Tuesday, April 30, 2013

Prinsip Rukun Negara ke-5 : Kesopanan dan Kesusilaan u.p. Zain Saidin

Salam zain saidin,

Sampai sekarang hati masih panas kalau teringat akan insiden Zain Saidin meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap juri.

Bagi sesiapa yang tak tahu-menahu tentang kisah ini, biarlah Pida ceritakan serba-sedikit. Zain Saidin adalah peserta Masterchef Selebriti Musim Ke-2 yang tersingkir pada minggu lepas. Dia tersingkir selepas bertarung dalam pusingan  penyingkiran bersama 3 peserta lain kerana gagal mempersembahkan hidangan yang menambat hari juri.

Selepas diumumkan sebagai peserta yang tersingkir, juri telah memberi peluang kepada Zain untuk bercakap jika ada apa-apa yang ingin disampaikan. Juri terdiri daripada chef super-otai iaitu Papa Jo, Chef Zubir dan Chef Adu. Kesemuanya sangat berpengalaman, profesional dan berwibawa.

Rupa-rupanya memang Zain menunggu saat ini, iaitu untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap juri. Dia mungkin sentap sangat dengan komen Chef Jo yang mengatakan lempeng (pancake) yang dibuatnya sebagai "the worst I've ever tasted" yang menyebabkannya tersingkir (dan terpaksa meninggalkan endutnya di rancangan tersebut). Well, Chef Jo has all the pride to say anything as a judge.

Saat penyingkiran Zain. Pada masa inilah dia telah menunjukkan sikapnya yang sebenar iaitu sebagai seorang yang biadap, tidak menghormati orang, bodoh sombong dan cambagus. Gambar daripada Facebook Masterchef Selebriti 2 Malaysia.


Zain mengatakan juri tidak adil. Wah, hebat budak ni. Berani mempertikaikan juri. Dalam sesuatu pertandingan, juri dan hakim adalah pemegang hak keputusan mutlak dan muktamad. Siapa yang berani mempertikaikan juri? Tapi Zain Saidin berani you!

Setakat mempertikaikan keputusan juri yang dikatakan tidak adil itu boleh lagi diterima, kerana mungkin dia cuba berfikir di luar kotak. Tapi kalau dah bersikap kurang ajar dan biadap, itu memang tidak boleh diterima sama sekali!

Dan komennya terhadap Chef Jo yang sangat biadap ialah "...mengharapkan chef punya nasihat satu tu, tak mungkin saya dapat sampaikan apa-apa pun dalam pinggan tu." Ini diperkatakan kerana Zain menganggap kawan-kawan dia sebenarnya yang banyak membantu dia sehingga dia berjaya menghasilkan pancake.

Dahlah dia mengatakan chef tak adil kerana memilih Aznil yang mengambil sedikit nasi daripada Kencana Dewi sebagai pemenang dalam satu pusingan (sedangkan chef telah memberi segala justifikasi dan rasional yang boleh mematahkan tuduhannya termasuk ulang tayang komen Chef Jo yang mengatakan kepada Aznil tanpa nasi itu pun, hidangan Aznil tetap bagus), boleh pulak si Zain ni panggil 'awak' sahaja kepada chef bertiga tu!

Masa ni Pida dah berdesing dah. Walaupun Pida cuma tengok kat tv je, tapi Pida pulak berderau darah menahan marah pada budak kuang hajo ni. Hey Zain! Siapa yang kau panggil 'awak' tu? Adik kau ke? Anak tiri kau ke? Itu juri ok! Bukan setakat juri, malahan guru di gelanggang Masterchef tu! Bukan setakat guru ok! Dia orang yang lebih tua, pangkat bapak kau ok!

Lagi kurang ajar apabila semasa Chef Zubir sedang bercakap dengan dia untuk menerangkan, dia langsung tak mendengar. Dia potong cakap Chef Zubir, memang kurang ajar la tak dengar cakap orang.

Sebenarnya Pida dah perasan semasa Zain sedang menyediakan makanan, dia lebih fokus terhadap rakan-rakan yang memerhatikannya di tingkat atas. Dia langsung tak endahkan Chef Jo yang sedang bercakap dengan dia. Langsung tak hormatkan Chef Jo sebagai juri dan sebagai guru. Seolah-olah macam Chef Jo bercakap dengan periuk aje.

