Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Monday, September 8, 2014

It's party time!!!

Salam party,

Hari minggu semalam Pida ada buat sedikit majlis sambutan hari jadi untuk Rania, Aqil dan Sufi. Sebenarnya Pida memang dah lama berhasrat untuk buat birthday party untuk budak-budak ni cuma belum jumpa masa yang sesuai. Baru kali ini Pida betul-betul ada kelapangan; itupun sebab Pida masih dalam cuti bersalin.

Majlis hari jadi ini ringkas sahaja. Pida cuma jemput adik-beradik sahaja. Itupun dah gamat macam nak runtuh rumah aku.

Mari kita saksikan rakaman kemeriahan majlis yang ringkas aje gitewww.



Ibu yang baik hati yang menganjurkan majlis hari jadi untuk anak-anaknya. Dah lama tak buat kan... last buat masa Sufi 2 tahun dulu. 


Budak-budak ni excited sebab dapat buat majlis hari jadi sendiri. Dah lama diorang mintak... nak buat sorang-sorang kang kena buat 3 kali. Last-last Pida buat satu majlis je sekaliarung. 

Inilah kek utama dalam majlis ini. Kek princess khas untuk Rania sempena hari lahirnya yang ke-9 tahun. Rasa sayang nak potong tapi kena la potong kan.. kalau tak macam mana nak makan.

Rania tersipu-sipu malu ketika memotong kek princessnya. Nervous letteww first time potong kek princess.

Aqil bengkek sebab tak ada kek khas untuk dia. Aqil punya cupcake aje kongsi dengan Sufi.

Bersama kawan-kawan yang memeriahkan majlis.

Sufi gembira Tiahil tertawa.
Tiahil tertawa Sufi gembira.
Kek princess special untuk Princess Rania. Sponge cake perisa vanilla selet dengan jem blueberry. Sedap!
Pavlova kegemaranku.
Meringue pavlova yang krak kruk rangupnya.
Cupcake untuk Aqil dan Sufi mengikut watak kartun kesukaan diorang - Oggy and the Cockroaches. Seronok tengok Sufi melompat keriangan tatkala melihat cupcake yang ada kartun kesayangan dia.
Comel-comel belako.
Sofia the First ni special untuk Rania sebab dia minat tengok kartun ni.
Yang ini Pida temankan Sufi potong pavlova. Kalau tak tolong, habis lintang-pukang pavlova tu dikerjakannya.

Happy birthday anak-anak mak sayang... Semoga menjadi anak yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.


Monday, March 25, 2013

Ke makam bonda di hari jadinya

Selamat hari jadi, mak...

Hari ini hari jadi mak. Sepatutnya usia mak menjangkau 60 tahun hari ini. Namun Allah lebih menyayangimu; lebih daripada kami semua. Mak telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan kami semua.

Selamat hari jadi, mak...

Sehingga ke hari ini, Pida masih menangisi kehilangan ini. Cepatnya mak pergi meninggalkan kami yang saban waktu dilambung ombak rindu tidak menentu.

Selamat hari jadi, mak...

Hadiah apalah yang mampu Pida kirimkan tika ini selain doa dan ayat-ayat suci. Terimalah hadiah iringan ini yang ikhlas dari hati.


Semoga mak juga teduh di sana.

Ke Makam Bonda

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda


Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi


Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap


Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi


Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan


Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan


Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan


~Usman Awang


Tuesday, September 25, 2012

Kek untuk semua

Salam kek,

Sepanjang minggu lepas, mak dan ab berada di rumah Pida dan adik di Putrajaya. Mak dan ab saja jalan-jalan menghabiskan hari raya yang berbaki dengan beraya di rumah sedara mara di sekitar KL.

Selepas seminggu, mak terpaksa balik ke rumahnya sebab mak perlu menjalani rawatan susulan di hospital.

Walaupun sedih mak dan ab nak balik, namun diorang kena balik jugak. Tapi sebelum balik, Pida dan suami menganjurkan parti liar untuk kami semua.

Parti liar? Acah je... Giler kau buat parti liar kat rumah ada orang tua.

Sebenarnya Pida buat majlis belated birthday Rania dan Aqil. Dah alang-alang kongsi kek tu, tulis sekali nama Sufi. Barulah adil.


Kek Strawberry Marshmallow Cheese. Tersembur-sembur air liur nak menyebutnya.


