Salam settle,
Sejak minggu lepas ada sorang staf boss call Pida.
"Pida, tolong installkan e-terimaan kat pc boss," kata staf ini menyatakan masalah.
"Aiseyman, gua outstation kat luar ni," Pida membalas dengan malas.
"So macam mana?" dia bertanya lagi.
"Macam tu la... lu tunggu la sampai gua balik minggu depannya lagi," Pida berbahasa dengan sopan sekali.
"Tak pe la... gua delegate pada budak gua," masih sopan gaya bahasa pertuturan Pida.
Pida pun call technician Pida mintak dia tolong settlekan masalah. Pida bagitau dia, CD installer ada dalam laci bilik Pida. Pida ajar dia cara-cara nak pecah masuk pintu bilik Pida sebab dia takde kunci bilik Pida.
Masalah selesai. Itu pada tanggapan Pida.
Pagi tadi, staf yang sama call lagi.
"Pida, eP boss 'hang' la."
Aiseyman, ni yang aku malas ni. Pagi-pagi dah kasi aku masalah. Takpelah... tukar masalah tu jadi rezeki. Mind setting kena betul, barulah boleh jadi positif.
So, sejak pagi tadi Pida dengan technician Pida stay kat bilik boss untuk selesaikan masalah. Nasib baik boss takde, so dapatlah Pida duduk atas kerusi kulit mahal dia tu. Ye la... bila lagi kan nak merasa. Harapkan kerusi sendiri setakat boleh pusing 360 darjah tapi kaki dah tempang. Kalau senget sikit mau tertonggeng aku.
Berbalik kepada masalah tadi. Ini masalah baru ni. Semua kaedah dah cuba. If-then-else dah guna berapa ratus kali tapi masih tak settle. Pida dah mula bosan. Last-last technician Pida cakap, "Cuba tengok balik apa yang saya buat masa Pida suruh minggu lepas."
Pida pandang muka dia. Tengok balik apa yang kaubuat minggu lepas? Kau nak bagitau aku ini kau punya pasal ke?
Pida pun tak banyak cakap. Terus masuk kernel direktori. Periksa satu baris demi satu baris. Mak aii... banyaknya line. Mata dah mula berpinar tengok nombor-nombor ip yang sangat banyak.
Tiba-tiba mata Pida kesan sesuatu. Something fishy. Ada 2-3 perenggan line yang redundant. 2-3 line yang duplicate. Ok, inilah puncanya kenapa aplikasi eP tu tak dapat berfungsi.
Pida trace satu-satu line dan buang line yang duplicate dengan berhati-hati. Kalau salah delete lagi besar masalah aku nanti. So, mata yang bulat dan galak adalah tools yang diperlukan dalam misi ini.
Tiiittt... tiiittt....
Pida buang mana yang patut. Pastu Pida run aplikasi tu.
YES!!! Berjaya! Alhamdulillah.... rupanya adalah masalah di peringkat host file. Fuhh... lega. Kalau tidak, maunya Pida kena tidor kat opis settlekan masalah tu.
Technician Pida pun melonjak-lonjak kegembiraan. Pastu Pida jegilkan mata kat dia. Kenapa kau tak mengaku dari pagi tadi Musalmahhhhh????!!!!!
Pida menulis dengan rasa bebas; tanpa belenggu, tanpa asakan, tanpa takut, tanpa mewakili apa-apa dan siapa-siapa. Apa yang Pida tulis dan luahkan tidak semestinya melambangkan keperibadian Pida. Blog ini juga sebagai memori terhadap perjuangan allahyarham bonda tercinta yang begitu tabah menghadapi kanser sehingga ke akhir hayatnya. Tidak sesaat Pida tidak merinduinya.
Showing posts with label pc. Show all posts

Friday, June 29, 2012
Thursday, January 19, 2012
Tips menangani komputer lembab
Salam lembab,
Salah satu perkara yang boleh membuatkan kita tension ialah bekerja dengan komputer yang lembab. Bukan lembap basah sikit-sikit tu, tapi lembab iaitu lambat tak boleh nak sabar lagi dah. Kalau tunggu lama sikit mau jahanam komputer tu kena lempar.
Nak tunggu satu huruf keluar pun ambik masa seminit. Kalau dua huruf, dua minit. Kalau tiga huruf, tiga minit. Kalau emp... eh, sampai infiniti pun tak selesai lagi kalau cenggini kekdahnya.
