Salam ajl 27,
Sebenarnya dah lama Pida nak buat entry tentang AJL27 yang telah berlangsung pada 6 Januari 2013 lalu. Tapi oleh kerana Pida tengah takde mood memandangkan sedang bersedih dengan pemergian ibunda tercinta, Pida peramkan dulu hajat nak buat entry ni. Tapi bahan semua dah ada sebenarnya. Pehh.. memang kellas aku ni.
Gambar-gambar dalam entry ni semuanya Pida ambik sendiri dari kaca tv Pida. Memang Pida mengaku la gambar tak cantik, maklumlah pakai kamera henpon direct ke tv. TV murah pulak tu, takde home theater. Baik, takde kena-mengena.
|
Logo AJL27 yang bertemakan Ekspresi Seni. Logo AJL ini memang cantik. Kredit untuk pencipta logo ini. |
Baik, kita mulakan ulasan. Sebanyak 12 lagu dipertandingkan pada malam tersebut. Lagu-lagu tu ada yang selalu Pida dengar dan ada jugak yang tak pernah Pida dengar.
|
Lagu pertama yang bertanding ialah Ombak Rindu. Lagu ni memang popular sangat tapi Pida tak berapa minat. |
|
Persembahan Ombak Rindu dikira 'gah' sebab ada Aaron Aziz. Tetapi pada Pida, penampilan pelakon utama dalam persembahan pentas bagi soundtrack filem macam ni dah tak berapa surprise sangat. Orang dah tak heran sangat pun sebenarnya. Kau heran? |
|
Lagu Patah Seribu nyanyian Shila Amzah. Pida tak minat sangat lagu ni. Kalau dengar kat radio memang ada harapan aku tukar channel lain. |
|
Shila sangat cantik malam tu. Pakai macam ni je la dik... ayu sungguh. Orang panas baran pun boleh jadi sejuk bila tengok engkau macam ini. |
|
Tak payah la kemaruk sangat nak pakai pesen macam ni... |
|
Haa kan dah serupa. |
|
Lagu seterusnya berjudul 'Simetri' gandingan Amy Search
dan Hazama. Pida tak pernah tau lagu ni. So bila dengat kali pertama tu
memang tak rasa best la. |
|
Pida rasa rimas dengan konsep persembahan yang ditampilkan dalam lagu 'Simetri' ini. Mungkin nak sesuaikan dengan lirik. Pida nampak macam konsep neraka pulak. Hahaha. |
|
Lagi-lagi bila tengok Hazama tiba-tiba ada benda alah tu kat dahi dia. Amit-amit jabang bayik. Terkejut mak noks. Setakat rambut dread-lock tu takpe lagi. |
|
Gimik lagu seterusnya. |
|
Lagu Idola nyanyian Azlan And The Typewriter. |
|
Agaknya memang dah menjadi identiti Azlan yang suka buat aksi dramatik menerusi solekan topeng di muka. |
|
Persembahan mereka boleh tahan bagus. Lagu ini merangkul tempat kedua AJL27. |
|
Seterusnya lagu 'Pelangi Senja' nyanyian Stacy. Lagu ni pada Pida biasa-biasa aje. Stacy tak berapa cantik malam tu, macam selekeh sikit. Agaknya sebab Pida dah biasa tengok dia dalam fesyen santai kot. |
|
Persembahan Stacy malam itu biasa saja. Konsep tarian ballet yang biasa disaksikan. |
|
Ini ialah persembahan lagu yang berjudul 'Lagu' nyanyian Bedroom Sanctuary. Lagu ini cute. Cuma mungkin tak berapa kuat untuk dijulang sebagai Juara Lagu. Tapi iramanya catchy. Persembahan pun santai sahaja dan menarik. Tengok rambut dia, sangat cute. Harap-harap rambut Sufi pun boleh jadi macam tu. |
|
Mana boleh sama macam rambut dia, mak... Rambut Sufi ni kalau tak Valentino Rossi, macam rambut Sathiya. |
|
Ini adalah persembahan yang menarik dan segar daripada peserta seterusnya iaitu Amir Jauhari yang mempertandingkan lagu Tanpamu. Walaupun kali pertama mendengar lagu ini, tapi Pida rasa lagu ini sangat catchy. Persembahan mereka nampak urban. |
|
Inilah penyanyi Amir Jauhari tu. Unik sebab dia cat keseluruhan muka dia dengan cat emas. |
|
Inilah lagu yang paling Pida tunggu-tunggu. Lagu yang menyentuh hati Pida - Teman Pengganti. Entah kenapa lagu ini mengingatkan Pida pada arwah mak. Seolah-olah mak menujukan lagu ini untuk kami semua sebelum pemergiannya. Persembahan dimulakan dengan tiupan saksofon oleh komposer terkenal Jari (kalau salah mohon betulkan). |
|
Lagu ini asalnya menggandingkan Black dengan Malique. Tapi malam tu Malique tak ada, dan tempatnya digantikan dengan rapper RJ. |
|
