Monday, April 9, 2012

Jenis manusia di ofis - kau kategori mana?

Salam ofis,

Kali ni Pida nak beralih sebentar ke satu cabang dalam bidang antropologi iaitu berkaitan dengan sifat manusia. Pida nak berkongsi dapatan daripada kajian Pida tentang perangai manusia di ofis Pida sendiri.

Kenapa Pida rajin sangat buat 'kajian' ni? Dah takde keje sangat la tu.

Takde keje wak lu. Aku buat kajian dan pemerhatian ni ambik masa 6 tahun tau tak. Mengalahkan orang buat PhD. Enam tahun tu pada Pida dah cukup ideal untuk buat rumusan yang adil. Memang la tak ke mana hasil pemerhatian ni. Pida buat ni untuk suka-suka je. Tak diterbitkan dalam mana-mana jurnal pun.

Dalam kajian ini, responden Pida terdiri daripada kira-kira 250 orang staf ofis Pida sendiri dan mereka  meliputi pegawai serta staf sokongan.

Baik, mari kita lihat pembentangan Pida. (Jap, nak betulkan tali leher dulu)


Kategori pertama : Manusia jenis rajin

Maka beruntunglah organisasi yang mempunyai staf yang rajin. Hampir semua staf ofis Pida rajin. Mereka datang awal, tak pernah merah apatah lagi ponteng. Kalau cuti rehat atau MC sikit-sikit tu biasalah.

Rajin ini juga bermaksud mereka tidak menangguh-nangguh kerja. Kerja selesai dalam jangka waktu yang ditetapkan. Tidak mengular, makan dan minum tak pernah lebih 20 minit. Bagilah tugas apa pun, mereka akan laksanakan.


Kategori kedua : Manusia jenis malas

Staf yang malas berlawanan sifatnya dengan staf yang rajin. Staf yang malas ni suka melambat-lambatkan buat kerja. Suka mencuri masa (bertangguh). Datang lewat balik awal. Mengular. Makan kat kafe berejam-rejam. Tapi tak ramai staf macam ni kat ofis Pida.

Kadang-kadang staf yang malas juga hanya muncul pada waktu punch card kemudian ghaib dan muncul semula pada waktu punch out. Hmmm pelik kan? Boleh main  cak ba cak ba pulak.


Kategori ketiga : Kaki bodek dan adu domba

Bangsa kaki bodek ni kat mana-mana pun ada. Bukan kat ofis Pida je. Kat ofis kau pun mesti ada kan? Entah-entah kau tak? Hehehe. Orang yang dibodek dan diadu domba tentulah boss atau pegawai yang berautoriti.

Kenapa mesti bodek? Sebab, kalau kaubodek baaiikk punya, kau akan senang dapat kepercayaan, selalu dapat pujian, jadi orang kanan, markah tinggi walaupun kerja nan ado.

Cara membodek? Selalu rapat-rapat, bila berborak jenis yang 'yes boss', sikit-sikit jumpa boss macam la dia sorang je yang buat kerja.

Kita boleh kenal kaki bodek ni. Tengok cara sengih pun boleh tau dia ni jenis ampu punya orang. Kipas tak hingat. Kaki bodek ni bolehlah dianggap sebagai parasit kerana ia akan menjadi liabiliti jika perangai bodek ini dah jadi amalan dalam organisasi.

Kesan bodek kepada organisasi : Boleh menyebabkan orang lain yang berhak, terlepas peluang peningkatan kerjaya. Siapa rugi? Boss la.

Kalau kaubodek untuk upkan diri kau sendiri takpe, ini kaubodek untuk downkan orang lain. Bole blah la orang macam ni. Gimam...


Kategori keempat : Dengki dan menjatuhkan orang lain

Ini adalah bangsa puaka. Manusia jenis dengki ni memang busuk. Dia akan cari sebab atau alasan untuk menjatuhkan kau sebab dia memang tak suka kau. Ada je nak cari salah kau kat celah mana sekalipun termasuklah celah kelengkang dia.

Paling bangsat dia akan tabur fitnah. Dia juga suka memburuk-burukkan kau tidak kira masa, selalunya dalam mesyuarat walaupun kau tiada dalam mesyuarat tersebut. Dia akan tersenyum puas jika orang lain termakan kata-katanya. Dia akan rasa menang jika dia dapat buat kau sampai kau jatuh terduduk.

