Showing posts with label darjah satu. Show all posts
Showing posts with label darjah satu. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Kenapa Rania tak mau ke sekolah

Salam tak mau,

Semalam Pida ada peluang untuk slow talk dengan Rania. Pida tanya dia kenapa dia tak nak pergi sekolah sedangkan Pida tau dia suka belajar.

Rania beritahu Pida dia boring dengan apa yang dipelajari di kelas. Pida tak paham maksud dia, jadi Pida tanya dia lagi.

"Nia boring ke belajar kat kelas?"

Dia mengangguk. Tangannya masih memegang remote controller. Sekejap-sekejap bukak channel 611, sekejap-sekejap bukak 615.

"Cikgu ajar apa?"

"Cikgu ajar suku kata. Nia boring la mak, asyik sebut ba, ba, ca, ca. Lenguh mulut Nia," bebelnya sambil bibir muncung-muncung sampai sedepa boleh sangkut 14 batang hanger.

Masa ni Pida pujuk dia. Pida suruh dia sabar dulu. Ikut je cakap cikgu. Pida bagitau dia, bukan semua budak dah pandai membaca macam dia. Cikgu kena pastikan semua murid dalam kelas lancar membaca.

Dia mencebik.

Oh, rupanya sebab itulah Rania tak minat pergi sekolah. Dia tidak belajar sesuatu yang baru bagi dia. Dia sudah sangat lancar membaca, kerana dia sudah mula pandai membaca pada umurnya 4 tahun tetapi cikgu masih mengajarnya mengeja mengikut suku kata. Malah, dia sudah membaca novel-novel nipis dan membaca majalah.

Rania juga sudah lancar menulis, malah sudah biasa membuat karangan mengikut imaginasinya sendiri, tetapi cikgu masih mengajarnya menulis satu-satu huruf dari A sampai Z.

Sebagai ibu, Pida faham kebosanan dia. Namun itulah sistem pendidikan di sekolah kebangsaan kita. Kita kena akur.

Pada Pida, kebanyakan budak sekarang sudah tahu membaca dan menulis seawal usia 5 tahun lagi iaitu bagi mereka yang dihantar ke tadika. Setakat ABC tu memang budak sekarang dah hafal dan pandai tulis. 

Bila masuk darjah satu, budak-budak ni tertunggu-tunggu untuk belajar yang lain pula, maksudnya bukan mengenal huruf lagi.

Namun Pida percaya, masih ada lagi budak darjah satu yang masih belum tahu membaca dan menulis. Sebab itulah cikgu ajar dari peringkat asas 3M. Tapi Pida tak pasti pulak perbezaan antara KBSR yang dulu dengan KSSR sekarang dari aspek penyampaian silibus.

Risau juga Pida dibuatnya. Pida takut Rania tak ada motivasi untuk ke sekolah gara-gara dia bosan dengan gaya P&P di kelasnya. Tapi Pida bagi jaminan pada Rania, masuk bulan Jun, dia akan mula seronok belajar sebab budak-budak semua dah pandai menulis dan membaca. Mak janji ok, Rania?







Hobi Rania ialah membaca, menulis dan mengira. Tempat kegemaran dia ialah perpustakaan dan kedai menjual getah dan sepit rambut.







Rania mula pandai membaca ketika berumur 4 tahun. Sejak itu dia suka menulis apa sahaja yang berlaku di sekelilingnya. Karangan di atas adalah antara yang pertama ditulisnya masa umur dia 5 tahun. Sila abaikan tulisannya yang ke laut. ps: Sempat jugak dia ngutuk aku dalam karangan dia nih!








Ini pun cerita yang ditulis sendiri oleh Nia. Tulisan dia memang buruk, tatabahasa ke laut tetapi ini seratus persen hasil idea dia. Ditulis ketika umurnya 5 tahun.








Selain menulis, Rania juga suka melukis.









Lukisan dia jauh lebih cantik daripada lukisan Pida. Pida memang takde bakat melukis LANGSUNG!














