Monday, December 31, 2012

Caj tersembunyi Celcom - 'Salah' Pengguna

Salam caj,

Pida adalah pengguna talian pasca-bayar Celcom 019 melalui pelan pakej Exec 50 dan pelan data mBasic 38.

Pida menerima bil bulanan melalui emel. Kalau nak tengok secara terperinci, Pida akan log in ke Celcom Online Customer Service dan di situ Pida dapat tengok butir-butir panggilan/sms/mms.



Baru minggu lepas aku bayar RM100 lebih, hari ni tengok-tengok ada tunggakan RM166.70. What da shell?







Ada satu yang Pida pelik dengan bil telefon Celcom Pida ni. Pida rasa setiap bulan Pida bayar penuh, tapi lepas beberapa hari mesti dapat mesej daripada Celcom kata Pida ada tunggakan. Seolah-olahnya macam apa yang Pida bayar tu tak menyusutkan langsung jumlah bil telefon Pida. Macam tak bayor je kekdahnya.

Jadi Pida pun semaklah bil telefon terperinci Pida. Memang dah lama tak semak pun. Kali terakhir semak 3 bulan lepas kot.


Pida mulakan dengan bil bulan Oktober 2012. Bila Pida perati satu satu, Pida tengok ada bahagian 'SMS Content Services - Received' jumlahnya RM36.00. Ok, this is fishy.


Pida tengok pulak bil bulan November 2012. Pun ada jugak benda alah 'SMS Content Services - Received' tu. Kali ini jumlahnya RM64.00. Oh wadehel.


Ini pulak bil bagi bulan Disember setakat hari ini. Pun dah dicaj RM16.oo untuk 'SMS Content Services - Received' tu.


Pida yakin Pida dah kena main dengan entiti yang tak pasal-pasal ada tu. Jadi Pida pun google SMS Content Services - Received. Nah, amek kau, rupanya ramai lagi pelanggan Celcom yang mengalami caj melambung macam Pida ni. 

Rata-rata aduan dan komen ialah mereka dah menghubungi pihak Celcom berkenaan perkara ini. Dan rata-rata juga memberi maklum balas yang sama - pihak Celcom kata ia adalah perkhidmatan daripada 'pihak ketiga'. Dan kononnya kita sebagai pengguna ni telah membalas mesej 'Yes' kepada pihak ketiga tersebut. Tapi apa yang Pida baca, semua menafikan mereka pernah melanggan apa-apa daripada mana-mana 'pihak ketiga' yang dimaksudkan.

Jadi Pida pun cubalah hubungi talian khidmat pelanggan Celcom di nombor 1111. Pida bercakap dengan seorang staf wanita. Pida tanyakan padanya, apa itu SMS Content Services - Received', dan jawapan daripada dia telah diduga lebih awal.

Seperti yang Pida baca di forum online, jawapan Celcom pada Pida ialah 'ia adalah perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga.' Pida tanya lagi, habis tu kenapa dia caj saya sampai berpuluh-puluh ringgit ni?

Jawapan dia seperti diduga. Dia kata Pida pernah hantar mesej 'Yes' iaitu Pida bersetuju untuk melanggan perkhidmatan daripada pihak ketiga tersebut.

Pida berani kerat kuku laa... Pida ni bukan budak-budak bawah 18 tahun yang perlukan kebenaran ibu bapa atau penjaga nak langgan itu ini. Pida tak pernah, diulangi - tak pernah respon pada mana-mana sms iklan atau promosi apatah lagi yang ajak kita melanggan kandungan sms diorang sebab Pida tau itu semua berbayar. Dan Pida tak perlukan semua itu for the whole world!

Tapi bila dia kata Pida pernah menghantar sms balas 'Yes' ke satu nombor, dan Pida dah baca mengenai jawapan seperti ini banyak kali di forum online, Pida rasa Celcom pun ada main peranan ni.

Pui Celcom, kami bukan budak kecik nak langgan game sms ke, ringtone ke, horoskop cinta ke... no, no, no!

Lepas tu Pida tanya macam mana nak hentikan caj melampau termasuk 'Push Message' yang selalu Pida terima melalui sms, staf Celcom itu meminta Pida hantar 'stop all' ke 37744. Dakwanya, semua caj tersembunyi  tersebut akan dihentikan mulai hari kita hantar sms tu.


Dua kali Pida hantar 'Stop All' ke nombor 37744 tu. Tapi tak dapat apa-apa sms maklum balas pun. Entah ye entah tidak. Takpe, aku tengok bil bulan depan. Kalau masih ada lagi caj tersembunyi tu, aku cubit-cubit ko Celcom!
 

