Wednesday, May 30, 2012

Darmawisata - Pasar Minggu Serikin

Salam Serikin,

Baru-baru ini Pida dan member-member seofis mengikuti lawatan sambil belajar ala-ala budak darjah 6 Hijau ke Kuching, Sarawak.

Kami berada di sana selama 4 hari 3 malam. Oleh kerana ini kali ketiga Pida pergi ke Kuching, jadi Pida tak berapa teruja sangat. Tapi kali ni lebih best sebab ada program jalan-jalan cari jantan, eh, jalan-jalan cari ilmu pengetahuan di tempat-tempat menarik. (Yang dua kali tu Pida pergi atas sebab mesyuarat, jadi tak dapat nak cuci mata sangat).

Pida rasa Pida terus lompat ke hari terakhir la eh. Pida malas la nak tulis panjang-panjang. Penat la.

Ok pembaca yang dihormati, kita terus mengikuti aktiviti Pida pada hari terakhir di Sarawak.

Pada hari terakhir iaitu hari keempat, hari itu ialah hari Sabtu. Masa kau tengah syok tido, Pida dah bangun awal sebab hari tu kami akan ke pasar minggu Serikin di Bau. (Sebut Baok, bukan bau ketiak).

Kami dah bertolak seawal jam 7.30 pagi dari Samarahan. Nama je 7.30 pagi, tapi matahari dah terpacak atas ubun-ubun. Dah terik dah. Kalau kat KL dah macam pukul 9.00 pagi ibaratnya.



Kami sampai ke pasar minggu Serikin pada pukul 9.00 pagi. Parking dah penuh. Nasib baik apek bas tu terror cilok-cilok, so dapatlah kami parking baeekkk punya. Tengok tu awan kumulus di langit yang cerah dan panas.



Pasar minggu Serikin ni hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Sabtu dibuka dari awal pagi sehingga pukul 4 petang manakala pada hari Ahad hanya sehingga pukul 2 petang sebab peniaga-peniaga ni nak balik ke tempat masing-masing di Kalimantan sana. Ramai orang kata harga barang di sini murah-murah. Apakah betul?



Gerai topi ni adalah gerai pertama yang Pida lawati. Macam-macam rekaan ada. Kau nak apa? Batman? Spiderman? Dora? Upin Ipin? Hello Kitty? Angry Bird? Pida beli Ben 10 untuk Aqil dan Sufi. Untuk Rania, Pida belikan dia Princess Jasmine. Harga ketiga-tiganya ialah RM20 (selepas bersilat dengan penjual).


Memang panjang deretan gerai-gerai di sini. Pida rasa Pida dah jalan 1 km sebelum Pida singgah di satu gerai dan bertanya pada tauke gerai tu. "Jauh lagi ke nak sampai hujung?" "Ooo... jauh lagi dik, lagi 3 km dari gerai saya ni." Waduh, tak larat aku. Pitam terus.



Topi baby comel-comel. Pida tak beli sebab dah tak ada baby kecik. Semua baby dah besar. Nak kena buat baby lain pulak.








Kebanyakan gerai menjual barangan yang sama. Paling banyak gerai menjual telekung, blaus, kemeja, beg tangan, langsir siap dan barangan dapur. Pida tak larat nak masuk semua sebab barang semua sama, harga pun sama. Orang kata kat sini boleh tawar gila-gila, tapi sebenarnya tak pun... Kau tawarlah sambil menangis guling-guling sampai koyak lengan baju kau, kalau dia tak kasi, tak kasi la!




Gerai ini menjual barangan perhiasan. Pida usha dari luar je, tak masuk pun sebab tau tak membeli. Bijak tak aku?



Brader ni jual barang perhiasan manik, mutiara, kristal, emas celup.



Ada jugak gerai jual periuk belanga. Tengok dari jauh udah ler... bukan nak membeli pun.



Baju seksi pun ada jual. Lepas pakai baju seksi, jangan lupa pakai tudung kat gerai belakang tu ye!



Macam yang Pida bagitau tadi, di pasar minggu Serikin ni banyak gerai menjual baju. Pelbagai jenis blaus, t-shirt, kemeja, skirt, jaket, sweater dan lain-lain lagi ada dijual di sini. Pida tak beli sebab tak berapa berkenan dengan corak dia. Ada yang Pida berkenan, tapi jarang pulak kainnya. Nanti kalau Pida pakai, nampak ketiak belum cukur, berjeramus gitu, kan aku jugakkkk yang malu nanti.



