Monday, January 16, 2012

Minggu ke-3 masih menangis

Salam menangis,

Hari ini sudah masuk minggu ketiga Rania bersekolah. Dan hari ini juga genaplah 3 minggu Rania menangis di rumah tak nak sekolah. Apa kes?

Pida bertanya pada Rania apa sebab dia tak nak pergi sekolah. Dia tak jawab, malah semakin tinggi graf sedu-sedannya.

Pida lembutkan lagi suara Pida menanyakan dia. Akhirnya Rania bersuara jua, "Mak cakap apa ni, Nia tak dengar sepatah haram..."

Oh, rupanya Pida terus mutekan suara. Patutlah dia tak dengar. Harap mulut je bergerak-gerak macam bercakap sesuatu.

Pida usap kepada jendul Rania dengan sepenuh kasih sayang. Laki di sebelah tetiba cemburu... apehal bai...?

"Kenapa Nia taknak gi sekolah sayang?"

Senyap. Sesekali terdengar sedu-sedan yang macam dipress-press gitu.

"Nia takde kawan ke?"

Geleng.

"Habis, abah tak kasi Nia duit belanja?" Masa ni Pida dah jeling kat laki di sebelah yang tengah asyik membetulkan kereta remote control Aqil.

"Kasi... abah kasi tiga ringgit gitu..."

Eh, kok ada gitu.

"Ok, tell me now. Why u don't want to go to school dear?"

Haa kan dah tergeliat lidah Pida.

"Nia rindukan mak..." Dan tangisan terus berkumandang menenggelamkan suara tangisan Sufi yang dahagakan kasih sayang susu ibunya.

Hmm... dia rindukan Pida. Boleh percaya ke?

Pida perasan, sejak Rania masuk sekolah, dia berubah menjadi agak pendiam. Dia kurang bercakap. Kalau dulu, dia tak renti-renti membebel macam tertelan radio kekdahnya.

Tapi, setiap kali kalau Pida ambil dia dari sekolah, mulut dia potpetpotpetpolpot memang sah tertelan radio. Tak abis-abis bercerita. Sampai Pida kata, "Lama lagi ke cerita Nia ni?"

Minggu lepas Rania mengadu pada Pida yang dia diejek oleh classmate lelaki di kelasnya kerana dia memakai cermin mata. Rania marah budak tu, katanya. Pida tau Rania tersinggung dengan ejekan itu dan dia berasa rendah diri kerana memakai cermin mata.

Pida pujuk Rania. Pida beritahu dia jangan pedulikan ejekan itu. Jangan sentap. Pida katakan padanya bahawa budak lelaki itu sebenarnya nak berkawan dengan Rania tapi dia malu nak cakap baik-baik. Jadi, budak lelaki tu gunakan kaedah reverse psychology untuk menarik perhatiannya. Nampaknya Rania boleh terima alasan Pida tu.

Dan Pida juga tegaskan bahawa memakai cermin mata bukanlah satu kekurangan, malah ia satu kelebihan yang menjadikan diri seseorang itu unik dan istimewa. Pida puji Rania dengan mengatakan dia kelihatan lebih cun bila memakai cermin mata. Rania senyum bila dipuji begitu. Amboi... kembang letteww!



My daughter Rania has been wearing specs since the age of four due to astigmatism. Symptom : Severe headache. Factor : Genetic.



Inilah yang menjadi kegusaran Pida sebenarnya. Bahawa menghantar anak ke dunia luar bererti juga melepaskan dirinya ke dalam kelompok manusia yang rencam sifat dan perangainya. Bahawa tidak semua manusia mampu membuatkan kita berasa senang. Bahawa ada saja manusia yang mengambil kesempatan atas kelainan dan ketidaksamaan orang lain berbanding dirinya.

Setiap hari selepas solat subuh, Pida ajar Rania berdoa agar dia berasa seronok untuk ke sekolah dan mendapat kawan-kawan yang baik. Mungkin pada Rania, sekolah adalah tempat yang asing bagi dirinya. Mungkin dia rindu akan teacher dan kawan-kawan tadikanya.






Apapun, kehidupan mesti diteruskan. Pida katakan pada Rania, jika dia ingin masuk universiti, dia mesti mulakan dengan DARJAH SATU!




Lukisan Rania pada Jumaat lepas. Thank you, Nia. Mak suka sangat lukisan ni. Tapi.........  besar sangat tu! HAHAHAHA

5 comments:

  1. HAHAH..... Siot jek lukisan tu...

    ReplyDelete
  2. nape kalau pida komen kat arenawafiy tentang "RETIS" jek, mesti tak display. Hati tu afdlin shauki, ni Nazmi Faiz. Nape eh??

    ReplyDelete
  3. 1)Fello, lukisan tu ilustrasi pelukis sahaja hahaha.

    2)Ha tu la! Ingatkan penulis padam komen tu. Lepas ni tobat tak tulis perkataan retis dah.

    ReplyDelete
  4. aku rasa kan, better kau jumpa cikgu rania tu..
    sian dowh tgk dia asik nangis jer..
    budak2 lain dah kejang2 kaki agaknyer lari2 gembira kat sekolah..

    owh yer, aku ada cakap kat nia nak bagi dia diari hatiku..semoga dapat mengurangkan kadar kenaikan kemurungan rania di sekolah..(mengurangkan kadar kenaikan???!!)

    ReplyDelete
  5. tia ji, aku rasa dia nangis sbb tak dapat lagi diari hatiku tu...

    btw, nampaknya dia dah tak nangis lagi. Sebab dah belajar. Oh, rupanya dia mengikut jejak langkahku, suka belajar.

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...