Serius Zain, kau memang kurang ajar. Kurang ajar dengan juri, guru dan orang tua. Perangai kau memang tak semenggah la Zain. Kau sedar tak, sebenarnya kau telah menampakkan keburukan diri kau sendiri di depan semua orang termasuk pada bakal bini kau. Masalah sikap la kau ni.

Silap orang la kau nak kurang ajar. Nampak sangat chef-chef tu tak setaraf dengan cara pemikiran kau. Tengok cara diorang sebagai orang profesional, kena cemuh pun tetap diam dan bersikap tenang. Itu namanya orang ada ilmu! It's all about ilmu. Manusia dipandang tinggi kerana ilmu dan akhlaknya.

Chef Jo memang sangat profesional. Dia tetap tenang walaupun ada satu ketika dia juga meninggikan suara. Mestilah, dah budak tu kurang ajar, tak hormat dia langsung sebagai orang tua (kalau tak nak hormat sebagai juri sekalipun).

Tapi paling best ketika Chef Jo bercakap dengan Chef Zubir dan Chef Adu, ...."tapi kalau anak murid degil, kalauanak murid kurang ajar...." amek kau! Mudah-mudahan Chef Jo halalkan ilmu kulinari yang kau dah dapat sikit-sikit tu.

Pergi pun tak bersalam, memang tak ada adab la ini budak. Ini kalilah... jangan join apa-apa pertandingan lagi ye Zain. Pida harap dia tak trauma akibat perbuatannya sendiri.  Jangan sampai kita dimaki orang kerana sikap kurang ajar kita. Memulihkan reputasi tidaklah semudah mencalarkannya.

Ini bukan setakat pertandingan memasak amal sahaja, tetapi lebih daripada itu. Iaitu bagaimana seseorang itu bertindak balas terhadap kritikan; adakah dia terbuka atau tidak. Kritikan memerlukan kematangan untuk dinilai, bukan emosi. Kita pun mengalami situasi yang sama seperti ini juga dalam kehidupan kita.

Mungkin ada yang kata Astro yang sengaja bagi watak jahat ni pada Zain untuk menaikkan rating. Tapi kalau Pidalah, orang bayar sejuta ringgit pun tapi untuk menjatuhkan maruah dengan bersikap kurang ajar dan menunjukkan kebodohan diri sendiri, Pida tak akan terima tawaran macam tu.

Kalau betullah ini lakonan, memang berjaya sangatlah strategi Astro. Tapi kalau adegan biadap itu memang betul-betul real, tak patutlah Zain buat begitu kepada orang yang sepatutnya dihormati.

Zain... Zain... (sambil geleng kepala)

Oh, my english!

*Serius lepas tengok adegan tu Pida terus cakap kat Rania, "Hormati orang tua, hormati guru, jangan kurang ajar ye nak!"

Thursday, April 25, 2013

Undilah Perdana Menteri!

Salam undi,

Jalan-jalan raya di Malaysia sekarang ni tengah sibuk dan berselirat dengan poster kempen pilihanraya. Bendera parti-parti yang bertanding seperti BN, Pas, DAP, PKR dan macam-macam lagi dah meriah bergantung-gantungan.

Gigih betul budak-budak yang menggantung poster dan bendera ni. Gantung poster takpe, jangan kau pegi gantung iklan-iklan pinjaman wang berlesen hapa semua tu, buat menyemak je. Kesian abang majlis kena buat kerja lebih nak kopek semua benda tu tau.


Ini baru satu kawasan. Tapi dah nampak meriah gitu.


Tapi dalam banyak-banyak poster kempen kat tempat Pida ni, ada satu yang paling mencuit hati. Bukan apa, rasa macam tak kena pulak. Tapi dia sebenarnya gunakan kaedah 'psychological inertia'. Pida paham mesej dia. Kalau kau tak paham tak apalah.


Undilah Perdana Menteri!  Instead of  "Undilah Najib!" Mesejnya jelas - kekalkan beliau sebagai Perdana Menteri.

Saya berasa seperti berada di kawasan parlimen Pekan pula.

Jom kita mengundi!

Monday, April 22, 2013

Abang Burn punya burger bakar dan bebola daging

Salam abang burn,

Sekarang ni bukan sahaja negara sedang dilanda fenomena gwiyomi, malah fenomena abang burn juga.

Tapi abang burn bukanlah pengasas tarian atau nyanyian, sebaliknya abang burn meletop dengan burger bakar dan bebola dagingnya.

