Showing posts with label AJL. Show all posts
Showing posts with label AJL. Show all posts

Friday, January 25, 2013

Ada apa pada AJL 27

Salam ajl 27,

Sebenarnya dah lama Pida nak buat entry tentang AJL27 yang telah berlangsung pada 6 Januari 2013 lalu. Tapi oleh kerana Pida tengah takde mood memandangkan sedang bersedih dengan pemergian ibunda tercinta, Pida peramkan dulu hajat nak buat entry ni. Tapi bahan semua dah ada sebenarnya. Pehh.. memang kellas aku ni.

Gambar-gambar dalam entry ni semuanya Pida ambik sendiri dari kaca tv Pida. Memang Pida mengaku la gambar tak cantik, maklumlah pakai kamera henpon direct ke tv. TV murah pulak tu, takde home theater. Baik, takde kena-mengena.

Logo AJL27 yang bertemakan Ekspresi Seni. Logo AJL ini memang cantik. Kredit untuk pencipta logo ini.


Baik, kita mulakan ulasan. Sebanyak 12 lagu dipertandingkan pada malam tersebut. Lagu-lagu tu ada yang selalu Pida dengar dan ada jugak yang tak pernah Pida dengar.


Lagu pertama yang bertanding ialah Ombak Rindu. Lagu ni memang popular sangat tapi Pida tak berapa minat.

Persembahan Ombak Rindu dikira 'gah' sebab ada Aaron Aziz. Tetapi pada Pida, penampilan pelakon utama dalam persembahan pentas bagi soundtrack filem macam ni dah tak berapa surprise sangat. Orang dah tak heran sangat pun sebenarnya. Kau heran?

Lagu Patah Seribu nyanyian Shila Amzah. Pida tak minat sangat lagu ni. Kalau dengar kat radio memang ada harapan aku tukar channel lain.

Shila sangat cantik malam tu. Pakai macam ni je la dik... ayu sungguh. Orang panas baran pun boleh jadi sejuk bila tengok engkau macam ini.

Tak payah la kemaruk sangat nak pakai pesen macam ni...

Haa kan dah serupa.

Lagu seterusnya berjudul 'Simetri' gandingan Amy Search dan Hazama. Pida tak pernah tau lagu ni. So bila dengat kali pertama tu memang tak rasa best la.

Pida rasa rimas dengan konsep persembahan yang ditampilkan dalam lagu 'Simetri' ini. Mungkin nak sesuaikan dengan lirik. Pida nampak macam konsep neraka pulak. Hahaha.

Lagi-lagi bila tengok Hazama tiba-tiba ada benda alah tu kat dahi dia. Amit-amit jabang bayik. Terkejut mak noks. Setakat rambut dread-lock tu takpe lagi.

Gimik lagu seterusnya.

Lagu Idola nyanyian Azlan And The Typewriter.

Agaknya memang dah menjadi identiti Azlan yang suka buat aksi dramatik menerusi solekan topeng di muka.

Persembahan mereka boleh tahan bagus. Lagu ini merangkul tempat kedua AJL27.  

Seterusnya lagu 'Pelangi Senja' nyanyian Stacy. Lagu ni pada Pida biasa-biasa aje. Stacy tak berapa cantik malam tu, macam selekeh sikit. Agaknya sebab Pida dah biasa tengok dia dalam fesyen santai kot.

Persembahan Stacy malam itu biasa saja. Konsep tarian ballet yang biasa disaksikan.

Ini ialah persembahan lagu yang berjudul 'Lagu' nyanyian Bedroom Sanctuary. Lagu ini cute. Cuma mungkin tak berapa kuat untuk dijulang sebagai Juara Lagu. Tapi iramanya catchy. Persembahan pun santai sahaja dan menarik. Tengok rambut dia, sangat cute. Harap-harap rambut Sufi pun boleh jadi macam tu.

