Saturday, April 8, 2017

Kembalilah Najip Ali!

Salam kembali,

Baru-baru ini satu kontroversi membabitkan pengacara sensasi dari negeri Temasik iaitu Najip Ali telah tercipta.

Pida tak nak mengulas panjang mengenai perkara ini kerana Pida malas haha. Cuma nak cerita pasal pengacara kegemaran Pida ni aje...

Akibat daripada isu ini, Najip Ali dilaporkan telah disingkirkan daripada terus menggalas tugas sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega 2017 yang sedang berlangsung.

Petikan daripada Beautifulnara.com. 

Hasil carian google dengan kata kunci "najip ali". Ternyata keputusan yang keluar adalah kontroversi yang sedang trending ini.

Bagi pembaca yang pernah mengikuti entry Pida bertajuk maharaja-lawak-mega-minggu-ke-5-jambu, dan juga entry berjudul mlm-2012-minggu-7-jambu-terbaik, Pida ada menyebut tentang Najip Ali. 

Pida memuji cara komen dia yang sangat mantap, bernas dan cerdik; juri paling bijaksana dalam ramai-ramai juri MLM setakat ini.

Dan sebagai pengikut setia MLM, Pida amat gembira kerana pada tahun ini sekali lagi Najip Ali diberi tanggungjawab menjadi juri.

Pida tentunya tertunggu-tunggu giliran Najip Ali menyampaikan komentar terhadap persembahan peserta. Mendengar ulasannya yang ada kelas tersendiri, dah cukup membuatkan Pida rasa 'kenyang'.

Jadi, apabila Najip Ali tidak dibenarkan menjadi juri lagi, Pida berasa amat kecewa. Tiada lagi komen padu dan jitu yang dilontarkan dalam MLM tanpanya.

Entry ini ditulis secara umum, sekadar untuk Pida meluahkan perasaan sedih kerana tidak dapat menonton Najip Ali lagi. 

Pida tak nak komen tentang isu ini dan juga juri yang menggantikan dia. Kerana bagi Pida, Pida hanya menulis tentang apa yang berlaku kepada Najip Ali sekarang. 

Najip Ali - hanya satu Najip Ali.


Sunday, April 2, 2017

Kisah Sufi a.k.a Daniel

Salam Sufi,

Tahun 2017 ni Sufi naik darjah satu. Anak ketiga Pida ni bukan main seronok lagi nak ke sekolah.

Tak sabar-sabar nak pakai uniform sekolah serba baharu dia tu. Kasut, beg, stokin, spender; semua baharu wa cakap lu.

Hari pertama persekolahan, memang Pida tabik spring tahap toink toink punya kat Sufi. Kejut sekali hembus je dah bangun.

Punyalah senang nak uruskan Sufi pagi pertama tu, membuatkan hati Pida berbunga gembira. Semua perkara berjalan lancar. Takde drama nangis-nangis, malas-malas semua tu. Alhamdulillah licin segala.

Ini Sufi dia tengah minum air sarsi. Masa ni ialah sesi transit selepas tamat waktu sekolah agama sementara nak naik van untuk ke sekolah kebangsaan.

Hari pertama sekolah, Sufi dah buat gempak. Pada waktu tengah hari Pida ke sekolah agama untuk skodeng apa aktiviti dia, seorang ustazah bertanyakan Pida nak jumpa siapa?

Pida bagitau nak jumpa Sufi sambil tunjuk ke Sufi kat satu sudut. Lepas tu ustazah tu cakap, "Oh, nak jumpa Daniel ye?"

Pida macam, "Oh tak, saya nak jumpa Sufi," sambil menunjuk lagi ke arah Sufi yang sedang menyalin baju.

"Haa yelah, Daniel la ni kan?" Membuatkan Pida sedikit keliru.

"Tak ustazah, ini Sufi anak saya," bersungguh-sungguh Pida yakinkan ustazah bahawa Pida nak jumpa Sufi bukan Daniel. 

"Tadi dia bagitau ustazah nama dia Daniel," terang ustazah membuatkan Pida terpelanting sambil tertawa besar.

Wasabi punya budak. Patut la ustazah kau beria-ia bagitau mak nak jumpa Daniel. Rupanya engkau la Daniel tu ye? Ketibas betul la kau ni Sufi.

Ada pulak akal kau nak tukar nama kepada Daniel pada hari pertama kau masuk sekolah eh... kau ingat cikgu tak boleh cek nama kau masa register hari tu?

Hai Daniel... daniel...

So far Daniel takde apa-apa masalah sepanjang seminggu pertama persekolahannya. Dia seronok dan dia cepat je dapat kawan-kawan baharu.

Cuma pada hari pertama tu, Daniel menghadapi masalah pertukaran dan pembiasaan untuk ejas masa dari zaman tadika sebelum ni.