Kan Pida dah cakap Pida tak pandai melukis langsung. Yang kau gi gelak tu pehal bhai? Tengok la gambar ni. Itu pun tiru lukisan Nia. Ceh, siap ada sain tu yang mahal tu.

Monday, January 16, 2012

Minggu ke-3 masih menangis

Salam menangis,

Hari ini sudah masuk minggu ketiga Rania bersekolah. Dan hari ini juga genaplah 3 minggu Rania menangis di rumah tak nak sekolah. Apa kes?

Pida bertanya pada Rania apa sebab dia tak nak pergi sekolah. Dia tak jawab, malah semakin tinggi graf sedu-sedannya.

Pida lembutkan lagi suara Pida menanyakan dia. Akhirnya Rania bersuara jua, "Mak cakap apa ni, Nia tak dengar sepatah haram..."

Oh, rupanya Pida terus mutekan suara. Patutlah dia tak dengar. Harap mulut je bergerak-gerak macam bercakap sesuatu.

Pida usap kepada jendul Rania dengan sepenuh kasih sayang. Laki di sebelah tetiba cemburu... apehal bai...?

"Kenapa Nia taknak gi sekolah sayang?"

Senyap. Sesekali terdengar sedu-sedan yang macam dipress-press gitu.

"Nia takde kawan ke?"

Geleng.

"Habis, abah tak kasi Nia duit belanja?" Masa ni Pida dah jeling kat laki di sebelah yang tengah asyik membetulkan kereta remote control Aqil.

"Kasi... abah kasi tiga ringgit gitu..."

Eh, kok ada gitu.

"Ok, tell me now. Why u don't want to go to school dear?"

Haa kan dah tergeliat lidah Pida.

"Nia rindukan mak..." Dan tangisan terus berkumandang menenggelamkan suara tangisan Sufi yang dahagakan kasih sayang susu ibunya.

Hmm... dia rindukan Pida. Boleh percaya ke?

Pida perasan, sejak Rania masuk sekolah, dia berubah menjadi agak pendiam. Dia kurang bercakap. Kalau dulu, dia tak renti-renti membebel macam tertelan radio kekdahnya.

Tapi, setiap kali kalau Pida ambil dia dari sekolah, mulut dia potpetpotpetpolpot memang sah tertelan radio. Tak abis-abis bercerita. Sampai Pida kata, "Lama lagi ke cerita Nia ni?"

Minggu lepas Rania mengadu pada Pida yang dia diejek oleh classmate lelaki di kelasnya kerana dia memakai cermin mata. Rania marah budak tu, katanya. Pida tau Rania tersinggung dengan ejekan itu dan dia berasa rendah diri kerana memakai cermin mata.

Pida pujuk Rania. Pida beritahu dia jangan pedulikan ejekan itu. Jangan sentap. Pida katakan padanya bahawa budak lelaki itu sebenarnya nak berkawan dengan Rania tapi dia malu nak cakap baik-baik. Jadi, budak lelaki tu gunakan kaedah reverse psychology untuk menarik perhatiannya. Nampaknya Rania boleh terima alasan Pida tu.

Dan Pida juga tegaskan bahawa memakai cermin mata bukanlah satu kekurangan, malah ia satu kelebihan yang menjadikan diri seseorang itu unik dan istimewa. Pida puji Rania dengan mengatakan dia kelihatan lebih cun bila memakai cermin mata. Rania senyum bila dipuji begitu. Amboi... kembang letteww!



My daughter Rania has been wearing specs since the age of four due to astigmatism. Symptom : Severe headache. Factor : Genetic.



Inilah yang menjadi kegusaran Pida sebenarnya. Bahawa menghantar anak ke dunia luar bererti juga melepaskan dirinya ke dalam kelompok manusia yang rencam sifat dan perangainya. Bahawa tidak semua manusia mampu membuatkan kita berasa senang. Bahawa ada saja manusia yang mengambil kesempatan atas kelainan dan ketidaksamaan orang lain berbanding dirinya.

