Friday, July 13, 2012

Krim Kecantikan Loreal RevitaLift

Salam Loreal,

Bulan Februari yang lepas Pida telah membeli krim kecantikan Garnier. Baru je habis minggu lepas. Jadi Pida kena beli krim baru nampaknya ni. Kalau tidak, maka tak tenteram la hidup sebab tak pakai krim muka.

Jadi Pida pun pergi ke farmasi untuk membeli krim muka yang baru. Tapi kali ini Pida rasa Pida nak tukar jenama lain pulak. Bukannya sebab Garnier tak bagus, bagus... tapi Pida nak cuba produk yang lain. Pida memang cenggini, bila dah guna 2-3 kali tu dah rasa bosan pulak. Nasib baik kulit Pida tak sensitif bila tukar-tukar produk.

Jadi Pida pun pergi ke satu kaunter ke kaunter jenama yang lain. Ada Nivea, Simple, Safi Rania, Olay, Neutrogena, Nutox dan eeeee macam-macam lagilah! Kau pergi la tengok sendiri.

Sebenarnya dari rumah lagi Pida dah ada satu jenama dalam kepala otak Pida. Iaitu Loreal. Pida dah lama tak pakai Loreal. Jadi kali ini Pida beralih kembali kepada Loreal.



Tadaaa!!! Inilah krim muka Loreal yang Pida beli. Untuk awet muda la konon-kononnya ni. Bukanlah bermakna Pida dah tua atau muka dah kerepot, tapi ini cuma usaha untuk melambatkan proses pengenduran kulit muka. Tak nak la nanti belum umur 40 muka dah ganyut. Nampak tak ada kotak tu? Bukti baru beli tu.



Tadaaa!!! lagi... Pida beli Loreal RevitaLift. Ia krim awet muda, bukan untuk memutihkan kulit. Pida tak suka krim yang memutihkan kulit sebab muka putih tangan hitam dah macam lotong pulak. Dulu masa Pida sekolah, kan tengah sibuk Fair N Lovely... ramai member try pakai. Memang la muka putih, tapi sekali tangan diorang hitam daa... sumpah buruk.



Dah alang-alang beli tu, Pida beli krim siang dan malam sekali. Harga Loreal RevitaLift Day ialah RM47.00 sementara Loreal RevitaLift Night ialah RM50.00 (Harga berbeza mengikut tempat. Kalau beli di Kedai Ubat Dan Arak Ah Meng mungkin lebih murah).



Macam nilah rupa krim siang dan malam. Ia berbeza. Yang siang tu berwarna krim kekuning-kuningan manakala krim malam berwarna putih. Patutnya warna hitam ek? Krim siang ni best giler... bau dia wangi sangat. Macam bau yogurt. Tak macam bau kebanyakan krim muka lain yang berbau ubat. Krim malam pulak tidak sewangi krim siang. Tekstur krim siang lebih halus daripada krim malam.



Loreal RevitaLift Day dalam bekas kaca yang berat ini memang best digunakan. Ia cepat meresap dan tidak berminyak seperti Olay. Jadi, bila tabur bedak baby ke muka, jadi sekata dan tak comot sebab takde kesan minyak. Sesekali tengok macam pakai foundation pulak bila muka dah sapu bedak. Tengok tu ada tabir suria SPF23... jangan bimbang la, insya-Allah muka tak akan jadi hitam legam bila berjemur di bawah matahari. Yang kau pergi berjemur tu sapa suruh?



Loreal RevitaLift Night ni pula adalah kesayangan Pida. Rasa heaven je bila sapu krim ni sebelum tidur sebab ia tidak berminyak dan ia meresap dengan cepat ke dalam kulit. Tak rasa berat, macam tak pakai apa-apa nak tidur tu. Masa sapu krim ni ke muka, Pida lebihkan urutan di bahagian mata untuk mengurangkan kesan garis-garis halus di sekeliling mata. Maklumlah, mata asyik kenyit orang je, kan dah berkedut. Bila bangun pagi.. Wuhuuu!!! kulitku anjal sentiasa! Nota tambahan : Krim malam Garnier lebih cair dan berminyak tetapi ia juga bagus.



Pida memang dah guna Loreal sebelum ni tetapi selepas itu Pida tukar ke produk lain sebab Pida suka mencuba. Namun sekarang Pida balik semula memakai Loreal sebab pada Pida, ia adalah krim kecantikan yang terbaik berbanding Olay dan Garnier (jenama dari kelas yang setara). Pida harap lepas ni tak tukar-tukar dah... nanti banyak pulak review aku kena buat hihihi...




Kalau nak lebih berkesan pakai krim muka, Pida syorkan kau pergilah buat facial mikrodermabrasion atau dipanggil crystal peeling. Ada jugak yang gelar diamond peeling. Proses ini membuang sel-sel kulit mati pada muka secara lembut dan berkesan.

