Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

♥Cerita cinta agung♥

Salam cinta,

Sekarang ni mak dah kurang selera makan. Kata mak, sejak kali terakhir mak menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi, tekak mak rasa tak boleh terima makanan.

Sebab itulah mak telah putuskan tak nak buat rawatan kimo lagi. Kami hanya menurut sahaja kemahuan mak. Kami tak rasa kesakitan mak, kami cuma dapat memahami sahaja tetapi tidak merasai. Sebab itu kami menghormati keputusan mak untuk berhenti menjalani rawatan kimo.

Tak mengapalah, apa yang penting sekarang ialah kesihatan mak sentiasa baik dan mak tak sakit. Tetapi oleh kerana mak tak makan, badan mak jadi lemah dan tak kuat. Mak nampak lesu dan letih sahaja.

Inilah dilema kami adik-beradik. Dalam keadaan mak yang begitu, hanya Ab seorang yang diharapkan untuk menjaga mak. Dah puas kami pujuk mak supaya tinggal bersama kami, memandangkan kami enam beradik semuanya duduk di kawasan KL.

Namun mak enggan. Mak nak duduk di rumah sendiri, lebih selesa, lebih mudah. Kami faham dan kami akur. Untuk seminggu dua dalam keadaan mak yang lemah begitu, kami tinggalkan bersama ab. Kami tak berjaya memujuk mak. Memang hati orang tua susah untuk ditelah.

Tapi kami tak berputus asa. Setiap minggu kami balik menziarahi mak, tolong jaga mak dan meringankan tugas ab. Kami adik-beradik memang dah nekad walau apa pun yang terjadi, kami mesti menjaga mak dan ab. Sebenarnya bukan hanya kesiankan mak, tapi kami juga amat kesiankan ab.

Kami berasakan sudah tiba masanya kami pula yang menjaga mak dan ab lebih-lebih lagi dalam keadaan mak yang kurang sihat sekarang. Dan kami tak boleh tahan air mata bila melihat ab melayan mak.

Ab adalah anugerah Allah untuk mak. Dalam keadaan mak begitu, tidak pernah seinci pun ab berjauhan dengan mak. Ab layan mak makan, ab suapkan mak, ab ribakan mak, ab dakap mak; semua itu Pida perhatikan dari jauh semasa balik kampung hari tu. Dan semua itu membuatkan Pida menangis.

Setiap kata ab dituturkan dengan lembut, nak makan? Nak minum? Nak duduk? Semuanya bagai keluar dari mulut pelayan dari syurga. Betapa sabarnya ab melayan mak, dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang, membuatkan kami adik-beradik sedar betapa tulusnya cinta mereka.

Akhirnya doa kami dimakbulkan Allah. Mak setuju untuk tinggal bersama kami tetapi di rumah adik Pida. Alhamdulillah, sampai juga hajat kami nak jaga mak dan ab.

Pun begitu, semasa kami keluar bekerja, ablah yang menyuapkan makanan ke mulut mak. Bukan sebab mak tak larat nak makan sendiri, tapi sebab ab nak layan mak. Bila Pida tengok dari jauh, ya Allah memang sebak hati ini melihat. Betapa besarnya kasih sayang dan pengorbanan ab kepada mak. Betapa mulianya teladan yang ab dan mak tunjukkan kepada kami.

Semalam Pida menjaga mak. Pida buat macam mana yang ab buat. Pida bagi mak makan, Pida tolong mak salin baju dan macam-macam lagi. Tapi rupanya Pida masih kekok. Akhirnya ab yang ajar, tanya mak nak makan apa, mak nak tengok cerita apa dan macam-macam lagi. Pida buat semua tu.

Bila dah selesai semuanya, Pida cepat-cepat masuk ke bilik air. Pida menangis puas-puas dalam bilik air tu. Sampai sakit dada Pida kerana menangis tanpa suara. Pida tak tahan rasa sedih dan sebak bila melihat cara ab melayan mak. Ab terlalu baik dan sabar.

Ab, terima kasih kerana sentiasa berada di samping mak ketika anak-anakmu tiada membantu. Terima kasih kerana setia menemani mak ketika anak-anakmu tidak menunggu. Terima kasih atas kesabaran dan keikhlasanmu, dan terima kasih atas kasih sayangmu. Sesungguhnya kaulah insan mulia yang tiada gantinya bagi kami.