Setiap hari selepas solat subuh, Pida ajar Rania berdoa agar dia berasa seronok untuk ke sekolah dan mendapat kawan-kawan yang baik. Mungkin pada Rania, sekolah adalah tempat yang asing bagi dirinya. Mungkin dia rindu akan teacher dan kawan-kawan tadikanya.






Apapun, kehidupan mesti diteruskan. Pida katakan pada Rania, jika dia ingin masuk universiti, dia mesti mulakan dengan DARJAH SATU!




Lukisan Rania pada Jumaat lepas. Thank you, Nia. Mak suka sangat lukisan ni. Tapi.........  besar sangat tu! HAHAHAHA

Thursday, January 5, 2012

Pida dan Rania masuk darjah satu

Salam persekolahan,

Semalam merupakan hari yang bersejarah bagi Pida kerana Pida telah kembali semula ke masa lampau yang telah Pida tinggalkan 27 tahun lalu - masuk darjah 1.

Tapi kali ini Pida menghantar Rania. Rania adalah anak Pida. Anak Pida yang sulung.

Kami sekeluarga bangun lebih awal daripada biasa. Kalau biasanya kami bangun pada pukul 6.30 pagi, semalam kami bangun pada pukul 6.28 pagi. Awal la tu... 2 minit tu sempat buat banyak benda hokay!

Bila bangun tengok-tengok ada breakpast kat atas katil, suami kat sebelah yang masih memakai boxer hello kitty tengah suapkan anggur hitam tanpa biji, dan menuangkan susu segar dari ladang sambil menyuakan gelas kristal berkaki tinggi itu kepada Pida. Kami pun bersarapan bersama-sama sambil comolot dan bergurau senda di samping anak-anak yang comel...

"Hoh tak abis lagi ke kat jamban tu? Siapkan budak ni cepat!"

Fuh! tetiba bunyi cakera padat rosak mematikan lamunan indah Pida. Pelamin anganku musnah. Mengapa begitu kejam menghancurkan khayalan orang lain?




♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


      Rania memakai uniform sekolah agama (sesi pagi). Tudung + serkop + baju + kain + kasut + stokin + duit belanja = RM70.






Ewah, ewah, baru seminit mak hantar kau dah ada couple ye? Bukan... ini Kimi, sepupu Rania merangkap jiran tetangga dan sekarang classmate dia. Abah Rania dan ayah Kimi = adik beradik kandung seibu sebapa sesusuan.







Rania bersama ibunya yang tersayang. Ibunya ini seolah-olah tidak mahu melepaskan anaknya kerana takut diserang sindrom 'rindu-rinduan jadi kenangan' atau 'kau sentiasa di dalam ingatanku oleh kumpulan e.y.e' sehinggalah dipujuk oleh pakcik van "Kak, saya hantar ke sekolah je, bukan hantar gi Gaza pun..."   *Gambar terpaksa diberi efek nostalgia untuk membangkitkan mood.




Rania transit di sekolah agama. Jadi, dia salin baju dan makan tengah hari di tempat transit tersebut sehingga pukul 12.30 tengah hari sebelum menaiki van untuk ke sekolah kebangsaan yang terletak tak sampai satu kilometer dari situ.

Kaedah transit menjadi pilihan ibu bapa yang bekerja kerana tidak mempunyai waktu terbaik untuk berulang-alik mengambil anak dari sekolah agama (pagi) dan kemudian menghantarnya semula ke sekolah kebangsaan (petang).







Rania di dalam kelas darjah satu. Dia duduk di sebelah kawannya yang bernama err... sapa ek nama budak ni... err Nurul Aliza kot! Ntah, nanti Pida double check dengan Rania.







Pida bawakkan bekal air putih supaya bila Rania haus, dia boleh minum. Lagipun untuk berjimat-cermat. Lagipun untuk kesihatan juga, taklah asyik minum air manis je (peringatan untuk diri sendiri).






Rania pun tidak pasti apa terjadi pada budak lelaki di sebelahnya itu. Terlalu awal untuk Parkinson, mungkin kerengsaan akibat peluh saja kot...





Hari kedua (Khamis 5 Jan 2012) Rania semakin riang dan gembira.





Pepepun, Rania ok. Yang tak ok adalah...

