Showing posts with label pida. Show all posts
Showing posts with label pida. Show all posts

Friday, November 15, 2013

Hadiah note book di hari jadiku

Salam hadiah,

Sempena hari jadi Pida pada 11.11.13 baru-baru ini, Pida telah mendapat sebuah hadiah yang sangat membuatkan Pida terharu.


Inilah hadiah hari jadi Pida tahun ini. Satu-satunya hadiah yang Pida terima. Datangnya daripada seorang insan yang sangat bermakna dalam hidup Pida iaitu anak Pida, Rania.


Patutlah pagi-pagi tu Rania sibuk beria-ia cakap nak belikan mak dia hadiah. Pida tanya Rania ada duit ke nak belikan mak hadiah? Dia jawab, ada, dia guna duit belanja harian dia aje. Tak payah susah-susahlah sayang... simpan je duit tu buat beli Mamee. Tak apa, kata dia. Dia tetap nak belikan mak dia hadiah.

Petang tu, dia balik ke rumah dengan muka kecewa. Pida tanya kenapa? Dia jawab, tadi dia dah belikan hadiah, tapi hadiah tu tercicir. Esok dia belikan yang baru.

Hahahahahahhaaha! Bedebah betul Pida ketawakan dia. Aku dah cakap tak payah susah-susah belikan hadiah, kok nak beli jugak. Kan dah hilang. Nia... nia... comel jugak ko ni sekali-sekala.

Hadiah yang di atas tu adalah hadiah lain yang dia beli untuk menggantikan hadiah yang hilang itu. Muka ceria penuh cinta time dia hulur kat Pida masa tu. Sambil kesat-kesat hingus, Pida pun peluk dia dan mengucapkan terima kasih. Besarnya hati dia dapat bagi hadiah kat mak dia!



Memang terharu sangat dapat hadiah daripada Rania. Siap sampul tu yang tak tahan tu. Serebeh-serebeh pulak tu. Jom kita bukak apa di dalamnya!


Oh rupanya adalah sebuah note book! Hahahaha... kelako pulak rasanya anak aku bagi aku buku. Dia tak tau ke Pida ni dah 3 tahun tak menulis dalam buku sebab tulis dalam Galaxy Note? Huahuahua.


100 lai engkau! Jenuh nak nulis. Takpe Nia, terima kasih banyak-banyak sayang. Senang mak nak update blog bila dah ada note book ni. 


Itulah hadiah hari jadi Pida yang sangat berharga. Hadiah tanda ingatan dan kasih sayang seorang anak kepada emaknya. Pida terharu kerana Rania sanggup menggunakan wang sakunya sendiri untuk membeli hadiah tersebut. Dan Pida bersyukur kerana dalam usia sekecil itu, Rania sudah pandai menilai erti penghargaan dan menghargai.

Terima kasih anakku sayang...

Monday, September 30, 2013

Tempat bermain lagikan dikenang, inikan pula tempat ajal yang menghampiri

Salam ajal,

Ini kisah lama. Cerita yang meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat diri Pida. Cerita tentang bagaimana maut itu cukup hampir dengan Pida tetapi dengan izin Allah, kematian yang mungkin menjadi milik Pida pada waktu itu telah berubah takdirnya.

Kejadian ini berlaku pada suatu hari Jumaat tahun lepas, yang nyatanya sebelum pemergian mak pada Januari lalu. Pada hari itu Pida menghadiri mesyuarat di Cyberjaya.

Seperti biasa, jika perlu menghadiri mesyuarat di Cyberjaya, Pida akan memandu kereta sendiri. Pida tidak menggunakan khidmat pemandu kerana tak jauh pun Cyberjaya dari rumah Pida. Tak sampai sejam perjalanan.

Mesyuarat pada hari itu berakhir awal. Selepas penangguhannya pada pukul 12 tengah hari, Pida terus memandu pulang. Pida lalu jalan Cyberjaya - Puchong. Keadaan jalan raya pada tengah hari itu sangat lengang. Hanya kelihatan 4-5 buah kereta sahaja di sepanjang jalan yang lebar dan berlapis-lapis itu. Mungkin orang masih di pejabat dan belum keluar untuk solat Jumaat.

Tiba di kawasan jalan raya bercabang yang mempunyai 4 baris jalan raya iaitu dua yang menuju ke Pulau Indah dan Kajang, sementara satu jalan sehala menuju ke Putrajaya dan jalan di arah bertentangan menuju ke Cyberjaya, Pida hanya memandu perlahan.




Pida sebenarnya memandu dengan rileks sekali, tidak terkejar-kejar kerana seperti yang Pida ceritakan di atas, suasana jalan pada ketika itu sangat lengang. 6 lane jalan yang sangat lengang, hanya Pida berdua dengan seekor Kancil di belakang yang juga dipandu perlahan.

Apabila melepasi satu kawasan yang bersebelahan dengan jalan ke Pulau Indah dan Kajang, tiba-tiba Pida terpaku dengan apa yang Pida saksikan di cermin pandang belakang. Pida nampak sebuah lori simen yang sangat laju terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

Pida nampak dengan jelas lori tersebut seperti terbang dan terus terbabas melintasi keenam-enam lane jalan tersebut secara melintang. Melihatkan kejadian tersebut, lutut Pida terus terasa lemah sekali. Rasa tak berupaya nak meneruskan pemanduan kerana Pida baru saja menyaksikan kemalangan yang dahsyat. Dan Pida tak upaya juga nak berhenti sebab tangan dah menggigil.

Kancil di belakang Pida juga memperlahankan keretanya tetapi tidak berhenti. Pida cuma nampak lori simen itu terus terbabas dan terjunam ke arah jalan raya yang lebih rendah di kawasan sebelah sana. Oleh kerana pada waktu itu lengang, maka tak ramailah saksi yang melihat kejadian itu. Pida pun sampai sekarang tak tahu apa nasib pemandu lori tersebut.

Sebenarnya lori itu terbabas dalam masa tak sampai 5 saat selepas Pida melalui tempat rempuhan tersebut. Masa tu Pida bayangkan, kalaulah Pida melalui kawasan itu pada waktu lori itu terbabas, insya Allah Pida akan mati dirempuh dan diseret lori tersebut sehingga melintangi jalan dan akhirnya terhumban ke jalan bawah. 

Lepas menyaksikan kejadian itu Pida memang blur dan menggigil sangat. Sampai sesat-sesat Pida dibuatnya dalam perjalanan balik ke rumah tu. Dalam masa yang sama tak lekang dari bibir ni kalimah Alhamdulillah kerana terselamat 5 saat dari rempuhan dahsyat tersebut.

Pada malam itu, Pida tak boleh melelapkan mata. Pida menangis saat melihat anak-anak Pida malam itu. Pida tak dapat bayangkan macam mana keadaan mereka jika malam itu adalah malam pertama mereka kehilangan ibu mereka ini.

Dan Pida juga menangis kerana memikirkan jika Pida mati dalam kemalangan siang tadi, malam itu adalah malam pertama Pida di alam barzakh; lebih awal Pida pergi daripada mak yang sedang sakit pada waktu itu. 

Setiap kali jika ada urusan di Cyberjaya, Pida pasti akan melalui jalan tersebut. Kesan pelanggaran masih jelas kelihatan; masih belum dibaiki lagi. Setiap kali itulah akan teringat detik-detik Pida sangat hampir dengan kematian akibat nahas tersebut.

Pantang maut sebelum ajal. Apalah yang boleh Pida katakan selain ucapan syukur yang tidak berhenti kepada Allah kerana menyelamatkan Pida daripada kemalangan tersebut. Kematian terlalu hampir pada masa itu.

Syukur kerana umur masih panjang dan masih ada peluang untuk memperbaiki diri dan melunaskan tanggungjawab sebagai hamba dan sesama manusia.

Pagi tadi Pida lalu di tempat itu lagi. Pida masih dapat melihat kesan rempuhan tersebut. Dan Pida masih terasa seriaunya perasaan ini tatkala melintasi tempat yang hampir memutuskan hubungan Pida dengan dunia ini...


Pandangan di jalan arah ke Cyberjaya dari Puchong.  Lori simen berwarna hijau itu terbang dari sebelah kanan gambar ini dan terus menjunam ke jalan di sebelah kiri. 




Friday, April 19, 2013

Bumper yang ternoda

Salam bumper,

Petang itu jalan raya sibuk macam biasa. Semua orang nak balik rumah cepat-cepat. Nak jumpa bini, nak jumpa suami, nak jumpa orang gaji... semua orang berebut-rebut di atas jalan raya yang sesak.

Pida pun begitu juga. Rasa tak sabar nak sampai rumah. Nak baring di atas sofa yang dah tak empuk tu sambil-sambil tengok tv. Oh, penatnya seharian berada di lubuk mencari rezeki. Balik rumah jumpa suami, ohh... romantiknya.

Dalam perjalanan pulang pada petang tersebut, Pida memandu di lorong paling kanan iaitu lorong untuk kereta Ferrari macam Pida. Tapi percayalah, walau bawak BMW sekalipun, kelajuan kau sebenarnya setaraf dengan kelajuan basikal BMX je.

Pida memandu dengan berhemah. Juga penuh gaya. Bila nampak kereta depan brek, Pida pun brek. Tapi sebenarnya kereta depan berhenti dengan agak mengejut juga; mungkin kerana kereta depan dia pun berhenti mengejut. Kereta depan dia berhenti mengejut pun mungkin sebab kereta depan depan kereta dia tu berhenti mengejut. Ko paham ke tak ni?

