Showing posts with label sabah. Show all posts
Showing posts with label sabah. Show all posts

Monday, July 9, 2012

Darmawisata - Aww! Digigit ikan kelah di Ranau (Tagal Sg Moroli)

Salam Ranau,

Setelah berada selama sejam di Taman Kinabalu, Pida bersama anggota-anggota rombongan Cik Peah Ronggeng menuju ke satu tempat rekreasi yang sangat cool dan happening iaitu Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti yang terletak di Ranau.



Papan tanda arah menuju ke Tagal Kg. Luanti Baru. Pida tanya kat abang pemandu pelancong tu, "Bang, tagal tu apa?" Abang tu jawab, "Ooo... tagal tu dalam bahasa tempatan bermaksud 'tak boleh memancing'. Kalau kita tangkap ikan kat sungai ni, kita boleh kena denda gitu!" Ia adalah satu sistem yang digunakan dalam pemeliharaan sumber hidupan sungai seperti ikan kelah dan keli.



Pengunjung ke kampung ini disambut dengan papan tanda selamat datang. Rasa seronok dah mula merasuk diri sebab terkenangkan keseronokan yang bakal menyeronokkan diri Pida nanti. Seronok noks!



Dah nampak dah...! Sungai! Wah, tak sabar rasanya nak masuk sungai ni. Kali terakhir Pida masuk sungai ialah pada tahun lepas di Sungai Congkak. Bestnya sungai!



Sabor Pida! Baca peraturan tu dulu buat tambah pengetahuan. Nak masuk sungai ni berbayar. Bukan percuma macam yang kaufikirkan. RM5 sorang. 15 minit je. Yek ellee.... 15 minit je?


Sebaik sahaja pintu pagar dibuka, Pida adalah antara orang terawal yang menerpa masuk menuju ke arah sungai laksana dah tak jumpa laki selama 3 bulan gamaknya. Nak tau apa yang istimewa sangat di sungai ni? Spa ikan kelah! Nampak tak yang hitam-hitam dalam air tu? Ikan kelah tu!



Ikan-ikan ni kau jangan cakaplah... besar-besar gaban wa cakap lu! Panjang-panjang lengan kau tu ha. Banyak giler, jinak-jinak belaka!



Ikan-ikan inilah yang akan membaham kaki kau. Sama ada kau yang mati kena baham atau ikan ni yang mati tak tahan bau kaki kau. Kita tengok siapa yang kenaaa!!!


Masa first time Pida cecahkan kaki ke dalam sungai ini, ikan-ikan tu terus kerumun kaki Pida (ikan-ikan ni tak kena bau lagi ni). Pida yang lemah lembut ni pun menjerit-jerit kerana kegelian. Rasa nak pijak-pijak je ikan ni. I benci geli you!


Kau tengok la tu, makin kujerit, makin digigit. Aww! Aww! Pida menjerit. Sakit wooo kena gigit ikan. Brader baju kuning tu memang pendengki durjana, sengaja dia bagi ikan makan kat area-area kaki Pida biar ikan kerumun dan gigit kaki Pida yang masih suci ini.



Ko tengok! Sampai tahap ke celah kaki aku dia mendengki. Kau ni sebenarnya nak main dengan ikan ke nak dengar aku menjerit Wan? Kau yang tengah baca tu jangan pulak speku Pida ada skandal dengan budak ni. Dia teruna lagi. Dia panggil Pida akak ok. Mampus kalau laki aku nampak. Tidur luar la aku malam ni.


Inilah seumur hidup Pida kena kerumun ikan kelah besar-besar lengan. Ada juga ikan keli. Kalau ikutkan hati yang lembut ini, memanglah geli. Tapi bila memikirkan ini peluang, mungkin satu-satunya peluang untuk ke sini, Pida pun berani-berani takut masuk ke sungai ini.


Bila dah cukup 15 minit, hon pun dibunyikan. Rasa tak puas lagi nak main dengan ikan-ikan ni. Rasa tak bersih lagi diorang gigit kulit-kulit mati kat tumit tu. Takpelah, lepas ni gigit sendirilah.