...Pida! Sejarah peluk tiang kerana tidak mahu ditinggalkan emak 27 tahun lepas berulang lagi. Tapi kali ni Pida tak kena cubit.*Gambar dikaburkan dengan sengajanya untuk membangkitkan mood kenangan lalu.            Iklan : Nak beg tangan macam Pida punya ni? Yok ke http://nurulainblogshop.blogspot.com




Bila tiba waktu rehat, Pida dengan bersemangatnya membawa Rania ke kantin untuk menjamu selera Rania. Pida? Apa barang makan kat kantin sekolah rendah hahaha! Baik aku ngeteh kat Bistro. Takburnya cakap. Bagi makan taik kang.

Oh, rupanya waktu rehat di kantin pada hari pertama persekolahan adalah sangat memarahkan! Eh, macam langsat je ayat tu. Ok, Pida ulang.

Oh, rupanya waktu rehat di kantin pada hari pertama persekolahan adalah sangat mengghairahkan! Hoi! Lagi tak kena bangang!

Ah, apa-apalah. Tapi Pida nak citer waktu rehat semalam memang ramai nak mampus! Mampus pun tak ramai macam tu. Cuba kau bayangkan dekat seribu horang kat kantin. (Murid-murid + mak bapak yang ambik cuti + adik-adik murid-murid yang dibawak bersama oleh mak bapak yang ambik cuti tadi). Boleh kau bayangkan tak?

Ada beberapa booth menjual pelbagai makanan seperti roti canai, air, laksa, nasi, roti, fun fries, jajan...

Beberapa booth ini diserbu dengan rakusnya oleh para pelanggan sekalian. Adegan tolak-menolak pun berlaku. Masa ni Pida dah takut kot-kot kena rubber lagi. Tapi kali ni siapanya nak merubber, semua budak-budak belum sunat... eh bapak budak yang dah sunat ramai apa! *Ngeri

Mereka rempuh kami, kami rempuh mereka balik. Mereka tolak kami, kami tolak mereka semula. (Ini cuma cerita yang di'exaggerate' untuk menggambarkan betapa ramainya manusia pada masa itu) Akhirnya kami selamat sampai ke tempat beli laksa....

Tapi kan, yang kesiannya, ketika aksi rempuh-merempuh tu, Pida nampak ada 2-3 roti canai yang jatuh ke lantai. Kesian kan? Pida bayangkan hampanya budak tu tak dapat makan roti canai. Dahlah rambut pacak dah terbaring kena rempuh, bila dah dapat hasil, terpeleot pulak pinggan dan jatuh roti canai tu.

Nasib baik mangsa roti canai jatuh tu tak berusaha untuk ambik balik, kalau tak dengan dia-dia sekali jadi roti canai kena pijak. Apapun, Pida kesian kat roti canai tu, eh bukan, kat budak yang roti canai dia jatuh tu. Agaknya kalau kena kat Rania mau menangis Pida dibuatnya. Oh, hati ibu...




Rania makan laksa yang berharga singgit.



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥



Begitulah serba sedikit kisah mama-mama kali ini. Walau apapun, sepanjang seharian Pida dan suami berada di sekolah Rania, Pida ada membuat beberapa penelitian dan pemerhatian. Pemerhatian ini adalah berdasarkan pendapat peribadi Pida semata-mata, bukan niat nak kutuk atau perlekeh mana-mana pihak ye. Kata demokrasi!


Antara dapatan Pida mengenai sekolah Rania (sekolah agama dan sekolah kebangsaan) :


1.   Setiap pagi, ustaz akan mengarahkan pelajar-pelajar membaca doa dan menyanyi Asmaul Husna. Tetapi ustaz mungkin terlupa untuk meminta pelajar-pelajar menyanyikan lagu Negaraku.

Pada Pida, lagu Negaraku wajib dinyanyikan oleh murid-murid sekolah sebagai cara memupuk semangat cintakan tanah air dan menjadi warga yang patriotik. Lupakah bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. (Well, I'm not talking about political belief here ok!)

