Wednesday, February 22, 2012

Suara siapa

Salam suara,

Perghh... berdiri bulu roma tatkala mencoret entry ini. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10 pagi.  Erk.. 10 pagi? Silaka, bateri kong rupanya. Pida lantas menggantikan bateri yang kong itu dengan bateri satu lagi yang Pida ambil dari jam lain.

Suara cengkerik mengikik-ngikik, disulami dengan salakan serigala bersahut-sahutan menambahkan lagi aura keseraman entry ini.

Hujan di luar masih turun dengan lebat. Petir berdentam-dentum diselang-seli dengan kilat sabung-menyabung. Sesekali kedengaran bunyi daun pintu berkeriuk dan menghempas selepas ditiup angin.

Cukup menyeramkan...

<Pukul 8 malam sebelum itu>

"Hello, assalamulaikum Kak Pida," sapa Adik di telefon.

"Hah, waalaikumussalam. Apehal telefon Kak Pida malam-malam ni? Nak minta bayarkan ptptn la tu," Pida menuduh tanpa rasa bersalah.

"Hello... sorry wokey... adik tak pinjam ptptn. Adik guna biasiswa Petronas hokey?"

"Err.. ok ok.. sorry, aku ingat kau ni adik aku yang lain."

"Kak, adik ondeway ke KL ni. Esok nak pegi klcc ada pameran oil and gas. Adik nak tumpang tido rumah kakak boleh tak?"

"Oh, boleh, no hal punya... pukul berapa adik sampai rumah kakak nanti?"

"Sekarang ni adik masih kat jay bee lagi ni. Rasa dalam kul 12 nanti sampailah. Kakak jangan tido lagi eh.." pesannya tanpa mempedulikan perasaanku.



<Pukul 12.10 tengah malam>

Tuutt... tuutt...

"Hello assalamualaikum kakak, adik dah sampai ni."

"Ha... ok kakak bukak pintu sekarang."

Dalam mamai-mamai dan masih jalu kerana baru bangun dari tidur, Pida menuruni tangga rumah dan terus membuka pintu.

Pida tak nampak sesiapa di luar. Adik Pida yang kata dah sampai tu tak kelihatan pun. Mungkin dia parking kereta dia kat lorong sana kot....

Lama juga Pida tunggu. Tapi adik Pida tu tak muncul-muncul di gate luar. Pida perhatikan sekeliling. Gelap. Semua orang dah tidur. Semua rumah dah gelap.

"Assalamualaikum.." Pida terdengar suara adik Pida memberi salam.

Pida jengukkan kepala ke luar. Tiada sesiapa.

"Assalamualaikum..." suara memberi salam itu kedengaran lagi. Suaranya di gate depan rumah Pida. Tapi seriously tiada sesiapa di situ.

Dua tiga kali Pida dengar suara memberi salam tu. Last-last Pida jadi takut. Namun Pida masih dapat kawal kelakuan, Pida bergerak pelan-pelan ke arah tangga dan zass!!!! mencicit naik ke bilik.

Sampai atas katil ingatkan nak kejutkan suami tapi bila dengar dia berdengkur sampai beralun-alun tu rasa tak sampai hati pulak. Pida terpikir... siapa yang bagi salam tu?

Alamak, Pida lupa tutup pintu. Ah, ini adalah brengsek. Pida gagahkan diri dan turun ke bawah, tutup pintu semula dan tak pandang apa-apa lagi terus zass!!!! mencicit naik ke bilik.

Pida tak berani pandang ke dapur pun. Walaupun masa tu rasa haus macam nak minum milo ais, tapi oleh kerana takut Pida minum air liur je.

Lepas tu Pida telepon adik Pida.

"Dik, ko dah sampai ke belum?"

"Belum lagi, adik masih kat roundabout kedua ni."

Hah? Apakah...?

Kira-kira 15 minit selepas itu, adik Pida telefon menyatakan dah sampai. Pida suruh dia tunggu betul-betul kat gate, siap bagi dia verification code kot-kot pak guard tanya dia nak ke rumah siapa.

Sah, memang tu adik Pida.

Pida tak tanya banyak, Pida suruh dia masuk tido terus. Pida tanya kau dah makan ke belum. Dia kata dah, makan burger king sambil drive.

Jenuh Pida pikir siapakah yang memberi salam tadi. Memang jelas itu suara adik Pida. Cuma suaranya agak sayup seolah-olah di depan pagar sana namun suara itu jelas. Cuma Pida tak jawab salam tu. Pida tak jawab sebab Pida nak cari mana adik Pida. Suara ada, orang takde...



Eh, kau pernah dengar pasal hantu kum-kum tak?

Aaaaaaaahhhhhhh!!!!!!

4 comments:

  1. hantu kum kum tu nk darah anak dara jela..
    tu yg bagi2 salam, sekali kau yg keluar, arghh kensel dia kata...hahahaha

    ReplyDelete
  2. nie cite BETUL ke cite tak berapa BETUL?? Aku tgk, ko yang mcm tak BETUL nie. Hahah...

    ReplyDelete
  3. Fello, ini cerita betul. bukan rekaan. Masih terngiang-ngiang suara tu tau!

    ReplyDelete
  4. jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiiii......

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...