Baiklah murid-murid,
Pada hari ini Cikgu Pida nak mengajar satu tips yang berkesan untuk mengurangkan kelembaban komputer.
Tapi sebelum itu mari kita bertawaduk sebentar untuk memastikan punca-punca yang menyebabkan komputer kita itu lembab. Antara sebab utama dan cara penyelesaiannya :
1) RAM kecik.
RAM kau 1 gig tapi kau bantai tengok video ceramah kat youtube. Pastu sambil-sambil dia buffering tu kau bukak tab baru pastu kau download video lagu Kopratasa pulak. Udah le tu, rupanya kau layan Command & Conquer. Bila komputer tu hang, kau gi ngamuk kat pakcik van adik kau. Patut tak patut?
Apa kata kau pegi tukar seluar pastu kaucarik kedai komputer mintak dia upgrade RAM komputer kau tu. Jangan lupa tadi mak kau suruh beli kicap dengan sarung tangan.
2) Komputer bertukar menjadi pusat ternakan virus, malware dan trojan
Wah, dah berjaya jadi penternak nampaknya ye. Boleh dapat anugerah peladang jaya peringkat zon ni. Tahukah kau bahawa virus, malware dan trojan adalah unsur-unsur parasit yang telah hadir ke sistem komputer kau tanpa diundang?
Kau ingat masa kau download video, mp3, emel dan games terutamanya tu takde sekor dua makhluk halus tu merasuk komputer kau? Silap besarlah... diorang tunggu je kau klik 'YES', pastu diorang bersorak sakan sebab dapat mendajal kau.
Senang je, kau masukkan anti virus dan sila pastikan yang anti virus kau tu sentiasa diupdate dengan patch-patch terkini yang diperolehi secara online. Contohnya Kaspersky (yang paling Pida suka), Symantec, AVR, McAfee dan Dettol anti-kuman.
3) Banyak sangat start-up program
Yang ni Pida selalu nasihatkan user Pida supaya kurang-kurangkan la pegi clubbing... eh tersasul pulak. Pida bagitau kat user agar buang mana-mana ikon yang tak perlu sangat di desktop tu terutamanya ikon shortcut. Ni sampai penuh desktop dengan segala bagai ikon, memang la lembab komputer tu.
Itu yang sampai 5 minit cuma nak tunggu start-up aje. Sirap dah habis dua cawan, minum horlick pulak, tapi komputer masih belum ready lagi. Tension tak tension tak?
Lagi satu, terlalu banyak widget di desktop juga akan melembabkan sistem komputer kerana RAMlah RAM perlu cater benda-benda ni sekaligus dengan program-program lain yang berjalan.
4) Perkakasan bermasalah
Kausebut apa perkakasan ni? Hardware eh? Cecece... orang putih konon... ok tak kisah la. Janji kaufaham bahawa masalah hardware pun boleh menyebabkan komputer kau jadi lembab.
Contohnya hard disk kau rosak. Yelah dah rosak macam mana sistem nak jalan dengan baik ye tak?
Contohnya lagi mouse kau tu liar sangat. Kau edjas ke kanan dia pegi ke kiri. Kau klik Yes dia mengempar ke No.
Ini senang je, kau mintak mak kau duit sepuluh ringgit, kau naik bas bayar tambang guna duit kau sendiri pastu kau tekan loceng bila bas tu berenti kat depan kedai komputer. Kauturun baik-baik, jangan pijak lecak, nanti seluar jeans tu kotor, pastu kau tolak pintu kedai tu (kalau ada tulis Pull kau kena tarik), pastu kaucakap kat tokei kedai yang tengah main video game tu "Nak mouse satu."
Ok, itu antara punca utama kenapa komputer kau lembab menyakitkan hati dan membuatkan boss ternanti-nanti maklumat yang dihajati tapi tak sampai-sampai ke mejanya sejak pagi tadi.
Oh, ada satu cara paling cool yang Pida nak kongsikan kepada pembaca Pida yang hanya seramai tiga orang ni mengenai cara melepaskan beban memori RAM kita tanpa perlu merestart komputer.
Kita selalu buat aktiviti copy paste, cut paste, edit gambar, copy gambar dan lain-lain lagi yang menggunakan memori RAM ke tahap maksimum kan?