Nasib baik Pida sempat basuh kereta semalam, jadi dapatlah Pida brek dan berhenti dengan tepat (motif?). Alhamdulillah tak sondol kereta depan. Sikit je lagi sebenarnya nak cium montot dia.

Lepas tu Pida pun menjeling ke arah cermin pandang belakang. Terkedu Pida bila tengok kereta belakang Pida tu meluncur lajuuuuu sangat! Ada harapan kena sondol ni!

Pida panik. Pida cakap Ya Allah, ini kali lah... habislah.... lepas tu Pida tutup mata dan "Dum". KONFEM!

Konfem kau dah cium montot Waja. Aduh... baru basuh kereta, dah kena sondol (motif?). Tapi Pida tak berapa cuak sebenarnya. Pida tau apa yang Pida kena buat. Iaitu jangan berhenti di tepi, lantas keluar ke belakang sambil menjerit, "O' you! Tengok apa you dah buat kat kereta I!" Sambil marah-marah cekak-cekak pinggang. No, don't worry my dear readers... that's certainly not me. Heh.

Kalau Pida berhenti kat tempat kejadian tadi (lorong paling kanan) konfem jalan yang sesak bertambah sesak. Sesak sebab semua orang nak tengok ini ke blogger Ohpida tu HAHAHAHA bongok.

Pida teruskan jalan. Pida bukak cermin sambil buat isyarat lucah tangan suruh pemandu kereta yang melanggar bumper Pida tu follow Pida. Jangan lari nanti I kejar!

Pida berhenti di tepi jalan. Tentulah, kalau berhenti di tengah nanti orang maki. Kereta tu pun berhenti juga. Tapi Pida tetap tak turun dari kereta. Pida call suami Pida. "Abang, ayang eksiben ni."

"Gapo dio? Mung eksibeng kat mano?"

"Depang pejabak mung je ni."

"Tunggu nanti abe datey! Wait for me forever ok gwiyomi!"

Selepas itu pemandu yang melanggar kereta Pida tu turun. Sebab dia nampak Pida tak turun-turun agaknya dia ingat Pida dah mati kot. Tapi macam tak caya pulak tadi ok je tiba-tiba mati tak pasal-pasal. Gula naik apa.

Pida turunkan cermin sebelah pemandu sikit aje. Dalam 2 inci je. Pida cakap, "Jap, tunggu suami saya sampai."

Selepas menunggu selama 10 minit, hero pun sampai. Pida tetap tak turun dari kereta. Pida tengok suami Pida berjalan menuju ke arah mamat tu dengan gaya seorang gangster. Di tangannya telah siap sebatang kayu besbol. Tak la... laki aku baru balik dari surau.

"Belasah dia bang! Karate bahu dia! Pulas bola dia!" Syaitan jantan dan syaitan betina dalam diri Pida membakar.

Pida tengok diorang bersalaman. Oit, kau orang ingat ini perjumpaan reunion sekolah lama ke? Lepas tu Pida pun keluar. Barulah Pida dapat tengok dengan jelas mamat tu. Dia lebih muda daripada Pida rasanya. Dan tengok keadaan bumper Pida. Nasib baik sikit aje. Bunyi tadi macam gempak.

Pida dan suami tak cakap apa-apa sangat, tapi mamat tu yang petah lebih-lebih.

"Sikit je ni bang. Kalau abang claim insuran pun tak lepas ni, sebab bawah dua ribu."

"Ni ketuk sikit je ni, dalam lapan puloh hengget je ni."

"Kalau abang report polis saya kena saman RM150 je. Lepas tu abang bawak gi bengkel saya bayar bil."

"Saya dah biasa bayar saman RM150 tu." WTF.

 Lepas tu Pida tengok kereta dia, kereta Alza. Kereta dia ok je, cuma plate nombor dah tak ada.

"Plate awak pecah," kata Pida dengan sopan. Ceh, tapi memang sopan pun.

"Dah biasa kak!"  ??? WTF!

Tapi Pida ambil keputusan untuk selesai antara kami sahaja. Malas nak buat laporan polis. Lagipun sikit aje, macam tak berbaloi pulak nak report polis.

Akhir sekali baru dia mintak maaf. Pida tanya awak tak nampak ke saya dah berhenti tadi? Dia jawab kereta belakang cucuk dia. Dah tu pejadah kau gi cucuk aku pulak?

Selepas itu Pida ambik nombor telefon dia dan Pida miss call dia. Ok, ada bunyik. Sahih.

Kami pun pulang. Sesampai di rumah, terus Pida belek bumper kereta Pida tu.



Macam ni la rupa bumper Waja (gelaran kasih sayang untuk kereta Pida) selepas disondol. Nasib baik kemek sikit aje. Dan yang paling penting, lampu tu tak pecah. Kalau pecah memang nangis laa... 6 tahun kumpul duit nak beli lampu itu. You tengok la husband I cekak pinggang tu, dia sentap tu!

Dalam tak dalam tapi memang makan dalam la.

U tengok! Lubang dah senget, lubang dah tak centre! Ini semua you punya pasal! I hetchuuu!

U see? Senget already.


Dua hari selepas itu, suami Pida membawa Waja ke bengkel untuk dibaiki. Bengkel ini disyorkan sendiri oleh encik yang melanggar Waja tempoh hari. Ambik masa seharian juga untuk siap sepenuhnya. Dan kosnya ialah... jeng jeng jeng! Bukan RM80!

Semua sekali RM300. Hahah! Sila bayar ye encik. Seperti yang dijanjikan. Jangan banyak songel. Nanti I saman you.

Tapi mamat ni bukan setakat petah, malah banyak songel juga rupanya. Call call tak angkat. Call call tak angkat. Hmm...

Tapi suami Pida dah terlebih dulu ambik nombor member-member mamat ni. Just in case la kan... Memang in case pun.

Lama jugak nak settle sebenarnya. Pihak bengkel tak benarkan kereta keluar selagi tak jelaskan bayaran. Ofkos la... dia berniaga. Setelah percubaan untuk meminta mamat itu membayar bil gagal (banyak benor alasan), last-last suami Pida call salah seorang member dia.

Member dia datang ke bengkel. Mula-mula mati-mati dia tak nak bayar, ye la.. apa jadah dia nak bayar, bukan urusan dia pun. Tapi Pida tak taulah apa yang diorang dealkan di sana sebab Pida tak ada bersama, akhirnya si member tadi bayar jugak. Akhirnya Waja selamat dibawa keluar.

Pehh... tak sangka orang mulut manis ni tak boleh pakai sebenarnya. Poyo je lebey. Sampai ke sudah tak muncul. Gasak dia la, yang penting Waja dah dipercantikkan semula. Harap-harap tak jumpa lagi dengan orang macam tu lepas ni.

Kalaulah.... kalaulah mamat tadi masih gagal bayar kepada bengkel tersebut, langkah pertama yang akan Pida buat ialah Pida akan bayar sendiri. Dan selepas itu Pida akan buat laporan polis tentang kemalangan tersebut memandangkan Pida ada butir-butir kereta dia. Baru dia tahu dalam lenient-lenient aku ni sebenarnya boleh jadi unmerciful juga.

So, Waja dah baik, mudah-mudahan lepas ni perjalanan kami selamat hendaknya.

Begitulah flashback saya!



Saturday, March 30, 2013

TNB Batu Pahat tolonglah jangan buat macam ni lagi.

Salam TNB,

Minggu lepas Pida balik kampung kerana berhajat untuk memenuhi undangan walimatul urus rumah sedara Pida pada hari Ahad. Jadi, hari Sabtu tu kitorang bercadang duduk kat rumah je temankan Ab.

Tapi malangnya Ab kata, TNB ada bagi notis kepada penduduk beberapa taman di bandar Batu Pahat bahawa hari Sabtu itu akan berlaku gangguan bekalan elektrik bermula dari jam 10 pagi hingga 7 petang untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Hah..? Blackout lagi! Sabtu hari tu yang Pida balik tu pun blackout seharian jugak, dari pukul 10 pagi sampai ke pukul 6.30 petang. Kau cubalah bayangkan situasi Pida ni : sekali-sekali balik kampung, hajat di hati nak duduk di rumah saja, tapi takde karen sepanjang hari!

Bengkek tak? Pida rasa bengkek sangat. Ini bukan kali pertama hari Sabtu penduduk bandar Batu Pahat takde elektrik. Yang lebih menyakitkan hati, dari pukul 10 pagi sampai pukul 6.30 petang hokay! Bayangkan betapa lamanya tempoh itu dan betapa bosannya aktiviti di rumah tanpa kemudahan elektrik.

Sebenarnya Pida tak kisah sangat kalau takde karen ni. Tapi kalau bekalan asas ini ditiadakan (walaupun dengan notis) pada hari ahli keluarga nak berkumpul di rumah, dan dari pagi sampai lewat petang, tak salah kalau Pida rasa marah dengan TNB. Kalau gangguan sampai pukul 2 petang je Pida boleh terima lagi.

Kemon la TNB, agak-agak la nak ganggu kami pun.... Kami hargai dan hormati kerja anda, kerana kami memang bergantung pada anda untuk lampu kalimantang dan kipas angin kami, tapi tolonglah jangan 'kejam' sangat potong bekalan sepanjang hari.

Dan tolong jangan bagi alasan suruh kami yang terjejas ni supaya berjimba di luar bersama keluarga. Masa kualiti hari Sabtu sebenarnya nak dihabiskan di rumah sahaja. Kalau keluar, pasti, gerenti, berani kerat kuku la... mesti kena keluar duit jugak walaupun untuk beli aiskrim batang.

