Tuesday, January 10, 2012

Ada Apa Dalam Beg Tangan Pida

Salam beg tangan,

Sebagai seorang wanita berkerjaya yang sentiasa sibuk dengan tugas rasmi di pejabat dan urusan keluarga di rumah, Pida memerlukan sebuah beg tangan yang praktikal, besar dan semestinya bergaya.

Ciri-ciri beg tangan pilihan Pida :

1)  Praktikal

2)  Besar

3)  Bergaya

Astaghfirullah... kan dah bagitau kat atas tu Pida! Heeee.... ringan!


Baiklah saudara saudari sekalian, yang menang biarlah menang, dah mahkamah kata tak bersalah, nak buat camana lagi ye tak?

Ok, sekarang tiba masanya Pida membuka rahsia ada apa pada pida dalam beg pida...





Assalamualaikum, nama saya beg tangan. Saya telah dimiliki oleh Pida. Dia menjaga saya dengan baik sekali seperti dia menjaga tingkah lakunya sendiri. Ramai kawan opis Pida memuji saya kerana menurut mereka saya kelihatan seperti beg pramugari Penerbangan Malaysia MAS cuma beg tangan pramugari takde jalur-jalur tu sebab pihak MAS tak terfikir untuk mereka beg tangan pramugari mereka seperti saya. Sekian, wassalam.






Ini purse Pida. Cuba kau tengok jenama apa tu? Haaa... ulang balik... ye... PRADA ok.. PRADA...          Beli kat pasar lambak.







Anak dah ada tiga orang haruslah MyKid pun ada tiga keping. Kat bahagian atas purse tu gambar keluarga tercinta. Sebagai pemangkin semangat untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan.








Pida suka simpan kupon Dominos sebab Pida ni penggemar pizza Dominos. Lebih sedap daripada Pizza Hut wa cakap lu! Topping dia yang paling menyentuh kalbu ialah Classified Chicken. Budak rider Dominos tu siap dah boleh pejam mata hantar pizza ke rumah Pida. Kadang-kadang Pida order suruh hantar ke opis. Boss ambik bau je la! Keh keh keh .








Sebagai seorang yang sentiasa mengambil maklumat walau di mana saja berada, pen dan buku nota wajib ada dalam beg tangan Pida. Dulu masa Pida bawak beg tote yang saiz besar, Pida siap bawak buku nota saiz A5 lagi. Bukan apa, kadang-kadang terjumpa artis contohnya Badul ke, boleh la mintak otograp terus.Tapi kalau takde pen dan kertas, Pida buat catatan kat handphone je. Kan namanya telefon pintar hehe...









Pendrive dan external HDD pun wajib ada dalam beg tangan Pida sebab dah terbiasa bawak. Kalau Pida bawak beg tote, kadang-kadang Pida masukkan sekali netbook kat dalam tu. Sebab kadang-kadang masa pegi mesyuarat ada je benda nak kena present. Tapi Pida memang pantang orang cucuk pendrive ke pc atau netbook Pida sebab takut virus. Pida gunakan kaedah emel / online sahaja. Orang-orang yang kurang IT literate ni harus dididik tentang bab-bab penjagaan bahan digital.










Kunci opis haruslah sentiasa ada dalam beg tangan Pida. Kalau tak bawak pun takde hal sebab pintu bilik Pida tu boleh umpil dengan besi pecah rumah je. (Kokak ek?) Di gugusan kunci ni ada kunci bilik server dan kunci untuk akses ke bilik anak buah Pida (nak tengok diorang buat keje ke sok sek sok sek kat dalam tu hehehe)... Takdelah gurau je. Pida tau anak buah Pida rajin-rajin. Pida takde hal bagi diorang markah LNPT >90. Siap dapat APC lagi.