Sebelum ni cuma singgah di telinga Pida tentang kesedapan burger bakar dan bebola daging abang burn. Tapi belum pernah Pida mencubanya sehinggalah sampai ke satu tahap di mana kesabaran Pida tergugat apabila orang sibuk mengatakan tentang abang burn.

Ini tak boleh jadi. Sebagai seorang yang trendy, mana mungkin Pida boleh ketinggalan benda-benda macam ni.

Pida pun harus tergolong dalam kelompok mereka yang sudah merasa burger bakar dan meatball abang burn.

Jadi semalam Pida sanggup meredah hujan lebat semata-mata demi segigit burger dan meatball abang burn.



Burger bakar saiz default. Harganya RM8.50. Yang tinggi tingkat-tingkat tu Pida tak beli. Sebab tinggi sangat takut tak abis. Rasanya? Sangat sedap!



Burger bakar tu dibungkus macam ni haa. Ada lidi kat situ. Tujuannya untuk mencucuk tangan orang yang tak reti nak sabor time makan.



Yeszaaa! Inilah meatball abang burn yang dah femes tu. Sepuluh ketul besor-besor, ditaruk kuah cendawan lada hitam dan digandingkan dengan kentang wedges dengan mayonis. Harga RM9.90.



Saiz bebola daging dia memang besor. Kalau Pida gigit 4-5 kali baru habis seketul. Itu dulu sebelum kawin, sekarang sekali ngap aje. Kunyah besor-besor dalam mulut. Laki aku kata seksi.



Rasa dia memang sedap, Pida tak nafikan. Cuma ia agak masin. Kalau kurang masin daripada ni mesti lagi sedap. Abang burn tolong kurangkan garam ye!


Sekianlah coretanku untuk abang burn. I lap you, abang burn (punya burger!)

Friday, April 19, 2013

Bumper yang ternoda

Salam bumper,

Petang itu jalan raya sibuk macam biasa. Semua orang nak balik rumah cepat-cepat. Nak jumpa bini, nak jumpa suami, nak jumpa orang gaji... semua orang berebut-rebut di atas jalan raya yang sesak.

Pida pun begitu juga. Rasa tak sabar nak sampai rumah. Nak baring di atas sofa yang dah tak empuk tu sambil-sambil tengok tv. Oh, penatnya seharian berada di lubuk mencari rezeki. Balik rumah jumpa suami, ohh... romantiknya.

Dalam perjalanan pulang pada petang tersebut, Pida memandu di lorong paling kanan iaitu lorong untuk kereta Ferrari macam Pida. Tapi percayalah, walau bawak BMW sekalipun, kelajuan kau sebenarnya setaraf dengan kelajuan basikal BMX je.

Pida memandu dengan berhemah. Juga penuh gaya. Bila nampak kereta depan brek, Pida pun brek. Tapi sebenarnya kereta depan berhenti dengan agak mengejut juga; mungkin kerana kereta depan dia pun berhenti mengejut. Kereta depan dia berhenti mengejut pun mungkin sebab kereta depan depan kereta dia tu berhenti mengejut. Ko paham ke tak ni?

Nasib baik Pida sempat basuh kereta semalam, jadi dapatlah Pida brek dan berhenti dengan tepat (motif?). Alhamdulillah tak sondol kereta depan. Sikit je lagi sebenarnya nak cium montot dia.

Lepas tu Pida pun menjeling ke arah cermin pandang belakang. Terkedu Pida bila tengok kereta belakang Pida tu meluncur lajuuuuu sangat! Ada harapan kena sondol ni!

Pida panik. Pida cakap Ya Allah, ini kali lah... habislah.... lepas tu Pida tutup mata dan "Dum". KONFEM!

Konfem kau dah cium montot Waja. Aduh... baru basuh kereta, dah kena sondol (motif?). Tapi Pida tak berapa cuak sebenarnya. Pida tau apa yang Pida kena buat. Iaitu jangan berhenti di tepi, lantas keluar ke belakang sambil menjerit, "O' you! Tengok apa you dah buat kat kereta I!" Sambil marah-marah cekak-cekak pinggang. No, don't worry my dear readers... that's certainly not me. Heh.

Kalau Pida berhenti kat tempat kejadian tadi (lorong paling kanan) konfem jalan yang sesak bertambah sesak. Sesak sebab semua orang nak tengok ini ke blogger Ohpida tu HAHAHAHA bongok.