Mana boleh sama macam rambut dia, mak... Rambut Sufi ni kalau tak Valentino Rossi, macam rambut Sathiya.


Ini adalah persembahan yang menarik dan segar daripada peserta seterusnya iaitu Amir Jauhari yang mempertandingkan lagu Tanpamu. Walaupun kali pertama mendengar lagu ini, tapi Pida rasa lagu ini sangat catchy. Persembahan mereka nampak urban.

Inilah penyanyi Amir Jauhari tu. Unik sebab dia cat keseluruhan muka dia dengan cat emas.

Inilah lagu yang paling Pida tunggu-tunggu. Lagu yang menyentuh hati Pida - Teman Pengganti. Entah kenapa lagu ini mengingatkan Pida pada arwah mak. Seolah-olah mak menujukan lagu ini untuk kami semua sebelum pemergiannya. Persembahan dimulakan dengan tiupan saksofon oleh komposer terkenal Jari (kalau salah mohon betulkan).

Lagu ini asalnya menggandingkan Black dengan Malique. Tapi malam tu Malique tak ada, dan tempatnya digantikan dengan rapper RJ.

Sebagai peminat lagu rap, Pida rasa Black dan RJ (Rapper Jambang) telah menyampaikan lagu Teman Pengganti ini dengan sangat cemerlang. Pida kasi 5 bintang kat diorang. Black menyanyikan lagu ini dengan penuh perasaan dan suara nyaring dia memang merdu dan mendayu-dayu. Tak ada sebatang note pun yang sumbang ketika Black melantunkan lagu bernada tinggi ini. RJ pulak memang terbaik. Sebutan lirik rapnya sangat jelas, tidak kedengaran seperti 'mumbling', lancar dan suara maskulin dia memang mantap.

Part paling best ialah ketika rangkap terakhir mereka nyanyi bersama-sama. Gabungan dua genre (rap dan melodi) yang dinyanyikan secara synchronize sangat menjadi dan sempurna. Black dan RJ memang ada kelas! Persembahan mereka memenangi anugerah Persembahan Terbaik.

Ini pula persembahan lagu yang memenangi AJL 27 iaitu Terukir Di Bintang. Memandangkan Yuna tak dapat menyampaikan lagu ini, jadi ia telah digantikan oleh Aizat. Rentak klasikal lagu ini seolah-olah lagu nostalgia zaman-zaman Neil Sedaka dulu.

Aizat menyanyikan lagu ini dengan penuh profesional. Dia nampak selamba, bersahaja, seksi dan nampak macam Halim Othman. Persembahan lagu Terukir Di Bintang ini berinspirasikan suasana di mana pemuzik jalanan (busker) sedang menghiburkan orang ramai yang lalu lalang. Sungguh cool. Mug merah yang dipegang Aizat memberi impak besar dalam persembahannya kerana ia dilihat sebagai objek yang menceritakan situasi santai tersebut.

Lagu jiwang Andaiku Bercinta Lagi dendangan Mojo ni memang Pida minat. Dah lama tak dengar lagu macam ni pada zaman sekarang ni. Memang kreatif si Edry ni cipta lagu yang membangkitkan kemeriahan lagu-lagu rock jiwang. Persembahan pembukaan menampilkan Marsha yang membawakan melodi permulaan. Nasib baik Marsha nyanyi sedap, tak sumbang macam penyanyi Mojo semasa separuh akhir hari tu. Ke laut.

Ini Aweera, penyanyi kumpulan Mojo. Hensem jugak 'ek? Dulu pun ada penyanyi yang muka macam dia, Alim dari kumpulan Kris. Tapi Aweera ni nyanyi macam sumbang sikit la. Kena practise lagi banyak-banyak ye Wee.

Pida rasa kumpulan Mojo cuba menampilkan gaya ala-ala era zaman Renaissance dalam persembahan mereka. Aura yang cuba diserapkan iaitu kesuraman dan kekecewaan turut dirasakan sepanjang persembahan mereka. Best, sesuai dengan kisah di sebalik lagu cuma takde rezeki untuk menang.

