Monday, May 7, 2012

Pengajaran buat Pida - jangan 'underestimate' anak

Salam pengajaran,

Semalam adalah Hari Terbuka tadika Aqil. Pida dan suami serta budak-budak bertiga tu berbondong-bondong pergi ke tadika Aqil untuk tengok report card. Aqil baru je ambik peperiksaan budak 5 tahun bulan lepas.

Sepanjang perjalanan, Pida cakap kat suami Pida, "Aqil ni kalau tak dapat nombor 5, mesti nombor 6."

Nak tau kenapa Pida cakap camtu?

Sebab Aqil yang Pida kenali adalah seorang budak yang sangat lasak, nakal, tak rajin belajar dan masih tak pandai membaca dan menulis. Dia tak macam Rania yang dah pandai baca sejak umur 4 tahun.

Bila Aqil kata dia nak exam esok, Pida cuma cakap kat dia, "Adik buat baik-baik tau... kalau tak paham tanya Teacher ye nak.. Mak doakan Aqil dapat jawab."

Tapi sebenarnya Pida rasa Aqil mesti tak dapat jawab soalan BM, BI, PI dan Sains. Sebab Pida tau sangat Aqil tu camna.

"Aqil dah siap kerja rumah?"

"Teacher tak bagi kerja rumah la mak. Teacher suruh main je."

"Mak, tengok ni Aqil suruh Nia buatkan kerja rumah dia. Bukannya dia nak buat sendiri. Kalau cenggini Nialah yang pandai!"

Kau tengok? Kalau kau jadi Pida, mesti kau akan fikir yang sama kan?

Setibanya di tadika, kami pun mengadap Teacher. Tangan Pida ni dah ringan nak mencubit si Aqil ni, kot-kot la ada laporan yang mengatakan dia ni nakal sangat ke apa ke...

Bila Teacher dia buka kad laporan, Pida dengan suami rasa macam nak pengsan! Aqil dapat markah semua 100%! Diulangi, AQIL DAPAT MARKAH SEMUA 100%!

Lebih rasa nak pengsan, Aqil dapat nombor satu! Oh, ini adalah keajaiban.

Kemudian kami pun menari tarian sewang keliling teacher meraikan kejayaan Aqil. <--- Tipu.

Spontan Pida peluk Aqil dan cakap tahniah dan Pida cium dia. Tersipu-sipu dia malu sebab budak macho mana boleh kena cium mak depan Teacher! Jatuhlah air muka wei!



'Lek arr mak, jangan cium tonyoh-tonyoh sangat. Nanti apa kata awek-awek kat sana tu... Aqil kena kawal macho.



Lepas tu Pida pun tak sabar-sabar nak tanya teacher dia.

"Aqil buat sendiri ke Teacher ajar?"

"Dia buat sendiri. Teacher cuma bacakan arahan. Yang lain budak-budak buat sendiri."

Pida gembira mendengarnya. Pida tanya lagi dengan rasa teruja.

"Aqil tiru ehhhh....," Pida sekadar mengusik Aqil yang meleset sebelah badan Pida.

"Taklah mak, Aqil buat sendiri," jawabnya yakin. Pida percaya. Saja je Pida provoke dia.


Sepanjang hari itu, Aqil dilayan bagai anak raja. Dia nak makan apa je Pida bagi. Dia nak makan McDonald's, Pida belikan burger warung tepi jalan je. Banyak lemak kau nak beli McD. Baru minggu lepas mak belanja kau Kentucky.

Pida bangga dengan Aqil. Rupa-rupanya dia dah tak berapa nakal, kata Teacher. Cuma ada sekali tu dia belasah budak yang kacau Sufi. Dia dah buktikan bahawa tanggapan Pida pada dia selama ini adalah salah.

Pida bukan kata dia tak pandai, cuma Pida rasa belum masanya untuk dia tonjolkan kebolehan dirinya yang sebenar berasaskan kepada kecenderungannya yang hanya tau nak main aje tu.

Mak salah kerana underestimate Aqil. Aqil memang budak cerdik, Mak tau. Mulai hari ini, Mak akan sentiasa beri ruang untuk Aqil bermain sebagai kanak-kanak normal, tapi jangan lupa belajar ye sayang!

Dan pada petang itu juga, akibat mengalami kesukaan yang terlampau, dan juga ingin menebus rasa bersalah kerana telah meng'underestimate' Aqil, Pida hukum diri Pida dengan membeli Galaxy Note untuk diri sendiri. Haha. Tongong.

Pengajarannya, setiap anak memiliki potensi dan kecenderungan yang berbeza. Anak yang sulung tak semestinya boleh dijadikan penanda aras bagi anak-anak seterusnya. I've learned a lot from Aqil. 

Mak sayang Aqil! Nanti mak hadiahkan Aqil majalah Bambino ye.



"Tapi Aqil nak majalah Bujal."

4 comments:

  1. Tahniah aqil...

    Pida - Wah.. Suda angkat note. APe kaler? Hitam? Putih? Atau Pinkie??

    Bujal dan Bambino... Bebudak skrg ntah tau ke idak magazine tu.. Heheh...

    ReplyDelete
  2. "thank you pakcik fello," jawab aqil dengan riang.

    Fello, terpaksa beli la sebab keperluan mendesak asyik kena mesyrt on the spot.

    And believe me, with note, your life is extremely managed and convenient.

    Sekarang bila boss minta gantt chart, boleh terus tunjuk dari note ;)

    ReplyDelete
  3. nak tompang ciom sama? (ciom aqil lah..)

    ReplyDelete
  4. Uncle - HAHAHHAHAA lawak giler!

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...