Monday, November 19, 2012

Terkena sawan pengantin

Salam sawan,

Hujung minggu lepas Pida berada di selatan tanah air menghadiri majlis walimatul urus sepupu Pida. Pida berkonvoi bersama adik-beradik sebelah suami ke rumah pengantin.

Pida sampai di JB pada hari Sabtu. Terus menuju ke rumah abang ipar untuk bermalam di sana. Pada hari Sabtu itu juga Pida berjumpa dengan Rania yang telah terlebih dahulu pergi awal mengikut atuk dan neneknya.

Sesampainya Pida di rumah abang ipar Pida, Rania sedang demam. Panas badannya. Pida pun segera memberinya makan ubat demam dan membiarkan dia baring dan berehat. Dia kena sihat. Esok nak pergi tengok pengantin.

Pida tanya mak mentua Pida, kenapa Rania demam? Dia main hujan ke? Mak bagitau agaknya Rania ni kena sawan pengantin. Sebab masa Rania ikut nenek dia ke majlis akad nikah pengantin malam tadinya, mata Rania tak berkelip memandang pengantin.

Rania memang suka tengok pengantin sebab dia suka tengok orang solek cantik-cantik. Yelah, mak dia bukannya jenis yang pakai mekap ke, maskara ke, blusher ke, eye shadow ke... Mak Rania ni cuma tepek bedak serbuk pastu calit gincu sikit. Tu pun comot. Sebab tu Rania teruja bila tengok orang solek cantik-cantik.

Emmm... agaknya kot... Rania demam terkena sawan pengantin. Sufi pun macam tu jugak. Minggu lepas kami pergi menghadiri kenduri kahwin, tiba-tiba masa pengantin tu salam-salam dengan tetamu, si Sufi kemain seronok main dan gurau-gurau dengan pengantin tu.

Lepas tu malamnya tak semena-mena dia demam sampailah 3 hari. Pelik jugak, tak main hujan tak itu tak ini, tiba-tiba sahaja Sufi demam. Biasanya Sufi akan demam jika dia salah makan ke, terlalu banyak makan benda sejuk ke, tapi masa tu dia tak buat apa-apa yang luar biasa kecuali bergurau dengan pengantin!


Masa ni Sufi ok lagi, malam tu terus dia demam sampailah 3 hari. Rupanya sawan pengantin.


Berbalik pada cerita tentang Rania. Lepas tu Pida tanya mak mentua Pida, "Laa kok nak buat macam mana ni mak? Nak kena kawinkan Nia ke?"

Mak Pida suruh mintak bedak pengantin sikit esoknya dan sapu kat muka Rania supaya demamnya kebah. Itu petua orang tua-tua.

Sampai di rumah pengantin, carik bedak pengantin tak ada. Yang ada bedak mak pengantin. Carik mak andam pun tak nampak. Laa... mana pulak mak andam ni aku nak minta sikit bedak pengantin.

Last-last mak Pida cakap, bawak je Rania pergi jumpa pengantin yang tengah bersanding tu dan suruh pengantin tu cium sikit. Jadi Pida pun bawak Rania kepada pengantin perempuan. Mula-mula dia tak nak, malu la tu nak jumpa pengantin. Tapi Pida pujuk dia dan akhirnya pengantin perempuan tu mencium Rania buat 'ubat'.


Tak memasal usung anak mintak cium. 'Njalok ambong!

Alhamdulillah... lepas kena cium pengantin, Rania dah tak demam lagi. Terus baik gitu! Hahaha. Sebenarnya bukan sebab kena cium pengantin dia baik, tapi mungkin sebab dia gembira dicium oleh pengantin yang diminatinya. Kiranya macam hormon dia dah pulih la tu.

Sufi pun Pida suakan untuk dicium pengantin jugak, tapi dia meronta-ronta tak nak. Rugilah kau Sufi, pengantin tu cun kau tau tak.

Apapun, sawan pengantin memang 'berlaku'. Kau percaya?




10 comments:

  1. Assalamualaikum Pida & famili
    Pernah dengar tentangnya,tetapi belum pernah menyaksikan org yg terkena sawan itu

    Semoga Rania sudah pulih sepenuhnya.
    RANIA....? Oh baru saya ingat,nama tu ialah RATU JORDAN yg jelita itu. Bukan calang-calang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Rania dah ok.

      Utk pengetahuan cikgu, nama Rania tu mmg saya pilih sempena permaisuri jordan itulah.

      Delete
  2. baru 1st time dgr...

    last week sy pn pg org kawen, pastu baliknya fahiim kena selsema.

    adakah simptom sawan pengantin.? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diila, itu bukan sawan pengantin, itu berjangkit daripada mama Fahiim kot hahahaha.

      Delete
  3. anak menakan kena badi pengantin lepas saya selesai majlis,org tua2 kata bagi baju..harap sembuh..amin,sebab jauhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke, lagi satu petuanya sapukan bedak yang pengantin pakai tu ke muka budak yang kena sawan tu. Petua je tu hehe

      Delete
  4. Kalau lesu, nak rehat jee. Tak ada selera makan tu kena sawan pengantin kee admin.??

    ReplyDelete
  5. AnonymousJune 04, 2023

    kalau pengantin yg tiba2 demam cmna pula ya😂

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...