Apakah kesan dengki ini kepada kau? Sifat dengki dan benci yang berpanjangan juga merupakan penderaan mental. Kau akan rasa down, hilang semangat dan motivasi, malu bertemu rakan sekerja lain selepas mengetahui banyak cerita buruk tentang diri kau disebarkan oleh si pendengki.

Kau juga boleh menjadi murung dan lebih kasihan jika kau merasakan tiada nilai lagi pada diri kau lebih-lebih lagi si pendengki itu adalah orang yang berkuasa di pejabat.

Rasa down ini boleh menjejaskan produktiviti. Lebih teruk jika ia dibawa balik ke rumah. Tak pasal-pasal dingin dengan keluarga dan anak-anak akibat terlalu tertekan dengan keadaan di tempat kerja.Tidur tak lena, dek kerana asyik memikirkan beban emosi yang ditanggung.

Bagaimana nak berhadapan dengan orang yang dengki? Lawan. Lawan bukan dengan dengki atau kejahatan, tapi lawan dengan kebijaksanaan. Macam mana? Biarkan. Ikut rentak dia. Jangan balas apa-apa. Tunjukkan yang kau tidak setara langsung dengan kebodohan dia. Ingat, diam itu pintar.

Tunjukkan bahawa kau adalah orang yang lebih educated daripada dia. Bahawa dia bukanlah lawan yang setaraf dengan kau kerana kau lebih baik daripada dia. Banyakkan berdoa dan mengadu pada Allah.  Percayalah, lambat-laun dia akan berubah.

Bagaimana dengan reputasi kau yang tercalar akibat perbuatannya? Apabila kebenaran terserlah, orang lain akan tahu perkara sebenar, dan mengikut detik waktu yang berlalu, maka akan pulihlah reputasi itu. Kena banyak bersabar, bersabar dan bersabar.

Ironinya, orang yang suka menjatuhkan orang lain biasanya rapat dengan boss. Kenapa 'ek? Rujuk kategori ketiga.


Kategori kelima  :  Kepochi

Manusia jenis kepochi atau kepoh ni kadang-kadang jadi penghibur juga. Pantang ada skandal, dialah orang pertama yang scoop dulu. Lepas tu dia cerita kat orang lain perihal orang lain. Prihatin, katanya. Prihatin bontot kau.

Orang kepochi@joyah ni senang cakap meningkatkan graf dosa kering kita la. Suka sangat bergossip dan mengumpat. Sementara nak tunggu pukul 5 tu sempat lagi mengata hal orang. Hoi makcik, pekung sendiri tu dah tutup ke?

Staf kepochi adalah golongan yang memang tak boleh simpan rahsia.

"Kak, saya sakit pinggang ni. Tak boleh gerak sangat."

"Eh, kau tau, si Pida sakit pinggang dah seminggu. Kalau tak sebab kanser kolon tu mesti sebab dia ganas sangat sampai bergegar katil kan... HiHIHIHhhihihHIHhhhihihi."

Babi.



Kategori keenam  :  Bermuka-muka

Kalau dibagi pilihan orang yang macam mana harus dicampak ke neraka dulu, Pida akan cakap orang yang bermuka-muka atau hipokrit. Bahaya kalau ada staf macam ni kat ofis.

Orang hipokrit adalah manusia yang tidak ikhlas. Depan kau muka manis, belakang kau rupanya dialah musuh dalam selimut. Konon baik dengan kita, ingat dia memang baik, rupa-rupanya baik ada makna. Dia jadi proksi orang lain untuk korek rahsia daripada kita. Dasar lidah bercabang.

Yang kita ni pun lurus bendul, orang baik kita pun baik. Haa kau! Sekali tiba-tiba timbul cerita Pida begini Pida begitu, Pida tak setuju dasar ni, Pida bangkang peraturan tu. Pida tak suka si polan, Pida bodek si polin.

Kau nak buat apa dengan orang munafik ni? Ludah? Haha. Bacin bro.


Kategori ketujuh  :  Pak lawak

Dapat kawan yang suka buat lawak ni memang best. Dia ni la yang jadi tukang hibur staf. Ada saja idea kelakar dari kepala hotak dia. Suka mengusik orang, suka mengenakan orang, ceria je kita rasa kalau orang jenis lawak ni berada dekat dengan kita.