Lagu terakhir yang dipertandingkan ialah lagu Anak Kampung persembahan Jimmy Palikat dan One Nation Emcee. Boleh tak kalau Pida katakan ONE tu tumpang populariti lagu ini? Ataupun ONE yang membantu Jimmy Palikat melangkah ke persada arus perdana?

Persembahan mereka macam karnival Cuti-Cuti Malaysia. Ada pengaruh persembahan Noraniza Idris yang biasa menonjolkan elemen citrawarna sebegini. Meriah. Warna-warni, unik dan kreatif. Mengetengahkan tarian kebudayaan masyarakat Sabah dan Sarawak. Ok la... Pida suka persembahan mereka.

Persembahan selingan menampilkan empat rocker tanah air menyampaikan lagu hits masing-masing. Mereka ialah Rahmat (Mega), Joey (BPR), Aris Ariwatan dan Ramli Sirap. Nyanyian mereka diiringi dengan petikan gitar oleh Malmsteen, Joe Satriani, Slash dan Man Kidal. Huhu...

Rahmat Tohak - suara masih boleh tahan laa.. tapi tak semantap zaman kegemilangan dia dulu.
Joey BPR - pancit, selaras dengan usia.

Aris Ariwatan - Pida suspek dia tak dengar muzik pada awal lagu, sebab tu dia nyanyi tak ikut beat. Kalau sesiapa yang pernah nyanyi dengan live band, memang masalah kalau speaker depan tu tak mengadap kita. Menyanyi dalam live band sebenarnya kita tak dengar apa-apa pun sebab muzik bingit. Sebab tu speaker depan tu kena mengadap penyanyi supaya dia dapat dengar muzik dan seterusnya boleh menyanyi ikut beat. Mana Pida tau? Sebab Pida pernah nyanyi live band dulu.

Ramli Sarip - Vokal dia yang biasa. Takde apa yang baru pun. Dah namanya pun Ramli Sarip....

Pengacara Faizal dan Cheryl - masih dengan gaya biasa yang sangat cliche. To me, they are simply boring.

Apa lagi nak ulas 'ek? Tak ada apa-apa lagi kot...

Chau.



Tuesday, January 31, 2012

Tentang AJL26

Salam AJL,

Pida berkesempatan menonton siaran langsung AJL26. Pida tengok bersama suami dan anak-anak kat bilik tidur kami. Pukul 9 malam hall bawah dah gelap sebab kami semua dok pakat tengok tv kat atas katil sampai tertido sendiri.


Logo AJL26 yang cantik. Konsep 'air' sangat menarik dan kelihatan canggih di pentas.



Budak-budak ni sibuk tunggu lagu Kalau Berpacaran. Si Sufi yang tak cukup umur tu pun terkinja-kinja berjoget macam la esok nak kiamat. Last-last bila lagu dah abis dia main bola sepak dengan Aqil. Terjerit-jerit Pida suruh diam sebab bola melantun ke sana ke mari sampai gol di atas kepala Pida.

Bercakap mengenai AJL, Pida dah mula tengok rancangan ni sejak siaran pertamanya dulu iaitu pada tahun 1986 (dulu Juara Lagu 86). Sejak itu Pida tak pernah miss AJL. Pada Pida, AJL yang paling best dan happening ialah Juara Lagu 91 ketika irama rock kapak sedang menjadi fenomena pada masa tu.


Lagu Sekadar Di Pinggiran telah memenangi Juara Lagu '86.



Lagu Takdir Dan Waktu nyanyian kumpulan Mega menjadi Juara Lagu 91. Masa ni memang paling best. Semua lagu best-best.




