Tuesday, April 30, 2013

Prinsip Rukun Negara ke-5 : Kesopanan dan Kesusilaan u.p. Zain Saidin

Salam zain saidin,

Sampai sekarang hati masih panas kalau teringat akan insiden Zain Saidin meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap juri.

Bagi sesiapa yang tak tahu-menahu tentang kisah ini, biarlah Pida ceritakan serba-sedikit. Zain Saidin adalah peserta Masterchef Selebriti Musim Ke-2 yang tersingkir pada minggu lepas. Dia tersingkir selepas bertarung dalam pusingan  penyingkiran bersama 3 peserta lain kerana gagal mempersembahkan hidangan yang menambat hari juri.

Selepas diumumkan sebagai peserta yang tersingkir, juri telah memberi peluang kepada Zain untuk bercakap jika ada apa-apa yang ingin disampaikan. Juri terdiri daripada chef super-otai iaitu Papa Jo, Chef Zubir dan Chef Adu. Kesemuanya sangat berpengalaman, profesional dan berwibawa.

Rupa-rupanya memang Zain menunggu saat ini, iaitu untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap juri. Dia mungkin sentap sangat dengan komen Chef Jo yang mengatakan lempeng (pancake) yang dibuatnya sebagai "the worst I've ever tasted" yang menyebabkannya tersingkir (dan terpaksa meninggalkan endutnya di rancangan tersebut). Well, Chef Jo has all the pride to say anything as a judge.

Saat penyingkiran Zain. Pada masa inilah dia telah menunjukkan sikapnya yang sebenar iaitu sebagai seorang yang biadap, tidak menghormati orang, bodoh sombong dan cambagus. Gambar daripada Facebook Masterchef Selebriti 2 Malaysia.


Zain mengatakan juri tidak adil. Wah, hebat budak ni. Berani mempertikaikan juri. Dalam sesuatu pertandingan, juri dan hakim adalah pemegang hak keputusan mutlak dan muktamad. Siapa yang berani mempertikaikan juri? Tapi Zain Saidin berani you!

Setakat mempertikaikan keputusan juri yang dikatakan tidak adil itu boleh lagi diterima, kerana mungkin dia cuba berfikir di luar kotak. Tapi kalau dah bersikap kurang ajar dan biadap, itu memang tidak boleh diterima sama sekali!

Dan komennya terhadap Chef Jo yang sangat biadap ialah "...mengharapkan chef punya nasihat satu tu, tak mungkin saya dapat sampaikan apa-apa pun dalam pinggan tu." Ini diperkatakan kerana Zain menganggap kawan-kawan dia sebenarnya yang banyak membantu dia sehingga dia berjaya menghasilkan pancake.

Dahlah dia mengatakan chef tak adil kerana memilih Aznil yang mengambil sedikit nasi daripada Kencana Dewi sebagai pemenang dalam satu pusingan (sedangkan chef telah memberi segala justifikasi dan rasional yang boleh mematahkan tuduhannya termasuk ulang tayang komen Chef Jo yang mengatakan kepada Aznil tanpa nasi itu pun, hidangan Aznil tetap bagus), boleh pulak si Zain ni panggil 'awak' sahaja kepada chef bertiga tu!

Masa ni Pida dah berdesing dah. Walaupun Pida cuma tengok kat tv je, tapi Pida pulak berderau darah menahan marah pada budak kuang hajo ni. Hey Zain! Siapa yang kau panggil 'awak' tu? Adik kau ke? Anak tiri kau ke? Itu juri ok! Bukan setakat juri, malahan guru di gelanggang Masterchef tu! Bukan setakat guru ok! Dia orang yang lebih tua, pangkat bapak kau ok!

Lagi kurang ajar apabila semasa Chef Zubir sedang bercakap dengan dia untuk menerangkan, dia langsung tak mendengar. Dia potong cakap Chef Zubir, memang kurang ajar la tak dengar cakap orang.

Sebenarnya Pida dah perasan semasa Zain sedang menyediakan makanan, dia lebih fokus terhadap rakan-rakan yang memerhatikannya di tingkat atas. Dia langsung tak endahkan Chef Jo yang sedang bercakap dengan dia. Langsung tak hormatkan Chef Jo sebagai juri dan sebagai guru. Seolah-olah macam Chef Jo bercakap dengan periuk aje.

Serius Zain, kau memang kurang ajar. Kurang ajar dengan juri, guru dan orang tua. Perangai kau memang tak semenggah la Zain. Kau sedar tak, sebenarnya kau telah menampakkan keburukan diri kau sendiri di depan semua orang termasuk pada bakal bini kau. Masalah sikap la kau ni.

Silap orang la kau nak kurang ajar. Nampak sangat chef-chef tu tak setaraf dengan cara pemikiran kau. Tengok cara diorang sebagai orang profesional, kena cemuh pun tetap diam dan bersikap tenang. Itu namanya orang ada ilmu! It's all about ilmu. Manusia dipandang tinggi kerana ilmu dan akhlaknya.

Chef Jo memang sangat profesional. Dia tetap tenang walaupun ada satu ketika dia juga meninggikan suara. Mestilah, dah budak tu kurang ajar, tak hormat dia langsung sebagai orang tua (kalau tak nak hormat sebagai juri sekalipun).

Tapi paling best ketika Chef Jo bercakap dengan Chef Zubir dan Chef Adu, ...."tapi kalau anak murid degil, kalauanak murid kurang ajar...." amek kau! Mudah-mudahan Chef Jo halalkan ilmu kulinari yang kau dah dapat sikit-sikit tu.

Pergi pun tak bersalam, memang tak ada adab la ini budak. Ini kalilah... jangan join apa-apa pertandingan lagi ye Zain. Pida harap dia tak trauma akibat perbuatannya sendiri.  Jangan sampai kita dimaki orang kerana sikap kurang ajar kita. Memulihkan reputasi tidaklah semudah mencalarkannya.

Ini bukan setakat pertandingan memasak amal sahaja, tetapi lebih daripada itu. Iaitu bagaimana seseorang itu bertindak balas terhadap kritikan; adakah dia terbuka atau tidak. Kritikan memerlukan kematangan untuk dinilai, bukan emosi. Kita pun mengalami situasi yang sama seperti ini juga dalam kehidupan kita.

Mungkin ada yang kata Astro yang sengaja bagi watak jahat ni pada Zain untuk menaikkan rating. Tapi kalau Pidalah, orang bayar sejuta ringgit pun tapi untuk menjatuhkan maruah dengan bersikap kurang ajar dan menunjukkan kebodohan diri sendiri, Pida tak akan terima tawaran macam tu.

Kalau betullah ini lakonan, memang berjaya sangatlah strategi Astro. Tapi kalau adegan biadap itu memang betul-betul real, tak patutlah Zain buat begitu kepada orang yang sepatutnya dihormati.

Zain... Zain... (sambil geleng kepala)

Oh, my english!

*Serius lepas tengok adegan tu Pida terus cakap kat Rania, "Hormati orang tua, hormati guru, jangan kurang ajar ye nak!"

No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...