Mak, terima kasih kerana melahirkan dan menjaga kami sehingga kami dewasa. Pida tak lupa cerita mak dulu, semasa Pida berumur 6 bulan, Pida kena demam panas dan sawan. Mak panik sangat, mak dan ab terus hantar Pida ke hospital tanpa mak sedari bahawa mak sebenarnya tidak memakai kasut pada waktu itu. Setiap kali Pida teringat kisah ini, setiap kali itulah Pida akan menangis. Tak taulah dapatkah Pida menjaga mak sebaik itu?

Kepada suami Pida, terima kasih kerana cukup memahami. I love you, abang.

Ya Allah, terima kasih kerana memberi kami peluang untuk menjaga ibu dan bapa kami. Terima kasih atas segala nikmat yang Engkau berikan. Kau sihatkanlah mereka, kau sejahterakanlah mereka. Kau kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihi kami.


Gambar ini Pida rakam semalam. Pida menangis setiap kali tengok gambar ni :`(


I'll be loving you forever
Deep inside my heart you'll leave me never
Even if you took my heart and tore it apart
I would love you still forever

You are the sun, you are my light
And you're the last thing on my mind
Before I go to sleep at night

You're always 'round when I'm in need
When trouble's on my mind
You put my soul at ease

There is no one in this world
Who can love me like you do
So many reasons that I
Want to spend forever with you

I'll be loving you forever
Deep inside my heart you'll leave me never
Even if you took my heart and tore it apart
I would love you still forever

We've had our fun, and we've made mistakes
But who'd have guessed along that road
We'd learn to give and take

It's so much more than I could have dreamed
You make loving you
So easy for me

There is no one in this world
Who can love me like you do
That is the reason that I
Want to share forever with you

I'll be loving you forever
Deep inside my heart you'll leave me never
Even if you took my heart and tore it apart
I would love you still forever
(And girl I pray you leave me never)

'Cus this is a world
Where lovers often go astray
But if we love each other
We won't go, won't go that way
So put your doubts aside
Do what it takes to make it right
'Cos I'll love you forever
No one can tear us apart

I'll be loving you forever
Deep inside my heart you'll leave me never
Even if you took my heart and tore it apart
I would love you still forever
I just want you to know that

I can't eat, I can't sleep
I can't breathe, whenever I'm without you
When we walk, I stand tall
When we talk, I only talk about you...

Forever by Damage



Thursday, December 20, 2012

Calon boyfriend/tunang/laki yang patut dihindari

Salam calon,

Pida mempunyai ramai kawan, sedara mara malahan adik-adik Pida sendiri yang masih belum berkahwin. Pida maksudkan di sini yang perempuan. Ada tu umur dah lanjut (sorry adik-adik!), tapi sampai sekarang masih solo je. Ntah bilalah nak berduet pulak.

Takpe, jangan risau. Zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu. Zaman dulu kalau masuk 25 tak kahwin lagi memang confirm dah kena mandi bunga. Zaman sekarang ni umur 30-an ramai lagi yang belum berkahwin.

Trend berkahwin lambat dah menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita hari ini. Anak dara yang masih belum berkahwin walaupun umurnya dah mencecah 30 tahun tidak lagi dianggap taboo seperti dulu. Bukan sebab tak nak kahwin, tapi mungkin sebab belum ada calon suami.

Lagi-lagi yang dah berkerjaya tetap dan stabil dari segi kewangan, mungkin ada yang berasakan tak kahwin pun tak apa, kalau aku kahwin belum tentu hidup aku sesenang sekarang, dah elok-elok diri ni bebas nanti ada kekangan pulak... dan macam-macam lagi alasan.

Tapi ramai jugak yang dah ada pakwe. Tinggal tunggu nak masuk minang je. Tapi kau yakin ke pakwe yang kau poja-poja sangat lubang hidungnya tu adalah calon yang selayak-layaknya untuk jadi menantu mak bapak kau?

Haa... inilah tujuannya Pida tulis entry ni. Pida nak bagi serba-sedikit panduan bagi gadis-gadis comel di luar sana, yang tak comel pun boleh join jugak, mengenali adakah pakwe kau tu boleh dijadikan laki atau patut dihindari?

1)   Kalau pakwe kau tu suami orang, sah-sahlah kau kena hindari. Seboleh-bolehnya mintalah pertolongan daripada Allah agar kau dan dia berpisah. Please la jangan kacau rumahtangga orang. Orang lelaki ni kadang-kadang sengaja buat cerita burukkan bini masing-masing, padahal nak ayat je tu. Kalau dah kuat sangat jodoh, itu ketentuan. Tapi fikirlah hati orang lain.