2.   Kebanyakan murid perempuan sudah memakai baju kurung. Susah nak tengok murid yang memakai pinafore atau gaun biru tua tu.

Zaman Pida sekolah dulu, pinaforelah uniform utama. Satu sekolah pakai pinafore (yang perempuan ler... yang lelaki kalau pakai pinafore jadi bapok pulak nyah!) Dulu masa Pida sekolah rendah, siapa yang pakai baju kurung tu kira bajet alim la (jahat giler persepsi budak dulu).

3.   80% murid yang berbaju kurung juga memakai tudung. Yang pakai pinafore of course tak pakai tudung, nanti nampak pelik pulak. Tudung pulak macam-macam fesyen. Ada tudung ekin (yang ada awning depan tu), ada tudung Syria, ada tudung biasa yang dua lapis macam zaman Pida sekolah dulu.

Dan ada jugak murid yang pakai tudung tapi tak pakai serkop. Makanya jambul depan tu terkeluar dan berjeramus macam bulu ketiak tauke ikan.

Rania pakai tudung syria sebab tudung jenis ni yang paling sesuai dengan bentuk muka dan kepala dia yang agak jendul tu. Kalau dia pakai tudung ekin tak sesuai sebab nanti kepala dia nampak macam terlungkup gitu. Kesian pulak anak aku nanti kena ejek kepala terlungkup.



Si cilik jawa yang memakai tudung syria... namun kau tetap jawa anakku!



4.   Hei! Budak darjah satu sekarang dah tak menangis la! Semalam takde sorang budak pun yang dijumpai menangis seperti kanak-kanak tradisional dulu-dulu. Siap main kejar-kejar lagi.

Zaman dulu (lebih tepat 27 tahun lepas), diberitakan ada seorang budak perempuan darjah satu asyik la menangis sambil peluk tiang sebab dia tak nak mak dia balik. Last-last mak budak perempuan ni terpaksa cubit bawah ketiak dia untuk mendiamkan dia. Dekat 3 minggu jugak la dia peluk tiang tu sampai bengkok tiang besi tu kena peluk.

5.    Oleh kerana budak darjah satu terlalu ramai di sekolah Rania ni (510 orang), maka pihak sekolah terpaksa membuka sehingga 12 kelas untuk menampung budak-budak. Dalam satu kelas ada 40-45 orang. Cikgu sorang. Cikgu perempuan. Suara halus.

6.    Rupanya murid-murid sekarang pakai meja dan kerusi plastik ek? Sumpah baru semalam Pida tau hakikat ni.

Zaman Pida dulu pakai meja dan kerusi kayu. Kena tangan budak yang gatal, habis ditorehnya meja tu. Paling langsat pun conteng guna liquid. Macam-macam ditulisnya - 'I love u' tu biasa. 'I hate cikgu' ada tertulis kat atas meja Pida. Eh, bukan tangan Pida yang tulis, tu budak dulu sebelum Pida guna meja tu.

7.    Yang ni kelakar sikit. Dalam satu kelas tu, ada macam-macam kaler baju. Ada biru, ada hijau, ada ungu, eh kuning kok ada jugak... yang pakai vest lagi... isk... pening Pida. Dah macam paddle pop Pida nengok. Selain pengawas dan pustakawan, ada jawatan apa lagi hah dalam kelas?

8.    Ramai budak gemuk. Serius. Obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia bakal menjadi isu meruncing jika ibu bapa tidak mengambil berat hal pemakanan anak-anak mereka. Well, I'm talking to myself.

9.    Masuk tandas kena pakai selipar yang disediakan. Yang ni Pida tak suka. Apa punya peraturan la... lainlah masjid kau nak buat macam tu ('kau' tu Pida tak tau nak rujuk pada siapa. Kan biasa kalau kita marah sorang-sorang kita suka cakap kau. "Kau ingat kau hensem?" "Kau ingat parking ni bapak kau punya?" Macam tu la kan...)