Pida teruskan jalan. Pida bukak cermin sambil buat isyarat lucah tangan suruh pemandu kereta yang melanggar bumper Pida tu follow Pida. Jangan lari nanti I kejar!

Pida berhenti di tepi jalan. Tentulah, kalau berhenti di tengah nanti orang maki. Kereta tu pun berhenti juga. Tapi Pida tetap tak turun dari kereta. Pida call suami Pida. "Abang, ayang eksiben ni."

"Gapo dio? Mung eksibeng kat mano?"

"Depang pejabak mung je ni."

"Tunggu nanti abe datey! Wait for me forever ok gwiyomi!"

Selepas itu pemandu yang melanggar kereta Pida tu turun. Sebab dia nampak Pida tak turun-turun agaknya dia ingat Pida dah mati kot. Tapi macam tak caya pulak tadi ok je tiba-tiba mati tak pasal-pasal. Gula naik apa.

Pida turunkan cermin sebelah pemandu sikit aje. Dalam 2 inci je. Pida cakap, "Jap, tunggu suami saya sampai."

Selepas menunggu selama 10 minit, hero pun sampai. Pida tetap tak turun dari kereta. Pida tengok suami Pida berjalan menuju ke arah mamat tu dengan gaya seorang gangster. Di tangannya telah siap sebatang kayu besbol. Tak la... laki aku baru balik dari surau.

"Belasah dia bang! Karate bahu dia! Pulas bola dia!" Syaitan jantan dan syaitan betina dalam diri Pida membakar.

Pida tengok diorang bersalaman. Oit, kau orang ingat ini perjumpaan reunion sekolah lama ke? Lepas tu Pida pun keluar. Barulah Pida dapat tengok dengan jelas mamat tu. Dia lebih muda daripada Pida rasanya. Dan tengok keadaan bumper Pida. Nasib baik sikit aje. Bunyi tadi macam gempak.

Pida dan suami tak cakap apa-apa sangat, tapi mamat tu yang petah lebih-lebih.

"Sikit je ni bang. Kalau abang claim insuran pun tak lepas ni, sebab bawah dua ribu."

"Ni ketuk sikit je ni, dalam lapan puloh hengget je ni."

"Kalau abang report polis saya kena saman RM150 je. Lepas tu abang bawak gi bengkel saya bayar bil."

"Saya dah biasa bayar saman RM150 tu." WTF.

 Lepas tu Pida tengok kereta dia, kereta Alza. Kereta dia ok je, cuma plate nombor dah tak ada.

"Plate awak pecah," kata Pida dengan sopan. Ceh, tapi memang sopan pun.

"Dah biasa kak!"  ??? WTF!

Tapi Pida ambil keputusan untuk selesai antara kami sahaja. Malas nak buat laporan polis. Lagipun sikit aje, macam tak berbaloi pulak nak report polis.

Akhir sekali baru dia mintak maaf. Pida tanya awak tak nampak ke saya dah berhenti tadi? Dia jawab kereta belakang cucuk dia. Dah tu pejadah kau gi cucuk aku pulak?

Selepas itu Pida ambik nombor telefon dia dan Pida miss call dia. Ok, ada bunyik. Sahih.

Kami pun pulang. Sesampai di rumah, terus Pida belek bumper kereta Pida tu.



Macam ni la rupa bumper Waja (gelaran kasih sayang untuk kereta Pida) selepas disondol. Nasib baik kemek sikit aje. Dan yang paling penting, lampu tu tak pecah. Kalau pecah memang nangis laa... 6 tahun kumpul duit nak beli lampu itu. You tengok la husband I cekak pinggang tu, dia sentap tu!

Dalam tak dalam tapi memang makan dalam la.

U tengok! Lubang dah senget, lubang dah tak centre! Ini semua you punya pasal! I hetchuuu!

U see? Senget already.


Dua hari selepas itu, suami Pida membawa Waja ke bengkel untuk dibaiki. Bengkel ini disyorkan sendiri oleh encik yang melanggar Waja tempoh hari. Ambik masa seharian juga untuk siap sepenuhnya. Dan kosnya ialah... jeng jeng jeng! Bukan RM80!

Semua sekali RM300. Hahah! Sila bayar ye encik. Seperti yang dijanjikan. Jangan banyak songel. Nanti I saman you.

Tapi mamat ni bukan setakat petah, malah banyak songel juga rupanya. Call call tak angkat. Call call tak angkat. Hmm...