Kami berada lebih sejam di Kampung Luanti ini. Kampung ini sungguh damai. Rasa jeles je sebab rumah diorang dekat dengan sungai. Rumah Pida dekat dengan kedai runcit. Lagi best.

Nampaknya setakat ini dululah kisah spa ikan kelah ini. Pida nak datang ke sini lagi. Pida pasti akan merindui gigitan ikan-ikan kelah ini. Sekarang ni bila Pida tengok tumit sendiri, tiba-tiba kerinduan menjelma terhadap ikan-ikan tu. Boleh gitu?

Friday, July 6, 2012

Darmawisata - Taman Negara Kinabalu yang sejuuuukkkk

Salam taman,

Entry ini adalah sambungan daripada entry lalu yang digantung tidak bertali. Selepas menikmati keindahan panorama Gunung Kinabalu di Pekan Nabalu, kami meneruskan kembara kami ke Taman Kinabalu di Kundasang.

Taman Kinabalu telah diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1964. Ia juga merupakan tapak warisan dunia yang pertama di Malaysia di bawah UNESCO.



Kalau nak diikutkan, sebenarnya tak apa apa sangat di Taman Kinabalu ni. Cuma pemandangan yang amat indah dan udara yang sangat sejuk dan segar. Sejuknya macam kauletak muka kat dalam freezer tempat simpan ikan kat rumah kau. Sejuk tak? Tapi freezer kau tu bau hanyir, kat Taman Kinabalu ni bau nyaman.



Taman ini merupakan sebuah resort yang menempatkan chalet bertaraf 5 bintang (paling murah RM700 satu malam) yang diuruskan oleh Sutera Harbour Resort. Tapi yang kat dalam gambar ni bukan chalet yang dimaksudkan. Itu kuarters pekerja daa...



Ini adalah papan tanda yang mengabadikan nama-nama jaguh pendaki Gunung Kinabalu yang memenangi Pertandingan Mendaki 2011. Cuba kautengok pemenang pertama si Kilian Jornet dari Sepanyol tu. Dia cuma ambik masa selama 2 jam 37 minit 4 saat untuk daki dan turun Gunung Kinabalu sejauh 21km! Ko terbang ke apa? Gerek seh...
¡Bravo seƱor!



Taman Kinabalu ini terkenal dengan kekayaan flora dan fauna. Macam-macam spesis burung, serangga dan tumbuh-tumbuhan boleh didapati di sini. Antaranya ialah ceri ini. Ia disebut local cherry. Nampak macam sedap tapi awas! Ia tidak boleh dimakan ketika warnanya ungu seperti ini. Bila dah tukar ke warna hitam, barulah boleh makan. Tapi kau jangan sesuka hati petik sana petik sini di Taman Kinabalu ni. Semua khazanah ni ada penjaganya tau. Haa dah seram la tu. Banyak sangat tengok citer hantu kau ni. Penjaganya bukannya zombie, tapi renjer.



Antara tumbuhan unik yang boleh didapati di sini ialah buah ini. Siapa tau buah apa ni? Kelapa sawit? Bukan, ini adalah buah kerosene. Buah ini berbau sangat wangi. Wanginya macam bau sitrus gitu. Menurut pemandu pelancong kami, buah kerosen ini  boleh digunakan untuk menghidupkan api. Buah ni boleh didapati secara bersepah-sepah di sini.



Di Taman Kinabalu ini, terdapat sebuah muzium yang mempamerkan khazanah flora dan fauna yang dijumpai di Gunung Kinabalu. Banyak gambar dan spesies sebenar untuk tatapan pengunjung.



Antara yang menarik perhatian ialah haiwan yang ada di dalam hutan Kinabalu seperti kancil yang telah diawet ini. Cantik 'ek bulu dia... macam kucing ada, macam harimau bintang pun ada.


Ini pun spesis kancil jugak. Keras kejung kena awet. Sian ko...



