Friday, August 11, 2017

Hotel Mudzaffar Nan Megah

Salam Mudzaffar,

Awal bulan April yang lepas, Pida telah berpeluang merasai penginapan di Hotel Mudzaffar yang terletak di Ayer Keroh, Melaka.

Hotel Mudzaffar; yang mendapat namanya daripada inspirasi Sultan Muzaffar Shah dalam era Kesultanan Melayu Melaka ini mula beroperasi pada bulan Januari 2017. Pada masa Pida datang tu, hotel ini masih betul-betul baharu.

Apa yang Pida boleh katakan, saat kaki melangkah masuk ke Hotel Mudzaffar ini, segalanya adalah wow!

Mari Pida kongsikan.

Segaknya bangunan yang tersergam indah ini. Seni binanya klasik dan jelas sekali mengabadikan kemegahan istana zaman silam.



Kalau berdiri betul-betul di hadapan, kena mendongak untuk menikmati kecantikan bangunan Hotel Mudzaffar ini. Dongak sambil mulut terlopong sebab rasa kagum sekejap.

Sebaik sahaja masuk, wahhh...!!! Dia punya tangga, memang kau tak mampu nak pasang kat rumah la. Tersergam dan terhampar indah di depan mata. 

Dah la... aku malas nak cakap panjang-panjang. Nko bukan ingat pun kan. Buat habis dakwat aku menulis je. Nko ikut je Pida bawak round-round di sekitar hotel ini ye.

Nampak tak laluan lantai yang besar itteeww? Rumah kau mesti takde kan marmar mahal macam tu? Sama la aku pun.

Ini kaunter pendaftaran. Masa Pida nak ke sini kan, ada sorang acik tu terhegeh-hegeh berjalan nak ke kaunter. So Pida bertekad untuk mengambil gambar kaunter kosong maka Pida terpaksa berebut dan berlumba siapa sampai dulu dengan acik tu. Padan muka dia tak dapat masuk blog Pida.

Hotel Mudzaffar ni nampak begitu gagah sekali kerana ia diserikan oleh tiang-tiang yang tinggi. Setiap satunya terukir indah dan penuh seni tradisional dan menyerlahkan unsur seni bina islamik.

Banyak betul tiang kat dalam hotel ni. Laluannya juga amat luas sehinggakan kau boleh bermain go-kart kalau berani.



Hotel Mudzaffar menyediakan satu ruang santai dan lepak yang besar. 

Terdapat banyak set sofa klasik zaman baba nyonya dan rekabentuk zaman pop yeh-yeh diletakkan khas untuk tetamu yang nak duduk-duduk sambil minum air. Kaunter minuman juga disediakan di ruangan ini.

Tertarik dengan sofa klasik ini. Sekarang dah jadi trend semula.. gaya scandinavian katanya gitteeww.

Dinding indah ini boleh dilihat berdekatan dengan kafe.

Pintu masuk kafe pun dah serupa istana daaa...

Suasana dalam kafe memang cantik. Moden dan minimalis.

Menu sarapan dia standard macam hotel-hotel yang lain. 

Ni tadi Pida lupa nak bagitau. Kat sofa-sofa klasik tempat lepak tu turut disediakan bahan bacaan santai seperti komik Datuk Lat Kampung Boy ni. 

Bagus kan idea ni, boleh perkenalkan sekali kartunis legenda negara yang dah sampai ke peringkat global ni kepada tetamu.

Lagi suasana di hotel ini.

Pida sangat tertarik dengan hiasan dinding berupa gong tembaga ini. Cantik sangat tau. Rumah nko takde benda ni kan?

Baiklah, Pida dah kongsikan persekitaran hotel ini. Jom Pida bawak tengok bilik dia pulak.

Kemewahan Hotel Mudzaffar bukan hanya dapat dinikmati melalui rekabentuk bangunannya semata-mata, malahan sehingga ke permaidani koridor sekalipun.

Ini bilik penginapan. Luas dan cantik. Ni pun Pida cepat-cepat ambik gambar sebelum roomate aku masuk. Kang dia kata aku macam tak pernah pegi hotel amik gambar sana sini. Dia tak tau aku nak masukkan dalam blog. 

Member-member mana tau aku ada blog. Aku rahsiakan. Itu sisi gelap aku. Kalau diorang tau aku ada blog, memang pencen awal la aku hahaha. 




Kau tengok katil dia. Rapi kan? Kau tengok pulak katil kau. Dah tu je aku nak tulis.

Even jamban dia pun mewah wa cakap lu. Dah tak macam jamban dah aku tengok. Macam ruang tamu. Cantik. Teratur. Jamban rumah nko jauh panggang dari api kan? Sama la jamban aku pun.

Rumahku tiada bath tub. Maka ku tidak reti mandi di dalam bath tub. Kurasa gayat melihat diri sendiri di dalam bath tub.

Tempat melabur yang menerima syiling lama dan syiling baharu.

Ni tak payah cakap. Belum sempat guna nko dah rembat dulu masuk dalam beg. Room mate nko terkebil-kebil mandi takde sabun.

Yang ni Pida nak komplen. Tivi dia memang canggih ooo.. tivi flet dia bagi nko. Tapi sumpah mula-mula tak reti guna sebab dia ada dua remote. 

Tekan-tekan tak dapat. Last-last godeh dengan pengetahuan bidang arkeologi yang ada ni... maka dapatlah bukak siaran iaitu TV1. 

Tapi lepas tu sampai ke sudah tengok TV1 sebab tak reti tukar channel. Room mate aku lagi la tak berani nak sentuh. Takut meletup.

Jendela kamarku. Yang tidak terdapat di rumah sendiri.


Ok, selesai pengembaraan di dalam bilik. Sekarang kita tengok ada apa pada Hotel Mudzaffar ini?

Tetamu boleh melawat galeri khas yang dinamakan Mudzaffar Heritage. 

Galeri ini menghimpunkan beberapa pameran yang berkaitan dengan senibina islam selain barangan peribadi yang mempunyai nilai sentimental kepada pemiliknya.


Ruang utama galeri mewah ini.

Kitab dan muqaddam untuk dijual.

Dulang tembaga antik.




Khat kaligrafi yang ditulis di atas jubin.

Barangan antik juga dipamerkan di sini.


Jubin



Ini ialah kawasan luar hotel ini. Pada masa Pida datang ni, kapal besar belakang tu masih dalam pembinaan. Diorang kata nak buat restoran. 

Jadi begitulah serba sedikit coretan yang dapat dikongsikan dengan kau anak-beranak. Kalau rasa-rasa tak cukup info, oit pegilah sendiri. Gemok arr asyik Pida je nak supply.

Pendek kata, Hotel Mudzaffar merupakan perlambangan mutakhir dalam industri perhotelan dan pelancongan negara. 

Lebih bangga pemiliknya adalah orang kampung Pida masa duduk kat Kampung Melayu Kluang dulu hahaha. Masa nilah nak ngaku sedara ye tak.

Ok, lepas ni kalau jalan-jalan ke Melaka, bolehlah menginap di Hotel Mudzaffar seindah istana ini ye!



No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...