Tapi awas, kadang-kadang mereka ni nampak je lawak, tapi sebenarnya hati sensitif. Mudah terasa pulak bila orang kenakan dia. Pulak. Kaukenakan orang boleh.

Yang penting, dalam setiap organisasi mesti ada pak lawak kan?


Kategori kelapan  :  Lurus bendul


Manusia jenis ni memang wujud. Salah sorangnya adalah Pida sendiri. Memang kadang-kadang Pida ni lurus sikit sampai boss Pida pernah cakap Pida ni lurus sangat.

Pida rasa Pida bukanlah lurus sangat sampai bendul, tapi jenis yang mengikut arahan dan jenis skema sikit kalau buat kerja. Jenis berstruktur. Kalau baca arahan tu jenis yang baca satu-satu perkataan ikut baris. Ye la, dah terbiasa buat algoritma haha.

Orang yang lurus ni senang disuruh. Memang betul-betul menjunjung prinsip "Saya Yang Menurut Perintah" punya orang.


Kategori kesembilan  :  Vokal atau extrovert

Bukannya asyik menyanyi kerja dia, tapi jenis yang lantang bersuara. Kalau dalam mesyuarat dialah yang asyik tak puas hati itu ini. Komplen sana sini.

Sampai kita dah boleh agak, kalau ada apa-apa mesyuarat, gerenti dia bagi pendapat atau cadangan atau komen atau rasa tak puas hati. Memang gerentilah!

Tapi bagus jugak kalau ada staf yang berani bersuara. Kerana dengan adanya orang macam inilah keluhan yang selama ini tidak diendah, akan jadi minit dan disusuli tindakan. Kira hero juga orang yang vokal ni.


Kategori kesepuluh  :  Pendiam atau introvert

Kadang-kadang Pida bersifat pendiam. Keputusan daripada Inventori Personaliti Sidek yang Pida ambil baru-baru ini menunjukkan Pida jenis introvert. Pida agak bersetuju dengan keputusan ini.

Secara peribadi, Pida bukanlah jenis orang yang ekstrovert tetapi Pida bukan juga jenis yang sangat introvert sehingga tidak bersuara langsung. Pida bercakap hanya apabila perlu. Tapi Pida tetap punyai ramai kawan.

Orang yang pendiam ni memang agak sukar untuk ditelah hati budinya. Adakah dia diam sebab memang dia pendiam, atau adakah dia diam sebab dia tak suka bergaul (anti-sosial) atau adakah dia diam sebab dia ni nak spy kita.

Kadang-kadang jugak staf yang introvert ni tak ambik pusing langsung hal sekeliling. Dia buat hal dia je. Macam katak di bawah tempurung. Kalau ada kematian misalnya, dia akan tahu selepas arwah dah dikebumikan.



Kategori kesebelas  :  Baik

Kat ofis Pida ramai orang yang baik. Diorang ni memang jenis baik la senang cakap. Hormat sesama staf, tak pernah menyakitkan hati orang lain, suka menolong dan tak berkira kerja.

Orang macam ni memang mudah disayangi. Mana-mana pergi pun orang akan sayang. Kalau dia berpindah pun akan jadi kehilangan. Bertuah dapat kawan dengan orang yang baik. Moga-moga kau dan aku tergolong dalam orang yang baik-baik.



********************************************



Jadi begitulah sebelas kategori manusia hasil dapatan daripada pemerhatian Pida terhadap sifat dan perangai staf di tempat kerja Pida. Bukan nak tujukan pada sesiapa sebab Pida gambarkan secara umum sahaja. Namun itulah realitinya.

Sifat manusia memang pelbagai. Yang baik tu baguslah. Yang tak baik, harap-harap kita semua tidak termasuk dalam kelompok tersebut.

Tak rugi berbuat baik. Tak salah bertolak-ansur. Organisasi bagai sebuah kapal. Seorang nakhoda bertanggungjawab mengemudi kapal dan anak-anak buahnya agar sampai ke destinasi yang dituju dan tidak karam.

Semua anggota organisasi memainkan peranan yang sama penting. Yang membezakan cuma pangkat dan gred tetapi tanggungjawab yang digalas tetap sama iaitu memajukan organisasi.

