Tuesday, January 21, 2014

Sila pergi nyamuk aedes!

Salam aedes,

Baru-baru ni kat kawasan kejiranan Pida ada kes denggi. Apa lagi, kelam kabutlah semua rakyat jelata di situ. Walaupun pada hakikatnya taman perumahan Pida nampak macam bersih, namun sebenarnya nyamuk aedes telah membiak di sana dan dan telah mendatangkan malapetaka.

Oleh itu, pada suatu hari minggu, seluruh penduduk taman telah berganding bahu bergotong-royong membersihkan kawasan taman secara intensif. Selama ini memanglah kami semua menjaga kebersihan dan mencegah pembiakan aedes, tapi siapa tahu bahawa aedes masih bertapak jua.

Susulan itu, pada hari Ahad lepas, pihak Jabatan Kesihatan Daerah telah mengambil tindakan merawat iaitu melakukan semburan asap di seluruh kawasan taman. Sejam sebelum itu, sebuah kenderaan pikap penerangan telah menguar-uarkan kepada seluruh isi taman perihal akan berlakunya kerja-kerja penyemburan asap pembunuh aedes di luar dan di dalam rumah.


"Surat khabar lama... bateri lama, tilam, tilam... " Bukanlah itu yang dilaung-laungkan sebaliknya pemberitahuan mesra supaya penduduk bersiap-sedia untuk menutup segala makanan dan menutup mulut daripada ternganga semasa proses penyemburan dijalankan.


Sebagai penduduk yang mendengar kata, Pida pun akur dengan arahan tersebut. Pida nampak ada makanan di atas meja, Pida pun makan semua makanan itu. Sebab kebetulan tengah lapar kan, jadi ngap ajelah.

Tak lama kemudian, petugas Jabatan Kesihatan pun sampai ke rumah Pida. Dia masuk ke dalam rumah dan memulakan semburan dari belakang dapur.


Petugas itu lengkap berpakaian keselamatan termasuk alat topeng muka dan penutup hidung. Kau ada? 


Semburan yang dilakukan di dalam rumah bukanlah dari jenis yang berasap-asap macam biasa tu. Asap dia sikit sangat, tapi bau dia kuat sangat dan lantai jadi melekit sedikit. Rasa berterima kasih sebab tolong bunuh nyamuk aedes yang mungkin sudah membiak di rumah Pida.

Selepas selesai kerja-kerja menyembur di luar dan di dalam rumah, petugas tersebut sekali lagi melakukan semburan kali kedua di kawasan luar taman. Kali ini jenis yang berasap-asap tu pulak.


Tengok tu asap putih tebal hasil semburan untuk membunuh nyamuk aedes.


Selepas sembur, dalam sejam jugalah Pida tak masuk rumah sebab bau semburan tu masih kuat di dalam rumah. So Pida lepak-lepak aje kat luar rumah sambil mengurat orang lalu-lalang.

Maka berakhirlah kerja-kerja penyemburan asap pembunuh aedes di taman Pida. Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Daerah yang telah melakukan tanggungjawab dengan cukup baik.

Dan untuk nyamuk aedes.... nyah kau dari sini!



2 comments:

  1. salam sis,,sy ada terbaca pasal entry buku & koleksi novel lama-lama & sy ternampak novel faridah hanom 2,,,sy buat research master pasal novel 2 & sedang mencari novel 2,,sis jual x novel 2?,,kalu boleh nak sangat sis tolong reply,,kalu x jual sy nak wat copy pun x pelah,,memerlukan sangt2 skrg ni,, pape mintak sis balas kat emel sy norfadilla_dyla@yahoo.com,,thanks sis

    ReplyDelete
  2. Salam Anon, buku Faridah Hanom tu memang masih ada tapi ia berada di rumah bapa saya di Batu Pahat. Saya kat KL ni. Nanti saya try minta tolong bapa saya buat salinan buku tu, insya Allah. Saya faham keperluan seorang pelajar. Insya Allah ye. TQ.

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...