Saya laki orang.

Saya pun laki orang.

Saya pun...

2)   Kalau pakwe kau tu tak bekerja, lebih baik fikir dalam-dalam. Lelaki yang tidak bekerja adalah lelaki yang tak macho. Mana dia nak dapat duit untuk tanggung kau? Jangan sampai kau pulak tanggung dia.

3)   Kalau pakwe kau tu jenis playboy, janganlah fikir panjang. Hensem macam Shah Iskandar pun tapi kalau jenis suka pasang sparepart keliling pinggang, lebih baik kaupilih lelaki rupa macam penyanyi Hyper Act tapi setia pada kau sorang je.

4)   Kalau pakwe kau tu jenis yang tak berduit, kau pun tak seronok bila keluar dating kan? Makan minum kau pulak yang bayar. Tak macho la asyik girlfriend je yang taja. Nampak sangat pakwe kau tu tak berduit.

5)    Kalau pakwe kau tu tinggi ego, pun kau perlu hindari juga. Lelaki yang ego hanya akan menyakitkan hati dan perasaan terutama jika bergaduh atau bertengkar.

6)   Kalau pakwe kau tu panas baran, ini bahaya. Belum apa-apa dah dimaki hamunnya kau, lagi teruk kalau dia berani pukul atau belasah kau. Siapa dia nak maki hamun atau belasah kau? Mak bapak kau kalau diorang tau pasal ni tak ke hancur hati diorang? Orang macam ni tolonglah jangan percaya kalau dia kata dia akan berubah. Masa bercinta mungkin berubahlah juga, tapi bila dah kahwin nanti, dia pasti akan kembali ke tabiat lama. Kecuali kalau dia dah mendapat hidayah.

7)   Kalau pakwe kau jenis biar papa asal bergaya, ini pun patut kau fikir semula. Dah tau takde duit apa kejadah nak makan nasik arab tiap-tiap hari? Dah tau sengkek apa kebenda nak pakai iPhone 5? Lebih parah kalau dia dah start pinjam duit kau. Dan lebih parah kalau tak pasal-pasal kau pulak yang kena buat loan bank untuk puaskan kehendak material dia.

8)   Kalau pakwe kau jenis yang berat hati nak jumpa mak bapak dan keluarga kau, itu tandanya dia belum serius dengan kau. Nak buat apa buang masa lagi?

9)   Kalau pakwe kau tu jenis yang mulut terlalu manis, ini pun mesti ada udang di sebalik batu. Asyik puji kau memanjang, di matanya kaulah segalanya, dan kau pun cair. Hati-hati kau, kadang-kadang lelaki yang manis mulut ni sebenarnya dah ada bini atau makwe di seluruh negara.

10)   Akhir sekali, kalau pakwe kau tu jenis tak menjaga solat 5 waktu, inilah sebab utama kenapa kau harus mintak clash daripada dia. Orang yang tak bersolat bermakna dia tiada pegangan agama yang kukuh. Bila tiada pegangan agama yang kukuh, jiwa dan minda jadi rapuh. Lagipun mestilah kau mengimpikan sebuah keluarga islamik yang sejati kan?


Cinta sebelum kahwin tidak sama dengan cinta selepas kahwin. Kalau masa zaman pakwe-makwe kau dah bercinta sakan bagai nak rak, percayalah perasaan itu tak akan dapat kaurasai lagi selepas kau kahwin. Sebab segalanya telah kaulalui. Tiada yang istimewa dan surprise lagi.

Carilah lelaki yang menyayangi kita lebih daripada kita menyayangi dia. Tanda-tandanya jelas; dia amat sabar dengan perlakuan kasar kau, dia sentiasa bercakap lembut dengan kau walaupun kau berkasar dengan dia, dia tak abaikan kau walau sesibuk manapun dia, dia tidak memewahkan kau dengan wang ringgit tetapi dengan perhatiannya, dia yang memujuk walaupun kau yang memulakan persengketaan, dia yang bertanyakan makan minum kau walaupun kau telah memberi kata putus untuk berpisah dengannya, pendek kata hanya hati kau yang tahu bahawa dia amat menyayangi kau.

Kebahagiaan itu masih wujud di dunia ini. Berdoalah selalu supaya kebahagiaan akan selamanya menjadi milik kau bersama insan yang kaucintai.

Bukan untuk mencari insan yang sempurna, cukuplah jika dia tak ada salah satu perangai macam kat atas tu. Kredit untuk cikgu saya iaitu Cikgu Mat Som ;).
 