Kunci Waja Pida (gelaran untuk kereta kesayangan Pida). Waja dah terlalu banyak berjasa pada Pida. Wajalah yang membawa kami ke sana ke mari, ke opis mencari rezeki, balik ke kampung menemui insan dirindui... tak sampai hati nak gantikan dia dengan Stream ;P










Actal atau ubat gastrik ni memang sentiasa ada dalam beg tangan Pida. Ia keperluan penting pada saat-saat Pida tak berdaya untuk meneruskan kehidupan ini lagi. Wah, celupar mulut kau ye. Pida ada gastrik, jadi Actal ni sebagai persediaan jika Pida kena gastrik. Makan dua biji, mengucap dua kalimah syahadah, insya Allah sembuh.









Gincu ni sentiasa ada dalam beg tangan. Ini adalah gadget yang penting kerana ia mempunyai kuasa yang menjadikan diri seseorang itu kelihatan seksi dan berkeyakinan ketika berhadapan dengan pihak boss atau pihak bank. Pida tak simpan bedak compact atau two-way face cake sebab Pida jenis tak bersolek. Pagi-pagi lepas sapu krim Garnier Light ala kadir, Pida sapu bedak bayi je. Pernah jugak cuba bedak compact, tapi muka jadi macam syaitan je. Terus tak jadi pakai.









Pisau lipat ni Pida memang simpan di dalam beg tangan. Banyak kegunaannya ni. Nak beli swiss army knife macam poyo sangat, pisau seposen pun bolehlah. Antara kegunaannya ialah menyembelih lembu yang berkeliaran di lebuh raya dan memberi kata dua kepada laki supaya dia hala stereng balik kampung Pida sahaja pada hari raya ;P








Ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak bilang aku, aku yang tengah malu, eh, ternyanyi lagu Wali Band pulak. Haa... diaper adalah alat inovasi yang mesti ada dalam beg tangan Pida ketika keluar berjalan membawa si kecik tu. Dalam kereta pun ada bekal diaper jugak. Sebab si kecik ni kita tak tau time bila dia nak berak. Dia nak berak dia berak je. Bertuah punya si kecik.










Selain diaper, tisu basah merupakan gadget yang sentiasa ada dalam beg tangan Pida. Sebab kalau tengah jalan-jalan biasanya susah nak carik air untuk membasuh tangan yang melekit terutama bila anak-anak makan gula-gula atau aiskrim. Jadi, tisu basah adalah penyelesaian terbaik supaya tangan sentiasa bersih.











Hand sanitizer pun ada dalam beg tangan Pida. Tujuannya adalah untuk membersihkan tangan bila mana tak ada air ketika dalam perjalanan atau di dalam kereta. Yang ni member Pida hadiahkan selepas dia balik dari Amarika Syarikat tahun lepas.








Beg uncang yang comel ini Pida gunakan sebagai saku telefon bimbit Pida. Henfon Pida taklah canggih sangat, tapi ia sungguh istimewa sebab ia adalah hadiah daripada suami tercinta. Suami memang tau taste Pida mesti ada keyboard qwerty. Pida tak minat yang skrin sentuh-sentuh ni. Eh, mana gambor henfon Pida? Oh, tengah digunakan untuk mengambil gambar.










Krim Ezerra ni Pida pastikan sentiasa ada dalam beg tangan Pida. Ia adalah krim untuk si kecik Pida yang ada mild eczema. Jadi, bila eczema dia naik, Pida cepat-cepat sapukan krim ni supaya dia rasa lega. Krim ni Alhamdulillah elok untuk kulit dia.










Woi! Ni sapa yang dengki masukkan benda alah ni dalam beg tangan aku nii!?







4 comments:

  1. haha...
    tak abes ketawa lagi nie..

    ReplyDelete
  2. Fello, dah pukul 5 petang ni. Dah abis ketawa ke belum? haha

    ReplyDelete
  3. uncle, bantal kuning tu adalah alasan paling berlapik untuk buat-buat gila akibat tidak mahu pergi mesyuarat. (konon-konon sakit kepala kena baring dan rehat dulu).

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...