Tapi suami Pida dah terlebih dulu ambik nombor member-member mamat ni. Just in case la kan... Memang in case pun.

Lama jugak nak settle sebenarnya. Pihak bengkel tak benarkan kereta keluar selagi tak jelaskan bayaran. Ofkos la... dia berniaga. Setelah percubaan untuk meminta mamat itu membayar bil gagal (banyak benor alasan), last-last suami Pida call salah seorang member dia.

Member dia datang ke bengkel. Mula-mula mati-mati dia tak nak bayar, ye la.. apa jadah dia nak bayar, bukan urusan dia pun. Tapi Pida tak taulah apa yang diorang dealkan di sana sebab Pida tak ada bersama, akhirnya si member tadi bayar jugak. Akhirnya Waja selamat dibawa keluar.

Pehh... tak sangka orang mulut manis ni tak boleh pakai sebenarnya. Poyo je lebey. Sampai ke sudah tak muncul. Gasak dia la, yang penting Waja dah dipercantikkan semula. Harap-harap tak jumpa lagi dengan orang macam tu lepas ni.

Kalaulah.... kalaulah mamat tadi masih gagal bayar kepada bengkel tersebut, langkah pertama yang akan Pida buat ialah Pida akan bayar sendiri. Dan selepas itu Pida akan buat laporan polis tentang kemalangan tersebut memandangkan Pida ada butir-butir kereta dia. Baru dia tahu dalam lenient-lenient aku ni sebenarnya boleh jadi unmerciful juga.

So, Waja dah baik, mudah-mudahan lepas ni perjalanan kami selamat hendaknya.

Begitulah flashback saya!



Thursday, April 11, 2013

Parodi status Facebook menjelang PRU13

Salam parodi,

Sejak Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13 pada 3 April lalu, rakyat Malaysia bagaikan sudah tidak sabar untuk mengundi bagi memilih kerajaan baharu.

Setiap hari di mana-mana sahaja; di kopitiam, di bengkel kereta, di klinik pakar kulit, di kilang butang, di tandas awam, di lorong pejalan kaki waima di kedai pengurup wang pun, orang ramai sedang sibuk memperkatakan tentang pilihanraya. Namun yang lebih dibualkan sekarang ialah mengenai parti-parti politik  yang bertanding.

Sebagai penganalisis politik yang sengal, Pida melihat senario ini sebagai biasa. Haha... memang sengal analisis aku ni. Trend dan gaya cakap-cakap politik dan kempen sudah jauh berbeza daripada apa yang berlaku pada tahun 2008 dahulu semasa PRU12.

Zaman sekarang, parti-parti politik menggunakan medium sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, blog dan laman web untuk mendekatkan pengundi dengan parti masing-masing. Bukan itu sahaja, malah pengikut parti-parti ini telah lebih maju lagi dengan mewujudkan kumpulan jaringan mereka sendiri sama ada untuk menyatakan sokongan terhadap sesuatu parti atau menyatakan kebencian terhadap parti.

Media konvensional seperti tv dan akhbar semakin mendapat saingan sengit daripada sumber media baru tetapi dilihat masih relevan.  Begitu pun, telah ramai yang mula meninggalkan tv dan akhbar arus perdana kerana tidak percaya dengan liputan yang diberikan yang dilihat terlalu berat sebelah dan lebih menjurus ke arah sesuatu parti sahaja.

Kumpulan di jaringan sosial internet terbahagi kepada dua; menyokong kerajaan sedia ada dan menyokong kerajaan bayangan. Kedua-duanya saling 'berperang' antara satu sama lain. Namun masing-masing lebih kepada melondehkan keburukan dan kegagalan pihak lawan sehingga sanggup memfitnah dan mengadu domba.

Apa yang Pida perhatikan terutamanya di Facebook, kebanyakan mereka yang komen lebih cenderung untuk menyatakan sokongan kepada pihak bukan pemerintah. Adakah ini trend anak-anak muda Malaysia masa kini?

Iaitu memilih parti pembangkang walaupun media arus perdana telah cuba sedaya upaya meyakinkan rakyat dan pengundi bahawa parti bukan pemerintah itu tidak berwibawa langsung; dengan pendedahan korupsi dan salah laku pemimpin.

Di pihak parti yang satu lagi pula, mereka juga sedaya-upaya menumbangkan pihak lawan dengan isu yang sama juga; korupsi, diskriminasi, isu keselamatan, isu harga barang dan macam-macam lagi. Serangan peribadi juga dilakukan secara bertubi-tubi.