Sekarang ni Pida rasa rugi giler kat Celcom ni. Ntah berapa banyak duit caj tersembunyi yang Pida dah bayar kat Celcom tak pasal-pasal. Dahlah sekarang ni asyik dropped call aje, sampai naik malu aku dengan orang yang menelefon tu asyik kena call Pida dua tiga kali.

Dahlah, Pida nak ke dapur minum air oren.


Pui.

54 comments:

  1. hasben kite gune prepaid je tapi slelau kene gak.. dah 2-3 kali call celcom dia bagi alasam macam ni jugak,,, padahal kite tak langgan pape pon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikk Yatie, prepaid pun kena jugak eh? CELCOOOMMMM!!!!

      Delete
  2. celcom mmg celaka.. ayah saya kt parit madirono yg guna prepaid pun kena jgak.. mmg sial la celcom

    ReplyDelete
  3. Salam pida, hahaha..sy dah lama drop Celcom sbb bil dia suka pedajalkan orang..baru jer byr esk lusa dah smpai msg ckp bil dah smpai limit..senang sy pkai Maxis Prepaid jer..senang ati;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amy Khairul, oh dah pernah kena jugak ke? Haha... dulu saya pakai Maxis tapi coverage di kawasan saya sangat lemah jadi tukar Celcom.
      Tak sangka macam ni Celcom buat kiter... mencik!

      Delete
    2. Yer la pida, maxis ni yg coverage xleh tahan tu, klu line intenet dia pn sama gak..tp ntah la..xpkai hp kan xrelevan plak zaman skrg ni..hehehe

      Delete
  4. Celcom memang ..maxis pun sama..ambik umobile or digi rasa lg murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke juli? Saya blm pernah guna u mobile dan digi. Thanx for da info :)

      Delete
  5. abah saya pun dah kena benda ni. sampai dekat seratus hengget kena bayar, dia pun dengan muka innocence nya tertanya-tanya la kan apadahal yang sedang berlaku ni. haha. kalau topup pun selalu tak masuk. melayang camtu ja duit. ntah apa2 la celcom ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miraaaa (banyaknya a),

      Kalau preapid pun dia 'makan' jugak memang nampak sangat trik celcom ni kan?

      TQ for sharing ;)

      Delete
  6. sya pun dah kena every month kena bayar bil dlm 170-230 walupn tak call byk...dah buat dah stop all tu dkt setiap no yg tertera tp non adoooo next month still dtg lg,last2 cara pling bkesan nak stop sume tu cut the line puas hatiii then bila celcom tya napa nak terminate haaaa hamikkk ko sya tembak puas2 padan muak puas hati hehehehehe...akak terminate je line tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti merah padam muka dia kena tembak hehehe.

      TQ ;)

      Delete
  7. tu la pasal..baru je bayar 150 awal bulan..tau2 dpt msg dh sampai limit.takleh nak call or sms dh...wtf mannnn !! celcom dajal..huh..geramm..ingt org kaya sngt ker nak bayar..bodoh nya celcom..pencuri duit org..PENCURI!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, awak pun dah kena ye? Siap la celcom.

      Delete
  8. AnonymousJuly 06, 2013

    Celcom memang tak boleh pakai. Saya call 5 kali tentang benda nie. Tapi tak ada action langsung. Setiap kali top up mesti mesej 5 angka tue datang. Kalau tak potong duit tak pe, ini tak setiap kali mesej tu sampai potong duit 2,3 ringgit. Ingat cop duit agaknya. Bila tak top up tak de pulak mesej nie sampai. Kali ke 5 call memang kena maki hamun le operator tu. Last2 operator cina yg jawab. Memang perkhidmatan celcom tahap low class penyamun.

    ReplyDelete
  9. Salam semua,

    Benda ni dah keluar di RTM1 kalau tak salah saya. Dlm rancangan Titik Sentuhan *sentuh ke hati penonton kut* bertajuk Toyol Komunikasi mcm tu lah bunyi nya. Mmg serius. Saya pun sedang dalam usaha utk menhilangkan toyol tu. Tak apply or subscribe apa2 pun, ia datang dgn tiba2 saja. Kalau la duit boleh dtg mcm tu tak apa la jugak *mata ke atas, tgn di bahu*


    Sekian,

    Dikejar Toyol

    ReplyDelete
  10. Mohd Khairil, ye ke? Baguslah kalau skuad RTM dah buat laporan. Tapi setakat mana keberkesanannya ek?

    TQ ye.

    ReplyDelete
  11. Saya rasa ni mungkin sebab phone jenis OS android - paling mudah kena virus, malware, sepaiware dan macam-macam ware lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal android ke? Bukan Celcom memang cekik darah ke? Hehe.