Selepas proses mikrodermabrasion, kau akan dapati kulit muka kau sangat bersih, licin dan putih melepak. Ini kerana sel kulit kering dan mati telah disingkirkan. Yang tinggal hanyalah tulang tengkorak... hahahhaa takut! Tak laa... yang tinggal tentulah lapisan kulit yang baru.

Jangan takut... tak sakit pun proses ni, sedar-sedar muka kau dah cantik. Harga mikrodermabrasion ni pun tak mahal sangat, tak sampai RM100. Tapi bergantung juga dekat spa mana kau buat. Kalau yang kelasss tu mahal la.

Sambil-sambil dia buat tu kau tidurlah dulu... tapi jangan sampai ngorok (berdengkur) nanti beautician tu rasa takut pulak bila dia dengar kau berbunyi macam singa lapar.

Oklah... dah panjang sangat dah ni. Dah lewat malam ni. Nak sapu krim Loreal RevitaLift ni. Nak tido. Good night!

20 comments:

  1. rs mcm nk bli jee....tp......mahalnyeeeee.....bleh dpt 5 psg kasut flat tau kalo satu rat 2....n yg dermabrasion ganoderma 2 mcm best jee...nk buat kt mane 2 kakak...tp jnis kulit sy.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. KEZIA Skin Expert Produk Perawatan Kecantikan Kulit Wajah Yang Teerbuat Dari 100% Bahan Alami Tumbuhan Berkualitas Tinggi, Mampu Menjadikan Kulit Wajah Lebih Bersih, Lembut, Dan Cerah Merona Sehingga Wajah Tampak Lebih Putih dan AWet Muda.
      Informasi dan Pemesanan Hubungi :
      Sms/WhatsApp
      08538-333-9223
      Pin BB 2A51367E
      http://www.jakartaskincare.com/sebelum-dan-sesudah-pemakaian-kezia-skin-expert/

      Delete
  2. Lebih mahal daripada Fair N Lovely, lebih murah daripada Lancome.

    Ko ni nak dermabrasion ke nak cendawan ganoderma?

    ReplyDelete
  3. atas dasar terpengaruh dgn iklan tak berbayar di atas...saya dah beli juga product loreal ni..kui3. cuma krim siang saya ambil utk spot kebenda ntah tak ingat sbb saya ada frackle y cronic... :D memang best la product ni.... :))))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anony, wah, besar betul pengaruh entry ni ek? Haha. Mungkin boleh cuba treatment facial kot untuk kurangkan frackle tu. Cuba buat laser dr azimuth.

      Thanks a lot anyway ;)

      Delete
  4. saya pulak jual injection vitamin c dan inject customer sekali.semua brand saya jual rm 150 sekotak...antaranya nc 24 premium,injection glutax 5g,plasenta,nc 24 cristalis,cologen dan mcm 2.antara yang termurah dan ori di malaysia...sapa2 berminat..sms 0194803905...satu lagi lepas inject vitamin kite pergi mandi kat kulit tak sunburn....

    ReplyDelete
  5. tambah...mandi kat pantai....kulit tak surnburn

    ReplyDelete
  6. Selalu pakai olay..pas tu cuba garnier..tapi x bleh timbul bintik besar kat muka...x pernah lak selama ni timbul benda ni..terus stop..tunggu masa nak buang hehe.patah blik beli olay haga rm47..sampai rumah tgk terambik sekali gan foundation..adus x minat betul pakai make up..pas baca entry ni nak cuba beli la yang day cream.nak bli mlm tunggu ada duit.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak rasa Garnier yg paling bagus antara olay dan loreal.

      Kesan berbeza antara kita:)

      Tq juli.

      Delete
  7. AnonymousMay 10, 2013

    saye suke sf beauty..hehe

    ReplyDelete
  8. Saya plak dh pki 2 mggu..so far kulit nmpk lg glow..parut jerawat makin samar...sblm ni olay..so so je la

    ReplyDelete
  9. Mna rasa yg sesuai..teruskan pemakaiannya..sy suka Dnars..pl..tp cam nk try jg loreal..ni..eeheheh

    ReplyDelete
  10. Mna rasa yg sesuai..teruskan pemakaiannya..sy suka Dnars..pl..tp cam nk try jg loreal..ni..eeheheh

    ReplyDelete
  11. Perlu tak memakai pelembap sebelum pakai krim siang n malam ni?

    ReplyDelete
  12. Pencuci muka loreal yg mn ye yg blh samarkn parut jerawat?

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. sebenarnya saya ga begitu paham semua yang ditulis. Tapi saya bisa tertawa begitu bahas tulang tengkorak dan dengkur macam singa lapar. Pemilik blog sepertinya orangnya lucu.
    Dan saya juga jadi tertarik beli produk ini. Kebetulan krim siang dan malam saya habis.

    ReplyDelete
  15. Salam kak pida. .yg mikrodermabrasion tu. Hanya untk wajah saja ke atau seluruh bdn ?

    ReplyDelete
  16. terimakasih atas informasinya gan, saya mencari informasi tetang jerawat yang selalu mengganggu penampilan wajah.
    .

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...