Wednesday, February 13, 2013

Review : New Age Simplysiti

Salam simplysiti,

Semasa Pida sedang mengemas barang-barang mak pada suatu hari, Pida telah menemukan sesuatu yang mencuri perhatian.


Inilah yang Pida ketemu. Set produk penjagaan kulit dari jenama Simplysiti.

Ada 4 jenis produk semuanya. Dua pencuci muka, toner dan krim malam. Dari set rangkaian New Age Simplysiti.




Selepas menjumpai Simplysiti ini, Pida terus rasa teruja untuk mencubanya. Sebelum ini Pida tak pernah memakai produk Simplysiti kerana setahu Pida, harganya agak mahal juga. 

Jenama Simplysiti ini boleh dikatakan sebaris dengan jenama-jenama hebat yang terdapat di pasaran seperti Olay, Loreal dan Bio Essence yang boleh didapati di rak-rak farmasi. Namun ia lebih murah daripada produk jenama Lancome, Clinique, Shiseido dan SKII yang dijual secara eksklusif di kaunter-kaunter.

Mari kita tengok apa kata Pida tentang produk Simplysiti ini. 


Pencuci muka New Age Moisture Cleanser ini mengandungi kolagen semulajadi. Pida suka sangat pencuci muka ini sebab ia banyak buih, wangi dan tidak mengeringkan kulit. Selepas muka dibilas, kulit terasa sangat bersih dan tidak tegang. Rating : ♥♥♥♥


Ini pun pencuci muka juga. Sama macam yang tadi, cuma yang ini tidak mengandungi kolagen (seperti yang tertulis pada bahagian belakangnya). Buihnya banyak dan tidak mengeringkan kulit muka. Rating : ♥♥♥

Ini ialah toner. Pida suka sangat dengan toner ini sebab ia betul-betul menyegarkan kulit muka dengan serta-merta. Nak guna pun mudah aje, cuma sembur kat tapak tangan dan tepuk-tepuk manja kat muka. Tak payah guna kapas muka. Mula-mula memang rasa melekit sikit tapi selepas ia meresap, kulit muka akan terasa lembut dan segar. Rating : ♥♥♥♥♥


Krim malam ini sangat best! Pida dah cuba banyak malam dah. Ia tak berminyak, nampak ringan dan cepat meresap ke dalam kulit. Lebih bagus kalau sapukan selepas menggunakan toner. Kulit muka jadi sangat halus dan lembap. Bangun tidur esoknya, muka taklah nampak hodoh sangat. Rating : ♥♥♥♥♥


Sebenarnya krim siang pun ada, tapi dah habis kot, jadi tak dapatlah nak buat review. Gincu Simplysiti pun ada juga, warnanya terang dan agak tahan lama juga. 



Selepas mencuba produk Simplysiti dari set New Age ini, Pida boleh katakan ia produk yang sangat berkualiti dan ada kelas tersendiri. Packagingnya cantik, setanding dengan jenama-jenama terkenal yang lain. Pida yakin kalau gunakan produk ini secara konsisten, wajah akan jadi halus mulus dan cantik macam Siti Nurhaliza.


Pida dah jatuh cinta dengan Simplysiti.


24 comments:

  1. apa beza new age ,c bright dengan clear solution eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai dyanal.kim,

      Kalau c bright tu rasanya set untuk mencerahkan kulit, sama seperti olay white radiance, garnier light, loreal white perfect dll.

      Clear solution khas untuk memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat.

      Thanks for coming :)

      Delete
    2. owhh..thanks for the info ~ btw new age ni sesuai untuk umur berapa?

      Delete
    3. Dyana, saya rasa new age untuk semua umur. Tapi lbh sesuai utk kulit matang mcm 25 ke atas. New age ni khas utk awet muda. ;)

      Delete
    4. Produk New Age disyorkan untuk mereka yang berusia 30 tahun ke atas yang mempunyai kulit jenis kering atau matang tanpa masalah jerawat. Ia juga dapat mengatasi masalah jeragat pada wajah.

      Delete
  2. salam pida...krim siang pun best.cubalah.pasti puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai mama hani, oh ye ke? Ok nanti saya cuba. Thanks :)

      Delete
  3. salam
    agak2 sesuai x krim ni untuk yg kulit kering

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norazuin, saya rasa produk simplysiti ni sesuai untuk kulit kering jugak. SEbab kulit saya jenis kering sedikit terutama di sekitar bibir, dan krim ni tak menyebabkan menjadi lebih kering. So oklah tu kan?

      Hehe. TQ:)

      Delete
  4. boleh tanya tak??berapa harga ni semua??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nna rsydhaa, setiap barangan Simplyciti ni harganya RM30 ke atas.

      Delete
    2. umur 24thun blh pkai x new age ni

      Delete
  5. boleh tanya tak??berapa harga ni semua??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga dia bole cek di farmasi ye.. tq :)

      Delete
  6. Info yg menarik dan berguna mengenai produk New Age Simplysiti
    Jemput singgah blog saya mengenai produk NEW AGE + SIMPLYSITI 2014
    http://faceblogisra.blogspot.com/2014/09/simplysiti-new-product-new-age-gold.html

    ReplyDelete
  7. klu muka berminyak blh tak pakai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boeh, kena cari jenis atau range yang khusus utk kulit berminya. Yang saya punya ni untuk kulit normal. TQ :)

      Delete
  8. Kalau yg berumur 21 tahun bleh tak pakai yg ad masalah kulit jerawat?

    ReplyDelete
  9. Boleh, tapi kena cari jenis yang khusus untuk kulit jerawat atau bermasalah. Yang penting kulit muka tak bole terlalu berminyak ye :)

    ReplyDelete
  10. Salam...kalau untuk hidung ada blackhed ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak hilangkan blackhead di kawasan hidung, lebih baik gunakan penanggal blackhead spt Biore atau yang jenis krim punya. Bole beli di farmasi atau kedai barangan spa. Tq ;)

      Delete
  11. Liang pori dah membesar.new age nlh atasi tak?

    ReplyDelete
  12. Utk kulit berminyak set simplysiti APA ya yg sesuai

    ReplyDelete
  13. Untuk kulit kusam dan jeragat..umur 30 tahun.. Yg mana sesuai..

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...