AJL26 yang baru berlangsung ni pada Pida kira best jugak la. Walaupun kebanyakan lagu yang dipertandingkan Pida tak pernah dengar, tapi gubahan muzik orkestranya sedap. Ye, Pida ni memang jenis tak dengar lagu sebab tak dengar radio. Dengar radio pun time dalam kereta pegi kerja.

Pida pulak tak suka dengar radio swasta macam hot, era, suria dan sinar sebab pada Pida radio swasta ni takde isi sangat selain iklan yang bising menceceh dan memboringkan. Pida layan radio kerajaan jugak haha.

Pida takde la nak komen sangat pasal AJL26 ni. Cuma ada beberapa point yang Pida nak kongsikan, inipun sekadar pendapat Pida aje...



1.    Lagu yang masuk bertanding

Oleh kerana banyak lagu yang Pida tak pernah dengar, jadi tak adil la kalau Pida komen kualiti lagu. Tapi pelik jugak la sebab kebanyakan lagu yang masuk termasuk dalam genre baru seperti lagu Wanita Seluruh Dunia tu. Lagi satu lagu Yuna tu pun Pida tak pernah dengar (ketinggalan giler aku ni). Entah di manalah kekuatan lagu-lagu seperti itu ek?


Sebelum ni Pida tak kenal Projek Pistol. Tetiba lagu masuk AJL. Hebat tu.



Lagu yang Pida minat dalam AJL26 ni ialah lagu Sedetik Lebih.


Pida jatuh cinta sangat kat Anuar Zain, oh salah, Pida jatuh cinta pada lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain. Sungguh menyentuh jiwa. Lagu ini ditujukan khas untuk suamiku dengan ucapan "Malam ni nak buat apa?"



Lagu Sungai Lui tu pulak sebenarnya Pida banyak kali dengar kat radio tapi tak pernah dengar dari mula sampai habis. Kat AJL26 ni la baru Pida tau rupanya lagu Aizat.

Pida frust sebab lagu Sixth Sense tak dapat masuk final. Untuk genre sekarang ni , lagu Sitxh Sense je yang Pida boleh layan. Sebab Pida masih layan lagu rock kapak sampai sekarang.




2.    Artis yang masuk bertanding

Kebanyakannya artis yang menyanyi tu Pida kenal kecuali yang nyanyi lagu Kanda Dinda tu. Atilia kan? Yang tu kenal. Yang tak kenal tu yang lelakinya tu. Monoloque. Haa dah kenal sekarang.

Pida suka sangat tengok cara Yuna pakai shawl masa dia nyanyi lagu Gadis Semasa tu. Nampak trendy sangat. And she looked urban. Kalau si Najwa Latif tu macam tak kena sangat la fesyen dia. Patutnya dia kena pakai yang agak sleek sebab badan dia kecik dan rendah.


Yuna - cantik, bergaya, stylo, urban, sofistikated 



Najwa Latif - takpe, dia masih budak-budak. 


Artis perempuan yang lain macam Jac, Ning, Sheila Amzah dan Alyah pakaian agak seksi dan nampak montot tu lentik sangat. Terasa tau!



3Suara. Tapi takde 1 suara pun yang betul-betul Pida suka. 



Paling Pida suka ialah Hafiz. Sempoi giler. Rasanya masa dia buat latihan pun baju dia lebih cantik. Serius dia selekeh masa nyanyi sebab dia pakai pakaian macam dalam video klip dia. Dah la pakai seluar track suit je, singsing sebelah kaki pulak tu, tshirt pun tshirt buruk je. Ditambah dengan rambut yang serabai. Pada Pida pakaian untuk persembahan Hafiz adalah sangat unik!


Kau pernah tak nampak artis masuk pertandingan nyanyi-nyanyi pakai seluar senam je dengan tshirt plain dan tak sikat rambut? Pastu seluar singsing sebelah. 











