Tuesday, July 3, 2012

Darmawisata - Kinabalu nan saujana di mata

Salam Kinabalu,

Selepas mengunjungi Rumah Terbalik di Tamparuli, Pida dan anggota rombongan Cik Peah Ronggeng meneruskan perjalanan ke Kundasang untuk menikmati keindahan Gunung Kinabalu. Dalam perjalanan, kami dengar lagu Macam Di KK nyanyian Janrywine J. Lusin. Best ooo lagu ni.

Kalau ikut perancangan awal memang la nak daki gunung tertinggi di Malaysia ni, tapi memandangkan semua ahli rombongan vogue-vogue belaka dengan handbag versace cap ayam dan kasut tumit tinggi, maka Pida dan konco-konco Pida cuma dibawa melawat ke kaki gunung sahaja.

Perjalanan dari bandar KK ke Kundasang memakan masa lebih kurang dua jam setengah dengan menaiki bas pesiaran. Kalau merempit naik motor mungkin boleh sampai dalam masa sejam tolak campur langgar lampu merah dan lain-lain kesalahan jalan raya.

Perjalanan yang jauh tidak dirasakan bosan kerana pemandangan sekitar yang sangat indah. Pida yang tak pernah tengok Gunung Kinabalu di depan mata rasa tak sabar-sabar nak tengok gunung. Terjenguk-jenguk, terteleng-teleng kepala Pida meninjau ke luar tingkap bas sampai kena sound dengan member sebelah, "Kau duduk diam-diam boleh tak?"



Kan Pida dah bilang, pemandangan indah. Pida ambik gambar ni ketika berada dalam bas. Ketiak Pida asyik tersangkut kat kepala member sebelah je sebab kau ingat senang ke nak tangkap gambar dalam keadaan bergerak? Kalau pegun senang la. Lain kali kau bagilah aku duduk tepi tingkap.



Bas yang Pida naiki turut lalu di sebelah masjid terapung yang terkenal ini. Ia dikatakan mengambil contoh senibina Masjid Nabawi di Madinah. Ia terletak di Likas, tidak jauh dari hotel penginapan kami. Tak dapat nak ambik gambar yang cantik sebab bas tengah bergerak laju. Lagipun masuk kali ni dah 48 kali kepala member sebelah tersangkut kat ketiak Pida.



Untuk mengambik hati dia, Pida pun tangkap gambar dengan dia. Dia ni member comolot Pida. Kitorang kamcing giler wooo... dah macam dua pupu rapatnya (?) Dia selalu komplen, kalau dia jumpa Pida mesti dia jadi gila sebab asyik ketawa tak habis-habis. Jenis ketawa pulak yang tekan-tekan perut tu. Padahal aku buat lawak sengal je. Dia selalu suruh Pida masuk Raja Lawak. Ko giler ke apa?



Kami pun akhirnya tiba di Pekan Nabalu. Ia merupakan pekan kecil yang mempunyai keistimewaan yang besar. Selain menjadi tempat persinggahan yang menempatkan gerai-gerai cenderamata, di sinilah tempat terbaik untuk melihat puncak Gunung Kinabalu dari dekat.



Kita intai dulu dari celah pokok ni. Wah.... dah nampak puncak itu! Subhanallah, indahnya ciptaan Tuhan!



Waktu pada ketika ini sudah pukul 12 tengah hari. Cuaca memang terik tetapi udara yang bertiup sangat sejuk macam air-con. Memang rasa nyaman dan segar sangat. Jauh lebih sejuk daripada udara di Genting dan Cameron Highland.



Pida cukup bertuah pada hari itu kerana dapat melihat puncak Kinabalu dengan jelas kerana pada masa itu ia tidak dilitupi awan. Cuba kauperhatikan awan tu, macam asap gunung berapi kan?



Saujana mata memandang. Tak berkedip mata Pida menyaksikan panorama yang mengasyikkan ini. Lantas Pida mengeluarkan pen dan kertas lalu kunukil sebuah puisi berjudul Kepentingan Menjaga Alam Sekitar.



Puncak Gunung Kinabalu.



Lepas dah puas menikmati pemandangan puncak Gunung Kinabalu, Pida dan konco-konco pun berbondong-bondong pergi membeli cenderahati di gerai yang terdapat di sini. Pida beli keychain dan t-shirt. Berbelanja dalam kesejukan gitu.



Macam nilah rupa dalam gerai di Pekan Nabalu ini. Kebanyakan gerai menjual barangan yang sama iaitu t-shirt, keychain, barang kraftangan, beg, kain batik dan macam-macam lagi. Harga diletak memang tinggi, pandai-pandailah kau main tawar-menawar.



Patung orang utan ni Pida beli di Pekan Nabalu. 3 ekor dari 3 gerai berlainan untuk 3 orang budak yang kat rumah tu. Dia ada macam-macam warna. Letak harga RM35, dia bagi Pida RM15 dan RM12, tapi Pida ni kan gangster, so Pida mintak RM10 satu. Nasib baik dapat. Kalau tekan dada orang utan ni nanti dia keluar bunyi. Bunyi orang utan la, takkan bunyi rimau pulak.




Selepas sejam berada di Pekan Nabalu, kami meneruskan wisata kami ke Taman Kinabalu. Perjalanan mengambil masa setengah jam lagi.


Masih galak ambik gambar dari dalam bas. (Semua gambar diambil dengan Galaxy Note). Member sebelah dah pasrah dengan ketiak yang menghinggap di mukanya. Last-last Pida tengok dia dah tak sedarkan diri. Ntah tido ntah koma.


Rasa macam malas pulak nak habiskan cerita ni. Kalau tergantung macam ni je kau marah tak?

3 comments:

  1. Subhanallah....sungguh menakjubkan!

    ReplyDelete
  2. Memang cantik dan indah alam ciptaanNYA..

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...