Yang ni pulak tupai merah terbang. Laa kok nampak bayang Pida tengah ambik gambar. Refleksi cermin gitu.


Inilah yang paling comel. Monyet kecil. Memang kecik je monyet ni. Comel sangat. Teringat kat anak-anak di rumah. Eh, boleh aku samakan anak aku dengan monyet?


Yang ni pulak merupakan himpunan spesis serangga dan rama-rama yang mendiami Gunung Kinabalu. Ada yang biasa dijumpai seperti kumbang tanduk dan ada yang tidak pernah ditemui.


Batu-batuan yang terdapat di Gunung Kinabalu. Macam-macam jenis rupanya.



Setelah berada kira-kira sejam di Taman Kinabalu ini, rombongan kami pun bergerak menuju ke sebuah lagi tempat yang sangat menarik iaitu Tagal Sungai Moroli, Kampung Luantin di Ranau. Ada apa di sana? Tungguuuu!!!!

Tuesday, July 3, 2012

Darmawisata - Kinabalu nan saujana di mata

Salam Kinabalu,

Selepas mengunjungi Rumah Terbalik di Tamparuli, Pida dan anggota rombongan Cik Peah Ronggeng meneruskan perjalanan ke Kundasang untuk menikmati keindahan Gunung Kinabalu. Dalam perjalanan, kami dengar lagu Macam Di KK nyanyian Janrywine J. Lusin. Best ooo lagu ni.

Kalau ikut perancangan awal memang la nak daki gunung tertinggi di Malaysia ni, tapi memandangkan semua ahli rombongan vogue-vogue belaka dengan handbag versace cap ayam dan kasut tumit tinggi, maka Pida dan konco-konco Pida cuma dibawa melawat ke kaki gunung sahaja.

Perjalanan dari bandar KK ke Kundasang memakan masa lebih kurang dua jam setengah dengan menaiki bas pesiaran. Kalau merempit naik motor mungkin boleh sampai dalam masa sejam tolak campur langgar lampu merah dan lain-lain kesalahan jalan raya.

Perjalanan yang jauh tidak dirasakan bosan kerana pemandangan sekitar yang sangat indah. Pida yang tak pernah tengok Gunung Kinabalu di depan mata rasa tak sabar-sabar nak tengok gunung. Terjenguk-jenguk, terteleng-teleng kepala Pida meninjau ke luar tingkap bas sampai kena sound dengan member sebelah, "Kau duduk diam-diam boleh tak?"



Kan Pida dah bilang, pemandangan indah. Pida ambik gambar ni ketika berada dalam bas. Ketiak Pida asyik tersangkut kat kepala member sebelah je sebab kau ingat senang ke nak tangkap gambar dalam keadaan bergerak? Kalau pegun senang la. Lain kali kau bagilah aku duduk tepi tingkap.



Bas yang Pida naiki turut lalu di sebelah masjid terapung yang terkenal ini. Ia dikatakan mengambil contoh senibina Masjid Nabawi di Madinah. Ia terletak di Likas, tidak jauh dari hotel penginapan kami. Tak dapat nak ambik gambar yang cantik sebab bas tengah bergerak laju. Lagipun masuk kali ni dah 48 kali kepala member sebelah tersangkut kat ketiak Pida.



Untuk mengambik hati dia, Pida pun tangkap gambar dengan dia. Dia ni member comolot Pida. Kitorang kamcing giler wooo... dah macam dua pupu rapatnya (?) Dia selalu komplen, kalau dia jumpa Pida mesti dia jadi gila sebab asyik ketawa tak habis-habis. Jenis ketawa pulak yang tekan-tekan perut tu. Padahal aku buat lawak sengal je. Dia selalu suruh Pida masuk Raja Lawak. Ko giler ke apa?



Kami pun akhirnya tiba di Pekan Nabalu. Ia merupakan pekan kecil yang mempunyai keistimewaan yang besar. Selain menjadi tempat persinggahan yang menempatkan gerai-gerai cenderamata, di sinilah tempat terbaik untuk melihat puncak Gunung Kinabalu dari dekat.