Sebagai peminat lagu rap, Pida rasa Black dan RJ (Rapper Jambang) telah menyampaikan lagu Teman Pengganti ini dengan sangat cemerlang. Pida kasi 5 bintang kat diorang. Black menyanyikan lagu ini dengan penuh perasaan dan suara nyaring dia memang merdu dan mendayu-dayu. Tak ada sebatang note pun yang sumbang ketika Black melantunkan lagu bernada tinggi ini. RJ pulak memang terbaik. Sebutan lirik rapnya sangat jelas, tidak kedengaran seperti 'mumbling', lancar dan suara maskulin dia memang mantap. |
|
Part paling best ialah ketika rangkap terakhir mereka nyanyi bersama-sama. Gabungan dua genre (rap dan melodi) yang dinyanyikan secara synchronize sangat menjadi dan sempurna. Black dan RJ memang ada kelas! Persembahan mereka memenangi anugerah Persembahan Terbaik. |
|
Ini pula persembahan lagu yang memenangi AJL 27 iaitu Terukir Di Bintang. Memandangkan Yuna tak dapat menyampaikan lagu ini, jadi ia telah digantikan oleh Aizat. Rentak klasikal lagu ini seolah-olah lagu nostalgia zaman-zaman Neil Sedaka dulu. |
|
Aizat menyanyikan lagu ini dengan penuh profesional. Dia nampak selamba, bersahaja, seksi dan nampak macam Halim Othman. Persembahan lagu Terukir Di Bintang ini berinspirasikan suasana di mana pemuzik jalanan (busker) sedang menghiburkan orang ramai yang lalu lalang. Sungguh cool. Mug merah yang dipegang Aizat memberi impak besar dalam persembahannya kerana ia dilihat sebagai objek yang menceritakan situasi santai tersebut. |
|
Lagu jiwang Andaiku Bercinta Lagi dendangan Mojo ni memang Pida minat. Dah lama tak dengar lagu macam ni pada zaman sekarang ni. Memang kreatif si Edry ni cipta lagu yang membangkitkan kemeriahan lagu-lagu rock jiwang. Persembahan pembukaan menampilkan Marsha yang membawakan melodi permulaan. Nasib baik Marsha nyanyi sedap, tak sumbang macam penyanyi Mojo semasa separuh akhir hari tu. Ke laut. |
|
Ini Aweera, penyanyi kumpulan Mojo. Hensem jugak 'ek? Dulu pun ada penyanyi yang muka macam dia, Alim dari kumpulan Kris. Tapi Aweera ni nyanyi macam sumbang sikit la. Kena practise lagi banyak-banyak ye Wee. |
|
Pida rasa kumpulan Mojo cuba menampilkan gaya ala-ala era zaman Renaissance dalam persembahan mereka. Aura yang cuba diserapkan iaitu kesuraman dan kekecewaan turut dirasakan sepanjang persembahan mereka. Best, sesuai dengan kisah di sebalik lagu cuma takde rezeki untuk menang. |
|
Lagu terakhir yang dipertandingkan ialah lagu Anak Kampung persembahan Jimmy Palikat dan One Nation Emcee. Boleh tak kalau Pida katakan ONE tu tumpang populariti lagu ini? Ataupun ONE yang membantu Jimmy Palikat melangkah ke persada arus perdana? |
|
Persembahan mereka macam karnival Cuti-Cuti Malaysia. Ada pengaruh persembahan Noraniza Idris yang biasa menonjolkan elemen citrawarna sebegini. Meriah. Warna-warni, unik dan kreatif. Mengetengahkan tarian kebudayaan masyarakat Sabah dan Sarawak. Ok la... Pida suka persembahan mereka. |
|
Persembahan selingan menampilkan empat rocker tanah air menyampaikan lagu hits masing-masing. Mereka ialah Rahmat (Mega), Joey (BPR), Aris Ariwatan dan Ramli Sirap. Nyanyian mereka diiringi dengan petikan gitar oleh Malmsteen, Joe Satriani, Slash dan Man Kidal. Huhu... |
|
Rahmat Tohak - suara masih boleh tahan laa.. tapi tak semantap zaman kegemilangan dia dulu. |
Joey BPR - pancit, selaras dengan usia.
Aris Ariwatan - Pida suspek dia tak dengar muzik pada awal lagu, sebab tu dia nyanyi tak ikut beat. Kalau sesiapa yang pernah nyanyi dengan live band, memang masalah kalau speaker depan tu tak mengadap kita. Menyanyi dalam live band sebenarnya kita tak dengar apa-apa pun sebab muzik bingit. Sebab tu speaker depan tu kena mengadap penyanyi supaya dia dapat dengar muzik dan seterusnya boleh menyanyi ikut beat. Mana Pida tau? Sebab Pida pernah nyanyi live band dulu.
Ramli Sarip - Vokal dia yang biasa. Takde apa yang baru pun. Dah namanya pun Ramli Sarip....
Pengacara Faizal dan Cheryl - masih dengan gaya biasa yang sangat cliche. To me, they are simply boring.
Apa lagi nak ulas 'ek? Tak ada apa-apa lagi kot...
Chau.
No comments:
Post a Comment
Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!