Monday, February 13, 2012

Kenapa Rania tak mau ke sekolah

Salam tak mau,

Semalam Pida ada peluang untuk slow talk dengan Rania. Pida tanya dia kenapa dia tak nak pergi sekolah sedangkan Pida tau dia suka belajar.

Rania beritahu Pida dia boring dengan apa yang dipelajari di kelas. Pida tak paham maksud dia, jadi Pida tanya dia lagi.

"Nia boring ke belajar kat kelas?"

Dia mengangguk. Tangannya masih memegang remote controller. Sekejap-sekejap bukak channel 611, sekejap-sekejap bukak 615.

"Cikgu ajar apa?"

"Cikgu ajar suku kata. Nia boring la mak, asyik sebut ba, ba, ca, ca. Lenguh mulut Nia," bebelnya sambil bibir muncung-muncung sampai sedepa boleh sangkut 14 batang hanger.

Masa ni Pida pujuk dia. Pida suruh dia sabar dulu. Ikut je cakap cikgu. Pida bagitau dia, bukan semua budak dah pandai membaca macam dia. Cikgu kena pastikan semua murid dalam kelas lancar membaca.

Dia mencebik.

Oh, rupanya sebab itulah Rania tak minat pergi sekolah. Dia tidak belajar sesuatu yang baru bagi dia. Dia sudah sangat lancar membaca, kerana dia sudah mula pandai membaca pada umurnya 4 tahun tetapi cikgu masih mengajarnya mengeja mengikut suku kata. Malah, dia sudah membaca novel-novel nipis dan membaca majalah.

Rania juga sudah lancar menulis, malah sudah biasa membuat karangan mengikut imaginasinya sendiri, tetapi cikgu masih mengajarnya menulis satu-satu huruf dari A sampai Z.

Sebagai ibu, Pida faham kebosanan dia. Namun itulah sistem pendidikan di sekolah kebangsaan kita. Kita kena akur.

Pada Pida, kebanyakan budak sekarang sudah tahu membaca dan menulis seawal usia 5 tahun lagi iaitu bagi mereka yang dihantar ke tadika. Setakat ABC tu memang budak sekarang dah hafal dan pandai tulis. 

Bila masuk darjah satu, budak-budak ni tertunggu-tunggu untuk belajar yang lain pula, maksudnya bukan mengenal huruf lagi.

Namun Pida percaya, masih ada lagi budak darjah satu yang masih belum tahu membaca dan menulis. Sebab itulah cikgu ajar dari peringkat asas 3M. Tapi Pida tak pasti pulak perbezaan antara KBSR yang dulu dengan KSSR sekarang dari aspek penyampaian silibus.

Risau juga Pida dibuatnya. Pida takut Rania tak ada motivasi untuk ke sekolah gara-gara dia bosan dengan gaya P&P di kelasnya. Tapi Pida bagi jaminan pada Rania, masuk bulan Jun, dia akan mula seronok belajar sebab budak-budak semua dah pandai menulis dan membaca. Mak janji ok, Rania?







Hobi Rania ialah membaca, menulis dan mengira. Tempat kegemaran dia ialah perpustakaan dan kedai menjual getah dan sepit rambut.







Rania mula pandai membaca ketika berumur 4 tahun. Sejak itu dia suka menulis apa sahaja yang berlaku di sekelilingnya. Karangan di atas adalah antara yang pertama ditulisnya masa umur dia 5 tahun. Sila abaikan tulisannya yang ke laut. ps: Sempat jugak dia ngutuk aku dalam karangan dia nih!








Ini pun cerita yang ditulis sendiri oleh Nia. Tulisan dia memang buruk, tatabahasa ke laut tetapi ini seratus persen hasil idea dia. Ditulis ketika umurnya 5 tahun.








Selain menulis, Rania juga suka melukis.









Lukisan dia jauh lebih cantik daripada lukisan Pida. Pida memang takde bakat melukis LANGSUNG!














Kan Pida dah cakap Pida tak pandai melukis langsung. Yang kau gi gelak tu pehal bhai? Tengok la gambar ni. Itu pun tiru lukisan Nia. Ceh, siap ada sain tu yang mahal tu.

4 comments:

  1. wah... terbaek aahhh queen rania jordan nie.. (nama dia sempena queen tu kan??? Saya ingat kisah nie...)..

    Bagus, belajo pandai pandai. Jgn mcm uncle fello yang tak terror bahasa. Minat math jek. Hahah...

    ReplyDelete
  2. Yup Fello, I name her after the queen.

    TQ pakcik fello, mak bagitau pakcik fello ni terror dahsyat matematik ek? Mak nia dulu sifir 5 pun kantoi.

    Nia nak pandai math macam pakcik eh uncle! ;)

    ReplyDelete
  3. Letak bawah botol susu tu yang tak tahan tu....

    kah kah kah... (gelak ini untok lukisan yang last tu...)

    ReplyDelete
  4. Aduh, dikahkahkan oleh kartunis/designer/artist/otai grafik seperti uncle gedek adalah sesuatu yang merencatkan motivasi ;P

    Demam seminggu.

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...