Pukul 2.30 petang tu Pida call 15454. Pida dah geram dengan TNB ni. Pida bagitau kat kakak helpdesk tu supaya lain kali jangan potong elektrik hari Sabtu lagi. Pida bagitau dia, ini bukan Sabtu pertama TNB buat macam ni. Dan kakak helpdesk tu pun maklumkan pada Pida bahawa dah ramai pengguna dari taman berdekatan Pida log report tentang gangguan bekalan elektrik pada hari itu.

Untuk TNB, tolonglah jangan buat kerja hari Sabtu dan Ahad ye. Staf kau orang pun nak cuti jugak kan? Diorang pun nak rehat dengan anak bini jugak kan?


Pida hargai pengorbanan abang-abang TNB memberikan sinar cahaya kepada kehidupan Pida, tapi... agak-agak arrr! Takkan hari Sabtu pun kerja sampai menjejaskan kami pulak!


Last-last Pida bawak jugak anak-anak keluar carik tempat sejuk. Tengok si Sufi tu, kecik-kecik dah nak main tikam-tikam. Mak dulu tak pernah main tikam-tikam. Pergi fun fair pun tak pernah. Dengar cerita orang aje.

Dah tak tau nak ke mana, sebab takde niat pun nak keluar jalan-jalan. Last-last kitorang gi karok. Nyanyi lagu mesra kanak-kanak je seperti Anak Kampung, Balik Kampung, Cari Jodoh, Tobat Maksiat, Kosong, Cinta Muka Buka dan Akulah Kekasihmu.

Ye ye orr je si Rania ni menyanyi. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan? Ngeh ngeh ngeh. Ini semua salah TNB.

Lepas sejam melalak, Pida pun bawak budak-budak ni pegi Odeon untuk makan. Maklumlah, lepas menyanyi stamina dah kurang kan... haruslah dipulihkan dengan makanan dan minuman.


Mee bandung.

Rojak manis.

Otak-otak. Sedap giler otak-otak ni.

Otak-otak ni memang dihantar ke meja-meja pelanggan. Sebatang lima posen. Tapi memang sedap la. Dia tak pedas sangat.
Sufi minum air kegemaran Pida iaitu air cikong. Tapi orang sekarang sebut laicikang.


Kami keluar pukul 3 petang, balik rumah pukul 6 petang. Masih takde karen! Ya Allah sabor jelah!


Wednesday, March 20, 2013

Memimpikanmu

Salam mimpi,

Malam tadi Pida terasa rindu yang amat terhadap mak. Sampai Pida update status kat facebook menyatakan rindu Pida itu.

Selalunya tatkala rindu menjengah diri, Pida akan membacakan surah Al-Fatihah untuk disedekahkan pahalanya kepada mak. Pida baca dengan mata terpejam dan jiwa yang khusyuk; seolah-olah Pida memberi hadiah kepada mak yang sedang menadah tangan menerimanya.

Dan selalunya juga, tika rindu datang, air mata pasti mengalir. Pada saat itu tergambar semula saat-saat sedih mak menghembuskan nafas terakhir di sisi ab dan kami semua. Pida dapat merasakan bahawa Pida masih lagi menggenggam erat dan mencium tangan mak.

Malam tadi adalah malam Pida yang berbahagia. Mak hadir lagi di dalam mimpi. Seronoknya Pida berbual-bual mesra dan rancak dengan mak, maklumlah sudah lama tidak bersua. Namun mak tidak bercakap sepatah pun.

Mak hanya tersenyum dan tersenyum. Seolah-olah mak terhibur sangat dapat mendengar cerita Pida.

Namun akhirnya Pida tersedar. Oh, rupanya hanyalah mimpi. Tapi Pida rasa puas juga sebab dalam kerinduan ini, dapat juga Pida 'bertemu' dengan mak walaupun hanya di alam mimpi.

Buat mak yang dirindui, Al-Fatihah.


Tuesday, March 12, 2013

7 tahun yang tidak puas

Salam puas,

Sudah genap 7 tahun Pida berkhidmat dalam bidang ICT di jabatan Pida ni. Lama kan? Kalau budak dah naik darjah satu dah. Kalau pasangan berkahwin mungkin dah ada anak 2-3 orang. Kalau buat PhD dah lama grad jadi doktor. Err... ada ke orang buat PhD sampai 7 tahun?

Bercerita tentang kepuasan, terus-terang Pida cakap, Pida tak dapat mencapai kepuasan dalam kerjaya yang Pida ceburi ini. Pelik tapi benar. Sejak tahun pertama Pida merasakan bahawa bidang ICT bukanlah jiwa Pida.

Jadi mengapa Pida memilih laluan ini?

Kalau nak diungkit kembali kisah silam, memang la panjang nak diceritakan. Sebenarnya selepas habis SPM dulu, Pida tak tau nak pilih laluan kerjaya sendiri. (Pida tak dapat terus masuk universiti sebab spm Pida tak cemerlang - buwekkk).

Masa tu Pida minat bidang grafik komputer, jadi Pida pun masuklah ke sebuah kolej komuniti untuk mengambil kursus sijil grafik komputer ini. Best giler dapat belajar grafik; guna photoshop, belajar free-lance drawing, buat arca, bina klip video dan macam-macam benda grafik lagi.

Pida belajar sampai habis dan dapat sijil. Tapi mak dan ab suruh sambung lagi sebab takkan nak hidup dengan sijil je... Jadi sekali lagi Pida buntu nak pilih laluan kerjaya. Ingat nak further bidang grafik ni, tapi masa tu macam takde mood pulak.

Masa ni Pida serahkan sepenuhnya pada mak untuk buat keputusan bagi pihak Pida. Sebab Pida percayakan mak, dan Pida tahu kalau mak yang pilih tu mesti yang terbaik. Alhamdulillah memang selalunya pilihan mak adalah yang paling cocok untuk Pida.

Maka terjunlah Pida akhirnya ke dunia ict; hasil homework dan nujuman mak Pida bahawa bidang ini mempunyai prospek kerjaya yang cerah dan terjamin. Pida melanjutkan pengajian diploma dalam bidang sains komputer dan seterusnya meneruskan pengajian ke peringkat ijazah di upm.

Tapi nak ceritalah juga kan... sebenarnya sepanjang tempoh belajar tu Pida memang tak minat sangat sebenarnya. Sebab tu untuk menutup kebosanan, Pida ambil subjek Bahasa Sepanyol sebagai elektif. Memang Pida study hard la orang kata subjek ni sebab minat punya pasal.  Dan subjek kegemaran Pida di universiti ialah Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Selepas tamat pengajian, maka bermulalah kerjaya Pida dalam bidang ict dalam sektor awam... sehinggalah ke hari ini sudah menjangkau 7 tahun. Namun....

Namun jauh di sudut hati, bukan ini yang Pida mahukan sebagai kerjaya. Malah ketidakserasian ini telah mula Pida rasai sejak menerima surat arahan melapor diri daripada JPA lagi. Pida pujuk diri sendiri, pergi sahaja, ini rezeki, ini ketentuan, inilah jalan terbaik... Pida terus pujuk dan pujuk sampai ke tahap sekarang Pida tidak boleh dipujuk lagi.

Jadi apa sebenarnya minat dan kecenderungan Pida? Sampai dah rasa tak boleh blah dengan bidang kerjaya sendiri? Apa teruk sangat ke kerja ict ni?

Tak adalah teruk sangat. Tugas Pida pun bukan terperuk kat satu cabang aje... Pida buat rangkaian, sistem, server termasuklah deal dengan tender / sebut harga perolehan aset dengan kementerian dan pihak vendor/prinsipal. Kira graf kerja tu dinamik la, bukan statik aje.

Tapi kalau dah nama tak minat tu, tak minatlah! Bila dah tak minat, tak datang kepuasan yang diharapkan. No job satisfaction. Dan itu adalah suatu kerugian bagi seseorang employee seperti Pida kerana tidak merasakan nikmat kerjaya yang diceburi.

Kerana Pida percaya, kepuasan kerjaya adalah kunci utama seseorang itu memperoleh rasa gembira dan rasa gembira itu pula adalah kunci utama seseorang itu hidup bahagia.

Bercakap soal minat pula, sebenarnya Pida meminati bidang bahasa, sastera dan seni. Haa.. nampak tak pertembungannya di situ? Orang yang cenderung dalam bidang seni seperti Pida mempunyai jiwa yang halus, tetapi apabila sudah berkecimpung dalam bidang ict yang serba-serbi teknikal, ia bagaikan satu perlawanan dalam diri sendiri.

Selepas 7 tahun inilah, baru Pida betul-betul pasti bahawa ict bukanlah jiwa Pida. Pida tahu mesti ada yang cakap, apa susah, hantarlah cerpen, novel atau sajak ke publisher. Atau jadi model sambilan. Tapi bukan itu maksudnya... maksud Pida ialah kepuasan kerjaya, bukan hobi.

Tapi apa nak buat, memang inilah kerjaya yang menjadi punca rezeki Pida selama ini. Suka atau tidak, inilah kerja Pida setiap hari. Kalau nak tukar skim boleh saja, tapi kenalah ambil ijazah dalam bidang lain pula.

Tak apalah, Pida berdoa semoga minat Pida akan bercambah jua dalam bidang ict ini. Dan jangan salah faham, Pida tidak sesekali menyalahkan mak atas keputusannya yang membawa Pida ke arena ini. Malah Pida bersyukur sangat, kalau bukan kerana mak, entah apalah yang jadi pada Pida sekarang.