3.    Persembahan artis yang bertanding

Untuk kategori Persembahan Terbaik, ramalan Pida mengena dengan tepat. Alyah menang. Persembahan sebagai patung di dalam music box memang menarik.


Alyah membuat persembahan sebagai patung di dalam music box. Tahan pulak dia berdiri statik macam tu. Kalau Pida dah nak tergelak dah. 



Sebenarnya persembahan kanda dinda pun best jugak, suka tengok diorang pakai pakaian tradisional siap bertanjak sekali. Solekan Atilia pun nampak cantik sangat.


Kekanda Adinda persembahan Atilia dan Monoloque. Persembahan diorang best tapi tak menang.


Persembahan Faizal Tahir pada Pida tak berapa outstanding kali ini. Biasa-biasa je. Cuma ada la gempak sikit sebab dia bakar piano.


Faizal Tahir bakar piano tapi piano tak terbakar. Magik tak? 

Persembahan Kalau Berpacaran agak berserabut kot... pening kepala tengok tapi itulah yang budak-budak suka.

Pida rasa serabut tengok persembahan Kalau Berpacaran ni. 



Najwa Latif yang membawa konsep Youtube di monitor pada Pida tak berapa best. Muka dia nampak nervous giler masa menyanyi. Teringat kerja rumah tak siap kot.

Najwa Latif di dalam skrin Youtube yang menjadi platform utamanya sebelum terjun ke aliran mainstream.


Yang lain tu biasa-biasa je.



4.     Vokal artis yang bertanding

Masa dengar Hafiz menyanyi, Pida dah agak dia boleh menang Vokal Terbaik. Tekaan Pida betul. Suara dia memang power la, sebijik macam dalam kaset.

Tapi oleh kerana Pida kurang meminati suara Jac, maka Pida rasakan lagu Sedetik Lebih tu macam rosak sikit la. Kalau Anuar Zain yang bawak memang sedap sangat lagu tu. Lain kali mintak Ramlah Ram nyanyikan boleh?

Suara Najwa Latif agak sedap sedikit masa AJL ni. Takdelah gepeng sangat macam yang kita biasa dengar kat radio tu.




5.     Pengacara

Semasa dapat tau Faizal Ismail dan Cheryl Samad jadi pengacara, Pida macam mmm... boring la. Sebab selama ni diorang jadi pengacara tak power sangat. Lawak pun dibuat-buat. Jadi, momentum untuk menonton tu menurun sikit.




Tapi masa AJL26 ni gandingan diorang ni taklah terlalu membosankan. Cuma Pida tak ketawa dengan lawak diorang. Masih cliche, tapi ok la... Cuma nak bagitau Cheryl nampak sangat cantik masa AJL26 ni. She's so stunning.




6.     Lagu yang menang

Pida nak lagu Sedetik Lebih yang menang, tapi Awan Nano pun ok jugak la... daripada lagu yang ntah hapa-hapa, lebih baik lagu Awan Nano tu.





Lagu Beribu Sesalan tu kira sedap la jugak, cuma Pida tak berapa gemar lagu yang tiada bass dan dram. Setakat piano je, rasa macam kosong sikit. Kalau ada bunyi bass, barulah sesuatu lagu tu mampat gitu.




7.     Penyampai hadiah

Aiseh, nama pun Anugerah Juara Lagu, grand gitu, tapi kenapa yang bagi hadiah setakat Ahmad Izham Omar? Paling bajet pun panggil la Datuk Johan Jaafar derr...




Apa pun, jambangan bunga hadiah tu sangat cantik.






Secara keseluruhannya, AJL26 telah berjaya membuatkan Pida dan keluarga terhibur dan kagum dengan kecanggihan set pentasnya. Kalau tv3 buat apa-apa mesti gempak 'ek? Tapi kalau rtm mesti nampak kusam je. Apasal haa? Takpe, Pida tengok rtm, sebab tu Pida tau. Haha.













Tetiba.




Semua gambar dari Google.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...