Pida bertuah kerana dicampak ke organisasi sekarang. Kerana Pida dapat pengalaman yang sangat berharga di sini. Sama ada pahit atau manis, itulah yang mendewasakan Pida dan menjadi nilai tambah dalam pencarian Pida terhadap ilmu baru.

Selamat pagi Boss!

58 comments:

  1. takde satu pon yg kategori jenis uncle....

    ReplyDelete
  2. Haha, jadi uncle ni kategori apa?

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Saya suka dengan beberapa kategori yg diutarakan.tpt kerja saya ada beberapa pegawai junior yg mempunyai karator bodek, mengadu, tikam belakang, menghasut, tak mahu kerjasama, lambat buat kerja dan berpura2 diam time mesyuarat tapi belakang kita mcm2 komen tak setuju ini itu tapi idea tak berapa nak beri. Bos memang suka yg cam nie sebb ada satu lagi tambahan kategori jenis gedek punya.mcm added value la untuk jadi anak emas bos.sy selalu salah walau mcm mana sy usaha yg terbaik. Sy sabar sebb sy kerja kerana Allah walaupun laluan sgt sukar bagi sy setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Saya suka membaca komen awak. Kadang-kadang memang betul, kaki bodek lebih mendapat tempat. Boss pulak tertutup hati melihat kebaikan orang lain yang tidak sebulu dengannya. Itu biasa.

      Betul, kerja kerana Allah. Imbuhan di akhirat lebih menguntungkan. Banyak-banyak bersabar, kena kuat semangat dan banyak berdoa.

      Tapi percayalah, orang yang benar dan banyak bersabar akan mendapat kebaikan di dunia ini lagi.

      TQ ;)

      Delete
  4. Kat tempat keje saya pun ramai yg mcm ni....bodek je lebey...tp selalu org ingat saya yg jahat. Termasuk bos. Mmg rasa sgt down...saya serah pada Allah je. Moga kebwenaran akan tbukti...

    ReplyDelete
  5. Mohon share kt blog saya ye wak. Boleh perlu org yg bkenaan...ekeke..jmput ke blog saya.
    lindalyn2012.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Linda Lyn, sabor je la ye... memang perangai manusia ni macam-macam.

      TQ sudi baca dan share ;)

      Delete
  6. suka la post ni..kat opis saya ramai yang baik baik lah..hehe

    ReplyDelete
  7. Salam Pida...

    Saya baru jer difitnah oleh rakan sekerja yang kaki bodek...hanya kerana status synyg sgt general, telah dimanipulasikan...sudah la diburukkan kita dgn bos besar, bos besar burukkan kita plak di depan bos bos lain....tentu la sekarang ini saya berasa sgt down...saya x pasti apa yg harus saya buat...mohon pertukaran atau lawan saje mcm pida syorkan,,,

    ReplyDelete
  8. Azura Razali, saya simpati pada awak. Kecewa kan dengan fitnah? Tapi dah namanya pun fitnah, tentulah ia suatu dusta. Azura buat biasa aje. Percayalah kebenaran tetap akan muncul. Doa banyak-banyak mohon kekuatan dan kemenangan. Jangan mengalah sebab Azura tak salah. Be strong.

    ReplyDelete
  9. AnonymousJune 29, 2014

    Mantap artikel ni. Kat ofc aku lak, ade jenis kaki boss. Tak pernah sekali mengutuk boss. Pagi2 datang ofc update boss. Sambil2 tu tikam kawan dalam diam. Macamana nak hadapi permainan orang macam ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. AnonymousJune 29, 2014

      Bodek dan tunjuk alim...haha....ada juga orang macam tu.

      Delete
  10. Suke giler info camni..terbaek punye kajian ko buat,pida.. mmg ada beberapa malaun kat opis aku camni... sib bek aku ada cikit kesabaran di dada.. mmg itu lah satu2nya d0a yg aku tak lupa supaya Allah tambahkn sifat sabar aku utk adap malaun firaun nih... walopon aku rasa, kdg2 nak aje hire pbunuh upahan... huhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko nak hire pembunuh upahan? Pastikan pakej lengkap siap tanam sekali. Hahahaha.