Mungkin lebih teruk. Sekurang-kurangnya Pida ada sebuah kerja yang setaraf dengan kelulusan dan dengan gaji yang diperolehi, Pida dapat menikmati kehidupan dengan sempurna. Alhamdulillah...

Jadi, sekarang ni, Pida teruskan dengan rutin seperti biasa. Tujuan Pida luahkan perasaan ini pun sebagai terapi buat Pida sendiri. Pida meluahkan apa yang Pida rasakan dalam diri ini. Pida tak nak menipu diri Pida sendiri.

Kepada adik-adik yang sedang mencari hala tuju, tanyalah diri sendiri, apa yang betul-betul diminati. Jangan terlalu terikut-ikut arus perdana, atau kursus yang popular sahaja. Hanya hati kecil kita yang tahu haluan dan minat kita yang sebenarnya.

Sebaik-baiknya buatlah kajian dan perbandingan laluan sesuatu kerjaya itu dengan cara bertanya orang atau kaunselor. Tetapi apa-apapun, listen to your heart!


Hanya kita sendiri yang mengerti keinginan sebenar hati.






Saturday, December 29, 2012

Sang saka yang memburu

Salam saka,

Baru-baru ini Pida menghantar mak pergi berubat cara rawatan Islam di sebuah pusat ruqyah di ibu negara. Tujuan Pida membawa mak ke sana adalah sebagai ikhtiar memulihkan semangat dan tenaga mak yang sedikit merosot lebih-lebih lagi setelah mak membuat keputusan untuk menghentikan rawatan kimoterapi.

Sebelum ini pun mak pernah berubat cara rawatan Islam, di samping rawatan hospital. Nampaknya kali ini hanya inilah usaha kami untuk melihat mak menjalani kehidupan seperti sediakala. Pida bersyukur kerana dalam keadaan mak begini, ramai pula yang mengesyorkan agar mak membuat rawatan itu dan ini.

Malah ada antaranya yang menyarankan agar mak membuat rawatan 'pembedahan batin'. Walaupun Pida menolak dengan cara baik cadangan itu kerana Pida memang menolak mentah-mentah cara rawatan 'mengarut' tersebut, namun Pida tetap berterima kasih dan menghargai keprihatinan mereka.

Pada Pida, penyakit kanser seperti mak tidak mungkin boleh diubati dengan rawatan alternatif terutama yang melibatkan kaedah batin. Maaf cakaplah, Pida memang tak percaya langsung bila orang suruh mak jumpa perawat tradisional sana, perawat alternatif sini... Kadang-kadang Pida boleh jadi marah pulak bila mak disuruh berubat dengan cara demikian.

Ini kanser, bukan kena buatan orang. Bukan kena sihir. Kanser ubatnya kimo, radioterapi. Mungkin ada yang cakap apa salahnya berusaha, cuba, mana tau baik. Maaf la, Pida memang tak percaya.

Bukan tak percaya pada usaha, tapi boleh fikir logik akal. Dan kalau Pida sendiri dah tak yakin dengan kaedah rawatan tradisional tu, kesan placebo pun tak mungkin dapat dirasai.

Berbalik pada cerita mak tadi. Kami sampai di pusat rawatan tersebut pada jam 12 tengah hari. Kami datang secara walk-in saja, sebab rawatan tu tak perlukan temujanji. Tetapi sesampai sahaja kami di sana, mak datok! Punyalah ramai manusia!

Akhirnya setelah 5 jam menunggu, giliran mak pun sampai. Mak dilayan oleh seorang perawat wanita. Lembut dan tenang wajahnya walaupun dia memakai purdah yang hanya menampakkan matanya.

Setelah menerangkan keadaan kesihatan mak, ustazah tersebut pun memulakan ruqyahnya. Dia memulakan rawatan dengan bacaan surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan ayat-ayat Quran yang lain sambil memegang kepala dan badan mak. Dia mengakui ada sesuatu yang 'menghinggap' pada mak.

Ustazah tersebut menerangkan kepada kami kalau kita sedang sakit, 'benda' tu memang mudah menumpang di badan kita. Dan 'benda' itulah yang menyebabkan badan kita jadi lemah, lesu, malas dan lalai.

Selepas itu mak menceritakan pada ustazah yang mak pernah bermimpi menyusukan budak kecil. Bila mak cakap macam tu pada ustazah, Pida pun teringat kat mimpi Pida sendiri.

Dalam 5-6 bulan yang lepas, Pida pernah beberapa kali bermimpi menyusukan budak kecil (bukan anak Pida) ketika tidur malam. Mimpi kali pertama Pida tak kisah sangat, sebab memang pun pada waktu itu Pida sedang menyusukan Sufi.

Tapi bila dah mimpi perkara yang sama lagi dan lagi, Pida mula rasa sesuatu. Jadi tanpa melengahkan masa, Pida pun terus berjumpa dengan pawang terhandal di kalangan netizen seperti Pida iaitu Google.

Daripada carian Pida ke atas beberapa site, maksud mimpi menyusukan budak itu ialah saka. Hah? Saka? Maksudnya Pida ni nak didatangi saka atau Pida ni mencari saka atau macam mana ye? Pida pun tak faham. Lepas tu Pida buat deekkk aje.

Tapi apabila mak menyatakan mimpi yang sama kepada ustazah, dan ustazah tersebut memberitahu itu adalah tanda-tanda saka, Pida jadi terkesima sekejap. Saka?

Tanda-tanda lain bagi saka ialah ketika tidur gigi bergesel-gesel sampai berbunyi. Tanda itu ada pada Rania. Sebenarnya aktiviti tidur Rania yang suka menggigit-gigit gigi sampai berbunyi ketika tidur itu pun Pida dah pernah rujuk pada pawang Google. Menurut apa yang Pida baca, itu juga adalah tanda saka. Tapi, seperti mimpi Pida tersebut, Pida juga abaikan kelakuan tidur Rania tu sampailah pada ketika mak dirawat oleh ustazah pada waktu itu.

Pida pun memberitahu ustazah tentang mimpi Pida dan kelakuan Rania menggigit-gigit gigi ketika tidur. Ustazah cakap, itu tanda saka. Sekali lagi Pida terkesima. Saka? Masa ni mak, ab, Pida dan dua orang lagi adik Pida yang turut sama ikut hanya membisu. Seriusly tak tau nak cakap apa. Kami hanya berpandangan sesama sendiri sambil di atas kepala masing-masing penuh dengan tanda tanya.

Selepas 45 minit rawatan, ustazah membekalkan mak dengan air zam zam, air 30 juzuk, kismis dan habbatus sauda. Mak perlu mengamalkan minum air-air tersebut setiap hari.

Esok paginya, Pida mendapat mesej gembira daripada adik Pida yang mengatakan bahawa mak telah mengalami perubahan positif yang sangat ketara selepas pergi berubat semalam. Mak lebih kuat, lebih ceria dan lebih sihat. Alhamdulillah... kami sangat bersyukur pada Allah. Semoga mak terus sihat.

Dan tentang 'saka' yang diperkatakan ini, Pida memang tak tau nak komen apa. Mak dan ab pun blank. Tak tau nak cakap dari susur galur mana (kalau betullah ada 'saka' ini) sebab setahu Pida, atuk dan nenek Pida memang takde membela-bela ni. Tapi kalau nak cakap susur galur yang atas-atas sana, mungkin moyang kepada moyang kepada moyang nenek moyang Pida, wallahu'alam. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Apa-apa pun, Pida hanya meminta perlindungan daripada Allah sahaja. Memang sudah menjadi amalan Pida sebelum tidur, baca Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah An-Nas, Surah Al-Falaq dan Surah Al-Ikhlas. Dan menjadi amalan juga Pida memulakan sesuatu dengan nama Allah. Tapi mana tahu mungkin selepas ini Pida pulak yang kena pergi berubat, sebab nak halang 'saka' ni. Huhu...


Kalau macam nilah perangai aku kat tempat awam, saka pun takut nak dekat.

Pusat rawatan yang diceritakan di sini ialah Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani yang diterajui oleh Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie.



   

Friday, December 14, 2012

Sumpah tak bida lagi!

Salam bida,

Pida baru saja mengalami satu peristiwa yang tak pelik tetapi menimbulkan rasa serik dan insaf (buat masa ni la).

Sebelum bercerita lebih panjang tentang kejadian tersebut, Pida nak perkenalkan sikitlah tentang diri Pida ni.

Pida ni memang hantu shopping. Bukan shopping biasa-biasa kat kedai runcit tu. Tapi shopping online. Dah tiga tahun Pida buat kerja ni. Selalunya Pida buat pada waktu malam sebelum tido.

Kalau kau nak tau, 80% baju kurung yang Pida pakai buat pegi ofis ni semuanya Pida beli melalui butik online. Beli baju online senang, tengok mana berkenan terus order. Masukkan duit secara IBG, esok lusa sampai! Tulat dah boleh melaram kat opis.

Tentang baju memang takde masalah. Saiz Pida standard. Kalau tak saiz M, mesti saiz 38. Perfectly fit on my skinny body. Tak payah nak oter-oter dah. Selain baju kurung, Pida rajin jugak beli beg tangan. Tapi Pida beli yang murah-murah aje. Nak beli yang authentic atau designer handbag memang tak mampu la.

Pida juga membeli tudung, gincu, jam tangan dan juga toto! Oh ya, jamu set bersalin pun Pida beli online jugak. Baru-baru ni durian crepe pun Pida order online jugak. Tapi belum sampai lagi. Alhamdulillah setakat ini tak pernah la Pida kena tipu dengan penjual-penjual online ni. Lagipun deal dengan Pida ni senang je, kalau dah berkenan, order terus bayar.