Kita intai dulu dari celah pokok ni. Wah.... dah nampak puncak itu! Subhanallah, indahnya ciptaan Tuhan!



Waktu pada ketika ini sudah pukul 12 tengah hari. Cuaca memang terik tetapi udara yang bertiup sangat sejuk macam air-con. Memang rasa nyaman dan segar sangat. Jauh lebih sejuk daripada udara di Genting dan Cameron Highland.



Pida cukup bertuah pada hari itu kerana dapat melihat puncak Kinabalu dengan jelas kerana pada masa itu ia tidak dilitupi awan. Cuba kauperhatikan awan tu, macam asap gunung berapi kan?



Saujana mata memandang. Tak berkedip mata Pida menyaksikan panorama yang mengasyikkan ini. Lantas Pida mengeluarkan pen dan kertas lalu kunukil sebuah puisi berjudul Kepentingan Menjaga Alam Sekitar.



Puncak Gunung Kinabalu.



Lepas dah puas menikmati pemandangan puncak Gunung Kinabalu, Pida dan konco-konco pun berbondong-bondong pergi membeli cenderahati di gerai yang terdapat di sini. Pida beli keychain dan t-shirt. Berbelanja dalam kesejukan gitu.



Macam nilah rupa dalam gerai di Pekan Nabalu ini. Kebanyakan gerai menjual barangan yang sama iaitu t-shirt, keychain, barang kraftangan, beg, kain batik dan macam-macam lagi. Harga diletak memang tinggi, pandai-pandailah kau main tawar-menawar.



Patung orang utan ni Pida beli di Pekan Nabalu. 3 ekor dari 3 gerai berlainan untuk 3 orang budak yang kat rumah tu. Dia ada macam-macam warna. Letak harga RM35, dia bagi Pida RM15 dan RM12, tapi Pida ni kan gangster, so Pida mintak RM10 satu. Nasib baik dapat. Kalau tekan dada orang utan ni nanti dia keluar bunyi. Bunyi orang utan la, takkan bunyi rimau pulak.




Selepas sejam berada di Pekan Nabalu, kami meneruskan wisata kami ke Taman Kinabalu. Perjalanan mengambil masa setengah jam lagi.


Masih galak ambik gambar dari dalam bas. (Semua gambar diambil dengan Galaxy Note). Member sebelah dah pasrah dengan ketiak yang menghinggap di mukanya. Last-last Pida tengok dia dah tak sedarkan diri. Ntah tido ntah koma.


Rasa macam malas pulak nak habiskan cerita ni. Kalau tergantung macam ni je kau marah tak?

Sunday, July 1, 2012

Darmawisata - Rumah Terbalik Tamparuli


Salam terlabik,

Entry dapa rahi nii daalah tentang murah terlabik. Eh, asapal Dipa kacap terlabik lupak ni? Liga ke Dipa ni?

Maaflah, Pida memang biasa kacap terlabik dengan adik-beradik Pida. Kitorang kalau kacap terlabik ni memang dengar macam satu bahasa yang betul-betul wujud.

Bercakap mengenai terbalik ni, baru-baru ni Pida melawat ke sebuah tarikan terbaru di negeri Sabah iaitu Rumah Terbalik di Tamparuli.


Papan tanda yang menyambut kedatangan pelawat ke Rumah Terbalik. Ia terletak di tepi jalan dalam perjalanan ke Kinabalu Park di Kundasang.



Ada apa pada rumah terbalik ini? Of course la ada sesuatu yang istimewa. Ia adalah satu-satunya rumah berkonsepkan terbalik di Asia Tenggara dan yang keenam seumpamanya di dunia. Pemiliknya adalah orang tempatan.


Pemandangan hadapan Rumah Terbalik. Kau tak payah nak menonggeng-nonggeng pulak. Tak payah nak gosok-gosok mata sampai terjojol bijik mata. Bukan salah mata kau, memang rumah ni terbalik.




