Salam cempedak,
Hari ini Pida dapat rezeki buah yang telah lama Pida cari-cari semenjak dua menjak ini iaitu buah cempedak.
Nak tau tak, masa zaman Pida sekolah-sekolah dulu kan, Pida ni terkenal sebagai anak tokey cempedak tau. Masa tu ab baru je pencen. Jadi masanya banyak dihabiskan dengan mengerjakan kebun buahnya.
Buah yang ada di kebun ab pada masa tu ialah seperti durian, rambutan, limau kasturi, duku, sukun dan yang paling banyak - cempedak. Duku dan sukun pun puas jadi jajan kitorang dulu.
Masa tu memang hidup kitorang bergelumang dengan cempedak aje. Cempedak kat kebun tu ab tanam sendiri, Alhamdulillah berkat tangan sejuk ab tu, buah cempedak yang terhasil tu adalah dari gred AAA!
Isinya masya Allah... orang jawa kata kandhel. Gamol. Tebal. Padat. Manis dan bersari. Berjus sampai kadang-kadang menjejes-jejes ke tangan. Ada yang kuning ada yang oren. Sedapnya nauzubillah... eh sesuai ke?
Oleh kerana terlalu banyak, maka puaslah ab membahagi-bahagikan cempedak itu kepada saudara-mara, jiran-jiran, kawan-kawan dan sesiapa yang murah rezeki.
Sampai satu tahap ab dah puas kasi-kasi kat orang, orang pun dah muak agaknya, ab pun jual!
Cara ab jual senang aje. Sumbat cempedak-cempedak yang masak ranum tu ke dalam boot kereta dan ab berniaga di pasar tani yang berdekatan dengan rumah.
Nak tau bagaimana sambutan terhadap cempedak ab? Laku seyh...!!! Tak sampai dua jam dah habis satu boot penuh.
Lagipun ab jual murah giler... cempedak besor-besor gaban tu ab jual dalam singgit ke dua ringgit je. Mana tak berantu orang membelinya. Barang baik harga murah. Ini macam manyak lugi oooo...
Tak... tak rugi pun. Ab cakap ab jual bukan nak kaut untung banyak-banyak, tapi nak menghabiskan cempedak yang banyak setelah dah tak terbahagi pada orang. Lagipun ab berniaga sambil bersedekah katanya.
Itu kisah lama dulu. Kisah 20 tahun dahulu. Sekarang kebun cempedak tu ab dah jual sebab ab dah tak larat nak maintain. Ab dah tua, nak gaji orang pun bukan tak mampu, tapi sebab kebun tu terletak di Kluang, maka susahlah sikit ab nak ke sana sekarang. Dulu kudratnya 100%, sekarang ye dah kurang.
Berbalik pada cerita cempedak yang Pida dapat tadi.
Dulu bijik ab besor-besor macam bijik getah. Beton tu buat makan petang-petang, makan macam monyet.
Kesimpulannya, Pida rindu akan saat-saat kegemilangan sebagai anak tokey cempedak. Saat mengonyel cempedak sambil berpura-pura menelaah pelajaran.
Bila dah rindukan cempedak, automatik rindu kat ab. Nak cempedak ab!

Serius cempedak ni tak dapat lawan cempedak ab. Ya Allah rindunya pada cempedak ab yang kandhel dan gedi tu. Makan seulas pun tercungap-cungap nak ngabiskan. |
Ini biji cempedak. Orang jawa panggil beton ( cara sebutan {be - besi, ton - tony}). Bijik ni jangan dibuang terus, rebus sampai empuk pastu makan. Pehhh sedap seyh! Rasa macam buah berangan. |
Dulu bijik ab besor-besor macam bijik getah. Beton tu buat makan petang-petang, makan macam monyet.
Kesimpulannya, Pida rindu akan saat-saat kegemilangan sebagai anak tokey cempedak. Saat mengonyel cempedak sambil berpura-pura menelaah pelajaran.
Bila dah rindukan cempedak, automatik rindu kat ab. Nak cempedak ab!
wah.. sedapnya cempedak, teringin plak makan cempedak goreng! :) @
ReplyDeletealhamdulillahsihat.blogspot.com
alyaa aidee, cempedak goreng memang best. Tapi kat tempat saya mahal giler. 3 biji RM2! Tak sanggup nak beli.
ReplyDelete