Seperti yang Pida katakan tadi, sokongan lebih cenderung ke arah parti bukan pemerintah yang diluahkan melalui Facebook. Lebih ramai yang menyokong PR berbanding BN. Ini adalah apa yang Pida perhatikan di Facebook.

Pada Pida, situasi ini adalah bahaya bagi kerajaan sekarang (sebelum pembubaran parlimen) jika ia ingin terus menjadi dominan. Dan bagi PR pula, keadaan ini belum tentu selamat dan menjanjikan peluang yang cerah kerana BN pasti telah merangka strategi untuk terus mempertahankan kemenangan dan merampas kembali negeri-negeri yang terlepas ke tangan PR.

Bagaimana untuk Pida gambarkan situasi ini, mari kita lihat!


Status Facebook Pro-PR:

Lapar... (4 juta Like)

56,736 comments
Load previous comments
  • Ala... ciannya, meh makan. (768 Like)
  • Lapar? Kita pun lapar :) (541 Like)
  • Nak makan apa? Meh gua belanja. (900 Like)
  • Comelnyerr dia lapar... (1,200 Like)
  • Pegi la makan kalau lapar... nanti sakit peyut, sapa susah? (431 Like)
  • I loike! (37,550 Like)

Status Facebook Pro-BN:

Lapar... (526 Like)

4,675 comments
Load previous comments
  • Jadah lapar pun nak tulis kat wall (56,000 Like)
  • Bongok punya admin! (7,756 Like)
  • Nak makan terajang? (14,519 Like)
  • Ada aku kesah? (8,169 Like)
  • Sedey... (4,892 Like)
  • Camgampang (27,034 Like) 

Sebagai pengundi, buatlah pilihan yang tepat kerana pilihan itu amat penting untuk menjamin kemakmuran dan kestabilan darjah celcius negara Malaysia yang tercinta ini. Tak kiralah parti mana yang menang sekalipun, asalkan Malaysia kekal aman, makmur, stabil dan selamat untuk kita dan anak-anak kita terus bernafas di bumi bertuah ini.

Tarikh pilihanraya umum ke-13 telah pun diumumkan iaitu pada 5 Mei 2013 (Ahad). Tunaikan hak kita sebagai pengundi.

Selamat mengundi!


Penafian : Pida menulis dengan rasa bebas; tanpa belenggu, tanpa asakan, tanpa takut dan tanpa mewakili mana-mana parti. Tulisan ini semata-mata berasaskan tinjauan dan pemerhatian Pida terhadap trend anak-anak muda masa kini dalam menyatakan perasaan mereka terhadap parti-parti yang bertanding. Peace!

Monday, April 8, 2013

Polemik Incik Nasir

Salam polemik,

Sekarang ni sedang rancak ditayangkan iklan komersil makanan segera McDonald's di tv yang menampilkan Encik Nasir.

Dalam iklan tersebut, En Nasir digambarkan sebagai seorang pekerja muslim restoran tersebut yang mementingkan nilai-nilai asas agama Islam seperti kepentingan memilih makanan yang halal.

Namun iklan tersebut rupa-rupanya telah mencetuskan polemik di media sosial. Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin di Gaza iaitu Aqsa Syarif melalui orang kuatnya telah memberikan pandangan terbuka tentang iklan ini.



Diambil dari Facebook Aqsa Syarif.


Pada Pida, bagus juga ada teguran sebegini. Secara peribadi, Pida respect pandangan yang diberikan ini. Beliau memberi pandangan dari perspektif perjuangan beliau dan ahli-ahli Aqsa Syarif yang lain dalam usaha memboikot semua produk yang menyumbang kepada peluasan ekonomi Israel.

Pada Pida juga, iklan ini tidak ubah sebagai jarum halus pihak berkepentingan untuk terus mempromosi McDonald's kepada orang-orang Islam khususnya. Dan McD juga tentunya sudah maklum akan kempen boikot ini dan mungkin sedikit sebanyak terkena tempias boikot sehingga menyebabkan carta jualannya merosot.

Oleh itu McDonald's merasakan satu-satunya cara untuk mengembalikan kegilaan masyarakat Islam terhadap produk mereka ialah dengan memainkan sentimen agama dalam iklan komersil mereka. Maka wujudlah 'Encik Nasir' ini yang bersungguh-sungguh menyatakan 'kesyukurannya' dapat bekerja di McDonald's.