Ini pukul 1. Semasa semua murid darjah 1 berkumpul di dewan untuk taklimat guru dan pembahagian kelas.

Kau tengoklah anak aku tu, orang dengar taklimat, dia boleh bantai tido sampai terbaring atas riba budak pompuan sebelah tu.

Kau nampak tak betapa terperanjatnya kawan dia kat belakang tu bila tengok Daniel tiba-tiba terlentok? Hailah Daniel... Daniel...


Maafkan makcik nak, anak makcik si Daniel tu memang ghope itu. Dia takde niat nak lentok atas kamu, dia tak sengaja. Biasa kat tadika pukul 1 dia tido lepas makan hahaha. Maafkan anak makcik ye nak... comel kamu ^_^

Pida pun tak taulah perangai sapa dingikutnya di Daniel ni. Mungkin juga perangai emaknya yang gemar tido dalam mesoarat... huhuhu...

Baiklah, habislah kisah si Daniel pada hari pertama persekolahan.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Sufi semakin seronok dengan rutin persekolahannya. Cuma kasihan sebab beg dia agak berat walaupun dah susun buku ikut jadual.

Pada suatu hari, dalam grup wasap kelas, cikgu maklumkan beberapa orang murid yang mungkin ada masalah penglihatan (rabun) termasuklah Sufi.

Pida tak heran sangat sebab Sufi memang ada sejarah pakai cermin mata dalam salahsilap eh, salasilah keluarganya.

Maka Pida bertanya pada Sufi, Sufi nampak tak apa yang cikgu tulis kat papan hitam? Sufi jawab, dia nampak macam ada air kat mata dia. Maknanya pandangan dia mungkin kabur.

Jadi Pida bawak dia berjumpa optometris. Selesai ujian, memang sah Sufi menghidap silau yang tinggi iaitu 100 dan 125. Rabun dia sikit aje. Kiri kanan baru 25. Silau yang tinggi. 

Makanya, Sufi memang kena buat cermin mata. Dan saat paling best ialah memilih bingkai!

Pilih punya pilih, Sufi berkenan dengan design yang satu ni.

Haa, inilah bingkai yang Sufi pilih sendiri. Ini gambar semasa Sufi baru balik dari sekolah dan baru saja ambik cermin mata selepas 2 hari menunggu tempahan. Tak sabar dia nak pakai ke sekolah esok.


Sufi nak nampak macam Sufian Suhaimi katanya ahaks!


Padahal mak dia dah buat dulu design macam Sufian Suhaimi ahahaha (ye, Pida pun dah pakai spek sebab dah rabun, due to excessive exposure to PC).

Tetapi, kuharapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Hari pertama Sufi bercermin mata ke sekolah, dia menjadi tunpuan beberapa kawannya. Masing-masing sibuk nak mencuba cermin mata Sufi. 

Sampai ke satu tahap ada seorang budak yang merampas cermin matanya dan terus menghilangkan diri. 

Sufi dapat kenal pasti budak tu, dah dikabo ke cikgu tetapi tidak berhasil. Sebabnya, cikgu tersalah inform kepada ibu budak lain. 

Pihak Pida dah terangkan bukan A tetapi B (sebab nama dekat-dekat sama) dan minta cikgu jernihkan keadaan, tetapi nampaknya tiada tindakan susulan. Maka, hilanglah terus cermin mata Sufi itu. 

Kesian juga Sufi masa tu, dahlah kena buli, cermin mata hilang, cikgu pulak tak terus bagitau Pida. Pida tau pun masa balik petang tu. 

Sedih sangat memikirkan mesti Sufi bingung dan memerlukan Pida masa tu tetapi Pida tiada di sisinya; sebab Pida tak tahu kerana tidak diberitahu.

Jadi, mahu tak mahu, Sufi kena buat cermin mata baharu. Sebab dia perlukan cermin mata untuk membantu penglihatan dia.

Bayangkan, baru 3 hari pakai, (jumaat petang, sabtu, ahad. Isnin pagi hilang), dah kena buat lagi. Memang dugaan la ni. 

Kali ini Sufi pilih bingkai yang lebih kurang sama dengan yang hilang tu. Mudah-mudahan tak hilanglah lagi. 

Lebih kurang sama kan? Cuma yang hari tu matte, yang baharu ni glossy sikit. Yang penting nampak macam Sufia Suhaimi jugak hahaha.


Hmmm... kau peratilah si Mumu tu. Dia memang suka kebas spek mak dia. Acah-acah rabun jugak la tu.


Eeee geramnya aku dengan si kecik ni. Pantang lepa, memang kat dialah kalau tiba-tiba spek aku hilang.


Hai, nama saya mat gabra.



Kitowang tak nak selamanya pakai spek. Harap-harap mata kitowang boleh sembuh dan tak perlu pakai spek lagi.

O'yeah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...