The belated-birthday kids. Rania bulan 9, Aqil bulan 8, Sufi bulan 6. Sufi jadi cenggitu sebab dia berlagak sikit hari tu Pida dah buatkan majlis khas untuk dia sorang.


Sebelum majlis potong kek bermula, Ab membacakan doa lulus periksa. Kau tengoklah Pida tu, time orang baca doa dia lari. Panas le tu.


Mula-mula Rania potong kek...


Lepas Rania, Aqil pulak potong kek...



Kemudian barulah tiba giliran Sufi Arumugam potong kek... Bersimpang-siur kek tu jadinya. Tak senonoh betul rupanya aku tengok.









Adik Pida, adik Pida dan adik Pida.


Ececeh... konfem masuk syurga lepas ni.


Aqil ni anak manja abah. Sufi Arumugam anak manja mak. Rania anak manja mak dan abah. Mak manja dengan abah.


Sufi Arumugam ni tak sporting la. Orang nak pinjam patung baby tu sekejap nak ambik gambar pun dia tak kasi. Dah nampak macam tangan gergasi.


Family first!



Last but not least, Happy Birthday to my offspring! 
So proud to be your mum! 
And I love you all so deeply from within!
posted from Bloggeroid

Thursday, June 21, 2012

Sufi - 2 tahun sudey!

Salam Sufi,

Minggu lepas Pida dan keluarga mengadakan majlis sambutan hari lahir Sufi yang ke-2.

Majlis yang Pida buat ni kecik-kecilan, atau dalam bahasa poyonya majlis berskala rendah.

Nak diberitakan sebenarnya kalau ikut nafsu, Pida nak buat majlis yang havoc-havoc, hiruk-pikuk gitu, tapi cukuplah dengan hanya menjemput adik-beradik aje. Kang kalau jemput satu taman tak menang tangan nak melayan tetamu.


Ini adalah kek hari jadi Sufi yang ditaja oleh Tía Ji dan Tío If. Sentap jugak tengok cara Secret Recipe ni tulis atas kek. Buruk bebenor tulisannya. Dah tu tak kreatif pulak tu nak hias dengan bunga-bunga ke, kartun-kartun ke... Anyway terima kasih Tía Ji dan Tío If! 



Inilah makanan yang ringkas je. Pida cuma masak mi goreng dan buat kastard bersusu. Adik-adik Pida belanja Kentaki. Simple-simple je... buat makan-makan petang je. Jajan pun tak beli banyak sebab nervous first time buat majlis hari jadi. Boleh gitu.



Bergambar ramai-ramai sebelum memotong kek. Aqil merampas kuasa daripada individu yang diraikan iaitu Sufi. Tu yang nampak Sufi bengkek je tu.



Laaa... tu kenapa sampai nak buat harakiri tu... kan dah dapat pisau sorang satu...



Semua kanak-kanak yang hadir (anak-anak aku sendiri je) berebut-rebut nak potong kek. Terpaksalah Pida masuk dapur bukak laci carik pisau kek yang lama-lama.



Beginilah pengakhiran rupa kek yang telah dipotong dari arah-arah yang bertentangan. Sorang potong dari ufuk utara, sorang dari ufuk selatan, yang sorang lagi ikut arah matahari terbit... dah tak senonoh dah aku tengok keadaan kek ni. Tu lilin tu sebatang je sebab tak sempat nak cocok lagi sebatang sebab budak-budak ghairah dan teruja sangat nak potong kek. Nervous first time buat majlis hari jadi. Boleh gitu.



Sufi sebagai budak yang diraikan dilayan persis anak raja kayangan. Nampaknya dia masih tak perasan bahawa kami semua sedang meraikan hari lahirnya. Apa yang dia paham budak sekecik ini? Kau nyanyi lagu Hepi Birthday sampai roboh pintu rumah kau pun dia tak faham sangat kenapa orang potong kek lepas nyanyi-nyanyi.



Adik-adik Pida yang turut memeriahkan majlis. Tenkiu la sudi datang dan menaja mana yang patut. Memang patut pun kau orang semua datang. Berani engkar arahan kakak kau orang ni? Meh la kalau nak kena siku 45 darjah.




Razin pun datang jugak bersama babah, mama dan Sofia.



Kau nak kacau aku sangat kan? Dah tu kenapa kau lari bila aku ajak comolot?






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...