Ye, makanan McDonald's memang halal, sudah diperakui oleh Jakim. Namun bukan itu isunya, wahai Encik Nasir.

Isunya adalah Encik Nasir dilihat seolah-olah tidak sensitif dengan kempen kesedaran boikot produk Israel yang dilancarkan bukan hanya di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Dan kempen boikot ini lebih melibatkan konsumer Muslim memandangkan orang-orang yang sedang diperjuangkan di Gaza sana adalah mereka yang seagama dengan kita.

Jika kita orang Islam sendiri secara langsung mempromosikan barangan Israel, maka di manakah rasa tanggungjawab dan empati kita untuk membela nasib saudara-saudara yang menderita akibat kekejaman Zionis?

Sedangkan telah terbukti bahawa ekonomi adalah senjata yang ampuh untuk menjadi kuasa. Jika lumpuh ekonomi, maka hilanglah kuasa. Bagi kita yang tidak berjuang memikul senjata menentang musuh di Gaza, hanya inilah sumbangan kita yang jika dilakukan secara beramai-ramai dan istiqamah, pasti berkesan.

Pida ingat lagi sewaktu Gaza dibedil secara besar-besaran oleh Zionis selama 8 hari dulu, masa tu memang berkobar-kobar rakyat Malaysia boikot McD (khususnya).

Sampaikan pekerja McD di kawasan tempat tinggal Pida terpaksa berdiri dan menunggu di tepi jalan raya dan melambai-lambai tangan memanggil pelanggan. Orang jawa kata sangking (terdesak / desperate) nak cari pelanggan, sampai tahan orang di tepi jalan raya. Tapi serius masa tu kosong giler McD. Mesti sales turun kaw-kaw time tu.

Tapi selepas serangan di Gaza reda, orang dah mula sikit-sikit mengunjungi semula restoran McDonald's. Dan seperti yang dijangka, akhirnya restoran itu penuh sesak kembali seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku di sana dan di sini.

Berbalik pada En Nasir, dia sebenarnya adalah boneka, emmm tak best pulak sebut boneka. Nak cakap apa 'ek? Secara sedar atau tidak, dia sebenarnya adalah jarum McD untuk menyuntik sentimen agama kepada pelanggan Islam di Malaysia.

Kerana orang Melayu memang lemah dengan sentimen seperti ini. Termasuklah Pida sendiri, kadang-kadang.

Pida tak pasti sama ada Encik Nasir itu memang real atau sekadar watak ciptaan McD untuk menyampaikan mesejnya.

Strategi McDonald's ini sebenarnya lebih menjurus kepada perang saraf untuk mengubah pemikiran konsumer Islam dengan anggapan sentimen yang dimainkan dapat 'memperbetul' tanggapan terhadap McDonald's. (Makanan dah halal so apahal nak boikot?)

Namun berbaliklah pada perjuangan asal kita. Sama ada nak teruskan boikot atau sebaliknya, tepuk dada tanya selera. 

Sunday, April 7, 2013

Ahad yang comel ^_^

Salam comel,

Pagi tadi semasa Pida ke luar rumah untuk menyidai pakaian, tiba-tiba Pida ternampak makhluk comel kecik-kecik di tempat Pida menyimpan basikal buruk.

Setelah diamat-amati, makhluk comelote itu bukanlah anak harimau, tetapi adalah anak kucing. Tak jauh sangat pun rimau dengan kucing.

Sebenarnya ini bukanlah kejadian pertama kucing bertandang ke rumah Pida sama ada untuk beranak mahu pun membawa anak untuk mencari tempat perlindungan.

Tapi biasanya rumah Pida ni cuma dijadikan transit bagi anak-anak kucing ini sementara nak tunggu diorang membesar.

Lagipun di lorong belakang rumah Pida ni memanh port kucing gelandangan. So diorang memang beranak-pinak dan membina empayar di situ.

Hah, apa kata kau tengok anak-anak kucing ni. Comel kau.... eh bukan kau yang comel.

























Thursday, April 4, 2013

Rumah Makan Sunda Cibiuk babak kedua

Salam cibiuk,

Hai kawan-kawan! Bertemu lagi kita dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Jantan episod Cibiuk musim ke-2.

