Wah, lev-lev gitu tajuk kali ni.
Memang indah di kala bercinta. Segalanya bagai bunga yang mekar dan harum mewangi di taman sari. Tiada kata yang dapat diluah tatkala berhadapan dengan belahan jiwa, hanya pandangan mata yang menusuk ke hati. ♥♥♥ Oh, alangkah indahnya cinta! ♥♥♥
Cuba angkat tangan siapa yang sedang dilamun cinta sekarang? Mak aii.... ramainya yang tengah jatuh cinta. Ok, setuju tak kalau Pida katakan yang kaumerasai semuanya di bawah ini; saat ini? Tanda-tanda jatuh cinta!
♥ Kau asyik senyum memanjang.
Orang tengah dilamun cinta la katakan... Semua perkara kauhadapi dengan senyuman. Semua perintah boss kauterima dengan senyuman. Abah kau marah sebab kau terlupa tutup pintu reban ayam pun kau masih mampu memberikan senyuman!
Depan kambing pun kausenyum.
Macam ni la rupa orang tengah jatuh cinta ;P Thanks Google. |
♥ Kau makan tapi tak pernah kenyang.
Mungkin sebab kau ni jenis membela agaknya. Ataupun kaulupa baca Bismillah sebelum makan. Sebab dalam hati dan mulut kau tu tak lain tak bukan hanyalah buah hati kau tu je. Kan? Kan?
Tengok cara makan pun tau jenis membela. Bela cacing. |
♥ Kau mandi tapi tak pernah basah.
Agaknya memang badan kau je masuk dalam bilik air tu. Tapi sebenarnya kau tak bukak pun air sebab kaubayangkan buah hati kau tu ada kat depan kau. Dah kau tu jenis kalau mandi bukak semua. Tinggal alat-alat tertentu je. Malu letteww!!!
Jangan salahkan orang lain jika dia menutup hidung semasa berdiri di sebelah kau. Kemungkinan besar kau tidak mandi sejak mula jatuh cinta. |
♥ Kau tengok apa saja pun kau nampak dia aje.
Ini namanya gila bayang. Tak pun gila isim. Pantang bukak mata, kau asyik nampak buah hati kau tu je dok melambai-lambai dan bagi flying kiss kat kau. Kau tak sedar sebenarnya yang kat depan mata kau tu ialah nenek tiri kau.
Tahap kronik dah ni. Kalau dulu-dulu orang dah mula gali dah. Tinggal nak tanam je.
Asal tengok bantal je kau terbayang muka dia. Asal tengok bulu ayam je kau terkenang wajah dia. Masuk ni dah 3 kali lebih kau tukar kain. Eh, apa kena-mengena? |
♥ Segalanya tentang dia adalah baik belaka.
Kau tak boleh terima bila orang kritik atau kutuk dia. Haruslah orang yang kutuk tu jadi musuh kau buat selama-lamanya. Kau lebih rela hidup dalam penafian (denial syndrome) padahal kau memang dah tau bahawa buah hati kau tu memang jenis pantang tengok orang lawa.
Semua yang ada pada dia nampak sempurna di mata kau walaupun kadang-kadang perangai dia pelik sikit. |
♥ Kau berdebar-debar setiap kali bertentang mata dengan dia.
Rasa macam jantung tu nak copot aje setiap kali kau memandang dia. Berdebar lain macam. Denyutan jantung menjadi lebih laju. Rupa-rupanya kau mengidap simptom lemah jantung.
Makwe : U pandang apa teww? Pakwe : Ada lewww... |
♥ Kau rasa jeles tak tentu pasal.
Berbulu mata dan bertaik telinga kalau kau dengar bahawa buah hati kau tu bercakap mesra dengan orang lain dan sentiasa senyum dengan orang selain kau. Tapi kau lupa bahawa buah hati kau tu adalah seorang operator khidmat pelanggan.
"Kemon la anje... takkan nak jeles... I cuma bawak iguana I jalan-jalan pusing pekan je tadi. Bukannya I hangkut mana-mana minah pun." |
♥ Kau rasa macam nak menikah time tu jugak!
Ini memang sahih kau tengah jatuh cinta. Dah, pergi niat puasa!
Saya nak kawin. Boleh? |
klako btol gambo nia n qiqil 2..
ReplyDelete*entri kali ni x bape nk mnyengat..pfftt~
hiLma, terima kasih kerana sudi baca dan tq kerana bagi komen yang membina. pfftt~
ReplyDeletejatuh cinta lagi... lagi lagi ku jatuh cinta...
ReplyDelete