      Delete
    2. xder kaitan langsung dengan smart phone la..ini celcom punya pedajal..celaka aku pun baru kena rugi rm16 ringgit..boleh bekal 2 hari tu..rugggii

      Delete
  12. saya pun kene jgk... baru2 ni saya ada apply untuk pakej internet talian 1 + 5 isteri saya...selepas 2 hari terima mesej Celcom kata dah ok... tapi kene caj proses + advance 1 bulan = almost RM75.00.. ok saya stuju... apa yg berlaku, internet tak berfungsi... so saya call 1111... jawapannya jenis telefon isteri saya tiada fungsi internet(cap ayam gamaknya...). So saya minta batalkan pakej tersebut. Selang beberapa hari talian tersebut kene bar... xpe lah saya ingat ada out standing bill yg byk... lepas tu isteri saya telah membeli smartfon baru yg confirm ada fungsi internet... jadi saya call semula 1111 untuk memohon semula pakej internet.. terperanjat juga bila pihak Celcom beritahu bill tertunggak cuma RM14 something lah... than saya tnya kenapa line kene BAR? jwpannya... ada penggunaan internet... aaai...? ada plus minus RM550.00... lagi hairan bin ajaib... ditanya lagi kenapa cmtu...jwpnya... mungkin isteri saya tertekan butang fungsi internet guna setelit... naama pun tertekan...bukan mengguna... pun kene caj!!!! sedangkan masa pakej internet lulus fon tak berfungsi... camne tu? saya tanya lagi...ada apa bukti penggunaan tak? jwpnnya...sukar untuk Celcom buktikan... just bagitau pakai internet je...waaaa...senangnya buat duit... sebagai pengguna yg "tak mengguna" pun tak pasal2 je kene bayar... bila saya ajukan cadangan untuk bawa perkara ni ke Tribunal Pengguna...secepat kilat talian saya dgn khidmat pelanggan diputuskan...kuang asamm!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruknya. Habis awak bayar jugak ke?

      Delete
  13. hukhuk..every week kena pedajal kt no 33115.. wajib..bukan sunat2 dah..konfem ambik...adoiii giler sungguh.. dh buat stop all 3 kali tp still mcmtu jugak.. gerammmmm giler!!

    ReplyDelete
  14. Rupanya ramai yang kena ek... huhuhu

    ReplyDelete
  15. aku baru kene 225 bil bulan ni.. biasa 90 je..aku baru langgan ternet yang 58.. aku anggar paling2 dalam 160 je bulan ni.. tup2 225..padahal mase daftar tenet tu aku dah bayar 58 tu

    ReplyDelete
  16. AnonymousJune 08, 2014

    Celcom gila sial. Prepaid rm10 xsampe 3hari. Xda kol cuma sms ke teman20, pun abis kredit. Isi kredit bebyk makin byk lh abis!!!Rm30 pun smggu! Memang gila!!!

    ReplyDelete
  17. Jom bertukar ke tone excel tune talk...stiap kali top up dpt point..dpt top up free..point boleh claim utk ticket wayang dn mcm2 lg...paling best boleh dpt ticket kapal terbang serta insuran 100k..jom bertukar...

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. 100% stuju dgn ap yg kak pida tulis nie.. even baru belasan hengget caj tu, tp bg effect yg besaq... bila pegi kt celcom, dia suquh hantaq STOP ALL binatang ap xtau... pala otak, takdak beza langsung... bulan nie naiq lg banyak.. pungkoq sunggoh.. dh la nk kena dngq mak beletiaq la, ap la... aishhh... sabaq-2..

    *luahan seorang pelajar :(

    ReplyDelete
  20. Aku guna celcom ok je bill.x melambung sgt pn pnh gna maxis smua bnda nk d caj,kna bar pn kna rm10 bbnding celcom xkna pn,coverage celcom pn antara yg terbaik kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coverage celcom mmg baik tapi hidden charge dia yg jahat kan.

      Delete
  21. XSABAR NK TUKAR DR CELCOM KE U MOBILE..CELCOM PENIPUUUUUU

    ReplyDelete
  22. Salam sis....sekarang ni masih guna celcom ker? masih ada lagi tak charge sms content service tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tiey.. saya masih guna celcom. Dah lama tak cek. Malas rasanya nak cek hehe

      Delete
  23. ambo nok ghoyak sikek ,sblum ni ambo topap rm10 bulih tahan sebulan (dari segi penggunaan ambo ler ) ,tup tup ,1 bulan lepaih da start ambo ghaso dok sedap ati ,guano ni ,ghaso kene cekik kaw kaw ,mu oghe bayangkan ,ambo call dari cel ke cel -die caj 1 saat rm o.11 sen ,gila tahap ghaban ...mu oghe kiro sendiri ler kalu darab kepada 1 minit ...da nak menitik air mata kawe ....sd

    ReplyDelete
  24. Terima kasih celcom ...atas kjujuran mu itu ...berkat sungguh rezeki mu tu nok kasi anak beranak makan duit hasil ******* ,mu pikir sendiri la...