Baiklah, Pida mulakan cerita.

Pada suatu hari cuti yang nyaman, Pida saja-saja google handbag. Nak beli online la kononnya ni. Google punya Google, Pida pun termasuk ke laman web eBay iaitu pusat jual beli segala jenis barang secara online.


Ini kali pertama Pida masuk eBay. Bila dah termasuk ke dalam eBay ni, Pida rasa macam tak boleh keluar pulak. Punyalah banyak handbag yang dijual. Cantik-cantik belaka. Kebanyakan rekaan tak terdapat di pasar lambak negara kita. Wah, bikin teruja nih.

Pida pun lantas mendaftarkan diri sebagai pengguna. Haa eksyen la sikit aku dah ada akaun eBay. Kau hado? Lepas dah daftar akaun pengguna tu, eBay suruh Pida daftar PayPal pulak. Pida pun daftar la PayPal. Eksyen lagi sebab dah ada akaun PayPal. Huh.

Lepas tu Pida sambung shopping. Tengok beg cantik-cantik kau. Memang rambang mata dibuatnya. Sekali tu Pida terpandang satu beg yang pada Pida sangat cantik dan sweet sangat.

Tapi beg yang Pida berkenan tu kena bida dulu. Siapa bida paling tinggi, dia yang menang dan dapat beli beg tu. So Pida pikir, "Nak try main bida-bida la." Tapi sebelum tu Pida dah baca T&C bahawa siapa yang menang dia MESTI beli barang tu.

Masa tu tak terfikir serius pun nak beli. Sebab pada fikiran Pida, tak mungkin Pida menang sebab ada 29 lagi pembida nakkan beg tu. Harga diletak USD14.51. Bila convert-convert ke mata wang kita, harganya dalam RM45 lebih gitu. Murah lagi tu. So Pida pun gatal letak harga USD20.00. 

Sekali haaa kau. Hambik!


Apa? Aku menang bida ni? Ahh... pengsan sekejap. Serta-merta status beg tu bertukar jadi SOLD. Sold pada aku la siapa lagi!


Lepas dia kata "You won this auction." tu Pida rasa menggigil tangan ni. Teringat suami dan anak-anak yang masih memerlukan Pida.

Ya Allah, amendenya yang aku dah buat ni... tak pasal-pasal kena beli barang. Pida tenung skrin komputer tu lama-lama sampai pedih mata Pida. Pida tak percaya Pida menang bida! Tak pernah seumur hidup aku membida. Membodek selalu la.

Lepas tu Pida dapat emel daripada eBay.

Ko ucapkan tahniah pada aku ye? Pui! Ko tau tak bahawa aku tak berniat nak serius. Aku cuma main-main la wei... Tolonglah... jangan la paksa aku beli benda ni... Aku tak nak...


"The next step is to pay. Pay now to get your item as quickly as possible." Cilakak punya ayat. Ko dah tahniahkan aku atas kejayaan aku, sekarang ko suruh aku bayor cepat-cepat pulak eh? 

Alaa... macam mana ni... Pida dah nak menangis ni. Rasa nak rendam muka dalam mangkuk jamban pun ada. Punyalah takut macam dah bunuh orang. Nak tak tak Pida kena jugak beli. Kalau tak beli, Pida tak taulah apa akan jadi pada Pida nanti. Pida takut kena masuk penjara.

Takpelah, kerbau diikat pada talinya, manusia diikat pada janjinya. Masa ni Pida rasa jadi kerbau pun lagi baik. Makan rumput je. Tak payah nak beli barang tu. Tak pasal-pasal.

Akhirnya sebagai seorang yang jujur (pffttt), Pida pun bayarlah beg tu melalui PayPal. Nasib baik dia kira harga diletak ($14.51). Bila diconvert-convert, jadi RM45.68 ikut tukaran semasa. Fuhhh... memang nasib baik. RM45.68 tu kira oklah kalau nak bayar pun.


Pengesahan jual beli separuh rela.


Bila hati dah rasa tenang sikit, Pida pun dah ok sikit, rasa tak sabar pulak nak tunggu beg tu sampai. Pida dah berangan nak bawak balik beg baru tu bila balik kampung minggu ni. Boleh la berlagak sikit dengan adik-beradik tunjukkan beg hasil bidaan.

Sekali dapat emel daripada penjual beg tu.

HA HA HA HAWAU!

Eh, tapi dia kata mulai 29 Januari hingga 9 Februari kan? Maknanya sempat la dia nak poskan beg tu naik kapal. Ada can la Pida nak melaram sebelum raya cina ni. Haiyaa!!!

Moral : Fikir dulu sebelum buat.

Wednesday, December 5, 2012

Anniversary yang berseri-seri

Salam anniversary,

Semalam 4 Disember 2012 adalah hari ulangtahun perkahwinan Pida yang ke-8. Alhamdulillah, dah 8 tahun kami hidup bahagia bersama dengan anak-anak yang keletahnya masya Allah...

Menyorot peristiwa indah 8 tahun lepas, Pida sah menjadi isteri  pada tarikh tersebut. Hik hik. Berdebar-debar menunggu saat disatukan oleh Tok Qadhi. Hik Hik. Bila dah sah tu, saksi dah angguk angguk geleng geleng, rasa macam Yahoo! Hik hik. Sorrylah asyik tersedu je.


Satu saat sebelum menjadi isteri. Perasaan? Rilek je... macam takde pape berlaku (dag dig dug)

Ketika mencium tangan suami selepas selamat diijabqabulkan. Hik hik. Hiccup lagi. Ab sebagai wali hanya memerhatikan sambil berkata di dalam hati, "Kau jangan pikir nak tido je. Rewang basuh periuk belanga kat belakang tu dulu."

Persandingan malam berinai di atas pelamin.

Kini selepas lapan tahun mengharungi kehidupan bersama sebagai suami isteri...

Nah, hamek kau! 3 anak.

Jadi, sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-8 semalam, kami telah mengadakan sedikit majlis makan-makan waktu malam dengan menjemput adik-beradik je. Masakan istimewa adalah hasil tangan suami Pida yang memang suka memasak iaitu mee bandung muor original.


Makan adik-beradik aje. Untuk kita aje...

Adik-beradik aje...

Kek ini hadiah daripada Razin dan Sofia iaitu anak-anak sedara Pida. Razin bukan setakat anak sedara, dia anak susuan Pida juga. Terima kasih atas kek yang istimewa ini.

Kek memang menjadi buruan budak-budak ni. Pantang nampak kek, tangan tu gatal je nak menokel. Sila tengok Sufi Arumugam itu. Sambil mengatup bibir kerana geramkan kek, sambil tangannya bersedia menoreh-noreh kek ikut suka hati dia. Razin pun sama.

Rania meniup api lilin halimunan. Beria-ia mintak Pida nyalakan api, takdenya Pida nak bagi. Rumah aku bukan ada mancis pun.

Last-last kami potong kek tersebut bersama-sama.





Harapan Pida agar perkahwinan ini akan terus berkekalan di bawah lindungan-Nya dan dengan restu ibu bapa yang berterusan. Semoga kami berupaya mendidik anak-anak anugerah Allah ini ke jalan kebaikan dan dapat memberi kasih sayang dan perhatian kepada mereka.


Happy Anniversary Pida!

Tuesday, December 4, 2012

Senggugut yang oh sakitnya!

Salam senggugut,

Ini cerita orang perempuan. Orang lelaki boleh baca tapi tak boleh merasa. Sebab apa? Sebab senggugut ini hanya dirasai oleh kaum wanita sahaja. Kalau ada orang lelaki yang mendakwa dia pernah kena senggugut, maknanya dia tipulah tu.

Masa zaman Pida anak dara dulu, Pida pasti merasai senggugut setiap bulan. Orang lelaki yang tak tau tu, senggugut dialami oleh orang perempuan yang sedang uzur. Senggugut berlaku akibat pengecutan otot rahim ketika haid.

Masa kena senggugut tu, Tuhan je yang tau sakitnya. Seharian tu tak boleh bangun. Sakit sangat. Macam ditarik-tarik ginjal ni. Macam disimpul-simpul pankreas ni. Sampai berguling-guling. Nak makan tak selera, nak berdiri apatah lagi. Rasa nak terajang orang adalah.

Pehh.. memang terbaik sakit dia. Kalau nak redakan sakit senggugut tu, Pida biasanya telan aspirin. Lepas tu kurang sikit.

Pernah Pida kena senggugut kat sekolah, terpaksa berehat kat bilik rawatan. Masa tengah guling-guling tu, tiba-tiba masuk pulak abang form six boifren Pida dulu. Dia terkejut tengok Pida guling-guling macam tenggiling.

"Kenapa sayang?" Hehehe... dia tak tanya macam tu. Dia tanya, "Heh, nape ni? Ponteng kelas eh?"

Ponteng kelas wak lu... orang tengah sakit nak beranak ni, kau boleh tuduh aku ponteng kelas pulak.

"Takdelah bang, Pida tengah sakit perut ni," Ceh, dah berabang bagai pulak aku ni. Dahi berkerut-kerut menahan sakit.

"Dah makan ubat?" abang form six mula menunjukkan concern.

"Dah... tapi masih sakit ni. Takpelah, abang pergi la masuk kelas dulu. Nanti kena tangkap khalwat pulak. Pida taknak kahwin cepat," Pida memberi alasan. Pergilah wahai kekasih, pergilah jangan tengok aku sakit. Aku nak berguling-guling lagi ni...

