entry budak-budak

Salam budak,

Entah kenapa pada kali ini Pida rasa nak mengabadikan gambar budak-budak yang terdiri daripada anak-anak Pida sendiri dan anak saudara.

Bila tengok gambar budak-budak ni, rasa seronok pulak. Tenang jiwa. Diorang takde masalah... tau main je kerjanya. Bila dah penat, nangis, lenguh kaki mintak picit, sapukan minyak Wak Dakam, pastu mandi dan tidur awal.

Esok pagi rutin yang sama berulang lagi.

They are innocent indeed...






















Ahmad Razin dan Aida Sofia








Baik aku tido.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...