Masa ni baru pukul 10 pagi. Hari semakin panas. Perjalanan masih jauh. Duit baru luak RM20. Ada RM80 ribu lagi nak abiskan ni. Pida suka betul dengan langit Serikin ni... biru je. Cantik betul. Kalau kau nak tau, langit malam di Sarawak memang cantik sangat. Bintang-bintang macam saling menindih, terlalu banyak! Subhanallah.



Antara gerai yang Pida rajin masuk ialah gerai menjual telekung. Pida dapat lihat macam-macam patern telekung ada. Telekung sutera, paris cotton, satin, kain licin dengan corak sulam yang pelbagai. Memang rambang mata dibuatnya. Rasa nak menjerit je tengok telekung-telekung ni. Harga yang paling mahal Pida jumpa RM190 (telekung sutera sulam penuh). Yang paling murah bawah RM30 pun ada. Telekung boleh Pida katakan murah sebab kalau kat KL, tak dapat harga macam ni. Pida beli 2 pasang untuk mak dan mak mentua.


Pida berkenan dengan corak telekung ni. Harga dibuka RM85. Pida tawar, cuma dapat RM80 je. So siapa kata harga barang kat sini boleh tawar gila-gila? Mana-mana gerai yang Pida masuk pun, dapat kurang harga tak sampai RM10. Kalau beli dalam kuantiti yang banyak, baru boleh dapat harga murah sikit. Last-last Pida tak beli telekung ni walaupun Pida ada menaruh hati padanya. Biarlah dia dimiliki oleh insan bertuah yang lain. ♫Selamat tinggal pujaan♪


Akhirnya, selepas 2 jam berkelana di sepanjang pasar minggu Serikin ini, Pida dah mula rasa letih sangat. Sebenarnya masa ni Pida tak berapa sihat. Hari semalamnya Pida kena keracunan makanan akibat terlalu banyak makan udang masa dinner steamboat dengan member-member kat restoran di Samarahan.

Malam tu Pida siap menggigil satu badan, asyik masuk keluar jamban je kerja aku. Sampai lembik badan dibuatnya. Nasib baik ada sahabat yang sangat prihatin tolong belikan ubat dan makanan. Kredit untuk sahabatku itu.

Tu yang tak berapa bernafsu nak shopping kat pasar minggu Serikin ni. Sebab masih tak berapa sihat. Kepala masih ting tong lagi. Dalam hati asyik berdoa, "Ya Allah, janganlah aku terkincit, janganlah aku tercirit."

Walau apapun, daripada pengalaman Pida di sini, barang-barang yang dijual di sini adalah barang-barang yang sama yang kita boleh dapati di tempat kita sendiri. Cuma harga di sini lebih murah sedikit. Tapi tidaklah terlalu murah seperti yang digembar-gemburkan selama ini.

Nak kata Pida tak pandai menawar, tak juga. Sebab orang lain tawar pun takde la dapat murah sangat pun. Apapun, keseronokan melihat kemeriahan aktiviti perniagaan di sini memang jarang ada di tempat lain. Ini pengalaman baru bagi Pida.

Selepas berbelanja ala kadar, kami pun pulang ke tempat penginapan untuk berkemas sebelum pulang ke kampung halaman.

Home sweet home.




6 comments:

  1. salam, ada yang murah n ada yang mahal dekat serikin nie, kalu rajin masuk 1 ke 1 kedai tgk harga sebenarnya makin kebelakang makin mahal.tak tahu lah kenapa mcm tu, kalau telekung suka beli dekat kedai paling depan belah kiri, kedai dia kedalam sikit, tapi situ murah, kalau pandai tawar boleh dapat 1 helai 30 ringgit untuk 2 telekung sulam tampal, kalau sulam dekat kain paling mahal pernah beli 55 ringgit, tu pun sulam dekat penuh sampai ke kepala, keke, kena rajin tgk harga, ada yang tak nk bagi kurang langsung pun ada, tapi kalau makan yang halal n yakin cuma kedai masa mula2 masuk tu ja, dekat parking tu, yang lain semua was was ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke chinta? Tu laa.. nak masuk satu-satu mmg tak larat la kan, sebab mmg semua gerai jual yang sama je. Agak-agak mana berkenan dan harga ok tu terus beli je.

      ;)

      Delete
  2. cantiknye gambar amik pkai note...sy paling suke awan tu...nampak biru sangat2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Zatil Hulwani,

      Kalau kena gayanya, hasil gambar dengan Note memang cantik.

      Awan di Serikin pada masa ni memang sangat biru. Memang cantik!

      TQ ;)

      Delete
  3. edit guna software apa yer...???sy pun pakai note..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Mutiara Putih,

      Saya guna Microsoft Office Picture Manager je. Saya tak buat apa-apa pun, cuma tambah saturation sikit. Crop pun tidak.

      TQ ;)

      Delete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...