"Pida rehat eh... abang nak masuk bilik guru," abang form six akhirnya keluar dan meninggalkan Pida. Yes, masa untuk berguling-guling!


*************


"Doktor, saya tak tahan la setiap bulan asyik kena senggugut je. Letih ooo..." luah Pida pada suatu hari ketika berjumpa doktor.

"Senggugut tu biasa la... normal tu. Nanti bila dah beranak, senggugut tu akan baik sendiri sebab dah ada jalan," demikian penerangan doktor tadi.

"Hah, lepas beranak? Bila masa tu..." getus Pida dalam hati. Kot tak beranak-beranak? Ish... jahatnya mulut.


*************


Memang betul. Selepas Pida melahirkan anak pertama hasil bunting pelamin tu (hihihi), senggugut Pida terus hilang. Alhamdulillah, dah tak kena senggugut lagi. Dah tak berguling-guling lagi. Dah tak jadi tenggiling lagi. 

Jadi, kepada anak-anak dara di luar sana yang mengalami senggugut setiap bulan, jangan gusar. Pergi kahwin cepat-cepat, pastu beranak cepat-cepat. Insya Allah senggugut tu akan hilang. Kalau dah beranak pun masih senggugut, pergi jumpa doktor cepat-cepat. 

Papepun, senggugut tu cuma 1/10 daripada sakit kontraksyen nak beranak. Hahaha, ada yang lagi sakit rupanya!


Jangan risau sekiranya mengalami senggugut kerana ia adalah penyakit 1Malaysia.

Saturday, November 3, 2012

Tiada jodoh dengan si dia gara-gara mak Pida sendiri

Salam jodoh,

Entry pada hari ini adalah entry cerita. Pida nak ceritakan pengalaman cinta yang belum berputik tetapi telah putus secara tidak disangka-sangka. Dan penyebabnya ialah tak lain tak bukan ibu kandung Pida sendiri; insan yang amat Pida sanjungi.

Ceritanya begini. Mari kita flashback. Hoi kau yang pegang cawan tu dah sedia nak dengar ke tak?

Pada masa itu Pida baru berusia 17 tahun. Masih anak dara sunti. Tengah kembang semangkuk la kata orang. Masa tu jiwa remaja. Perasaan nak cari pakwe tu memang ada la. Maklumlah, hormon remaja sedang menguasai diri, mesti la ada rasa nak disayangi dan menyayangi ecewah gatalnya aku.

Pada suatu hari, Pida mengikut mak pergi bershopping di sebuah pasar raya. Memang menjadi kebiasaan Pida temankan mak keluar membeli-belah sebab Pida tolong mak angkat beg plastik.

Tiba di satu bahagian, iaitu bahagian alat tulis, Pida dan mak membelek-belek barang di situ. Kami saling bersebelahan. Pida kenalah sentiasa berada dekat-dekat dengan mak. Senang nak bodek, nak mintak liquid paper ke, mintak pensel picit-picit ke, mintak file holder ke.

Di hadapan Pida ada seorang abang hensem. Pida yakin dialah jodoh Pida. Pandangan kami bertemu. Sungguh terasa aura cinta bagaikan panah arjuna menikam jantungku. Tiba-tiba dada rasa berdebar-debar, dan Pida terus tertunduk malu tanda setuju... Mak, perkenalkan bakal menantu mak.... pelawa Pida dalam hati sambil tersipu-sipu.

Akhirnya Pida bertemu jua dengan jodoh Pida.


Sedang hati berbunga cinta, sekali tu ditakdirkan Allah mak Pida terkentut dengan kuat. "Pot!" Begitulah kuatnya kentut mak.

Tetapi mak Pida buat selamba je. Mak lantas meninggalkan Pida terpinga-pinga keseorangan di situ. Abang hensem itu terkejut dan memandang Pida tepat-tepat ke muka Pida yang dah berubah menjadi muka gajah.

Pida terkunci di situ. Abang, sumpah bukan saya yang kentut! Tapi hanyalah sia-sia kerana jodoh Pida itu telah berlalu pergi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Cinta kami terlerai begitu sahaja akhirnya.

Begitulah tragisnya percintaan Pida. Cinta terhalang gara-gara mak sendiri. Ooohhh....


 Namun akhirnya cinta tersebut terlerai tanpa sempat diisytihar!

Friday, October 12, 2012

Dulu sewaktu remaja - Bah. 2

Salam remaja,

Hari ini Pida nak tulis tentang tema yang sama - dulu sewaktu Pida remaja. Mesti ada yang nak tau umur Pida sekarang kan? Umur cuma angka je kan? Tak perlu nak rahsia-rahsia kan? Tak semestinya bila Pida bagitau kat kau yang umur Pida sekarang 34 tahun bermakna Pida dah tua kan? Ah, malaslah nak bagitau umur. Pida dah tak remaja lagi dah... ;(

Dulu sewaktu remaja, Pida memang suka dengar radio. Masa tu memang zaman radio la senang citer. Sebab zaman 90-an dulu lagu-lagu semuanya best-best. Masa tu zaman populariti Ziana Zain dan Siti Nurhaliza. Lagu diorang memang gerek-gerek dan berhantu.

Pida nak bagitau kat kau bahawa Pida dengar radio bukan setakat dengar sahaja tau. Pida siap participate lagi. Ada sekali tu kat dalam ruangan "Nyanyi Suka-Suka" di Radio 3 JB, Pida berjaya menembusi konti. Rancangan tu rancangan karaoke sebenarnya. Siapa nak nyanyi call radio, boleh nyanyi live.

Jadi Pida pun berjaya call dj tu. Dia tanya Pida nak nyanyi lagu apa. Pida pilih lagu Di Persimpangan Dilema nyanyian Nora. Pida pun nyanyilah dengan penuh perasaan sampai terpejam-pejam mata aku akibat terlalu menghayati lagu. Padahal nyanyi kat telefon je. Yang bestnya, dj tu suka dengan nyanyian Pida. Yahoo!!!

Lepas tu dalam beberapa minit kemudian, pakcik Pida di JB telefon. Dia kata dia baru dengar Pida nyanyi kat radio tadi. Sampai dia berhenti kejap kat tepi jalan sebab nak dengar Pida nyanyi. Wahahaha.... malunya Pida masa tu Tuhan je yang tau. Tak sangka pakcik Pida boleh bukak radio masa tu. Hihihi... malu siot pakcik kita dengar suara kita nyanyi. Nasib baik suara aku sedap.

Itu kejadian pertama. Kejadian kedua lebih kurang sama. Beberapa bulan selepas itu Pida berjaya lagi menembusi konti Radio 3 JB untuk ruangan "Nyanyi Suka-Suka" tu. Kali ni Pida pilih lagu Kau Merubah Segalanya nyanyian Fauziah Latiff. Macam hari tu, Pida nyanyi dengan penuh perasaan sampai terpejam-pejam mata aku akibat terlalu menghayati lagu. Padahal nyanyi kat telefon je. Yang bestnya, dj tu suka dengan nyanyian Pida. Yahoo!!! ---------->>> Aikk? Macam copy paste je?

Kejadian ketiga lagi best. Masa tu Radio 3 JB jemput Lan A To Z ke konti. Ya Allah memang Pida syok sendiri sangat kat Lan masa tu. So, Pida pun tak pikir pasal bil telefon yang mak bayar, Pida terus call radio. Dapat kau!!!

Masa cakap dengan Lan tu, serius Pida malu sangat. Pida perasan sebenarnya padahal orang tu jauh kat konti sana tu. Bukan dia kenal Pida pun. Cuma cakap kat telefon je. Tapi dapat cakap dengan artis pujaan memang tak tidur siang la Pida time tu. Oh Lan A To Z...

Kejadian keempat, Pida hantar surat kat ruangan Rentak Remaja di Radio 3 JB jugak. Tak sangka pulak dj tu bacakan surat Pida. Hantar suka-suka je. Pida tulis la nama, sekolah, cita-cita. Tapi masa tu sebenarnya Pida tak ada cita-cita (sebab Pida suka berangan). Jadi Pida letak je cita-cita : usahawan berjaya.

Esoknya kat sekolah, budak-budak lelaki usha-usha Pida. Diorang gelak-gelak, pastu cakap sesama diorang cita-cita : usahawan berjaya.

Siak betol la... korang dengar radio ramai-ramai kat hostel semalam eh? Pastu korang ejek aku ramai-ramai eh? Malu siot kena ejek usahawan berjaya. Tapi sekurang-kurangnya aku masuk radio. Kau hado?!

Itulah dia cerita kenangan masa Pida remaja dulu. Malas belajar asyik nak nyaaaanyi aje kerjanya. Tapi tak pulak aku jadi penyanyi ek? Eh, pernah. Pida pernah nyanyi ghazal masa majlis konvo kolej Pida dulu. Live band lagi. Masa tu member-member semua tak sangka Pida menyanyi. Hey, ini penyanyi radio ok! HAhAHAHAhahAHA

Oklah, itu je nak cerita. Takde apa sangat pun. Hehehe.

Thursday, October 11, 2012

Dulu sewaktu remaja

Salam remaja,

Dulu Pida pernah menjadi remaja. Bohong sangat la kalau ada orang mengatakan dia tak pernah jadi remaja kecuali kalau dia dah mati sebelum remaja. Takkan dari zaman baby, kemudian kanak-kanak, terus dewasa. Nggak mungkin sih ah!