Hari tu Pida dah cerita tentang restoran Rumah Makan Sunda Cibiuk ni. Kali ni pun nak cerita benda yang sama juga. Tapi ini kali menu yang berbeza daripada hari tu. Ofkos la berbeza, kalau makan benda yang sama takyahlah aku sibuk-sibuk nak buat entry ni.

Pida ke sini lagi atas pelawaan seorang pria ganteng yang bersungguh-sungguh nak belanja Pida makan di Cibiuk ni. Dah tau aku tak makan pedas, time tu la sibuk nak ajak. Dah tau aku suka Kentaki, tak nak pulak pelawa aku. Takpe, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Jadi tunggu apa lagi. Yuk mangan!




Dalam entry terdahulu Pida tak tunjukkan suasana di dalam restoran ini kan? Jadi di sini Pida paparkan untuk tatapan kau ye.


Pida memilih untuk makan di ruang bersila ini. Ada 3 meja di ruangan ini. Ada kusyen untuk alas montot Pida, eh montot kau.



Seperti biasa, sebelum mengorder makanan, Pida tengok dulu menu. Emm... apa nak makan kali ni 'ek?





Hasil musyawarah dan perbincangan dari hati ke hati, akhirnya kami sepakat untuk memilih Set Jakarta. Seperti menu dalam gambar di atas, harga set ini ialah RM119.00. Set ini sesuai untuk 5-6 orang manusia kebulur macam kami. (Siapa kami? Tunggu....!)

Oh ya, apakah yang terkandung dalam menu Set Jakarta ini? Let's checkitout!


Nasi liwet nama diberi. Walaupun namanya nak dekat-dekat dengan perkataan liwat, namun ia tiada kena-mengena langsung dengan perbuatan tersebut.

Ada ayam bakar. Ketot-ketot ayamnya, macam saiz ayam serama je.

Ikan talapia masak kicap. Dua ekor dia bagi.

Udang masak cili pedas. Pida tak makan waima sekor pun sebab tak tahan pedas.

Ini bukan jemput-jemput, tetapi ia adalah tempe yang disalut tepung.

Ini sup ekor. Tidaklah pulak Pida bertanya ekor apa, mungkin ekor harimau atau kuda belang.

Sebenarnya ada satu lagi menu iaitu udang goreng tepung. Pida lupa nak ambik gambar sebab masa dia sampai tu Pida tengah kopek kulit udang untuk si pria ganteng tu.


Tak sah kalau makan tak ada pencuci mulut. Oleh itu, pada hari itu, kami order ... :-


Banana cheese. Rasa dia.. perghh... sangat sedap!

Ais durian lagi kali ini. Sedap dan segerr bugerr.

Oh ye, sebenarnya dalam entry Rumah Makan Sunda kali ini Pida nak ceritakan tentang sambal-sambalnya yang beraneka jenis itu.


Pelbagai jenis sambal yang pedas diletakkan di sini. Sambal-sambal ni diberikan percuma kepada pengunjung.

Sambal diletakkan di dalam batu lesung untuk mewujudkan rasa dan suasana autentik. Bagi penggemar sambal dan masakan pedas, ini adalah heaven! Boleh makan banyak mana pun sampai meleleh air hidung.

Euwww... pedas!

Yang ni pun pedas. Betul kau, tak tipu... percayalah cakap Kak Ton!




Kecur air liur tengok sambal-sambal ni. Makan dengan ubi rebus ni perghh... mak mentua lalu pun buat dekkk je.

Ulam-ulam segar juga disediakan buat cicah sambal.

Oh ye, lupa nak bagitau. Set Jakarta ni termasuk jugak satu jag air jus limau kasturi. Boleh minum berempat atau berlima. Bersepuluh pun boleh tapi dapat sorang seteguk la. Selain itu macam selalu, air teh o panas tanpa gula diberikan percuma.

Kami makan dengan bergaya sekali. Tangan kanan pegang nasik, tangan kiri pegang tisu. Sekali suap, sekali kesat. Perghh... sabor je la pedas dia. Dah la Pida ni tak makan pedas. Menangis-nangis aku nak abiskan nasik tu.

Haaa inilah kami! Kami makan adik-beradik je. Yang sorang tu kawan kami. Maklumlah orang dah takde mak, takde sapa-sapa nak masakkan untuk kami. Huhuuuu.... windu masakan mak :`(

Dan inilah pria ganteng itu! Duduk camtu macam patung Buddha. Haha.

Selain itu juga, eh, takde apa-apa lagi nak cerita. Babai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...