      Delete
  11. Best la, macam2 orang jumpa macam ni...Kalau kat opis aku paling teruk la, sebab bos aku memang teruk, mulut macam longkang tak ada insuran...Bila tahu je ada masalah atau bad mood pagi tu wajib buka twitter bos tu, sebab dia akan updated sapa staff yang buat dia marah pagi tu...Bos macam ni memang tak boleh pakai, depan tunjuk baik tapi belakang kutuk staff pakai twitter...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boss ko ni stok2 azwan ali kot? Hahaha. ;)

      Delete
  12. Saya suka dengan hujah dan ulasan anda... lebih2 lagi untuk saya yang sering dikata belakang. Terima kasih atas cadangan. Saya akan lakukan seperti yang dicadang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tension kan? Just be ourselves.. the truth is out there. Bertabahlah sahabat :)

      Delete
  13. uhuhuh sy kategori pendiam...nak betul kan sedikit. pendiam x bermaksud anti sosial, memamg pediam atau nak spy orang. saya pendiam sebab malas nak bergaul orang yang suka cakap pasal negatif orang. sampai la jugak saya penah dlabel kan menjadi spy bos jugak....sebernya berdiam malas nak layan orang yang lebih advanced pemikran negatif pikir sal orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorrrr... dah la pendiam.. kena tuduh jadi spy boss pulak. Sadis la org yg sangka buruk tu. Be good ye :)

      Delete
  14. Saya ada boss yang mempunyai penyakit hati. Kata-katanya sinis. Dia juga seorang sweet talker. Apabila berkehendakkan sesuatu, dia akan bercakap dengan baik, memuji smp langit ketujuh. Tapi apabila sudah dapat, salah skit buat kerja, terus maki hamun. Satu lagi, bab cuti punyalah susah nak dapat. Tagline, jangan cuti selagi tak habis kerja. Satu lagi sikap nya , depan A mengutuk B, depan B mengutuk A. Kemudia suka menambah cerita, yang tak ada diadakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak manusia macam tu kan... tapi dah namanya boss.. kita kdg2 terikat dgn peraturan dia. Kalau dah tak thn sgt, tukarlah boss baharu. Yg penting kita keje nak tenang jiwa dan hati. Semoga tabah ye. Tq :)

      Delete
  15. Sy ley dikatekn kategori wt lawak dlm ofis. Ske kco staff len. Tp pd ms yg sme, sy cm spy pn de gk. Bkn kepohchi.. Sy cume cr info2 dr ofis utk org yg x duk ofis. Sbb sy xnk org luo ofis ssh krn org ofis. Sbb dlm ofis sy walaupn x rmai staff tp kaki bodek n bmuka tu mmg de.

    ReplyDelete
  16. errmmm... mcm2 perangai lah org keje ofis ni kn..
    narin keje ofis, sebelum2 ni ok la.. boleh ngam dgn staff2 ofis.
    tapi sejak masuk 1 company ni, narin x masok sgt dgn staff2 sini.
    yg bajet bagus ada, riak pun ada. hal2 dalam kain pun nak cerita. perlu ke? mcm dia sorg je dah berumah tangga. narin kerja sini, apa narin buat, semua x kena, semua dorg nak marah.. dorg nampak je silap narin. silap dorg tu pn narin malas nak ckp.. masa tengah running paper work , dorg x nak amek tau.. bila paper work dah siap, baru lah dorg nak sibuk guide narin.. dorg buat narin mcm bola, sepak sana sini. hari2 narin kene kritiiiiik je manjang. ape narin buat, dorg x penah nak hargai. sikit pun x.. narin x phm la kdg org prangai mcmni. suka buli org lemah. narin lemah pada dorg. suka la dorg buli. bila narin melawan nak tegakkan kebenaran, dorg x boleh terima. nyaris nk bergadoh. narin mengalah. narin anggap narin salah. sedangkan narin tau mana yg betul mana yg salah. ada sebab, bukan suka2.. dorg riak. perkecilkan org NO 1. huhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Narin, kita ada persamaan iaitu lemah. Lemah dalam erti kata biarkan je orang buli. bukan redha, tapi tak kuasa nak melawan sebab tak nak gaduh. Yang penting kita berada di jalan yang benar. Orang lain tu, biarkan aje. Saya dah buktikan, orang yang dulu paling benci kat saya (tanpa asas yang kukuh) akhirnya mengalah dan baru nak baik2 dengan saya. Saya? Layannnn aje. taknak carik musuh.