Zaman remaja Pida dulu boleh dikatakan seronok jugak la. Itu sekitar awal 90-an dulu. Masa tu era Ekamatra, Exists, dan masa tu fenomena rock kapak dah mula menyusut sikit demi sikit sebelum diambil alih oleh irama rap. Kumpulan yang bikin panas dan popular pada masa tu ialah 4U2C la siapa lagi.


Abang-abang jambu 4U2C. Pida tak la kemaruk sangat dengan diorang ni. Pida lagi kemaruk dengan Ekamatra sebab abang-abang Ekamatra lagi hensem. Alamak, takde gambar Ekamatra la. Sumber : Google



Masa tu jugak la KRU pun muncul dengan lagu Awas. Tapi masa tu KRU tak berapa hebat sangat popularitinya sebab zaman tu memang zaman kegemilangan 4U2C dengan Fionanya. Masa tu jugak la semua awek baya-baya Pida tukar nama jadi Fiona. Hey, nama kau Bayah ok, nak tukar jadi Fiona tak sesuai ok!

Siapa tak kenal 4U2C baik kau pergi mati la.... sampai gitu sekali pengaruh kumpulan rap masa tu. Zaman gantung-gantung CD kat leher, pakai sweater tengah-tengah panas, topi senget sikit.... Kalau time bercakap mesti ada "Yo! Yo!" Nasib baik masa solat tak sebut "Yo!" ganti "Allahu Akbar".

Bila cerita pasal sweater ni, Pida teringat dulu masa kat sekolah, budak-budak lelaki kemaruk betul pakai sweater. Macam berlawan-lawan pulak. Penuh warna-warni. Jenama paling hebat masa tu ialah Line 7. Kalau ada yang pakai Adidas lagi tinggi martabat dia. Yang pakai sweater takde jenama pulak akan rasa rendah diri tetapi tidaklah sampai membunuh diri. Hebat kan penangan irama rap masa tu?

Kumpulan rap pun muncul satu demi satu mengikut arus kegemilangan. Timbullah Nico, dan tak ketinggalan kumpulan rap perempuan iaitu Feminin, M'sTeen dan Res'2. Ketiga-tiga kumpulan ni memang Pida minat sangat-sangat terutama As Feminin (walaupun suara hancuss) dan Jaja M'sTeen. 

Itu kisah aliran muzik pada zaman Pida remaja dulu. Sekarang ni pun lebih kurang sama kot. Pida pun tak layan sangat lagu-lagu sekarang ni sebab tak ada ummphh macam dulu. Ada la dua, tiga lagu yang bagus (seperti lagu-lagu 6ixth Sense).

Dulu bila pukul 9 malam je Pida dah melekat depan radio. Tunggu rancangan Pilihan Bersama kat Radio Muzik (sekarang Nasional FM) sampai la pukul 12 malam. Siap dah pegang senarai lagu yang akan ke udara tu! (Dulu senarai lagu pilihan pendengar dimasukkan dalam surat khabar). Senarai lagu tu Pida sembunyikan kat bawah buku rujukan Sejarah PMR keluaran syarikat penerbitan Preston.

Lepas tu dah siap-siap dengan kaset kosong. Untuk apa? Nak rekod lagu la. Dulu mana ada 4shared atau Youtube. Kalau nak dengar lagu kegemaran terpaksa bergantung pada Radio Muzik je. Nak beli kaset rugi... sebab satu lagu je yang best. Yang lain asal ada je, cuma nak penuhkan satu album 10 lagu je.

Zaman tu lagu-lagu yang popular ialah lagu Ziana Zain Kemelut Di Muara Kasih. Lagu lain yang tengah berhantu masa tu ialah lagu jiwang karat tangkap lentok habis meleleh macam lagu Lestari apa tu tajuk dia... yang ada mahligai air mata tu. Tapi memang Pida tak suka lagu tu sebab leleh sangat la. Baik dengar lagu Saari Amri dan Awang BPR. Kalau lagu-lagu Eddie Hamid ni maaf  cakap la, Pida memang tak boleh dengar la. (Eh, Eddie Hamid tak baca blog Pida kan?)

Zaman tu jugak tengah kemaruk kumpulan-kumpulan rock jiwang karat tangkap leleh. Yang Pida ingat la, Spoon, Scoin, semua yang ada 'S'. Kelakar betul la. Tapi Pida tak layan lagu jiwang tu sebab lagu-lagu tu tak dapat menandingi kehebatan lagu-lagu rock kapak 80-an dan awal 90-an.

Ok, berbalik pada rekod lagu tadi. Bila agak-agak lagu yang nak dirakam tu dah sampai giliran, jari Pida dah siap pegang butang Play+Record. Kena tekan serentak. Kalau tekan lain-lain nanti dia tak rakam. Masa tengah rakam tu Pida pun berangan la sekali menjiwai lagu tu. Nota sejarah ke mana, aku ke mana. Sekali mak masuk, terkujat aku! Terus automatik jari tertekan Stop. Alamak.... kena tunggu malam esok pulak la, itupun kalau lagu tu ada dalam senarai!

Dulu masa remaja Pida suka dengar radio. Lagi satu Pida suka dengar Best 104 petang-petang slot jiwang karat tu. Lupa la apa nama rancangan dia, tapi rancangan tu pendengar kirimkan kisah jiwang diorang pastu dj tu pun baca dalam sendu-sendu gitu. Ya Allah geli pulak bila aku teringat.

Masa tu memang Pida suka berangan sangat. Berangan pergi honeymoon la, tapi tak pernah berangan nak masuk universiti. Ntah hapa-hapa aku dulu. Pergi sekolah memang la belajar, tapi belajar masuk kanan keluar kiri. Pastu setiap tahun mesti ada abang form 6 minat kat Pida. HAhahahahhaHAHAHhaa. Memang tak boleh blah la ayat aku tu. Apa kau ingat aku ni stok abang form 6 ke?

Lepas tu bila time buat kerja rumah, Pida buat lebih kurang je. Yang lebih banyaknya dengar Radio Muzik. Lepas tu berangan syok sendiri teringat kat abang form 6 tu (HAHHaAHahAHahHA).

Masa Pida sekolah dulu Pida bukanlah budak gedik. Pida masuk kelas pandai (walaupun Pida tak pandai). Alhamdulillah Pida tak pernah terlibat dengan gejala negatif (masa tu tengah hangat gejala lepak, bohsia dan bohjan). Alhamdulillah itu semua berkat kawalan mak dan Ab.

Pida memang percaya bahawa satu cara berkesan untuk mengelakkan anak-anak terjebak gejala negatif ialah kawalan dan peduli ibu bapa. Bukan mengongkong, tapi mengambil tahu dan mengawasi. Insya Allah Pida akan sentiasa mengawal dan mengambil peduli setiap kegiatan anak-anak Pida.

Ok, Pida dah beritahu Pida suka berangan kan? Masa belajar tak belajar, sibuk dengar Radio Muzik. Masa tuisyen pergi tuisyen tapi haram tak pandai-pandai jugak. Bukan tak pandai, tapi Pida sebenarnya MALAS.

Lepas tu bila dapat keputusan PMR yang nan ado, Pida dah gelabah. Pida cuma score 5A je. Yang lagi 3 tu B dan ada C jugak! Mak dan Ab kecewa sebab Pida tak dapat 8A seperti yang diorang jangkakan. Pida tunduk diam je... menangis la jugak sebab tak dapat 8A. Lepas dah puas menangis dengar Radio Muzik balik.

Kenapa 'ek Pida ceritakan  kisah zaman remaja Pida ni? Sebab Pida rindu akan zaman tersebut. Lagi-lagi bila dah jumpa member-member lama sekelas dulu di FB, rasa macam nak balik semula ke zaman itu. Dan mungkin untuk mengubah takdir menjadi lebih baik.

Tidak, kalau pun Pida boleh kembali ke zaman itu, Pida tak akan ubah takdir. Pida biarkan saja ia begitu. Sebab, kerana takdir itulah Pida menjadi diri Pida sekarang ini. Sekarang Pida ada kerjaya yang baik, yang menjamin masa depan, Pida ada keluarga yang bahagia dan Pida ada anak-anak di samping Pida.

Tak perlu fikirkan tentang penyesalan. Lihat di mana kita berada sekarang. Pida rasa Pida sudah memiliki apa yang semua orang inginkan - kebahagiaan. Alhamdulillah.

Pesanan buat adik-adik, jangan kuat berangan macam Kak Pida. Nanti tak score!


ps: Entry ni ada sambungan tau!



Wednesday, July 11, 2012

Entry misteri : Cincin kahwin misteri

Salam cincin,

Pida rasa nak berkongsi cerita pelik tentang cincin kahwin milik Pida. Ia sebentuk cincin emas bertatahkan batu permata serupa berlian, dan dikelilingi oleh batu-batu permata kecil bagai bulan dipagari bintang adanya. Cantik, lebih cantik bila tersarung di jari.

Ada apa pada cincin kahwin Pida ini? Ia saksi cinta kami saat Pida dan suami diijabqabulkan 8 tahun yang lalu. Depan-depan Tok Qadhi cincin ini disarungkan ke jari manis Pida yang merah berinai masa itu. Malu-malu gitu bila Tok Qadhi mengusik, "Amboi Pida, lepas ni masuk blog la eh..." Hoho... mana ada blog masa tu. Masa tu paling canggih pun handphone T10.

Sejak itu, cincin kahwin tersebut sentiasa berada di jari Pida tak kiralah walau di mana Pida berada; di rumah, di bus-stand, di warung ikan bakar, di pejabat pos waima di pejabat JPJ sekalipun. Pendek kata, cincin kahwin itu menjadi teman rapat Pida dan memberi isyarat kepada jejaka-jejaka di luar sana bahawa Pida sudah berpunya. Ewah, ewah, mentelnya kau.