Oh, back to topic. Murid-murid kena pakai selipar yang disediakan. Maknanya, murid-murid yang nak berqada' hajat ni terpaksa membuang masa membuka kasut/stokin dan kemudian memakainya semula selepas keluar tandas. Pida macam "Hei, Ini adalah peraturan yang membuang masa saja!"

Dan oleh kerana Pida tak setuju dengan peraturan lapok ni, maka Pida tak terfikir akan sebarang justifikasi yang membawa kepada kewajaran peraturan tersebut dikuatkuasakan.


10.   Cikgu tak berapa mesra. Pida katakan begini sebab hasil skodengan dan ushaan Pida dari jauh, Pida tak nampak cikgu murid darjah satu ni mesra. Pida tak tau kenapa, tapi Pida rasa bukan ini yang mereka pelajari semasa di IPG (Institut Pendidikan Guru) kan?

Ok, it's very unfair to compare them with cikgu tadika. Di tadika, murid-murid seawal usia 4 tahun sudah didedahkan dengan aspek kreativiti (sesuai dengan usia). Di tadika, murid-murid hanya belajar erti keseronokan.

Murid-murid tadika bebas menjadi diri mereka sendiri kerana kanak-kanak harus diberi peluang untuk mengekpresikan diri mereka tanpa peraturan yang terlalu ketat tetapi masih di atas garisan norma disiplin dan peraturan.

Pida pernah bertanya kepada seorang pelatih guru di IPG semasa pameran alat bantu mengajar (ABM) dan teknologi pendidikan.

Pida dipetik sebagai berkata, "Adakah apa yang awak pelajari ini akan dipraktikkan di sekolah nanti? Maksud saya, bukan pada waktu praktikum, tetapi pada ketika awak benar-benar sudah menjadi seorang guru.. sebab saya takut anak saya akan hilang keseronokan dan motivasi yang selama ini diperolehi di tadika... kerana corak P&P di bilik darjah tradisional adalah membosankan dengan hanya papan hitam dan cikgu yang mengajar di depan."

Bakal guru tu agak tersentap dengan soalan Pida tadi. Dia agak berfikir-fikir juga sebelum menjawab. Akhirnya dia menjawab, "Ye puan, kami memang akan masukkan ABM semua ni dalam P&P di kelas nanti."

Bukanlah Pida mahukan murid-murid ini dilayan istimewa. Tapi gaya cikgu semalam agak kurang mesra la... Tapi Pida paham, bukan senang nak mengawal 40 orang kanak-kanak pelbagai ragam. Apapun, salute cikgu!


11.   Duit saku dah tak main sen-sen lagi dah! Perghhh... ini yang Pida rasa betul-betul ketinggalan zaman. Semalam Pida bagi Rania RM4 untuk pagi dan petang. Oleh kerana Pida ada bersama-sama dia semalam, jadi tahap perbelanjaan dia terkawal la sikit. Tapi kejap-kejap nak beli air, kejap-kejap nak beli jajan. Boros jugak anak aku nih.

Zaman Pida dulu mak cuma bekalkan 40 sen je. Eh siap bawak balik baki seposen! Zaman sekarang kau bagi 40 sen kau nak budak tu kebulur ke apa?

Bekal? Resam budak, walau dibekalkan bekal yang kaw-kaw pun tetap nak belanja kat kantin jugak.

Pida berpesan pada Rania supaya tidak menghabiskan duit saku dia. Kalau dia dapat simpan baki, Pida akan bagi dia dua kali ganda untuk simpanan SSPN dia. Ini sebagai motivasi agar dia berjimat dan belajar menabung.


Jadi, demikianlah cerita pengalaman Pida menghantar anak ke darjah satu. Sesungguhnya terasa baru semalam Pida melahirkan Rania, hari ini dia sudah bersekolah. Begitu pantas masa berlalu.

Kepada anakku Rania, belajarlah bersungguh-sungguh, belajarlah kerana Allah. Timbalah ilmu sehingga ke menara gading. Jadilah insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Manfaatkan ilmu yang diperolehi ke jalan kebenaran dan jangan sekali-kali kau melupakan jasa ibu bapa dan guru-gurumu.

Selamat bersekolah anakku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...