Pida terperasan ada satu post di facebook bertarikh Ogos 2017 yang turut menerangkan cara-cara membuat sushi.
Namun yang menarik perhatian ialah kaedah dan peralatan yang digunakan hampir terlalu sama dengan apa yang ditunjukkan dalam entry asli Pida ini. Cuma kaedah dia lebih terperinci, seolah-olah menjawab pertanyaan di ruangan komen di bawah.
Sekian, itu sahaja. Terima kasih.
Salam sushi,
Pagi tadi Pida belajar cara-cara membuat sushi, iaitu sejenis makanan tradisional masyarakat Jepun yang juga merupakan makanan kegemaran Pida. Dalam kalangan masyarakat kita sekarang, sushi bukanlah asing. Sushi boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai di tempat kita.
Pida belajar membuat sushi daripada adik ipar Pida yang memang rajin bab buat-buat kuih ni. Hari tu Pida ternampak post kat facebook dia tentang sushi yang dia buat sendiri, serta-merta rasa terliur nak makan sushi. So dia dengan dedikasinya datang ke rumah Pida untuk membuat sushi.
Jadi di sini Pida nak berkongsi resepi dan cara-cara membuat sushi. Ringkas dan mudah aje nak menyediakan sushi ni rupanya.
Untuk bahan-bahan asas sushi, Pida menyediakan lobak merah, sosej dan telur dadar yang dihiris nipis dan memanjang. |
Sediakan timun yang juga dihiris memanjang. Timun ini ditaburkan dengan sedikit garam untuk meningkatkan rasa dan mengekalkan kesegaran dan kerangupannya. |
Daging kisar yang ditumis bersama bawang putih dan garam. |
Minyak bijan sebagai penambah perasa dan pengilat sushi. |
Ok, demikianlah bahan-bahan asasnya. Senang aje kan? Oh ye, lupa nak cakap. Kalau nak buat sushi kena pakai beras khas dia yang dipanggil beras sushi. Tapi kat kampung-kampung mungkin belum ada kot, kat tempat Pida pun tak banyak sangat.
Jadi Pida gantikan dengan beras biasa aje. Tapi kalau nak sushi tu lembut dan rasanya seakan-akan beras sushi sebenar, gunakanlah beras wangi. Sebab beras wangi lembut dan lebih sedap daripada beras biasa. Kalau nak guna beras biasa pun boleh, tapi pastikan ia lembik sikit supaya ia senang dibentuk dan dimampatkan.
Selain itu, bahan utama sushi ialah rumpai laut atau dalam bahasa inglishnya seaweed. Bahan ini juga mudah didapati di pasar raya-pasar raya berdekatan anda.
Ok, jom tengok macam mana nak buat sushi!
Kemudian kepalan nasi tersebut diratakan supaya sekata di atas rumpai laut. |
Langkah seterusnya ialah meletakkan bahan-bahan inti tadi dan susun cantik-cantik. Kalau letak lintang-pukang nanti hasilnya berserabut bila dipotong. |
Bila dah tekan mampat-mampat, buka gulungan tikar tu dan akan terhasillah sushi yang panjang. Macam lontong aje rupanya. Tapi perasan tak rumpai laut tu nampak macam kusam aje warnanya? |
Oleh itu cara mengilatkannya ialah dengan menyapu sedikit minyak bijan di atas gulungan sushi. Haaa... kan dah nampak kilat? Cantik sikit. |
Yeay! Sushi siap suda! Siapa yang dapat hujung sushi tu memang untung laaa... terlebih panjang inti dia. Hanya insan terpilih yang biasanya dapat bahagian hujung tu. Biasanya orang yang motong la... |
Buat sushi - tak shushah pun...! |
Ni bukan sushi tapi kimbap a.k.a. rice roll. Just nk prbetulkan.
ReplyDeleteBukan sama je ke sushi n kimbap.
DeleteSushi bhsa jepun kimbap bhse korea
sushi jepun masukkan cuka
Deletekimbab korea masukkan minyak bijan
pororo daebak, oh ye ke? Terima kasih ^_^
ReplyDeletewoooo~ .... saya nak buat lah kat rumah...
ReplyDeleteBuat jangan tak buat hihihi...
