Salam galeri,
Usai beriktikaf di Masjid Ubudiah, kami sekeluarga meneruskan lawatan ke Galeri Sultan Azlan Shah yang terletak berhampiran dengan masjid ini.
Masuk-masuk je ke dalam kawasan istana ni, perghhh!!! Terkesima mak. Cantiknya bangunan ini. Macam istana zaman silam. Sungguh indah bagai rumah sendiri. |
Ni haa, Akon. Hahaha.
Dah kenapa ko masukkan aku dalam blog ko ni Pida? |
Saksikanlah betapa indah dan berseninya bangunan istana ini. Memang teruja melihatnya. |
Lanskap taman yang cantik dan mendamaikan. |
Selain itu, pengunjung juga boleh menyaksikan sejarah pemerintahan almarhum termasuk beberapa dokumen asal tulisan tangan almarhum ketika menjadi Ketua Hakim Negara.
Sayangnya pengunjung tidak diizinkan mengambil gambar di dalam galeri. Nak cerita banyak-banyak pun tak reti, sebab banyak sangat yang boleh dilihat di dalam galeri ini. Semuanya wow! wow! belaka. Memang takdelah setakat kau anak orang kebanyakan ni nak merasa tu semua. Hihihi...
Pida juga berpeluang melihat kenderaan-kenderaan rasmi yang pernah digunakan oleh almarhum termasuk kereta Rolls Royce. Apa yang menarik, galeri ini juga mempamerkan basikat tua dan lanca yang pernah dinaiki almarhum ketika zaman sekolah dulu.
Bagus juga dapat melawat galeri ini. Sekurang-kurangnya Pida dapat merasa fefeeling princess ketika melihat tiara berlian, persalinan diraja yang lawa-lawa dan mewah-mewah, beg tangan emas bertatah zamrud dan hadiah-hadiah persembahan yang fuhhh!!! Serba mewah!!! Ya Allah dapat berangan je la. Takpe, berangan tak kena bayar.
Selepas lebih sejam di galeri ini, kami pun pulang. Pulang ke mana? Haaa, itu dalam episod ketiga ye adik-adik.
Oh ye, nak tau tak, masa dalam perjalanan balik tu kan, si Muhaimin yang sejak tadinya diam aje fefeeling budak baik kan, tiba-tiba mengamuk sakan dalam kereta. Menangis terjerit-jerit, Pida nak dukung dia tak mau. Meronta-ronta menendang-nendang dalam kereta sampai termuntah-muntah dia.
Pelik dengan kelakuan Muhaimin, kitorang yang ada dalam kereta tu pun bacalah apa-apa yang patut. Baca ayat kursi, Fatihah., qul huallah, alam nasyrakh, tabbatyadaaa, doa makan pun baca.... semua kitorang baca tapi Muhaimin masih mengamuk-ngamuk.
----->>> Flashback : Tadi pergi kawasan makam, lepas tu pergi masuk galeri yang banyak barang-barang lama dan patung-patung. Atau mungkin memang dia tengah penat dan saja-saja rasa nak mengaruk.
Hmmm.... kenapa ye? Wallahuálam.
No comments:
Post a Comment
Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!