      Narin kena kuat semangat ye. Doa banyak2 ye, good luck :)

      Delete
    2. Yela kak pida.. Kak pida tau, narin buat keje, direct sendiri dengan klien dan maincont.. Narin tak direct pun dengan staff 1 company sendiri, yelaaa, asyik nk kritik hari2 kan.. Narin jadi down lah.. Penyudahnye, org luar yg bukan 1 company yg nampak hasil kerja narin.. Bukan staff 1 company sendiri... Bila kerja tu dah jalan elok je, baru lah dorg nak hargai.. Time tu baru lah nak nampak hasil narin... Narin diam je tau malas gile laa nak berurusan dgn dorg.. Padahal 1 company nih.. Dah sekarang... Company narin keje tu dah nak tutup sebab dah takda projek dah... Time tu bos dgn staff patah kaki carik narin.. Sori lah.. Narin bahagia kerja kat company baru ni... Takde sikap menjatuhkan org walaupun kita buat salah...diam tak suka sibuk hal org.. Narin tenang hati lapang otak bekerja tempat baru ni.. Ni rezeki narin... Bila diingat balik staff2 yg buat narin tu, eiii sakit hati.. Narin malas nak contact, narin hilangkn diri dari radar je... Malas nak tau dah...terima kasih kak pida atas kata2 semangat kak pida..😊😊

      Delete
  17. saya dah down dah duk opis skrg.. sy cari2 quotes depan bos belakang bos kuar blog awak. budak opis sy br ni lain mcm sikit. ada 1 mcm dia la yang penyelesai masalah.. dia la lantang suara tapi mcm hampeh je. pura2 sibuk ke kiri ke kanan. ada minah2 gedik ni plak budget2 nak jadi bini no.2 bos. depan bos mesranya dia ngan sy. elok bos toleh aik tarik muka.. depan bos ketawa mcm bos ni maharaja lawak. padahal x de apa pun nak d gembirakan. belakang bos tido. tengok drama.. whatapp bf. ingatkan dalam drama tv je org gni wujud. saya dah keje 6 tahun, pindah keje baru.. jumpa la spesis rare ni. paling x syok minah2 ni ada geng ala2 cantik, ketawa mengilai, suka puji bos.. pastu sekali tu sy gaduh ngan 1 ekor antara diaorg bukan apa pun. pastu sy cuti. boleh2 dia g ngadu2 ngan lelaki2 n akak2 opis ni ckp sy ngumpat dia.. adoiyai.. bila masa lak.. pastu sy buat bodo kat dia.. dia leh2 lak buat muka redup ala perempuan suci rasa susah hati sy x tegur dia... then sy tegur je dia.. aik.. baru sy tahu dia n geng belakon je.. depan org dia mcm happy la sy tegur. belakang org jeling2 sy. adoiyai... hayam tol! stresss.. skrg nak g keje pun x syok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya faham sgt, saya pernah lalui perasaan tu. Mmg bgn pagi tu takde semangat nak menuju ofis. Rasa nak nangis pun ada. Last2 saya mohon tukar. Sbb saya fikir saya nak hidup gembira, tak mau aura busuk mendekati saya lagi.

      Kalau ada peluang tukar, tukarlah. Kita mmg tak boleh ubah org. Kalau diorg bwrubah tu mmg ajaib la. Fikirkan diri dan perasaan sendiri. Tinggalkan segala kepahitan dan hal2 yg tak membahagiakan kita.

      Dalam masa yang sama, renung diri sendiri. Cakap aku nak bahagia, aku taknak buat org.

      Jgn terlalu stress ye... Byk doa semoga hati lbh tenang dan dijauhkan dpd org2 yang jahat.

      Tq anyway

      Delete
    2. tq Pida. sy nak kena cari keje baru.. sy tunggu bonus ujung tahun.. saya jalan la pas tu... ni tgh taip ni dengar suara nyaring2 gedik kat luar.. hadoi.... nasib esok cuti merdeka.. bole la rehat dr menonton lakonan murah x berbayar..

      tq pida..