    ReplyDelete
  25. Sedey sedey kawe ....:-( :-(,

    ReplyDelete
  26. Baru2 ni aku terkena 700 lebih cas celcom content 23336 tu..sy terkena start bulan sy xbyr bil..nmpk x permainan disitu..celcom nk ambik ksempatan...bukan nk tlong org melayu...menjahanamkn adela..kepada yg nk gune celcom pospaid..hati2 la..1sms cas 4rggt x 14 sebulan..dh brape duit nyer..nak curi duit org sesuka hati..aku xhalalkn duit yg aku byr..pecah la perut ko...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke.. tak sangka smpi seteruk itu. Tak tukar yg lain ke..

      Delete
  27. Saya pakai postpaid sebulan je
    Lps settle bil trus port out tukar line lain
    Tiba2 dpt surat ad bil tertunggak rm169 ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa dari mana dtg rm169 tu?

      Delete
    2. AnonymousJune 19, 2017

      saya pernah jadi macam ni..tak guna pun tapi ada bil tertunggak...

      Delete
    3. Penah kena jgk mcmni, dh nk dekat 6bulan tukar line lain tibe2 celcom kata kte ad byrn trtunggak lg.. Puih!!siot jee

      Delete
  28. Kes saya lg pelik. Sejak 2 bln ni ada caj sms sedangkan saya ambil plan free call. Nape nk guna sms. Yg paling pelik. Sms tu di hantar ke no saya lg 1 sdgkan no tu saya bawa kemana pergi. Hari ni celcom call kata sms tu mmg ada hantar. Mlm ni nk buat report ke Skmm. Jk x jalan.nk bawa report ke PPim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan.. macam sengaja nak cas wlupun ke nombor kita sendiri. So mcmana skrg?

      Delete
  29. AnonymousMay 04, 2017

    slm, sy ade trima sms dr 39125. pixelmagicnet.com . game ape ntah. sy tak langgan. trima sms mengatakan succussful game. dari 22/4/17 setiap hari.
    28/4 hr jumaat sy dah call celcom, n celcom kate dari 3rd party. so kite kene call,website or email. call invalid no. website xdpt carian. so sy email minta unsubscribe . malangnya hari isnin 4/5 dpt sms lagi. adoii stress nye. charge games saje dah rm33 unt 1 week tu. .. hrni call celcom lagi. diorng kate x boleh buat ape2. bertambah stress sy. sapa ade cadangan di persilakan. no ni dah pakai lebih 10thn. sekian luahan sy..

    ReplyDelete
  30. AnonymousJune 19, 2017

    Saya pun terkena juga ni ingatkan kena pasai nak sambung balik perkhidmatan sb tertunggak.saya pun tak tahula.tapi bulan ni kena lagi banyak..tu yang hairan baru semak bil balik..kat situ ada tulis mobile contents..hairan juga sebab cajnya tak sama setiap bulan tapi baru dua bulan ni ja jadi macam ni.. lepas tu saya cuba selidik kat internet sampaila saya jumpa blog pida rupanya banyak yang terkena yer. Padahal saya tak pernah langgan pun perkhidmatan tu..Sejak dua bulan memang banyak SMS yang diterima dari celcom tapi saya buat tak tahu ja terus delete..Rupanya ada rahsia tersembuyi bil kita pula kena cas..terukla kalau macam ni..Cecom tak dak duit nak bayar gaji kat pekerja dah kot buat macam ni...

    ReplyDelete
  31. Mcm mana sebenarnya nk stop all those stupid mentekedarah duit orang punya services ek?

    Stop tak boleh
    Stop all tak boleh
    Unsubscribe tak boleh..

    Dah caps lock pun tak mau..

    Nyampah pulak dgn celcom ni!!!!!

    ReplyDelete
  32. Port out dari celcom postpaid dengan bayaran 98 ringgit sebulan. SEMUA bil dah bayar penuh, tetapi selepas beberapa hari dapat emel mengatakan ada tunggakan RM 58.45. dan MESTI bayar online. Apa hal plak ni, bila semak dengan tempat biasa bayar, takde pulak.

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...