Kalau tak silap Pida, tiket masuk ke Rumah Terbalik ni ialah RM10 seorang. (Tiket masuk untuk rombongan Pida telah dibayar oleh pihak penganjur).  Pada Pida, memang mahal la. Setakat tengok dan masuk sekejap, RM10 tu mahal. Tapi kalau kita fikir ialah adalah untuk satu pengalaman unik yang tidak terdapat di tempat lain, maka anggaplah RM10 itu sebagai harga yang perlu dibayar untuk merasai pengalaman baru ini.


Selain itu, pelawat dilarang sama sekali untuk mengambil gambar keadaan di dalam Rumah Terbalik. Jika kantoi mengambil gambar di dalam rumah, pelawat akan didenda RM100 untuk setiap gambar. Dan yang lebih memilukan, gambar tersebut juga akan dipadam (delete) serta-merta. So... Ada bran?



Beginilah pandangan hadapan RumahTerbalik ni. Comel saja rupanya. Rumah ini bersaiz sederhana. Hanya 8-10 orang sahaja yang dibenarkan masuk dalam satu-satu masa. Pengunjung akan ditemani oleh pemandu pelancong yang akan memberi penerangan tentang Rumah Terbalik ini.




Di sekeliling Rumah Terbalik ini ialah kawasan rumput dan bunga-bunga. Rumput tu jangan dipijak, nescaya kena sound nanti.






Di bahagian tepi rumah, terdapat sebuah garaj dan sebuah kereta Kancil yang turut berada dalam keadaan terbalik. Susah-susah je diorang ni nak masuk parking 'ek? Gam apa agaknya yang digunakan untuk melekatkan kereta tu?




Eh, takkanlah guna gam budak sekolah.



Pengunjung hanya dibenarkan mengambil gambar di luar sahaja. Sebelum masuk ke dalam rumah, pelawat akan menaiki pelantar seperti jejantas. Terdapat sebuah gong di situ. Kalau nak pukul gong tu pun boleh. Pida pun ambik kesempatan memukul gong tersebut, pastu member-member semua pakat tepuk tangan. Siot.


Oleh kerana pelawat tidak boleh mengambil gambar di dalam rumah, maka biarlah Pida ceritakan aje kepada kau. Secara ringkasnya, keadaan di dalam rumah adalah terbalik. Semua perabot, barang, peralatan elektrik hatta kucing sekalipun berada dalam keadaan terbalik.

Contohnya, set sofa dan permaidani kelihatan di atas kepala kita. Sebenarnya kedudukannya betul, cuma ia terbalik. Boleh bayangkan kan? Yang menariknya, keadaan di dalam jamban nampak real je. Ada mangkuk jamban (tanpa makhluk kecik-kecik), ada besen siap dengan baju kotor yang belum dibasuh.

Dalam bilik anak remaja, kita boleh nampak komik bersepah, baju uniform tergantung, beg sekolah dan buku-buku; semuanya berada di atas kepala kita.

Apa yang dirasakan selepas beberapa minit berada di dalam Rumah Terbalik ialah sedikit pening dan mabuk. Rasa macam vertigo. Jadi kitorang cepat-cepat keluar dari rumah tu.



Pemandangan dari belakang dan tepi Rumah Terbalik. Selepas keluar, pengunjung akan dibawa terus ke kedai cenderamata yang menjual barangan seperti t-shirt, mug, sabun, bingkai gambar dan macam-macam lagi dengan harga yang agak mahal pada Pida. Kalau murah mesti kitorang beli.



Inilah sebahagian daripada member-member Pida. Kami tidak seofis, tapi kami sama jawatan dan datang dari kampus-kampus yang berlainan di seluruh Malaysia.


Rumah Terbalik Tamparuli ini adalah tarikan pelancongan terbaru di Sabah. Mungkin masih ramai yang belum mengetahui tentang rumah unik ini. Best jugak dapat pengalaman baru di Rumah Terbalik ini.

Kalau kau ke Sabah, jangan lupa singgah sini ya bah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...