      Delete
    3. Insya Allah, keputusan bertukar tu adalah yang paling tepat. Dunia ni luas untuk kita. Tinggalkan yang tak best, carik tempat lain. Tawakkal. Mudah2an tempat baharu nanti itulah yang terbaik. Macam saya sekarang.. Alhamdulillah... Good luck ye :)

      Delete
  18. Staf sy ramai yg mulut longkang, x kisah laki atau yg pompuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulut longkang mmg perangai kebanyakan manusia. Langsung tak fikir perasaan orang. Setakat busuk biasa2 takpe lagi, jangan sampai tabur fitnah. Yang tu memang nak makan penampor.

      Delete
  19. Spesis perah buah oren kuar jus nanas..kat mulut lain..hati lain..alim kucing.kat fb status islamik gile..hadis2..tp dlm diam fitnah sana sini.tibe2 kwn opis ckp lbih kurang je dgn kite..tp tuhan tu ade..lps sy brenti kje..tuhan tunjuk semua kat org.skrg 1 opis benci tau kjahatan die n benci die.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah maha adil. Kifarah berlaku di dunia lagi sebab Allah nak ringankan azab di akhirat. Lebih baik dini berenti keje dpd berada dlm kalangan org2 yg munafik mcm ni. Take care dini.

      Delete
  20. Mcm2 kategori ya pida. Manusia mmg mcm2 peel. Mmg ada yg buat kita geram rasa nak cili kan. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kenari putih. Yang baik kita suka, yang tak baik kita mencik kan? Tq ;)

      Delete
  21. huhu...btlx3

    ReplyDelete
  22. Ada lg satu kategori..suka mengarah orang. Kalau bos mengarah tu normal.ni kerja sama2 semua dia nak mengarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. OOO, ni jenis acah2 boss ni. Haha. jangan ikut cakap dia haha.

      Delete
  23. Salam. Kat ofis akak ni ada sorang budak admin. Selama akak kerja di company ni dah 4 orang admin dalam department akak ni termasuk dia. Dia banyak buat perangai. First time dia tegur akak nak gugur jantung aku. Mana tak nya kita tgh fokus buat test sistem tiba2 dia letak 2 balang biskut sebelah kita. Stail "nak akak saya jual" uuu mak oi mak nko sejemput! Melatah aku dibuatnya. Sib baik kerja tak hilang.
    Tak lama lps tu dia d transfer ke dept akak as admin. Hari2 tengok hp n kacau org sebab nak beritau betapa buruk nya cerita org dlm hp. Akak fikir dia ni akan rasa bagus kalau dapat cerita kelemahan org lain

    ReplyDelete
  24. No 3 dan 4 kat atas tu mmg dia. JAHAT !!!!!!!

    ReplyDelete
  25. Org2 yg perangai tak sememeh di tempat kerja selalu ada banyak peribadi negatif. Yang paling best dia dok kompang satu alam kata org lain pulak yg negatif.DO JAHAT THiNG, JAHAT THinG WILL COME tO YOU !!!!!!!!

    ReplyDelete
  26. Dia sanggup keluar masuk bilik bos dok buruk buruk kan akak. In the same time dia buruk-buruk kan bos jugak. Dalam sehari memekak berborak dgn kawan pakai phone ofis, minta perhatian org dgn buruk2 kan kerajaan. Belakang org burukkan bangsa yg dia kipas dgn burukkan kerajaan. Segala sikap negatif dan sikap yg tak sepatutnya ada di dalam masa bekerja pon ado. Kalau sikap2 macam ni 30 ke 40 persen dari total masa bekerja tkpelah jugak. Ini dok cultivate org berborak dgn suara mengalahkan cikgu besar Bedah dahla org lain tak boleh buat kerja. Then bila org nak fokus kerja after 5 pm (sebab manusia ni balik 5 sharp) dia boleh pulak sindir2 "jom jom kita balik, ada org tu memang tak reti balik awal" padahal org tu lah yg terpaksa menadah telinga pada ucapan2 nko tu waktu ofis hour sebab nko tu tak boleh fokus kerja, berborak di telifon dengan suara yang Super kuat walaupun yg nko cakap tu pasal hal personal Kawan nko, pasal nko nak mengumpat pensyarah nko, pasal nko frust kenapa tak dapat register subjek uni yg nko buat part time tu. Dah la tu kejap2 tu karang bawak hp pegi kacau pekerja lain "haa tengok nih ...hahaha buruk nye lah org dlm intenet ni bla bla" dgn nada suara nko yg kalau buat sukatan safety telinga pon memang nko menang.