Pida sentiasa memakai cincin kahwin tu sejak hari pertama jadi pengantin.


...dah dapat anak pertama si Rania pun masih pakai cincin kahwin tu...


...bila dah dapat Aqil, pun masih sarung cincin yang sama...


...masa Sufi lahir pun masih sarung cincin kahwin tu.


Bukan itu sahaja, malah Pida memakai cincin kahwin itu dalam setiap aktiviti harian Pida.


Ketika makan kenduri di rumah jiran...


Ketika memegang sudu restoran...


Ketika mencuri jambangan bunga di majlis hari jadi anak sedara...


Ketika tawar-menawar harga aiskrim... (aiskrim dua ringgit pun nak tawar)


Ketika membancuh susu di tangga universiti semasa majlis konvokesyen...


Ketika sedang memegang botol air mineral yang dijumpai di kerusi orang sebelah...


Ketika menyapu gincu di bibir Rania di tempat awam...


Ketika mengelap hingus yang meleleh keluar setelah mendengar lagu jiwang Eddie Hamid...


Ketika menidurkan anak di pangkuan...


Ketika kerengsaan akibat peluh selepas menjemur kain...


Hatta ketika merempat di tepi jalan sekalipun!

... Pida tidak pernah gagal untuk memakai cincin kahwin!


Tetapi pada suatu hari, Pida telah kehilangan cincin tersebut. Dapat kaubayangkan perasaan Pida sebaik menyedari ketiadaan cincin itu? Sudah tentulah Pida berasa amat sedih sekali. Pida menangis, Pida mencari-cari di sekeliling rumah kerana Pida yakin ia hilang di dalam rumah.

Namun Pida hampa kerana cincin kahwin itu tidak ditemui. Akhirnya Pida redha bahawa Pida telah kehilangan cincin tersebut yang merupakan sebahagian besar daripada jiwa Pida.

Pada suatu petang, ketika Pida sedang menyapu laman rumah, Pida tergerak hati untuk mengais (kais) daun kering yang tersumbat di longkang depan rumah. Pida seperti ternampak sesuatu yang berkilau-kilau di sebalik dedaunan kering tersebut. Pida pun kirai daun-daun tu selai demi selai. Bila diamat-amati, rupa-rupanya ia adalah cincin kahwin Pida yang hilang itu! Tiga minggu kehilangannya, Pida bersyukur kerana akhirnya ia kembali tersarung di jari.

Bagai sirih pulang ke gagang, cincin kahwin yang 3 minggu menghilang akhirnya kembali tersarung ke jariku.




Namun itu bukanlah satu-satunya peristiwa yang berlaku terhadap cincin kahwin Pida ini. Baru-baru ini, satu lagi perkara yang lebih pelik telah berlaku.

<Malam sebelum tidur>

Seperti biasa, Pida meletakkan cincin tersebut di atas meja solek bilik tidur Pida. Pida meletakkannya bersama-sama cincin tunang dan jam tangan. Pida letakkan elok-elok dan Pida pasti ia selamat.

Keesokan harinya ketika bersiap-siap untuk ke pejabat, Pida mendapati cincin kahwin Pida tu telah bengkok. Bengkok yang dipenyekkan, dan yang lebih haru, batu permata di tengah-tengah tu hilang! Pida terkejut sangat. Ada kesan umpilan pada salah satu daripada empat pengikat batu pada cincin tersebut. Perkara ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Pida mula memikirkan siapa yang buat?



Pagi-pagi bangun nak gosok gigi tiba-tiba terpandang cincin kahwin dah penyek. Kemek terus hati ini... Perhatikan bahagian tengah yang rompong. Sepatutnya ada batu permata besar di situ.


Pida terus teringat kat Aqil. Pida tak tuduh dia, tapi dia adalah suspek utama dalam kes ini. Lagipun dia ni jenis butterfinger sikit. Apa-apa benda yang dia pegang mesti rosak.

"Aqil ada buat main cincin mak tak malam tadi?" Pida bertanya dengan lembut.

"Tak ada. Aqil main dinasour je dengan Sufi," dia menjawab tenang. Pida percaya dan yakin bukan Aqil yang lakukan kerana bukan mudah nak umpil pengikat tu. Lagipun dia mesti tau, kalau dia sengaja buat macam tu kat barang mak dia, memang benjol la kepala 2 hari kena luku dengan aku.

"Rania ada bengkokkan cincin mak tak?" soalan beralih pada Rania pula.

"Tak kuasa I you....," dia menjawab ala-ala mak nyah. Pida percaya sangat Rania tak buat.

"Sufi...," ini suspek terakhir.

"Mak... nak etet..." alah budak ni... lain yang aku tanya, lain pulak yang dia mintak.

"Ayang tak nak tuduh abang pulak ke?" sang suami menduga.

"Hah! Abang ke yang buat? Kenapa bang? Kenapa buat ayang begini bang? Hantar ayang balik ke rumah mak bapak ayang!" Pida menghentak-hentak kaki ke lantai.

"Ayang ni mabuk ke apa... kan mak dengan ab ada kat rumah kita sekarang ni," suamiku menjawab sambil mencium pipiku. Hahah... giler apa jawab soalan bini pun nak cium pipi. Bagi penampor adalah.

Pida sedih sangat sebab cincin kahwin tu telah kehilangan batu permatanya. Dan Pida lebih pelik bagaimana boleh berlaku macam tu sedangkan Pida yakin ia berkeadaan baik semasa Pida menyimpannya malam tadi. Entah apalah yang berlaku sebenarnya ni....


Rutin pagi terganggu sebentar kerana rasa janggal memakai cincin kahwin tanpa permata di tengahnya. Kalau Pida terus memakainya, kemungkinan besar Pida akan kelihatan canggung di mata orang lain yang mungkin menganggap Pida terlalu paranoid terhadap barang kemas.



Last-last Pida membuat keputusan untuk tidak memakai cincin kahwin yang dah sompek ni. Misteri kehilangan batu permata kekal menjadi misteri...


Petang itu Pida membawa suami Pida berjalan-jalan di bandar. Asyik-asyik lalu depan kedai emas. Asyik-asyik lalu depan Habib Jewel. Last sekali lalu depan Poh Kong. Gosok-gosok peha pun tak dapat... baliklah!

Di rumah, puas Pida mencari batu yang hilang tu. Bukan senang nak carik sebab batu tu kecik aje. Sekali Sufi tersepak mau terpelanting batu cincin tu ke lubang tikus. Last-last Pida pasrah je. Pida katakan dalam hati, memang batu cincin tu hilanglah. Memang bukan rezeki Pidalah kali ini. Sekali lagi Pida menangis kesedihan dan asyik terbayang-bayang iklan Emas Sri Pinang ada potongan sempena raya.

Pada suatu hari di pejabat, iaitu 4 hari selepas kehilangan batu cincin tersebut, Pida saja-saja je bukak beg tangan. Takde niat lain, saja-saja je nak tengok isi dalam. Sedang Pida menguis-nguis sampah-sarap yang bersepah di dalam beg tangan itu, tiba-tiba pandangan Pida tertumpu kepada sesuatu.... ia kecil, ia putih, ia berkilau, ia adalah apa yang Pida cari, ia adalah batu cincin itu!


Inilah batu cincin itu. Rupa-rupanya ia berada di dalam beg tangan Pida. Bagaimana ia boleh berada di situ, dan bagaimana ia boleh tertanggal dari cincin, Pida masih tiada jawapan.



Pida bersyukur kerana jodoh Pida dengan cincin kahwin masih panjang. Namun Pida hairan dan pelik memikirkan bagaimana batu tersebut boleh tertanggal dari cincin dan cincin tersebut menjadi penyek sampai begitu sekali. Lalu terciptalah beberapa teori hasil perbincangan dengan Totally Spies yang Pida upah untuk merungkai misteri cincin kahwin Pida ini.





Daripada takde job, lebih baik diorang tolong Pida siasat misteri cincin kahwin.


Teori satu

Batu cincin tu memang dah tanggal semasa Pida meletakkannya di atas meja solek pada malam tersebut.

Pida tolak teori ini kerana Pida yakin cincin kahwin, cincin tunang dan jam tangan Pida berada dalam keadaan baik.

Teori dua

Masa Pida seluk-seluk beg tangan Pida, cincin tersebut tersangkut dan tanggallah batu cincin itu di dalam beg.

Pida tolak juga teori ini kerana cincin ini tidak pernah tersangkut di dalam beg kerana permukaan dalam beg yang licin. Lagipun ini bukan cincin mainan derr... pengikatnya terlalu kuat untuk terumpil begitu sahaja.

Teori tiga

Aqil dibantu oleh Sufi bekerja-keras mengumpil pengikat cincin dan memenyekkannya.

Teori ini lagilah Pida tolak sebab ia tidak berlaku sama sekali. Lagipun Aqil terlalu kuat kalau dia dapat umpil pengikat cincin semata-mata untuk mengeluarkan batu cincin tu.


Wallahu'alam. Yang penting, Pida dapat memakai semula cincin kahwin itu. Yang paling gembira adalah suami Pida kerana dia dapat menyelamatkan wang saku daripada melabur di kedai emas Wah Chan.


Syukurlah kerana akhirnya cincin 2 beradik ini dapat kembali bersama walaupun berpisah di kiri dan kanan. Dari kiri : Cincin tunang dan cincin kahwin.



Kalau hilang lagi cincin kahwin tu, panggil kitorang pulak eh Kak Pida!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...