Deletethank you utk resepi ni... nk cuba ^-^
ReplyDeleteJangan tak cuba ye durrah! tq ;)
Deletemmm..snangla kalau blh guna beras biasa..
ReplyDeleteYe, tapi saya syorkan guna beras wangi sebab ia lembut dan sedap. ^_^
Deleteakak nk tanya, masak beras tu air sukatan camane? biasa ke? and if guna beras sushi?
ReplyDeleteBeras wangi tu akak guna air lebih sikit sbb nak kasi lembut dan lembik. Kalau beras sushi akak tak pernah cuba. Mesti ada sukatan dia kan.. tq :)
DeleteSedapnya..nti nk cuba la utk bbuka puasa..thanx for sharing resepi ni..simple sgt2..:)
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteNak tanya. Seaweed tu nak kene rendam dulu ke x payah? Sebab dia jual dalam bentuk kering macam ikan kering kan.
ReplyDeleteSaya tak rendam seaweed tu. Just gulung2 gitu aje. Dia tak koyak pun. Hehehe... tq :)
DeleteSaya tak rendam seaweed tu. Just gulung2 gitu aje. Dia tak koyak pun. Hehehe... tq :)
Deletesalam nak tanya kat mana boleh beli seaweed klu area puchong
ReplyDeleteGiant..tesco...jusco ade jual...
DeleteGiant..tesco...jusco ade jual...
DeleteTqvm gongzhu :)
Deleteupswell dan billion ada tak jual seaweed tu?
ReplyDeleteUpwell tak pasti. Billion tak pernah nampak pulak. Biasanya kat hypermarket besar2 spt giant tesco aeon big mesti ada. Tq :)
DeleteUpwell tak pasti. Billion tak pernah nampak pulak. Biasanya kat hypermarket besar2 spt giant tesco aeon big mesti ada. Tq :)
DeleteSalam tumpang tanye mne nk dapat nori besar camtu dan sushi rice ?
ReplyDeleteSalam solehin.. yang ni saya beli di giant atau carrefour kalau tak silap. Biasanya di hypermarket mesti ada.. tq :)
DeleteSalam solehin.. yang ni saya beli di giant atau carrefour kalau tak silap. Biasanya di hypermarket mesti ada.. tq :)
DeleteWaah...my feberett t.q dgn resepi ini lg memudahkn
ReplyDeleteTq, cuba buat ye hihi
DeleteTq, cuba buat ye hihi
DeleteNicee. Wasabj nk buat mcm mana ek
ReplyDeleteHehehe, wasabi tak pernah buat. Boleh google ye.. Tq ;)
DeleteNicee.thanks2.wasabi tau tk buat cana
ReplyDeleteDazs, wasabi saya tak tau... Kena google tu hehehhe... Tq
DeleteDazs, wasabi saya tak tau... Kena google tu hehehhe... Tq
DeleteNicee.thanks2.wasabi tau tk buat cana
ReplyDeleteMacam mana ya kalau nak tukar bahan² tu jadi ikan tuna/salmon?nak kena letak cuka ke ?
ReplyDeleteCuka tu tujuannya nak bagi masam dan masak je kan.. Mungkin boleh taruk sikit kot hehehe.. Cuba ye ;)
DeleteCuka tu tujuannya nak bagi masam dan masak je kan.. Mungkin boleh taruk sikit kot hehehe.. Cuba ye ;)
DeleteSaya nk tanya. Seaweed tu seaweed yg snek seawees tu ke? Tak rapuh ke?
ReplyDeleteAnis suraya, saya tak guna seaweed yg snek jajan tu. Saya guna yg sekeping2 mcm kulit popia, mmg khas utk sushi. Dia tak rapuh tapi mcm liat2 sikit, so tak mudah koyak bila digulung. Tq :)
DeleteHai. Kenapa saya tak jumpa seaweed macam kulit popia tuh? Penat cari tapi tak jumpa. Area Seremban
DeleteWasabi mane ade org buat.. Die berasal dr tumbuhan yg ade dekat jepun sana.. Wasabi ni akar tumbuhan tu.. Kalo nk wasabi beli yg ready made je.. Mmg xleh nk buat melainkan korg ade yg tanam wasabi tu
ReplyDeleteTerima Kasih resepinya :)
ReplyDeleteTq for good sharing
ReplyDelete