Cinta sejati dan ikhlas itu sememangnya indah.

♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥

Heeee... Pida bicara soal cinta!

ps: Manusia berubah.

Saturday, November 3, 2012

Tiada jodoh dengan si dia gara-gara mak Pida sendiri

Salam jodoh,

Entry pada hari ini adalah entry cerita. Pida nak ceritakan pengalaman cinta yang belum berputik tetapi telah putus secara tidak disangka-sangka. Dan penyebabnya ialah tak lain tak bukan ibu kandung Pida sendiri; insan yang amat Pida sanjungi.

Ceritanya begini. Mari kita flashback. Hoi kau yang pegang cawan tu dah sedia nak dengar ke tak?

Pada masa itu Pida baru berusia 17 tahun. Masih anak dara sunti. Tengah kembang semangkuk la kata orang. Masa tu jiwa remaja. Perasaan nak cari pakwe tu memang ada la. Maklumlah, hormon remaja sedang menguasai diri, mesti la ada rasa nak disayangi dan menyayangi ecewah gatalnya aku.

Pada suatu hari, Pida mengikut mak pergi bershopping di sebuah pasar raya. Memang menjadi kebiasaan Pida temankan mak keluar membeli-belah sebab Pida tolong mak angkat beg plastik.

Tiba di satu bahagian, iaitu bahagian alat tulis, Pida dan mak membelek-belek barang di situ. Kami saling bersebelahan. Pida kenalah sentiasa berada dekat-dekat dengan mak. Senang nak bodek, nak mintak liquid paper ke, mintak pensel picit-picit ke, mintak file holder ke.

Di hadapan Pida ada seorang abang hensem. Pida yakin dialah jodoh Pida. Pandangan kami bertemu. Sungguh terasa aura cinta bagaikan panah arjuna menikam jantungku. Tiba-tiba dada rasa berdebar-debar, dan Pida terus tertunduk malu tanda setuju... Mak, perkenalkan bakal menantu mak.... pelawa Pida dalam hati sambil tersipu-sipu.

Akhirnya Pida bertemu jua dengan jodoh Pida.


Sedang hati berbunga cinta, sekali tu ditakdirkan Allah mak Pida terkentut dengan kuat. "Pot!" Begitulah kuatnya kentut mak.

Tetapi mak Pida buat selamba je. Mak lantas meninggalkan Pida terpinga-pinga keseorangan di situ. Abang hensem itu terkejut dan memandang Pida tepat-tepat ke muka Pida yang dah berubah menjadi muka gajah.

Pida terkunci di situ. Abang, sumpah bukan saya yang kentut! Tapi hanyalah sia-sia kerana jodoh Pida itu telah berlalu pergi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Cinta kami terlerai begitu sahaja akhirnya.

Begitulah tragisnya percintaan Pida. Cinta terhalang gara-gara mak sendiri. Ooohhh....


 Namun akhirnya cinta tersebut terlerai tanpa sempat diisytihar!

Tuesday, February 21, 2012

Ahmad Razin di hati Pida

Salam di hati,

Hari ini 21 Februari 2012, adalah hari ulang tahun pertama Ahmad Razin.

Siapa Ahmad Razin?










Haa... kalau kau nak tau, Razin adalah buah hati Pida selain Rania, Aqil dan Sufi. Razin telah menjadi sebahagian daripada hidup Pida sekeluarga sejak detik pertama kelahirannya.






Razin ketika baru dilahirkan tahun lepas.




Razin ketika majlis berendoi. Buat di rumah Opahnya.






Rumah Tokyi dan Mamaneh buat majlis aqiqah dan cukur jambul.






Razin adalah anak saudara Pida iaitu anak kepada adik lelaki Pida. Tetapi mengapa Razin sungguh istimewa pada Pida? Sebab dia adalah anak susuan Pida.

Pida mula menyusukan Razin ketika mamanya bekerja on-call. Oleh kerana kekangan waktu dan Razin pada masa itu masih menyusu, dan kebetulan pula Pida sedang menyusukan Sufi, maka dengan izin suami, Pida pun menyusukan Razin.

Setelah cukup syarat iaitu lima kali kenyang, maka jadilah Razin anak susuan Pida. Berkongsilah dia dengan Sufi dan abah Sufi sekali.  Gedik la kau.

Kini Razin dah tak menyusu badan lagi. Dia baru je dapat adik perempuan 17 Februari lepas. Best la, umur baru setahun dah jadi abang.