Lagi satu, kalau kita rajin menggunakan perisian grafik seperti Photoshop, Illustrator, InDesign, Flash waima PowerPoint sekalipun, penggunaan RAM komputer kita akan meningkat. Apabila RAM meningkat, kelajuan komputer akan menurun (low memory). (Analogi : Orang yang obes tak dapat berlari dengan laju)
Contohnya kalau kita copy satu gambar jpeg, kita paste gambar tu pada aplikasi lain. Jangan ingat RAM tu dah bebaskan beban gambar tadi. Ia masih memegang saiz RAM yang besar tadi atau dengan kata lain, RAM akan terus memegang beban saiz objek terakhir kita. Wah kalau cenggini nak kena shutdown komputer la baru RAM boleh ringan sikit.
Eh, ada Pida cakap cenggitu?
Tak perlu susah-susah nak shutdown. Shutdown pun akan ambik masa lama jugak kalau RAM tu dah kekurangan memori.
Cara termudah ialah bukak aplikasi notepad atau wordpad, taip satu character (abjad, nombor atau simbol) dan copy character yang kita taip tadi. Dengan cara ini, RAM akan melepaskan beban saiz yang besar tadi dan mula memegang beban yang jauh lebih kecil saiznya (satu character tadi). Jadi, kelajuan komputer akan dapat dipulihkan. Oh ya, tak perlu nak paste-kan character yang di-copy itu. Sekadar syarat bahawa RAM komputer kita sudah jadi ringan sikit.
Jadi, itu sahajalah perkongsian melalui pengalaman Pida ini. Semoga ia bermanfaat untuk semua pengguna komputer, pelayar internet, dan penggodam sistem.
Selamat bermain komputer!

![]() |
RAM di atas bantal kuning. Eh, bantal ni lagi? |
Saiz RAM paling besar ialah 4 GB sementara RAM terbaik ialah DDR3.
2) Komputer bertukar menjadi pusat ternakan virus, malware dan trojan
Wah, dah berjaya jadi penternak nampaknya ye. Boleh dapat anugerah peladang jaya peringkat zon ni. Tahukah kau bahawa virus, malware dan trojan adalah unsur-unsur parasit yang telah hadir ke sistem komputer kau tanpa diundang?
Kau ingat masa kau download video, mp3, emel dan games terutamanya tu takde sekor dua makhluk halus tu merasuk komputer kau? Silap besarlah... diorang tunggu je kau klik 'YES', pastu diorang bersorak sakan sebab dapat mendajal kau.
![]() |
Assalamualaikum, kami kumpulan VIRUS! Kami tidak boleh dihapuskan melainkan dengan minuman kultur sahaja. "Boss, minuman kultur bukan untuk perut ke?" "Hei kau diamlah! Aku kan boss!" |
Senang je, kau masukkan anti virus dan sila pastikan yang anti virus kau tu sentiasa diupdate dengan patch-patch terkini yang diperolehi secara online. Contohnya Kaspersky (yang paling Pida suka), Symantec, AVR, McAfee dan Dettol anti-kuman.
![]() |
Nampak tak tanda 'jempol' tu? Itu menandakan rasa puas hati pengguna setia Kaspersky. |
3) Banyak sangat start-up program
Yang ni Pida selalu nasihatkan user Pida supaya kurang-kurangkan la pegi clubbing... eh tersasul pulak. Pida bagitau kat user agar buang mana-mana ikon yang tak perlu sangat di desktop tu terutamanya ikon shortcut. Ni sampai penuh desktop dengan segala bagai ikon, memang la lembab komputer tu.
Itu yang sampai 5 minit cuma nak tunggu start-up aje. Sirap dah habis dua cawan, minum horlick pulak, tapi komputer masih belum ready lagi. Tension tak tension tak?
Lagi satu, terlalu banyak widget di desktop juga akan melembabkan sistem komputer kerana RAMlah RAM perlu cater benda-benda ni sekaligus dengan program-program lain yang berjalan.
4) Perkakasan bermasalah
Kausebut apa perkakasan ni? Hardware eh? Cecece... orang putih konon... ok tak kisah la. Janji kaufaham bahawa masalah hardware pun boleh menyebabkan komputer kau jadi lembab.
Contohnya hard disk kau rosak. Yelah dah rosak macam mana sistem nak jalan dengan baik ye tak?