    ReplyDelete
  27. Dalam department kita dia buruk kan org department lain. Depan org depat yg dia buruk kan tu dia buruk kan pulak org dlm department kita. Sampah sarap. Kesian

    ReplyDelete
  28. Kalau org tak dengar bebelan dia nanti kena sindir kena outzone...manusia ni Ya Allah....sungguh aku teringat akan dajjal....

    ReplyDelete
  29. Waktu dia burukkan org lain dia tak puas hati betul kalau org tak take her side.Ramai exec high level dari dia pon akur dan setuju dgn dia....hahahah mereka takut dia akan burukkan mereka depan dunia.

    ReplyDelete
  30. Kerja bertimbun hari2 keluar rumah hanya nak cari makan. Ada pulak manusia durjana macam ni. Kalau dia tak dapat manipulate org sampai mati pun dia tak puas hati dgn org tu. Dia akan creat environment di mana org2 lain dlm herd tu akan pulaukan org tersebut n melaga lagakan org2 ni. Sindir menyindir...disebabkan dah terlalu banyak n i think she is too over. Allah swt dah beri petunjuk. Dia terpaksa kena OT sebab buasir waktu dia pregnant dulu. Masih lagi berleluasa sikap menjatuhkan org dia ni. Waktu company ada issue ekonomi. Dia pun mula lah mencanang utk jatuhkan admin2 yg lain "allaa si Fa*** tu bukan ada buat ape pun tu" si No** tu takde keje pun tu" etc2

    ReplyDelete
  31. Fuh lega ada tempat meluah ni. Akak ni bimbang nak meluah kat kwn ofis nanti makhluk ni akan lebih memburuk dan menjatuhkan akak. Kita banyak benda lain nak fokus. Mohon Allah swt pelihara kita dari makhluk2 macam ni.

    ReplyDelete
  32. Meluah dgn manusia pon bimbang kita termengumpat pulak. Entahlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lina, kencang jantung saya baca coretan Lina. Geram pun ada bila baca. Abis tu korang tak boikot dia ke supaya dia rasa dia takde kawan, so dia akan sedar dan berubah. Manalah tau.. hihihi.

      Anyway tqvm Lina kerana sudi baca dan meluah perasaan. Sbnrnya saya takut dgn manusia macam tu. depan kita pun dah tak baik, bayangkan belakang kita. Nauzubillah. Paling win bila pihak atasan pun ikut cakap dia kan? Ya Allah, nauzubillah orang macam ni. Stay strong selagi boleh, dan jangan lupa doakan dia ye.

      Tq Lina :)

      Delete
  33. Aduh....lawak weiiiii...ayat ko mmg xleh blah...aku boleh tergelak sorg2 baca bblog ko ni...dah la tgh2 mlm aku gelak sorg .. aduhhh best la hasil kajian ko ni pida...ohpidaaaa

    ReplyDelete
  34. nak komen jugak la. baru jumpe post ni. haha. ada jumpa org mcm malaikat. rupanya dialah penyampai utama diraja. klw org terbuat salah tak sengaja, kira kaw team dahla kan klw dah tau tu. ni g kecoh kat boss. klw dy kutuk bos takde pulak org bgtau bos. lg satu jenis org yg, dy ketua, tak banyak kerja, tp dy nak suruh org bawahan dy yg banyak kerja buat kerja2 dy, dy pulak buat2 busy, kemudian hasil kerja org bawahan dy satu pun tak dpt kredit, lebih kredit kat dy je. mentang2 org bawahan dy baik2. org camni buat2 tolong dy buat kerja, tp jgn tolong betul. biar dy buat kerja dy betul2.

    ReplyDelete
  35. Saya selalu buat kije ikut dateline kalo partner x siapkan ,saya akan siap kan. Pastu kerja saya memang buat seikhlas habis baik la.. rank pun memang boss bagi top 1. Huhu kengkawan gelar ak kaki bodek sebab boss sayang... Camni ni Kira kaki bodek ke.ak siapkan kerja sampai dapat result yg terbaik je🥴

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. Saya jenis yang buat hal sendiri.Kadang- kadang ada buat salah & bila kena marah saya buat dengar tak dengar je sebab dah malas nak layan orang dekat office.Orang atas saya bila marah dia akan update dekat status burukkan staff lain / merungut.

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...