Buat Razin, kasih sayang mak tak ada bezanya dengan Kak Nia, Abang Aqil dan Sufi. Mak sayang semua anak-anak mak.

Happy birthday my little Razin. Always be good, mummy love you sayang!





Thursday, January 26, 2012

T♥nd♥-t♥nd♥ j♥tuh cint♥

Salam cinta,

Wah, lev-lev gitu tajuk kali ni.

Memang indah di kala bercinta. Segalanya bagai bunga yang mekar dan harum mewangi di taman sari. Tiada kata yang dapat diluah tatkala berhadapan dengan belahan jiwa, hanya pandangan mata yang menusuk ke hati. ♥♥♥ Oh, alangkah indahnya cinta! ♥♥♥

Cuba angkat tangan siapa yang sedang dilamun cinta sekarang? Mak aii.... ramainya yang tengah jatuh cinta. Ok, setuju tak kalau Pida katakan yang kaumerasai semuanya di bawah ini; saat ini? Tanda-tanda jatuh cinta!


    Kau asyik senyum memanjang.

Orang tengah dilamun cinta la katakan... Semua perkara kauhadapi dengan senyuman. Semua perintah boss kauterima dengan senyuman. Abah kau marah sebab kau terlupa tutup pintu reban ayam pun kau masih mampu memberikan senyuman!

Depan kambing pun kausenyum.


Macam ni la rupa orang tengah jatuh cinta ;P  Thanks Google.





     Kau makan tapi tak pernah kenyang.

Mungkin sebab kau ni jenis membela agaknya. Ataupun kaulupa baca Bismillah sebelum makan. Sebab dalam hati dan mulut kau tu tak lain tak bukan hanyalah buah hati kau tu je. Kan? Kan?


Tengok cara makan pun tau jenis membela. Bela cacing.







♥     Kau mandi tapi tak pernah basah.

Agaknya memang badan kau je masuk dalam bilik air tu. Tapi sebenarnya kau tak bukak pun air sebab kaubayangkan buah hati kau tu ada kat depan kau. Dah kau tu jenis kalau mandi bukak semua. Tinggal alat-alat tertentu je. Malu letteww!!!


Jangan salahkan orang lain jika dia menutup hidung semasa berdiri di sebelah kau. Kemungkinan besar kau tidak mandi sejak mula jatuh cinta.





♥     Kau tengok apa saja pun kau nampak dia aje.

Ini namanya gila bayang. Tak pun gila isim. Pantang bukak mata, kau asyik nampak buah hati kau tu je dok melambai-lambai dan bagi flying kiss kat kau. Kau tak sedar sebenarnya yang kat depan mata kau tu ialah nenek tiri kau. 

Tahap kronik dah ni. Kalau dulu-dulu orang dah mula gali dah. Tinggal nak tanam je. 


Asal tengok bantal je kau terbayang muka dia. Asal tengok bulu ayam je kau terkenang wajah dia. Masuk ni dah 3 kali lebih kau tukar kain. Eh, apa kena-mengena?





♥      Segalanya tentang dia adalah baik belaka.

Kau tak boleh terima bila orang kritik atau kutuk dia. Haruslah orang yang kutuk tu jadi musuh kau buat selama-lamanya. Kau lebih rela hidup dalam penafian (denial syndrome) padahal kau memang dah tau bahawa buah hati kau tu memang jenis pantang tengok orang lawa.


Semua yang ada pada dia nampak sempurna di mata kau walaupun kadang-kadang perangai dia pelik sikit.





      Kau berdebar-debar setiap kali bertentang mata dengan dia.

Rasa macam jantung tu nak copot aje setiap kali kau memandang dia. Berdebar lain macam. Denyutan jantung menjadi lebih laju. Rupa-rupanya kau mengidap simptom lemah jantung.



Makwe : U pandang apa teww?  Pakwe : Ada lewww...






       Kau rasa jeles tak tentu pasal.

Berbulu mata dan bertaik telinga kalau kau dengar bahawa buah hati kau tu bercakap mesra dengan orang lain dan sentiasa senyum dengan orang selain kau. Tapi kau lupa bahawa buah hati kau tu adalah seorang operator khidmat pelanggan.


"Kemon la anje... takkan nak jeles... I cuma bawak iguana I jalan-jalan pusing pekan je tadi. Bukannya I hangkut mana-mana minah pun."







       Kau rasa macam nak menikah time tu jugak!

Ini memang sahih kau tengah jatuh cinta. Dah, pergi niat puasa!



Saya nak kawin. Boleh?

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...