Contohnya lagi mouse kau tu liar sangat. Kau edjas ke kanan dia pegi ke kiri. Kau klik Yes dia mengempar ke No.
Ini senang je, kau mintak mak kau duit sepuluh ringgit, kau naik bas bayar tambang guna duit kau sendiri pastu kau tekan loceng bila bas tu berenti kat depan kedai komputer. Kauturun baik-baik, jangan pijak lecak, nanti seluar jeans tu kotor, pastu kau tolak pintu kedai tu (kalau ada tulis Pull kau kena tarik), pastu kaucakap kat tokei kedai yang tengah main video game tu "Nak mouse satu."
![]() |
Tikus peliharaan Pida. |
Ok, itu antara punca utama kenapa komputer kau lembab menyakitkan hati dan membuatkan boss ternanti-nanti maklumat yang dihajati tapi tak sampai-sampai ke mejanya sejak pagi tadi.
Oh, ada satu cara paling cool yang Pida nak kongsikan kepada pembaca Pida yang hanya seramai tiga orang ni mengenai cara melepaskan beban memori RAM kita tanpa perlu merestart komputer.
Kita selalu buat aktiviti copy paste, cut paste, edit gambar, copy gambar dan lain-lain lagi yang menggunakan memori RAM ke tahap maksimum kan?
Lagi satu, kalau kita rajin menggunakan perisian grafik seperti Photoshop, Illustrator, InDesign, Flash waima PowerPoint sekalipun, penggunaan RAM komputer kita akan meningkat. Apabila RAM meningkat, kelajuan komputer akan menurun (low memory). (Analogi : Orang yang obes tak dapat berlari dengan laju)
Contohnya kalau kita copy satu gambar jpeg, kita paste gambar tu pada aplikasi lain. Jangan ingat RAM tu dah bebaskan beban gambar tadi. Ia masih memegang saiz RAM yang besar tadi atau dengan kata lain, RAM akan terus memegang beban saiz objek terakhir kita. Wah kalau cenggini nak kena shutdown komputer la baru RAM boleh ringan sikit.
Eh, ada Pida cakap cenggitu?
Tak perlu susah-susah nak shutdown. Shutdown pun akan ambik masa lama jugak kalau RAM tu dah kekurangan memori.
Cara termudah ialah bukak aplikasi notepad atau wordpad, taip satu character (abjad, nombor atau simbol) dan copy character yang kita taip tadi. Dengan cara ini, RAM akan melepaskan beban saiz yang besar tadi dan mula memegang beban yang jauh lebih kecil saiznya (satu character tadi). Jadi, kelajuan komputer akan dapat dipulihkan. Oh ya, tak perlu nak paste-kan character yang di-copy itu. Sekadar syarat bahawa RAM komputer kita sudah jadi ringan sikit.
Jadi, itu sahajalah perkongsian melalui pengalaman Pida ini. Semoga ia bermanfaat untuk semua pengguna komputer, pelayar internet, dan penggodam sistem.
Selamat bermain komputer!
Friday, December 9, 2011
PC pening
Pagi ni bangun awal - pukul 6.45 pagi. Awal la sangat... orang dah balik menoreh Pida oiiii!
Rasa bersemangat nak pegi kerja. Rania dan Aqil mood very good, pagi-pagi dah mandi, pakai cantik-cantik nak pegi tadika. Sufi pula masih bersemangat meneruskan sisa-sisa mimpinya. Mimpi basah si kecik tu... ye basah sebab dia ngompol dalam diaper ye!
Pida pegi kerja dengan hati yang berbunga. Sampai ofis, punch in. Pida awal hari ini. Memang biasa pun awal juga walaupun kadang-kadang punch pukul 7.59 atau tepat pukul 8.00 pagi.
Masuk bilik, bukak PC, AIKKKK???
Pida pikir, kenapa banyak sangat mesej ralat ni? Pop-up sana, pop-up sini, lesen Kaspersky expired? Biar betul ko... baru bulan lepas Pida renew, takkan lesen valid sebulan je kot?
Pida pasti pc ni dah mula mereng ni... Pida tarik nafas dalam-dalam, Pida baca doa qunut banyak-banyak, dan Pida halakan cursor ke task bar. Got it!
ps: Solution : Simply correct the date!

Subscribe to:
Posts (Atom)